Thursday, 26 December 2013

Kos sara hidup makin mencengkam

Satu demi satu yang diumumkan Menteri sangat mencengkam dada. Semua benda tu terasa hingga ke tulang hitam, terutamanya oleh rakyat marhein macam aku. Bermula dengan naik minyak.
https://pbs.twimg.com/media/BaebQDVCYAAg6FQ.jpg
macam2 kan...tak nak rakyat mengata camna, kita disuruh jimat cermat, subsidi habis kena potong tapi menteri sendiri?
http://3.bp.blogspot.com/-isR0E2DInMM/UkwKTua4o_I/AAAAAAAAnlk/QT3FWE1ZB7k/s1600/laporan+ketua+audit+negara+2012.jpg
keluar list dari audit, tapi masa wacana sinar harian hari tu kata takleh watpe sebab kecuaian. OK, noted
i
https://pbs.twimg.com/media/BcUtH98CYAA-tYt.jpg
laki aku hari2 kena guna federal n nkve nak gi opis dia kat mont kiara, tu pun dah berbelas ringgit sehari. abis tu kalau dah naik ni, kira berpuluh ringgit dan tambahan beberapa ratus lah sebulan ye? hhmmm. sapa nak jawab nie...
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s526x395/1175728_348085341992231_873816930_n.jpg
ni yang dikeluarkan oleh dr.maza dalam fanpage dia. Sangat berani mengkritik perkara yang tidak betul dalam kerajaan. Benda ni lah yang kita nak dari pemimpin2,
alasan terendah tu rasanya dari zaman aku sekolah menengah lagi dah pakai alasan yang sama. Dulu bolehla nak kelentong sebab takde internet. Dulu, aku pun melopong sebab percaya dengan berita TV3, tapi sekarang...erkkk..at least reka alasan yang lebih bernilai, boleh tak?

tarikh printscreen 12/9. pandai2 je mereka tolong kirakan eh. Pastu dengan harapan ia tak menjejaskan langsung hutang rumah. ERK
ni satu lagi naya. jadi bapak menteri, kami ni golongan miskin eh? maklumlah kereta waja jer, baru habis hutang pun.
3/10 pendedahan ketua audit negara yang grrr....jam sampai 1k satu? omai!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4TtnJt4NdPkzJVNKtvhSqKvuAINFCcsqW-AXFqP4_41UMq5TpThQXlb-pzaWjh2nyJmRdano054PNx8EaqkukZ588nLZy3B2j-CmS6gZvis6PTedtDUKvstGu44gt_pb8xUxyKs3OkDI/s400/1479078_695000930510895_2087482059_n.jpg




dah penat membebel, dan copy paste dari whatsapp gambarnya, cukuplah disini aku meroyan dulu.. Rasanya ramai sangat yang terasa dengan kos sara hidup sekarang.





Thursday, 5 December 2013

Sultan ambo mari opis deh :)

Hampir seminggu tidak menulis di sini.
Banyak kejadian yang aku cuma baca tapi tak sempat catat dan ulas, cuma berligar antara rakan2 saja.
- Citer 3 beradik yang dibunuh dengan kejam di Kedah.
- Pasangan muda 13 dan 18 tahun bercerai kemudian ada citer di sebaliknya.
- Kuantan banjir dan lumpuh
- Ahli Parlimen asyik berdebat dan ada YB yang tak peka langsung dengan situasi (sedih!)
- dan lain2...

Semuanya dah diulas oleh pakar2 di fb. Kita cuma mendoakan yang terbaik. Cuma kali ni aku nak bercerita tentang kedatangan Sultan Kelantan ke opis kami.

Citer ni dah berdegar2 sejak bulan 8 lagi. Tak silap aku dapat info mulanya Tengku Mahkota je nak datang, pastu discus punya discus terus ajak Sultan Kelantan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk merasmikan Penerbitan Al Quran Karya Bestari. 
Gitue...

Pastu bila dah dapat confirm tarikh tu. Tak silap dalam 2 minggu sebelum, macam2 perancangan dah buat. Weols relaks lagi, tak rasa apa2. Tapi aku mendapat arahan dari pihak pengurusan supaya buat shooting. 3 Majalah dipilih yang dirasakan sesuai untuk shooting sebab ada tema Islamik iaitu Nur, Dara.com & Apartment. Fikir punya fikir, aku buat je shooting step tudung sebab simple. 

Sehari sebelum kejadian, banting dah naik, pentas untuk sesi fotografi, khemah semua. Beriya2 ok...tetiba je rasa nervous sebab aku punya slot ala2 eksklusif gitu. Sebabnya Sultan akan datang dan meninjau studio. Buatnya dia bertanya soalan dan sebab nervous, mak terkedu, erk! rengsek. Tak pun tetiba berangan, "Tuanku, nak selfie boleh?" 
Haha, mau kena lempang laju2...



kawasan sepanjang workspace kami yang akan menjadi laluan Sultan




So, siap ada briefing, reheasal bagai ok. Masa tu ada sosek2 juga kata grand betul, masa Sultan Selangor datang rasmikan bangunan KMK pun tak protokol camtue. Well, tu pendapat masing2 kan, bagi aku, Sultan ni orangnya sangat humble dan tak kesah pun daulat2 ni. Ye lah, siap boleh tukar istilah Daulat Tuanku kepada "Allahuakbar", jadi imam, join sendiri aktiviti. Terasa sangat dekat dengan rakyat jelata uols.

