Thursday, 24 November 2016

Hidup sebagai suri rumah + usahawan

Sorry, dah dua bulan tak menulis kat sini.
Maaf pada yang selalu datang ya, sorry banyak2.
Nanti aku kasi link fb yang memang setiap hari aku update k. So korang boleh keep in touch kat sana.

Mula2 memang aku rehat betul2 lepas resign tu, habiskan masa dengan cuci rumah tau. Bukan sekadar kemas ja. Habis cermin tingkap aku lap, almari bla2, siap berperang dengan lipas lagi. Adui masalah yang tak pernah habis.

Lakiku memang lah, asik 'bising' pasal aku kena ada mindset bla2, adus. Kita baru nak relaks kan, tapi aku paham. Dia buat macam tu supaya aku tak berada di zon selesa, kena bangkit cepat. Ala, dia bising kejap ja pastu ok balik. Kan?

GC Tea
So, ceritanya bila dah macam tu, aku pun study lah produk2 yang memang hit di pasaran. Maka terjumpa lah GC Tea (teh potong gula yang sangat owsome) - serius sebab boleh kurus semua & paling sesuai untuk kencing manis k. So, aku daftar lah dengan agen (yang aku kenal thru FB ja). Selepas diskusi semua, aku setuju nak jadi stokis dengan yuran RM3688.80 gitue. Haha, dapatlah berkotak2 teh GC Tea. So, bermula la kerjaya aku sebagai penjual teh tanpa ladang. Rupa2nya bukan senang nak jual online kalau kita tak kenal orang, tak gitu?

Eh! buatlah pages dan personal fb baru. Dahla fb lama memang aku dah tak sentuh 2 tahun, pastu takkan nak kacau fb yang tulis novel lak. Haru biru semua pembaca. Jadi, buatlah fb baru. Ingat senang nak build contact, add orang pastu update, mula2 takda orang like, takpa, buat2 lagi sampai sekarang ni. Tapi masih belum ada orang beli. EH! camna nih, modal dah banyak ni, seram gak. Haha, so sempatla aku gi pasar tani. Yang tu ada cite lain lak. Tapi agak menyedihkan jugala.

Sekarang kena cuba balik, adus, ada lah laku beberapa kotak. Nangis.





NYX Soft Lip Matte Cream
Lakiku kata kena cari banyak produk, so bila ni tak laku, ada yang lain. So, bermulalah pencarian barang2 yang aku rasa laku. Fikir punya fikir. Eh! sebagai pembeli aku suka barang yang murah & berkualiti. So, ramai kawan2 aku yang guna NYX SLMC sebab dia memang matte, ringan dan warna2 dia semua ohsome.

So, aku pun mencari lah dekat IG, banyak ari juga nak cari offer yang ok. So, nak beli borong kena banyak kan. Dapat lah 50 batang lipstik dengan harga mestilah K kan. Margin dia memang kecil tapi bagi aku, barang mesti laku, InsyaAllah. Harga kat Sephora pun aku tengok RM33, so InsyaAllah laku.

Tapi bila aku jual kat kawan2 grup watsap, banyak yang krik2. Pastu kalau tak krik2 pun, dorang persoalkan napa beli tahun lepas murah? Dalam RM26 gitu. Aku xplain yang memang betul, tahun lepas harga murah, tahun ni kan dengan GST semua, mestilah naik harga. Tak caya tengok kat Sephora sendiri.

Betul lah, ada tempat yang murah. Even kat 11Street pun dapat RM28, tu memang betul, tapi aku kan penjual pensendirian, beli pun dari orang. Aku jual harga market pun takda orang nak beli. Seb baik, ada model tu terus beli 4 batang. Wowo sangat. So, aku buat Ig semua tapi sekarang krik2 sebab aku bz dengan bawal pucci. ok, cite kat bawah lak.





