Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?
Sebagai seorang
wanita, tugas sebagai seorang isteri dan suri rumah memang memenatkan.
Bebanan itu akan bertambah apabila telah mempunyai anak dan terpaksa
pula bekerja untuk meringankan beban suami. Hanya orang yang
benar-benar sabar yang boleh menjalankan semua tugas ini dengan penuh rasa
ceria. Kita menghormati wanita-wanita yang mempunyai jiwa yang
tabah. Sebagai manusia biasa, ada
waktunya timbul rasa teramat penat
setelah bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja rumah. Tambahan pula
apabila suami tidak turut sama membantu. Keadaan ini boleh menambah tekanan
hidup dan jika tidak diuruskan secara profesional, kerukunan rumah
tangga akan terjejas. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan
tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah
jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari
Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk
membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik
tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang
khadam untuk membantumu."
Saidatina Fatimah
pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang
khadam bagi membantu tugas hariannya dirumah. Bagaimanapun
Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:
"Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara
yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?
"Apabila kamu berdua
berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) bertahmid
(Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahuakbar) seberapa banyak yg blh. Ia adalah lebih
baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar
ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus
mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini. Katanya:
"Demi
Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan
setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' ,
'Alhamdulillah' dan
'Allahuakbar' pada setiap malam iaitu sebelum
melelapkan mata.
Lakukanlah dengan
penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),
Insya-Allah,ia
mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
Akan terserlah
ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment