Monday, 19 October 2015

Tol naik, semua naik, apa yang tak naik?

Lamanya tak mencoret, tak sempat & malas skit. Haha, entry CSI Finale pun tertangguh sampai sekarang. Baiklah terus ke isi tajuk ari ni iaitu semua benda naik kat Malaysia ni, apa ja yang tak naik?

Baru2 ni pula naik harga tol, bukan sikit wei, naik dari 30sen sampai singgit kot! Oklah tak semua orang merasa beban, sebab bukan semua negeri ada tol ni. Omai, semua ini hanya orang yang negerinya ada tol setiap 1km (merujuk tol yang sikit saja, masuk, jalan sikit, dah bayar - cekik darah!)
macam Selangor, Kuala Lumpur (of coz) - yang lain sapa2 yang dok n9 keja di KL, misalnya macam tu lah.



Antara yang kena teruk - laki aku lah, kuar rumah je lalu tol kesas rm2, tol lksa rm1.70 (naik 50sen), kemudian masuk federal highway rm1.10 (yang memang jem ya ampun) pastu amik kerinci link, rm2.50 (naik seringgit) masuk jalan duta/jalan pusat sains negara terus ke opisnya. Kalau tak jem, takpa gak, adalah alasan untuk terus sampai ke opis dengan selamantnya. Tapi jalannya? hmmmm, sendiri mau ingat derr... Tu baru pegi, kalau balik, laki aku amik NKVE tol rm4.10 + lksa 1.20 + kesas rm2. KIta kira ya pergi rm7.30 + balik rm7.30 = RM14.60 sehari untuk tol sahaja Tuan-tuan, belum kira minyak, belum kira tahap jem otw balik. Padanlah ramai yang stres kat bandar ni. Bukan sebab stres keja, tapi stres pegi balik keja.

naik sampai seringgit kot, tak hagak2


Alasan - dah lama tak naik tol, penjanjian konsesi? oho..apakah itu? Bukan ke konsesi tu hak milik kerajaan & orang yang berada disebaliknya adalah mereka yang berkepentingan yang ada kuasa dalam kerajaan? Kenapa memilih penjanjian yang berat sebelah? bukan ke kerajaan berhak memilih konsesi yang menguntungkan rakyat? Kenapa pula pilih yang ni? Adui! Kalau dok fikir2, memang sel kanser akan merebak dengan ganas sekali.

Come on, tak puas2 lagi ke nak mencekik darah rakyat marhein macam kami? Sampai bila perlu ditindas begini? Benda ni orang yang menggunakan tol seharian saja yang faham keperitan tersebut. Jadi, mereka yang berkenaan takkan rasa. Sedih kan? Bawa bertenang.

camna eh? tol naik? tapi jalan tetap jem? - jangan bagi alasan kereta banyak sebab itu memang keperluan. Orang nak pegi keja kena ada kenderaan. Jadi? Tambah baik perkhidmatan awam, tambah lagi jalan, hmmm


Pastu dengan kadar mata wang ringgit yang makin teruk sampai sekarang aku macam malas amik tahu. Tapi perlu juga. Seingat aku dulu, masa gi jalan ke Ausie, Vietnam & Indonesia, tukarannya 1USD = RM3.20, seronok masa ni memborong cotton kat Vietnam. Tapi bila dah cecah 1USD = RM4.20 ( yang ni bank negara pada 19/10/15) - banyak kot.

terbaru ketika entry ni ditulis


Tu belum campur debaran minyak naik setiap bulan. Jadi, bila benda asas naik, semestinya harga barang basah, barang kering naik brader. Mereka angkat barang tak guna lori (minyak & tol kah). Tolongla, jangan bagi alasan lapuk boleh tak? Tu zaman2 aku sekolah menengah boleh lah kot, zaman 90an, tapi sekarang? semua di hujung jari, nak cari apa pun, senang, takyah kelentong sangat boleh tak?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...