Bawal Pucci Dyan Luv
Tudung adalah bisnes yang aku rasa paling kena dengan jiwa. Serius, selama 8 tahun dok majalah Nur, aku rasa macam2 dah aku hafal semua benda. Perah otak cari idea dan bla2. Ok, dulu kan aku ada citer pasal bis tudung kan? Pastu of. Haha, sebabnya crowd tak ramai kan. Now, bila dah resign, aku jual balik tapi kini all out sebab dah tak bertugas, so boleh ja tulis apa2, tak segan dah.

Kisahnya masa bawal pucci aku dalam pembikinan. Serius, memang cantik jahitan dia, kualiti kain pun sangat tip top. Aku rasa bila jual ja, memang boleh pergi. Masa tu baru ada 2-3 butik yang jual bawal pucci ni. Aku ok, bila siap ja, photog lak kawin, so cuti seminggu, model pun tak free, seminggu cuti. Aku dah huhu. Sabar jalah. Dah rugi seminggu, takleh jual kan?

Bila dah shooting hari ahad, nak up gambar - lum edit lagi. So tunggu lagi sampai 3 hari, baru leh up. Orang tak kenal lagi kan. Dah up dalam seminggu tu, berduyun2 orang jual bawal pucci. Aku pun tengoklah gambar, pergh! ini bukan bawal pucci yang aku jual. Ini corak pucci tapi print atas satin. Padanlah dorang leh jual belas2 ringgit. Aduh! modal mak pun tak lepas dik non!

Bila macam tu, aku memang mati aku pikir. Aku takleh jual murah sebab memang produk aku mahal, shooting lagi - model, mua, foto - semua tu dah berapa k? Ada rasa down tapi bila dengar motivasi semua n cara nak solve problem - aku kena rangka strategi.

Hari ni 24/11, so ada dalam 37 hari sebelum tahun baru 2017. Pergh! berpeluh aku nak habiskan bawal pucci ni. Tapi kena hadap.



 Promosi - Contest & menang
Ni antara cara yang banyak aku tengok dorang buat, so aku pun create satu dan Alhamdulillah, sambutan ok juga. Ramai yang like sebab nak hadiah kan? Cuma takleh la nak target jualan dari sini. More to create awareness.


Promosi - selebriti 
Dah tu, kena minta tolong kawan2 up ni, dari situ produk Dyan Luv akan dikenali. So, aku bagi dalam 3 orang untuk mereka pakai. Kawan aku, Mantan Editor Rapi yang selalu lawa, selebriti Zaryn & pelakon baru Azza. Dorang up, adalah like & 2-3 orang beli. Walau tak capai sasaran, takpa, aku kena akur sebab produk pun baru, orang baru nak kenal. Cuba


Promosi - FB Ads
Fikir lagi - buatlah Fb Ads, langgar dinding semua. Buat sendiri, dalam sehari setengah juga hadap benda ni baru run. Result dia. Ig banyak yang likes tapi Fb ala2 krik2. Bajet RM15 sehari dalam 2 hari.



Kesimpulan
Susah sebenarnya nak jual 3 barang dalam 1 fb. Haisy, bila aku niat nak habiskan bawal pucci, maka dengan sendirinya GCTea & nyx sendu. Haisy, ni dok umah full time pun bz, camna  bila dah keja nanti? Eh!
Lagi?

Orang nampak berniaga tu banyak duit. Kawan2 pun tengok aku usaha macam2 dah kata aku hebat. Bukan hebat, tapi itu usaha nak ke sana & betul berniaga bukan mudah. Heran juga ramai yang boleh dapat beribu2 sebulan. Aku ni? Haha...tapi kena move on kan. Ok, korang boleh like pages aku kat atas dan personal fb untuk bisnes Azza Rai. TQ semua.


Friday, 23 September 2016

Resign akhirnya...