Hari Kejadian,

Seawal jam 8.30 pagi model, owner tudung dah sampai, tapi takleh masuk dengan kereta. Melilau gak lah mereka nak cari parking. Nasib baik semuanya setel dengan aman. Shooting dulu siap2, pastu kami menunggu kedatangan Sultan


masa ni, patutnya aku pun beratur gak tapi sebab kena jaga studio, so terpaksa lah di sini. Nasib baik memang cuaca mendung, so takdelah terasa hangat sangat.




Kitaorang dok mengintai kat atas. Masing2 tak sabar nak melihat sendiri kedatangan Sultan. Sangat grand ok, siap ada rebana, panji2 kebesaran, semboyan dan lain2 lagi. Tetiba semua nervous nak tunggu Sultan. Boleh bayangkan tak semua yang mak2 orang semua nak menunggu kedatangan Sultan dan bagi review secara langsung.

Yang agak kelakar bila kami tengok dari tingkat 1 dan jaraknya memang agak jauh, bila nampak VVIP semua mengiring, kami pun kata "Oh! putihnya Sultan, kacak" dan macam2 pujian lagi. Pastu diberitahu itu adalah Tengku Mahkota yakni Tengku Faiz. Kwang2, pecah gelak plak...

Aku lak selamba bagitau "Kalau Tengku Mahkota pun dah kacak camtu, Sultan apatah lagi" hahaha, sekali lagi gelak berderai.

Tak lama, semboyan berbunyi, nampak kereta hitam berhenti betul2 depan karpet kuning, keluarlah gerangan Sultan yang berbaju hijau. Jalan laju sungguh, memandang ke arah deretan lelaki dan mengangguk senyum itu. Benda tu sangat pantas berlaku sampaikan aku tak sempat zoom nak snap kejadian itu. Wah! Macam.. eh! Dah habis?

kami yang beratur menunggu kedatangan Sultan nak ke surau. sempat pose ok



Sebab agak lambat, so lepas perasmian, bunyi azan Zohor. Terus Sultan dan adindannya berangkat ke Surau Karangkraf untuk berjemaah. Sejuknya hati...

Sultan diiringi Ceo kami Dato Dr.Husamuddin Hj Yaacub nak ke surau. Hebat kan Sultan Kelantan? Tanpa berlengah terus menunaikan azan Zohor.








Bila dah habis solat semua, pergi ke Ultimat Print dulu, dan terus ke editorial. Wah! masa ni aku terus berlari anak2 ke studio bagi shooting. Semua dah nervous dah dari model, fotographer, stailist tudung. Mua haha.. Pastu tunggu q bilalah Sultan nak datang...Tetiba datang kata standby2...
Masa ni Sultan ada kat unit grafik, sedang mendengar penerangan mengenai cara2 gambar diedit, susun atur letak page camna sampai jadi helaian yang dibaca. Ok lepas ni turn kami, get ready model semua....

Masa ni polis dan protokol dah ada beberapa orang kat sini, dah diajar merafak sembah. Kalau ada handphone ke, pen ke, letak tepi dulu. Wah! aku dah nervous. Rasanya semua kat situ pun dah nervous. Pastu Sultan datang terus ke kiri (shooting dara.com), kami belah kanan. Foto, Hafiz jap2 shoot tapi macam tak concentrate sangat.


Dah beberapa lama, Sultan datang jenguk tempat kami shooting, so kami merafak sembah sambil tersenyum. Boleh lupa lak aku pegang phone. Wah! boleh bayangkan tak, phone tersembul antara celah tangan? Oh my!..

Yang kelakarnya hafiz pun tak snap, aku lak sengeh je, lupa nak suruh foto snap gambar jah. Semua boleh lupa kan walhal dah ingat macam2 sebelum tu, Sultan langsung tak pandang model, lebih kurang macam dia memang tak pandang perempuan ok. Wah! macam tak caya, tapi ni betul uols. Baginda sangat Islamik.

Siap dia yang hulurkan tangan kat Hafiz lak yang terkelu nak sambut huluran tangan Sultan. Aku lak senyum saja sambil dipandang puluhan protokol dan management kami. Terus Sultan berlalu ke khemah. Jadi, makan time :)


sempatlah mak selfie kat studio, walaupun gelap, gigih sebab ini kenangan seumur hidup ok.
Kesimpulan - Walaupun diselubungi protokol, bukan aku saja, orang lain pun sama dapat merasakan betapa Baginda Sultan sangat berbeza. Masa lalu pun dia tak pandang perempuan ok, sangat menjaga pandangannya. Yang lain pun sama, humble, boleh borak santai. Oh! apa lagi, macam2 lah..hehehe...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...