Tuesday, 29 March 2016

#viral - 15K & gaduh di Masjid

Banyak sangat dah ulasan fasal ni sama ada di media sosial atau kedai kopi. Sampai ramailah pi siasat latar belakang & keluarkan gambar2 pasangan ni. So, aku takyah ulas la sebab Majalah Nur dah lama dah bagitau fasal ni. Perkahwinan yang barakah adalah mahar yang murah. Ok, jom tengok video ni. Lawak k


Lelaki vs Wanita - bila diajak kawin

Dipanggil 'akak' oleh orang sekeliling

Ini bukan cerita sentap.
Ini cuma cerita realiti hidup sebenar
Bila anda lihat dah tak ramai orang sebaya disekeliling
Bila ramai yang memanggil anda akak
Itu sebenarnya anda sudah 'tua'

Realiti setiap orang. Bahawasanya umur bergerak tidak cepat & lambat. Ia seperti biasa, cuma terpulang pada kita nak optima kannya macam mana.
Hey, aku tak kisahla orang nak panggil akak ke, makcik ke. Tapi biarlah pada2 kan. Kalau dah tentu2 anak dia dah sekolah menengah, lagi tua dari Dira, takyah la panggil akak kot. Kalau tengok muka pun lebih kurang aku ja, panggil nama kan sedap, lebih mesra. Takdalah rasa diri ni tua sangat.

Kawan aku pernah bercerita pada ramai kawan2 kami yang dia agak melenting bila dia disapa dengan akak oleh orang yang dah tentu2 dia akak kan. Haha, mungkin situasi kot. Kalau kat kedai, dia mesrakan dengan panggilan akak. Ya, pendidikan yang setiap orang dapat pun beza. So, nak blaim camna kan? Lain2 orang, sabar je lah, ya tak.

Dah umur2 camni, takyah melenting lah. Nama tu sekadar panggilan ja. Kalau rasa tak dipatut dipanggil akak, kita bahasakan dia balik akak. Tengok jauh mana dia boleh pegi.

Nota : Ahaks. topik ringan tapi diambil berat oleh wanita yang usianya meningkat naik. Sebab tu dulu2, ada artis yang umurnya stop sampai 39, tak naik2...

Diary Pesakit 14- Doktor Onkologi vs Doktor Endokrin

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak tulis. Bahawasanya beza doktor antara doktor lain melalui ilmu & pengalaman dia.
aku amik kes yang senanglah. Macam kes aku

Doktor Onkologi - "Melalui ct scan, kita tak dapat mengesan sel2 kanser tu kat leher & tempat2 lain. So, kita akan buat RAI setiap tahun dalam bulan 2 selama 5 tahun, kemudian baru kita stop."
Aku - "So, saya stage bape doc?"
Onko : "Stage 1"

Doktor Endokrin -"So far so good, Ct Scan ok, cancer marker pun takda. Tapi kita kategorikan awak stage 'Intermediate ke High Risk". Sebab kita tak nak u dalam zon selesa. Precausios tu penting
Aku - "Oh!" - nak tanya ada beberapa pelatih praktikal kt belakang, macam segan pun ada. Takkan nak tanya tu stage apa. Sedangkan logiknya pun memang stage 2.

So, beza mereka adalah ilmu & pengalaman mereka walaupun bacaan & nombor yang diberi oleh makmal & CT Scan adalah sama. Begitu juga kita dalam kehidupan, kita tak berada dalam kasut hidup yang sama dengan orang lain walaupun masalah yang sama kita hadapi. Eh! Haha

p/s : Tapi takpa, kita kena berjaga2 ya walau apa pun terjadi. Berjaga lah sangat. Walhal, baru ja lepas makan nasi briani kambing. #matilanak

Sunday, 20 March 2016

Anak kita vs anak orang

Antara topik yang jarang aku update kat blog ialah anak2. Segan pun ada, sebab dok bercerita fasal anak2 pada public, takut la pula membuka aib sendiri atau ada yang tak puas hati ke nanti. Ya, tak semua citer boleh umum kat public. Maklumlah, bila kita amik keputusan untuk share di media sosial/internet, so kita bersedia untuk menerima pujian/kutukan. Itu perkara biasa.

