Wednesday, 22 October 2014

Bila kelate nak ada highway?

Mula2 aku kahwin dulu, takdalah aku merungut sangat pasal higway. Masa tu tahun 2003. Berdua lagi.  So, benda tu takda hal lah, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang maha jauh. Lama kot dalam 8 jam.

Jarak antara rumah aku Klang - Kelantan, adalah dalam 480km++, one way. Ini memang aku kira betul2...masa yang diambil adalah 8 jam. Dan jarak yang sama juga dari Klang - Kota Tinggi, Johor. Kiranya kalau sebut Kota Tinggi pun, orang Johor dah kata jauh, berbanding Muar, Pontian, Johor Bahru sendiri. Sebabnya Kota Tinggi tu dah hujung peta lah. Kalau beza jarak jauh pun dalam 30km++, Tapi mengapa balik Johor, boleh sampai 4 jam? Sebabnya ada jalan highway. Tu belum masuk jalan jem lagi.... Argh... Aku pun fikir cara Doraemon, kalau peta Malaysia boleh dilipat 2 kan senang, memang dekat ahh, jaraknya.. Atau pun kan best kalau keta boleh terbang macam De Lorean tue... Tapi tu lah, hanya berangan je.



Tapi bila dah ada anak sorang, aku mula bertanya bila lah Kelate nak ada highway? Bayar tol mahal macam balik Johor pun takpelah aku rela. Bukan apa, jauh sangat perjalanan tu. Nak kena tempuh Bentong - Raub - Kuala Lipis - Gua Musang - barulah sampai hometown. Tu dah ok skit. Kalau yang betul2 lama, kena lalu kiri kanan hutan tu, lagi naya. Memang kira drive, tido dalam keta jah. 


Tapi bila dah anak 3 ni, memang aku malas bab2 nak kena berenti singgah R&R (yang memang tak banyak pun, adalah kat beberapa perhentian). Dengan mereka komplen "bila nak sampai, dah lama ni", pastu gaduh lagi, adui, pening kepala. Driver pun satu hal gak, mengantuk. Maklumlah kalau bawak malam risikonya memang rasa nak tido jer, kalau drive siang lak, budak2 semua berjaga, kita lak yang pening.


                                     

At last, sejak Air Asia ada, harganya pula mampu dibayar, maka kami anak beranak memang kerap balik kelate dengan penerbangan murah ini. Katanya 'Everyone can fly'. Tapi ini bukan soalnya. Persoalan utama ialah, jalan menuju ke Kelate tu dah bertahun2 macam tu, tak pernah nak ada perubahan. Ok lah, ada tapi tak banyak. Adalah dari 8 jam jadi 6-7 jam perjalanan, itu pun kalau tak jem dan bukan peak hour (bukan musim raya @ cuti sekolah)

Tapi bayangkan bila dah musim raya. Jalan yang cuma 2 lane, dengan kereta, bas lagi yang banyak, pastu motor lagi. PErgh! memang takleh nak imagine camna. Sebab tu, ramai member yang bila update status, semuanya kata sampai 18 jam, ada yang 20 jam balik kelate. Ada yang 24 jam pun ada. Ada satu ketika yang eksiden bas dengan bas, yang lain sampai patah balik ikut jalan lain. So, dah double kerja. Sedih lak terasa di hati.



Ni bukan masa raya puasa jer tau, ni akan jadi bila raya haji juga. Maklumlah kat kelantan, raya haji kami sambut 2 hari. Memang lebih meriah berbanding negeri lain. dan bayangkan jalan yang sama 11 tahun lepas, masih sama sampai sekarang. Tak mampu penuhi/tampung kereta yang saban tahun bertambah jumlahnya. Hmmm...

Ustaz Ahmad Dasuki sendiri dalam status dia menyatakan kesedihannya kerana jalan KL-Kelantan masih sama seperti dahulu. Tiada perubahan, seperti dianaktirikan. Walhal dalam bajet tahunan yang dibentangkan, bermacam pembangunan dan lebuh raya untuk tempat lain, namun tiada satu pun peruntukan untuk Kelantan. Tadi, aku cari status dia, tak jumpa. Mungkin kerana ada baur politik, maka dia terpaksa memadamnya.



Hati aku lagi terasa bila baru2 ini kami sekeluarga ke Kerteh, Terengganu. Dengan lebuhraya LPT yang baru, rasa berdesup je bawa kereta, memang semua highway lah sampai masuk Kemaman - Cherating - Kerteh. Seronoknya kalau jalan balik Kampung selancar ini.