Berat untuk melepaskan namun itulah hakikatnya.
Aku dengan sukarela telah menghantar surat peletakan jawatan.
Aku yang tidak pernah terlintas mahupun seketika untuk berhenti sebelum waktu (sedangkan ketika lain rakan2 sudah pun tepu & jemu- mereka kerap akan resign pada umur sekian2) - aku tetap mahu kerja hingga umur 50 sekurang2nya - aku tahu kerana minat & tanggung jawab.
Namun itulah, hati ini sudah nekad & mendapat restu suami (biarpun mulanya berat juga untuk dia membenarkan)

Siapa yang tidak sedih, selepas 15 tahun berbakti, akan meninggalkan legasi kewartawanan. Rasa kekeluargaan itu masih kental & hebat. Di saat bersalam, sudah ku katakan, "aku takmo nangis, salam & mohon maaf, wish luck - cukup" - tapi itulah, sekadar kata2, bila bertemu, hati jadi sayu, mata mula memerah tanpa sedar mengalirkan air hangat - hidung pula naik turun menahan. Aduh!


team photographer yang sangat supporting. Bekerja dengan dorang ni gila2, ada ketika jalan cari rumah orang boleh sesat (time tu takda waze & smart phone cam sekarang ya)- ada ketika balik dengan tangan kosong sebab tetiba klien boleh kansel-walhal kami dah sampai tempat shooting, ada keja sampai malam tapi tak mengeluh pun sebab paham keja camna.

team Mingguan Wanita yang sangat hebat - sebab deadline tetiap minggu. Selepas ni akan merindui deadline yang sangat hectic.
team Nur & kak rin (editor hijabista) yang selalu supportive. will miss them
Jadi biarlah gambar bercerita ya.

Baru hari ni saya nampak awak lawa" - gurauan dari Penasihat Eksekutif Editorial Datuk Abd Jalil Ali (orang kuat Sinar Harian) - antara individu yang menemuduga saya 15 tahun yang lalu. Sempat menitipkan nasihat yang berbekas di hati. Beliau orang yang menemuduga saya bersama abang Richie Rachman ketika Karangkraf masih menyewa rumah kedai. Beliau selalu menasihatkan tentang asam garam kewartawan.Oh! Sedih la plak. Tq bos😊

 

Selalunya bila ada pelawat datang opis, dorang akan snap pic kat sini sebagai tanda kenang-kenangan. Masa tu rasa biasa2 saja. Tapi bila dah sendiri yang akan meninggalkan, baru terasa mahu abadikannya disini.

Rindu - akan merinduinya😂😅

Beberapa majalah lagi direhatkan

Hampir 2 bulan tidak bersiaran, macam2 perkara terjadi kan.
Ceritanya begini - seperti yang semua tahu media sosial semakin galak & boleh dikatakan hampir semua kategori umur ada medium media sosial. Secara tidak langsung kecanggihan teknologi sosial ini membuatkan industri printing 'drop' / semakin sedikit diedarkan. Bukan kat Malaysia sahaja fenomenanya, di Oversea pun sama situasinya. Masing2 terpaksa bersaing dengan blogger / portal yang lebih senang diakses & penting free. Macam2 benda dah buat tapi jualan makin drop.

Bercerita fasal media sosial, aku dulu tak rasa pun pengaruhnya akan kuat macam ni sekali. Pendek kata tak rasa tergugat pun. Tapi kalau orang tu memang pandai baca 'trend', mereka dah tau. Industri printing terutamanya majalah makin lama, makin slow. Kalau surat khabar boleh tahan lagi walaupun nak baca berita online pun dah senang, sebabnya masih ramai yang nak pegang & baca lebih lanjut.

Tetapi sampai bila? Media sosial mengambil alih. Kalau yang dulu2 & sekarang masih gah pastinya Facebook. Sekarang lak ada Instagram, Wechat, Snapchat, Telegram & macam2 portal yang sangat bersepah boleh didapati hanya dengan menekan hujung jari.

