Showing posts with label Pesona Pengantin 2003. Show all posts
Showing posts with label Pesona Pengantin 2003. Show all posts

Sunday, 7 April 2019

PP Dis 2003


Letak ja dulu, kapsyen kendian k







PP Ogos 2003


Tema Klasik - so kita cari muka2 klasik kay, taraaaa... dapat arwah Shida Yaakob (model popular 90an). So, yang ni back to back cover, means kita letak dia juga di cover belakang gitue.



Yang ni Intan Sarafina dengan Lan Maybank. Intan ni of course la dari dulu sampai sekarang, mukanya mantain muda sokmo, Lan pula model top satu ketika dulu (hero remaja nombor 2 lepas khusairi). Masa sis shooting ni semua bagi kerjasama meletup ya. Photoshoot biasa lah time tu hotel




Perhiasan lama2 macam dokoh, tali pinggang randik, rantai labuh ni memang kami cari untuk bulan Ogos, Pastu buat lah study skit cari asal usul benda2 alah ni semua.





 Maaplah, banyak crop sebab terpaksa. Masa tu dia belum pakai tudung lagi. Kalau korang betul2 tengok, mesti boleh cam, Intan Maizura yang wife kepada steward MH370 yang masih belum jumpa sampai sekarang. Muka dia memang klasik, sesuai sangat mekap ala gini. Finalis dewi remaja batch Anahita Bakavoli.



So, aku buat 2 style, klasik melayu dan klasik Barat. Kalau Intan sesuai dengan klasik Melayu, untuk barat ni pula wajah Pan Asian, Anahita jadi pilihan. Masa ni belum final lagi tau, tapi Ya Allah, dia punya respek reporter tu, salam cium tangan lah. haha, kakak ni rasa tua sangat tau.



 Ni pun finalis Dewi juga. sis lupa dah nama dia. Tapi dia dilamar jadi presenter NTV7 masa buat live kat sana. Kira rezeki dia lah jua. Tapi tetap finalis jua lah. Maaplah, sis dulu memang suka seseksi tapi tidak lagi. ahaha.





 So, aku suka buat artikel dan photoshoot, dua2 beri keseronokan berbeza. Sebab photoshoot kita banyak bermain dengan movement, teks skit, tapi na curahkan idea tu kena banyak buat. berbeza dengan interview, kena banyak tanya, baru dapat maklumat. Nah begitu










Pesona Pengantin Julai 2003


Masa ni memang tengah top sweet couple ni, Yusry dan Erra Fazira. Kemana-mana je mereka berdua. Tu yang meletup filem ala-ala Kuch Kuch Hota Hai (Kuliah Cinta), Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa. Lagu yang best tu mesti lah Jika Kau Tiada.

Loving couple tu yang jadi cover untuk Julai bagi majalah Pesona Pengantin. Tapi tak photoshoot, cuma dia bagi gambar ja. paham kesibukan mereka berdua kan?

sepatutnya ada gambar kami pose, tapi ntah kat mana, nanti lah aku cari dan aku tempek k
Ni sebab baju i masa kahwin...zul clasiq sponsor, cantik kan? tapi berapa kali tetas tu u. haha
Tips bertudung - perlu diingatkan zaman ni tak ramai ya pompuan bertudung so model pun kami tudungkan cecantik gitue, tengok fesyen pun nak tergelak jua lah, sebab pakai tudung tapi lengan jarang, well, zaman tu macam tak particular sangat lah


antara modelnya Nadia, Hani, Intan Zulaikha yang dicungkil menerusi pertandingan Dara.com. Dorang semua ni baya2 i jer lah sekarang. Eh!

Ni lak, fokus pasal pakej kahwin. Kalau dulu, orang have-have pakai wedding planner, kita2 buat sendiri ja.

Dalam gambar tu Iela Busana Cinta, kira kawan baik jua lah masa tu, sekarang tak tau lah apa citer

 



pelamin, bilik tidur semua i dah harung masa ni

mekap artis, fotografer. dulu2 mana ada istilah MUA2, kami panggil mekap artis ja. Oho, i dah tua sungguhla rasa

gubahan hantaran paling top masa tu Sayang You, kira competitr terdekat Bunga Reben dan SSF




Ni memahal ni, selalu dapat gi wedding, dorang layan sesungguh hati reporter ni

pelamin 16 tahun lalu,



Model ni aku suka sebab tak kekwat. Actually kan, zaman aku kerja jarangla ada model yang Diva, sebab kalau diva sila meninggal, kami tak panggil dah. Model Cina serani kot, tapi lupa dah nama dia apa


walaupun dia Cina, aku edit lah jua, sebab seksi sangat kan lutut tu.








Monday, 31 July 2017

Jun 2003

Dimana korang 14 tahun yang lalu
Penulis masa tu memang tengah galak jadi journalist
Semangat nak cuba macam2 benda
Seronok dapat buat benda yang kita minat
Dan bila satu masa, benda tu jadi kenangan, yakni budak baru nak up lak take over
Begitulah hidup ni, semua ada tarikh luputnya
Jangan ingat kita akan menongkat langit buat selama2 k
Jom chec it out

Nadia Shahrul Anuar. ala yang host tv3, pandai cakap Siam - cek my previous post k
Taraa - Eja (my favourite) & lupa dah namanya. Ni hero remaja sebelum Fatah Amin lah uols. Kalau sebelum lagi Azhar Sulaiman, Esma Daniel semua.
Eja dari dulu sampai la ni, memang lemah lembut karektornya, suka senyum semua, haisy, lawa & baik hati lah
Shooting again. Bila tengok bbnu shooting, cakap dengan diri sendiri, aku pernah lalui benda2 ni semua. So ia adalah putaran roda gitue, so dah sampai masa, pencen naa

Beriya buat & tulis...nak buat sendiri? Haha

Haidi ni dolu2 popular lah gak sebagai wedding planner. kedai dia kat Semua House. Hah! korang mana tau Semua hOuse, sekarang apa2 pi Pavi terus kan?


Ni antara job besar yang penah aku buat. Sebab kena handle 6 pembaca, 6 mekap artis. Dolu2 kami panggil mekap artis bukan MUA. tapi tu lah revolusi kan? Ada yang tetiba mekap retis tarik diri uols, tu yang Amy Janz take over. Amy ni dulu2 buat untuk job ni lah sebelum dia mekap Che Ta. Hiks

Edit la selagi boleh

Dolu2 memang susah nak cari mekap retis pompuan. Serius! Tak tipu. Yang ada ala2 mak andam, so tak menepati ciri2 yang magazine nak. Tapi sekarang bersepah dik non, murah2 lak tu tapi cantik. Kerlas kan

Baru lah nampak muka sorang2, ye lah dolu tudung tak trending cam skrg. Buat kat COncorde Hotel Shah Alam, mekap yang terlibat antaranya Mona Rafar (arwah - dulu mekap Misha Omar), Amy Janz, Shamnina, Chomel, Kuzie & Kenzo.
Itu sahaja catitan. Nanti sambung naa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...