Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?
Tarikh emel ; 15 Ogos 2005
Pesan Rasulullah SAW
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh
tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun
tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan
rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah
dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif.... itu salah....
Jika dia
bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak
salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan
anak derhaka.
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang
jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka
mereka tidak akan tergamak menderhaka.
Saya pernah tinjau,anak-anak yang
lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak
beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan
menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan
hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah - suka, dan
pergi sekolah pun seronok.
Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat
dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di
tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.
Hubungan rohani tetap tetapi jiwanya sentiasa hidup.
Jangan kita tunjuk
sikap kita yang panas baran, pemarah
dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya
yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka
kepada kita...
DOA ANAK-ANAK
TERMAKBUL
Lazim orang
tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa
tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan
doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa
anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak
berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
Jika Tuhan
menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika
orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan
melawan mereka?
- Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
- Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.
- Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.
- Walaupun ibu ayah sudah meninggal,minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha
pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita
perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah,
jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini.
- Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua,
- bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN
DENGAN BAPA
Lazim
ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan
anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam
konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu
dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."
Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya
ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya
golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak
ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati
golongan tua."
USAH DERHAKA
KEPADA MENTUA
Mentua mesti
dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka
kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya
kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
"Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak
lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena
faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknya
anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan
pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu
berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.
Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi
Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya
bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walau Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan
lagi, katakan alang
rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
No comments:
Post a Comment