Budak2 memang cepat membesar. Kalau korang tengok gambar kat header tu, masa gi Legoland tu dalam awal tahun lepas, masa tu dira lum pakai tudung, sekarang dah pakai tudung, tingginya beberapa inci lagi nak sama tinggi dengan maknya.

qimi lak makin membesar, tantrum dah makin kurang (kalau tak banyak lagi, masih dalam pengawasan lagi). Mia pun dah makin dewasa, cuma perangai je macam budak2, maklumlah anak bongsu-selalu berangan jadi Frozen atau babby. Salah aku gak sebab dulu2 selalu panggil dia princess. Kan dah kena balik.

Mereka anak syurga - yang selalu bergaduh, kemudian baik. Jerit2, tak dengar kata, banyak main tab berbanding baca buku. Kalau ayah dia suh baca buku pun, buat2 tak dengar, habis2 tengok je buku tu. Pastu selalu lupa itu ini, nak kena ingatkan betul2, step by step. Selalu peningkan kepala mak dan ayahnya. Sampai aku kata pada diri sendiri. "Macam mana bila aku sudah tiada? Mampukan ayahnya handle seorang dengan keadaan makin meruncing sekarang?"- memang susah. tapi hidup kan untuk diteruskan.

Mereka tak secermerlang anak2 orang lain -"itu yang selalu diceritakan" - straight A, selalu baca buku, takda tantrum, tak lawan cakap dan lain2. Tapi biarpun begitu, aku berdoa pada Allah, biar mereka dijauhkan dari malapetaka yang lebih dasyat, perangai tu memang kena ubah, tapi kita perlu lebih berusaha untuk mendidik mereka - aku kadang2 kalah. Tapi kena kuat, walau selalu dilambung badai. 

Disebalik kekurangan yang ada, mereka anak yang mendengar kata, rapat dengan kami, demand juga sebab dah terbiasa hidup dalam kesenangan. Berterus terang, dah selalu kena bebel-buat juga akhirnya. Setakat ini, Alhamdulillah, cuma mungkin kurang bernasib baik dalam pelajaran. Susah! Memang susah, sebab dengan aku yang sentiasa bz- huhu. Selalu aku interview orang berilmu agama tinggi ; pesannya - berdoa-kerana qada dan qadar sudah ditentukan, namun doa yang bersungguh2, Allah akan pandang jua.

"Ya Allah, kau maha Penguasa, Kau maha membalikkkan hati2 makhlukmu. Jaga mereka Ya Allah. Hanya Kau maha mengetahui segala-galanya dan yang terbaik untuk semua hambamu"

Saturday, 19 March 2016

Kita penting @ tak - lihat pangkat kita

Pernah lihat video klip Cristiano Ronaldo menyamar jadi lelaki gemuk, berjanggut, bermisai, rambut palsu, specky menggelecek bola di tempat awam? Hebat dia main bola tapi takda orang respond pun. Sampai dia nak mengorat 1 lady pun tak dilayan. Pastu ada budak main bola dengan dia, last dia buka semua tu, baru orang perasan itu adalah bintang. Ramai yang mengerumun, snap gambar dan lain2.

Kat sini dah nampak yang orang tak kenal bakat anda biarpun anda hebat, macam tak percaya orang gemuk macam tu boleh gelecek bola. Tetapi anda lebih dikenali kerana siapa diri anda - pangkat, harta, kekayaan.

Ceritanya biasa2 saja. Sedih juga, tapi takpa. Kita buat saja kerja kita. Allah kan ada. Okey.

Aku rindu nak menulis novel

Tajuknya itu.
Kalau orang lain tajuknya mesti "Aku rindu nak menulis" - tapi aku mesti tambah perkataan 'novel' di belakangnya. Sebab menulis adalah kerja harian/asasi/rutin/makanan.

Tapi itulah, banyak faktor - penat, masa, kekangan kerja, bz dan 1001 alasan lagi yang memang dah ada kat kepala.