Ini sebab masa aku mula2 keja kat KL, tahun 2001, nak balik raya, perjalanan selama 8 jam. Member aku orang Terengganu, balik raya, perjalanan selama 10 jam. Semuanya dengan bas ni. Tetapi sekarang? balik Kelantan tetap sama 8 jam. Tapi balik Terengganu cuma 5 jam? Terasa ketidakadilan di situ.

Aku tau, ada perbezaan politik, tapi sekurang-kurangnya, usahalah sesuatu supaya rakyat Kelantan juga menikmati lebuh raya yang memudahkan. Bila? Wallahualam...









Demam instagram

Kalau nak mulakan dengan cerita "Lamanya tak menulis di sini, sebab bz dengan kerja, balik lambat....bla..bla"

ok, itu clitche.

Yang tak clitche nya ialah "aku memang malas nak tulis, suka baca jer," boleh?

Paling syok sekarang ialah bila semua keja rumah dah abis, kids pun dah tido ialah baring sambil layan instagram atau dikenali juga dengan ig. Memang syok ah sebabnya aku banyak follow butik online yang jual shawl, tudung, baju online. Layan jer satu2 sambil tengok komen, mwahaha.. Walhal aku sebenarnya pun tak pernah beli online semua ni. Sebabnya aku suka beli kat butik sendiri atau terus dari tokey butik...lagi dapat diskaun murah... (citer ni patut ditulis  setahun yang lepas selepas secara rasminya aku take over ig majalahnur)

dulu tak pandang ig, sebab dah macam2 media sosial katanya, sekali terlekat. nah!

Maklumla seiring dengan teknologi media sosial, media pencetakan sedikit sebanyak terkena tempias. Jualan sedikit menurun disebabkan ramai yang sudah beralih kepada media sosial. Jadi, kalau kami tak ikuti/follow, jadi akan terus ketinggalan. So kena follow juga, Alhamdulillah di bawah pengurusan baru, ig @majalahnur menunjukkan peningkatan walaupun tak sehebat @hijabistamag & @majalahdara. Kedua-dua majalah ni diibaratkan adik kepada @majalahnur, so crowd nya juga lebih muda, bertenaga dan pasti memiliki smartphone. Kiranya nak tido pun pegang handphone (eh! itu bukan aku ke?) haha

biasanya blogger ni pakaiannya vass, ala glam gitue, tapi reporter sempoi saja.


Jadi, boleh bayangkan tak, masa aku keluar gi assigment, kena berebut dengan photographer profesional nak snap gambar. Semata-mata nak masukkan dalam instagram. Tu belum masuk dengan blogger yang mak aih, canggih2 phone mereka. Sampai dorang ingat i pun blogger. Ok, fakta di sini ialah reporter akan mengenali siapa yang reporter & blogger dari segi pemakaian, cara bercakap dan lain-lain. Mereka jer yang agak confuse. Tapi mak ok jer, rasa muda pula bila disapa begitu. hihi


Dulu aku ada ig personal, link dengan facebook personal. Tapi, sejak dah tak aktif sangat kat fb (almaklum dah ada fb dengan official name Radz_Izara, aku terus lupa password yang itu). Tapi ig & fb ni banyak kepada promosi my novel, so aku tapis2 juga info yang nak masuk kat sini. Takdelah terlalu personal, nanti orang menyampah.



Kekerapan update di ig? Hmm, kalau ikut management, dia nak at least 10 gambar sehari. OMG...masak2. Tapi biasanya tak sampai, paling banyak pun 9 kot, tu yang aku snap thru magazine dan promote kat ig. Yang lain tu biasalah mana2 event pegi @ kata2 semangat & inspirasi dari orang berpengaruh.

Stalk ig? Ok, yang ni best. Maklumlah kami ada pencarian ikon Nur, so aku ada juga tengok yang mana2 lawa, karier boleh pegi, yang grooming tu masih boleh asah. So aku akan tengok yang tengah 'trending' pastu pegi personal ig dia. Untung2 dia tak lock, boleh tengok semua gambar yang penah dorang update. So kita boleh buat kesimpulan sama ada dia ni layak @ tak, kan?

Lagi satu, aku penah mencuba gak meniaga kat instagram, ala, sarung batik yang aku beli kat Kelantan. Load lah 3 keping gambar dalam masa sehari, ada lah follower, cuma takde orang beli jer. Memang laku kat opis pun, cuma nak try gak kt ig. Sebab nengok orang macam2 bisnes macam sambal hitam pun laku uols.

Lepas tu tak sempat update dah. Mana nak update yang kerja punya, personal lagi last ig bisnes. Haha, dengan kerja opis yang melambak, weekend pun keja doe. So, tinggal je lah kenangan itu.. Kadang2 yang personal pun aku tak update sangat khen..




..





    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...