Sekarang makin ramai orang yang bijak menonjolkan diri di medium facebook, membuatkan dorang popular - di puja - terkenal. Jadi sapa2 pun boleh popular sekarang. Kalau dulu medium majalah/paper yang akan mengesan bakat mereka dan lain2, kemudian baru mereka popular. Tapi sekarang tidak lagi. Semua boleh tahu fasal si polan yang terer nyanyi hanya dengan ke youtube nya. Senang kan?

Dengan sedihnya aku umumkan majalah Nur akhirnya direhatkan setelah mengambil kira pelbagai faktor. Selain Nur, Majalah Media hiburan pula tiada lagi tetapi diserap ke dalam Sinar Harian (seperti PancaIndera kalau tak silap), majalah Dapur (tiada lagi sisipan dalam Impiana) & majalah Rapi (tiada lagi sisipan dalam Keluarga).

Sedih. Ya aku sedih. Tapi hidup mesti jalan terus. Pengumuman ini membuatkan hilang separuh nyawa. Kami 1 team sedih & hilang arah. Sehinggalah satu pengumuman lagi.... (bersambung)

team yang sudah berpecah :(

Sunday, 31 July 2016

April 2016

Ini adalah hasil2 karya aku sepanjang bulan. Apa yang korang nampak adalah gambar yang dah siap. Story disebalik tabir tu ada macam2.. Haha, janji pembaca puas hati kan, tapi macam yang aku mention isu lepas, bulan ni memang penat luar biasa sebab sorang staf bersalin, jadi kerja2 diagihkan. Gitu. Tapi memang ajaibnya, kerja siap aja, cemerlang lak tuh. Haha.


cover ni kak faridah buat, tapi yang deal dengan eja ialah aku, sebab aku cuba dapatkan dia dari tahun 2015 lagi, tapi sibuk nooo..uols, yang bestnya eja - karektor lemah lembut dia sama ja macam kat luar. Alahai, sopan santun sungguh. Dia bahasakan dirinya kak eja.

gitue

Fdaus Ahmad - masa photoshoot ni, kecoh pasal Amran Fans hilite pasal selfie sambil menyusu. Orang ni dikatakan Amran Fans yang lama sebelum diambil alih admin baru. Seronok borak dengannya sebab banyak ilmu.

kalau format dulu, lagi banyak teks dari gambar, tapi sekarang takleh camtu. Kena bagi gap n gambar2 cantik, nanti orang malas baca. Ops!

ok, yang sebelah tu aku buat tinjauan kat Risda. Tajuk tu kena cari yang kontroversi - yang buat orang nak baca, Penat juga nak memikirakannya.  

Biasanya perempuan banyak ja idea nak lontar, cuma lelaki susah sikit. Malu ke takda idea ke. camtula 

RISDA - ok, dibawa berjalan ke sekeliling opis. Nak komen apa ya, ok ja semua. Dorang dah berpakat pakai baju sama untuk shooting

nampak tak mak terselit kat situ. Rasa terlebih bedak lak kat situ. haha

patutnya double spread, tapi kena buat single sebab setting lari. Tajuk ni aku yang bagi. Maklumlah, 2016 ni ramai yang diberhentikan kerja. Sob2

sambungan. Kolumnis ni galakkan melabur hartanah dan bukan MLM ya

Owner produk ni sponsor Pencarian Ikon Nur bernilai 10K kot, so kami bagi 2 page writeup. Ceritanya owner ni adalah Finalis Pencarian Covergirl 2011/12, dah sukses sebagai owner produk. Cantik & sukses.