AKu bukan sekadar memberi alasan - sebab aku bukan lagi muda - perlu dahulkan tanggungjawab baru minat - jeles dengan orang yang kerja asasnya lain dan dia boleh menulis - dengan lebih baik kala mengarang novel.

Aku pernah bertanya  pengarang Sinar Harian masalah ini "Kenapa kita, orang media - yang ada asas menulis, ada ilmu, ada pengalaman macam2 tapi tak boleh menulis novel? Atau sekurang2nya buku pengalaman diri sendiri (buku pojok)"
Jawapan : Mereka yang berjaya membuat buku kebanyakkannya bukan dari disiplin penulisan kerana itu bukanlah kerja asas mereka. Kerja mereka berbeza, jadi mungkin untuk lari dari stres, penulisan dianggap 1 terapi. Tapi bagi kita orang yang sentiasa berhadapan dengan deadline - itu adalah klimaks stress, abis tu takkan dah balik, nak ngadap benda yang sama? Lagi stress la jawabnya. Dia ada 2 buah buku umum tapi dah berapa tahun tak sempat buat buku dengan alasan di atas.

Ya ! Aku cemburu dengan orang yang boleh menulis setahun 1 novel, sedangkan aku? Untuk menyiapkan naskah pertama pun ambil masa 3 tahun. 2011-2014. Tahun ini 2016, aku berangan untuk ada novel kedua, tapi tak tahulah, bayang siapnya pun belum nampak. Kononnya nak menaip masa cuti & emcee, tapi banyak gangguan - nak update instagram bisnes lak (walau sendu)...pastu tengok faceboook. haha Bila nak menaip ni?


Bisnes - Part 5 (Orang buat vendor, kita pun join - yang hadoo)

Haha
Aku ni kalau dah rajin, memang mengadap blog ja lah. Maklumlah kepala pening-ekuinoks - makan daging (aduyai! bila nak insap gamaknya)- ok lupakan.

Ceritanya - masa bulan dua hari itu, aku punya plan baik. cakap dengan laki bahawa kita perlu letak tudung kat vendor, jadinya akan ada jualan online & offline. Laki aku ikut ja part2 ni, kononnya aku dah study.

So, aku mulakan pencarian dengan #butikvendorshahalam. Tanyalah thru whatsapp fasal vendor need. Ada yang RM150-200 sebulan dengan kontrak 3/4/6 bulan. So aku mesti la amik yang paling murah kan? RM150 untuk 3 bulan. Masa tu hati dah berbunga2, dengan harapan, at least adalah sales. at least laku dalam 5-10 tudung sebulan pun dah cukup. Juz dapat bayar sewa bulan2 pun dah Alhamdulillah, takda untung atau tak balik modal pun takpa. Taktiknya agar tudung susut.


shawl emma maembong & nora danish pun ada uols-camna lah kita yang bilis nak bersaing


Ceritanya bulan pertama vendor update takda sales. aku dah macam eh? takkan takda langsung.
So, aku topup dengan lain2 design. bulan kedua yakni mac, dia whatspp minta bayaran untuk bulan mac. Aku tanya lagi - ada sales tak? dia pun buat muka sedih. Pergh! Nangis mak camni. Dah RM300 habis tanpa dapat apa2. 300 okey????? dengan satu pun tak laku, hayooo.

Laki aku dah membebel2 dah. Cakap vendor tak membantu, lokasi kat Alam Avenue 2 takda orang nak datang. Eh! Aku jawab - Banyak juga butik top kat situ, SBU, Shawlbyvsnow, Hijrah Couture, Minimalace. Tapi secara jujur, memang tempat tu agak sendu sebab orang tak berapa ke sana. Orang memang dah pegi ke Seksyen 7, yang dah macam2 ada, Jakel - Anggun Zara, Radiusite, Calaqisya, Bella Amara, Minaz...so bila dah penat, takdalah nak ke sana. Kecuali ada nama2 besar itue.
- masalahnya, kita pun tak tahu benda tu jadi macam tu kan?

