Saturday, 29 August 2015

Merdeka. Ada lagi orang sambut?

Bila siang, macam2 benda berlaku dan rasanya idea bercambah kiri dan kanan.
Bila malam, yang jadinya lawan mata ni hah. Terjegil, idea macam ada tapi tak kuar.
Camna tuh
itulah antara punca tak berblogging - (haha-alasan)

Merdeka.
Yakni esok, lusa dan tulat.
Ya tulat ialah Merdeka-31 ogos setiap tahun

Dulu2 -ramai yang bangga letak bendera Malaysia depan rumah. Kami pun, sebelum pilihanraya lalu pun, tiap kali merdeka, mesti letak Jalur Gemilang.

Sekarang? - encik suami nak letak, tapi aku yang tak bagi. Siap cakap, err..cuba tengok..ada tak jiran kita yang kibar sama? Buat masa ni, takda kan, tak taulah esok lusa camna.



Bukan tak sayang negara...
Bukan sengaja nak tunjuk ego...
Tapi...
Ada tangan2 yang sengaja mencalar perasaan
Mencarik-carikkan segala kepercayaan rakyat Malaysia
Membuatkan rasa pedih, perit.
Ngilu terasa di lubuk hati paling dalam
BERSIH?

Nanti entry seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...