antara produk yang dijual

tak taulah, nape jadi camni lepas edit. Redha ja la. Malas nak edit lagi. Masa ni memang panas lit lit. TErbakar muka iols dan model. Haha. Tema dia tie-dye @ melayunya ikat celup

angle dari bawah. Menarik

Owner baju ni adalah sponsor Pencarian Ikon Nur juga. Zetty JAsmy ni kawan kitaorang. Wartawan masa sama2 kat majalah Pesona Pengantin. Dalam tahun 2010 gitue, dia resign dan buka butik pengantin dengan modal 40K (masa tu kira dah banyak tau-sebab rata2 yang nak buka butik sekarang dalam 80K-based on aku interview) - Actually, masa aku kat Pengantin pun, aku bercita2 nak jadi wedding planner, tapi tu lah, sekadar angan2. At least kawan kami sorang menjadi juga. Alhamdulillah

Baju dia ala2, kardigan, blaus, dres gitu. Dapat lak model darah kacukan. Macam wanita Turki gitu. Kaler2 kusam ni memang lawa lah.

macam biasa, gambo reference seksi, tapi kreativiti pelukis tudungkan dan sopankan artwork. gitue

takda lak artwork yang asal, tapi memang seksi lah. Ni dah lawakan dah 

Yasmin Siddik - ilmu yang diberi memang syariah compliance, aku rasa dia patut ada program kat TV, sebab apa yang dia sampaikan tu betul. Cuma tu lah, rancangan TV kita ni banyak sangat lagha. Yang lagha tu lah ada iklan. Yang bagus takda iklan, tu yang takda show.

Tahun ni ramai yang beraya dengan dokoh patchwork kan. Walhal, aku shooting ni bulan 2 - terbit April isue. Macam tu lah trend




































Sunday, 17 July 2016

Isu Mac 2016



Isu Mac - lebih penat dari yang biasa sebab sorang wartawan  cuti bersalin. So kena bagi2 lah skit sorang antara reporter yang lain. So, isu Mac & April agak tough jugalah, Pastu masih sibuk dengan aktiviti Ikon Nur iaitu Nur Ngaji & Breakout. Phew. Memang agak bz sebab weekdays bz dengan bahan & preparation benda2 alah ni, pastu weekend bz dengan event. Bak kata Yuna bila tengok life dia yang hectic "Do u wanna be a singer?" - Hahahaha, Hanya orang yang berada dalam industri yang sama ja paham. Eh! Melalut lak citer pasal Yuna.




Ameera Zaini - hos Hijab Stailista, Saffiya & sekarang yang DIY - Asalnya Meera ni finalis Pencarian Covergirl Nur/ Dara.com. 2011/12. Photoshoot di A Park, ala tempat yang selalu orang buat wedding yang ada rumah kolonial tu. Memang cantik sangat, selalu juga orang buat rakaman tv dan lain2. Nasib baik la Meera ni jenis aktif, bawa sampan sendiri ke hulu ke hilir tempat kami shooting.

taraaaaa- tajuknya Al-Quran ko....takut tak? Itulah, majalah Nur memang banyak pengisian pasal kerohanian (tapi ada fesyen semua, means bukan total macam Majalah I @ Solusi - tu dah kira genre lain - tapi cuba membawa kepada yang lebih baiklah

Dia finalis dara, so aku tak berapa rapat sangat dengan dia time tu. Tapi bila dah lepas pencarian tu, dia jadi model pada produk Al-Humaira Contemporary (ownerya adalah finalis Pencarian Covergirl Nur 2008/09 - nampak tak perkaitan tu?) tapi semuanya kebetulan kan. so mulalah shooting dengan dia jadi model & bla-bla. Nak dijadikan cerita masa final event tu, kami jemput penerbit TV3 sebagai juri kan, so dia tertarik lah dengan finalis Dara (sebab mereka masih muda masa tu, masih study IPTA, awal 20an- boleh dibentuk lagi berbanding Nur sebab semua dah bekerja, so komitmen susah) -so, Meera pegi interview & rezeki dia dapat. Maklumlah tahun 2012 tu mana ada lagi hos bertudung & tudung tu pun orang tak pandang sangat (bukan macam sekarang - fenomena) - sampailah sekarang dia jadi host. Tapi tetap tak sombong. ---tengok panjang tak 

tempat ni memang cantik k, cuma kualiti kamera phone i ja tak dapat nak capture. 

ada 6 muka surat semuanya, jenuhla nak mengarang - tapi best Ameera memang tak sombong, banyak kali dia cakap, dia bermula dengan Majalah Dara, so akan ingat sampai bila2, terkini dah ada butik tudung sendiri dah. cantik ko tudung tu.