Sebut pasal nama2 besar, buatkan aku tertanya sendiri. Betul ke keputusan yang aku amik ni? Gergasi uols, yang memang setiap minggu ada stok baru. Mak ni? huwaaaaa.

Berbalik fasal vendor, aku cakaplah yang kalau dah 2 bulan takda sales, aku last bulan 4 je lah ya, tinggal bayar rm50 ja lagi (sebab dah deposit rm100 masa mula2 masuk). Dia kata ok, macam paham. Lagi pula butik vendor aku tu siap ada shawl emma maembong, nora danish. Adui! tepuk dahi. Memang ramailah yang cari uols, jadi - mereputla shawl mak kat ceruk sana dik non.

tudung lawa, kaler ok, less iron tapi takda faktor x - yakni orang tak membeli sebab tak kenal


Nak salahkan dorang pun takleh, dorang pun overhead cost sewa butik dah berapa. Sebab aku penah tanya butik lain - yang ground floor tu sewanya 7K okey? 7K di Alam AVenue, Jadi bayangkan ground floor di Seksyen 7? di Bangi Sentral? Pergh. Patutla ramai gak nama2 popular bukak kat tingkat 3, haha. tapi tu yang ada nama, lain lah, orang tetap cari.

So, adakah mereka yang buka butik ni balik modal, kalau vendornya 30 misalnya? Aku rasa ada untung, kalau takda, dorang takkan buka, ye dak?

ok, berbalik pada citer aku pasal vendor. Memangla nampak gah bila kita ada 1 railing di butik. Nampak best sangat. MAcam brand aku tu dah dikenali sangat. iya2 ja, ya lah, nampak macam mampu jadi vendor tu macam best lah kan. Tapi, yang sebenarnya-yang hadooooo

Walhal thru online, ada la 3 orang membeli shawl aku, means jalan juga lah dalam ekonomi inie. tapi yang vendor? huwaaaaaaa... RM450 dik non.....macam gitue ja...huwaaaa


Bisnes - Part 4 (faktor slow - banyak noo alasan ya)

Kurang lebih 3 bulan produk brand aku berada di pasaran.
Keputusannya - agak menyedihkan ;(
Sebagai orang media, banyak faktor yang aku rasa menyumbang, antaranya ialah 
- produk sama dengan orang lain
- marketing tak kuat
- terlalu banyak saingan dengan produk lain
- lebih banyak peniaga berbanding pembeli
- kurang update di media sosial

Jawapan yang usahawan lain akan bagi pada alasan aku ialah :
- kena cari produk yang agak berbeza. Semua orang pakai tudung & keperluannya setiap hari. Cari kelainan yang buat orang rasa berbaloi membeli.
- perlu kuat. Ada orang amik artis macam Uqasha Senrose, Amy Mastura. Ada orang spend kat fb ads (banyak duit), buat contest tag & win, beli iklan tv macam pamoga, buat instagram khas untuk owner menayang lifestyle orang nak tengok. Haha
- rezeki masing2, kalau dah tercatat itu rezeki awak, akan ada, jangan risau.
- Itu juga sama, kalau peniaga banyak sekalipun, tapi kalau peniaga panda skil memujuk, copywriting, InsyaAllah semuanya akan ok.
- ni perlu, at least 6 update di instagram setiap hari. Facebook ads pun penting, laman web semua, guna model lawa, barang kena baru juga.


Jawapan aku
- Mula2 aku ingatkan amik je style yang sedia ada, buh brand sendiri & jual. Rupanya takleh sangat. Kena reka idea lain. Masalahnya idea pun tak mari. Kesibukan kerja di opis & rumah sampai anak pun terabai - rasanya lah. Bila masa nak reka benda baru ni?
- iklan akak tak mampu dik non. Bolehla paid review kat IG, ataupun swap review dengan igshop lain, tapi impaknya tak kuat macam pakai selebriti atau billboard macam fareeda tu. Itu dah tentu kos berjuta. Iya, sebab fareeda amik iklan kat malindo air pun dah setengah juta. pergh! berpeluh! Kalau tak juta pun, mestilah beribu, ye dak. Jadi, buat ja lah dengan apa yang ada.
- cakap memang mudah - rezeki ada mana2 - tahu, tapi hakikatnya perit - risau juga tapi takdalah sampai menung sana sini-sebab tak sempat menung, ada ja keja nak buat. haisy
- ini memang betul - dengan ramai yang dapat VSS & MSS, ada yang diberhentikan camtu je, so jalan paling senang adalah meniaga. Secara logik, memang pembeli tu ramai, tapi peniaga akan lebih ramai dari biasa, jadi pembeli ada banyak pilihan. Nak murah cari ja, tekan #murah mesti boleh dapat. Kalau nak berkualiti beli ja dari brand terkenal, laju aja, siap ada personal shopper lagi. Jadi aku ni kategori camna? Nak letak murah sangat kan, tak balik modal, nak letak mahal memang tak lah, sebab sapo nak beli? huhu
- nak snap pic apa eh? sebab model dah pakai 2 orang, takkan nak tayang pic sama setiap kali? Jalannya snap lah pic kosong tanpa model, tapi gambar tak bape menarikla. Impaknya pula memang beza dengan model. Bolehla update, tapi kalau duk ulang tayang produk lebih kurang, orang pun semak. Nak topup barang baru kan, yang dah ada pun takleh move on lagi. Huhu

*redah & doa. Amin2

#ikonnur - susah move on

Finale 5mac.
Aku dalam minggu ni baru move on.
Biasanya macam tu lah, event yang memang kita handle dari takda apa2, sampai habis, penamatnya akan dikenang2 sampai bila2, tambahan pula bila Press release aku buat, pemilihan finalis pun aku. banyaknya aku lah (ok-masuk bakul angkat sendiri)

Boleh tengok di Instagram #ikonnur

Nak cerita fasal predict, cerita di balik tabir, reheasal & macam2 tu aku rasa biar ia jadi rahsia krew. Haha, benda yang boleh citer ialah memang syok buat event tapi penatnya ya rabbi.

Bila event tersebut mendapat pujian media, selebriti, tetamu, blogger dan lain2, aduhai seronoknya hati. Jadi, benda2 yang kecil yang masalah tu nampak simple je rupanya. Alhamdulillah. Paling suka bila management puji & kata boleh buat lagi next year. Ops! bagilah majalah lain pula. Nak buat event yang makan masa 2 tahun ni memang mencabar dik non. Ops! kita jumpa lain tahun ya, tapi bukan masa terdekat. hihi

nak jamu gambar, tak rti lak nak print screen dari mac book. haisy...nanti lah bila guna pc lagi senang.