So, nak cari contact orang yang tadabbur Quran, senangnya teknologi sekarang kita boleh dapat macam2 info kat Facebook ja dengan klik profile. Kalau dulu, jenuh bertanya orang2 yang pakar, baru leh interview

yang menarik dia terapkan Quran pada anak2nya. Dan anak keduanya Autisme. Banyak tip yang boleh dikongsi bersama.

Masa ni #2kerja. Tu yang buat topik ni

Ladyshop - kenal owner dia Melayu kolobrasi dengan Chinese. Dia di GM Klang & partnernya di Kenanga. Antara pemborong yang terawal lah. 

konsep chunky beads - ada 2 brand tudung yang ada benda2 alah ni. Modelnya anis al idrus. kalau korang perasan, setiap page ditukar background kaler gitue.

konsep nur - tudung mesti labuh dari dada - syariah compliance katanya

vintage ni barang kemas yang diperbuat pada tahun 1950an-80an. ada sejarah dia tapi di bulan yang lain. Untuk kali ni kita cuci mata dulu ya. Nak tau, beg tu dari water snake skin tau. errrr..seram gak pada mulanya, tapi pastu takda pa2 la

kena cari model yang tangannya panjang2 n kurus2, baru cantik dalam gambar - komersial value

artikel dia memang bagus sebab syariah compliance, tapi tu lah, yang biasa popular kat luar tak syariah tapi ramai yang suka. So, menjadi tanggung jawab nur untuk betulkan yang salah k.

step tudung, kebanyakkan model sekarang student, pandai dorang cari duit poket

tengoklah yang mana korang nak

siap ada borang untuk 40 pembaca bertuah. Banyak juga borang yang kami terima. Ada tu boleh cakap sampai dia dapat 5 helai tudung sepanjang membeli majalah nur

kolum agama

sangat menarik. korang kena baca. rasanya boleh ja zoom kan

Artikel Majalah I

Baiti Jannati

Cik Mat

Kolum untuk mama muda

camna nak terbalikkan? aduhai - ni kolum terakhir untuk finalis Nur - sedap2 dorang masak ni - konsep snek - coklat cip..yummy

boleh ikut resepi mereka

nurse - macam2 yang dia cite. seronoknya journalist ni sebab kita jumpa macam2 orang & boleh ja interview macam2 tanpa rasa segan dorang nak kata apa lah, peribadi ke. Haha

Buat di KL Sentral, mengaji. Semarakkan Mengaji. Selain, cantik, bekerjaya, bijak, dorang pandai mengaji tau

Diana Amir pun ada. Yang sebelah tu dorang kena uji minda. Pening gak soalannya, sebab aku pun masuk sama. Haha

Rosham Nor pun join ngaji

Yang ni aku siap pi Melaka untuk event Aidijuma, dasat tuh terpanjang.










terharu bila mana artikel yang kita buat mendapat pujian. Aku rasa itu antara kepuasan yang tidak ternilainya bagi seorang wartawan - kala tulisannya dihargai biarpun bukan itu yang kami minta. Cukuplah sekadar mesej sampai & membawa kebaikan kepada umat sejagat

aku punya jenis, suka formal - apa2 thru emel & watsap. Tak penah nak komen kat fb dorang ke apa. Biar keep silent. Kalau perlu nak ucap raya @ apa2, memadai watsap saja. Tak perlu kenal pun orang yang menulis. Haha - kekwat

Yang penting tulisan tersebut. Kita2 kat belakang ni takpelah. Biasa2 sudah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...