Mac - bz macam feb juga..huhu

Hari ni 19Mac.
Walaupun mac belum habis, tapi masa terasa cepatnya berlalu. Aduyai.
Maklumlah
* aku jalani terapi & kuarantin pada 24 feb- 26 feb. Jumaat tu lak ct scan (resultnya next week).
* Pastu sambung cuti rehatkan badan lagi 2 hari - isnin & selasa.
* Masuk keja rabu (siapkan keja pending)
* Pengasuh lak minta cuti 4mac, 10-11 mac di kala aku memang bz glerrr...so terpaksa encik suami amik cuti & handle kids macam transit.
* khamis 3mac, siapkan benda2 macam pre judging, wall of fame, beli barang2 untuk di bawa ke aswara dan lain2.
* jumaat - budak2 dari rumah, aku lak handle few things - pastu menghala ke Aswara di hari jumaat okey...finalis dh start datang, buat macam goodie beg, tampal stiker kat kerusi untuk tetamu. reheasal dan lain2. balik pun dah sampai jam 12 tengah malam ke rumah.
* sabtu 5 mac - sehari suntuk di sini. (seb baiklah budak2 dah besar, at least dorang leh handle diri sendiri-sob2
* lepas event besar - memang penat gler, tapi datang juga keja isnin 7-11hb sebab ada plan lain-hehe, kemas barang, dan lain2.
*12hb sabtu ke Terengganu kul 3pagi bertolak, kononnya cuti sekolah ni mesti ramai orang- jalan lurus dan jauh ni jalan membuai, memang ngantuk aja. aku beberapa kali memang tertidur ja. haisy. seb baik pilot boleh control. harapkan aku memang ke laut ja. Sampai tengah hari, tengok cucu sedara dulu, pastu gerak ke kelantan.
* bercuti - rileks2, makan2, luangkan masa dengan family tersayang - ke Pengkalan Kubur -barang makin mahal & orang pun jarang2, - pelik- cuti sekolah orang tak balik kampung? atau takda orang cuti pun. Dok rumah jah - alasan ekonomi.
*15-16maca selasa&rabu - ke cherating pahang, beli kerpok lekor, main pool & pantai, sedut udara segar biarpun ekuinoks.
*17mac - asigment pagi & petang di Kajang - Agensi Anti Dadah Kebangsaan & Clear Herbs - assigment di harijadi ku. ehem2.
* lupa lak nak padamkan tarikh besday kat fb. huhu. tapi tq lah, at least ada orang ingat.
*18mac - asgmt fesyen & hantar soalan2. wah! kalut uols, dah hujung2
* 19mac - hari ini - masak, mop lantai
* 21,22 & 23 mac, last asigment dgn teks pun banyak lagi lum siap - DEADLINE
*23 mac - patutnya amik darah. tapi aku ingat nak skip. Sebab kalau pi memang tak sempat siap keja dik non. Ala, bagi ja alasan lupa kat doktor - so pakai ja result ct scan. (jangan tiru).
* 24 mac - jumpa doktor onkologi - weeee result- adesss.
* 26 mac - sabtu dira tuisyen. & meeting mia linus - semua pelajar tahun 1
* 27 mac - casting Guardian di IOI Mall Putrajaya
*28 mac - jumpa doktor endokrin
* 29-31 mac - rangka untuk next appoiment. Cer cite, bila masa nak menaip manuskrip kedua? wuwuwuwu

Pengsan


Wednesday, 2 March 2016

Seperti yang dijangka & diduga

Dup Dap!
Bagai membuka pekung di dada. Tapi itu realitinya. Akhirnya perlu menerima hakikat, Di kala kegawatan ekonomi yang parah. pelbagai berita terbaru seperti pekerja Samsung 6++ diberhentikan kerja, Mas, Naza, Oil & gas dll. saat itu sampai jua - retrance aka diberhentikan paksa rela. VSS? Nope. Lebih pada MSS.

Mungkin bagi syarikat konglomerat, imbuhan yang diperolehi bukan calang2, namun lakiku? Huhu, cukupla sekadar cukup makan. Mana nak fikir, bayar rumah, hutang kereta dan lain2 lagi. Mana nak fikir anak2 lagi, dengan aku yang sakit. Nasib baik diri ini masih ada pekerjaan.

Tapi aku nampak wajahnya yang suram disebalik keceriaan yang ditunjukkan. Ya. Bukan senang. Setelah hampir 16 tahun selesa makan gaji (selesa dalam erti kata setiap bulan dapat gaji - bukannya mewah, sekadar cukup makan kami anak beranak) tapi kini terpaksa menerima hakikat bahawasanya gaji itu ditarik balik dalam dia usia menghampiri 40 tahun. Aku kata "bukankah man life begin at 40".

Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui
Kalau kita rasa kita susah sebab hilang kerja, pandang lah orang yang lebih susah, Hilang /kematian suami & kini menyara anak bersendirian @ berbelas tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan anak @ masih menyendiri walaupun usia menginjak senja @ hidup begitu sukar dengan anak2 yang ramai.

Semua orang ada jalan yang berbeza. Tapi semua orang ada Allah yang satu. Mengadu lah pada dia - Dia maha mengetahui segala2nya.

La Tahzan
p/s - ia adalah pesanan untuk diriku semata2, maaf jika ada yang terasa. Ok, nak start kerja, sabtu ni ada event Pencarian Ikon Nur. Nak listing tetamu n buat tugasan utk next week lak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...