Thursday, 23 July 2015

Jalan jem woihhhhh

Jalan jem woihhhhh

Selamat Hari Raya
Raya ke8

cerita lama baca sini
Cerita raya nanti kongsi kemudian ya. Kali ni mak nak membebel fasal perjalanan yang sesak. Cerita ni aku pernah kongsi tahun lepas. Takpelah, membebel sekali lagi untuk releasekan stress....Walaupun suara marhaen macam aku ni takda orang dengar pun, sekurang-kurangnya aku dah bagitau apa yang aku lalui.

Kelantan?
Apa yang korang bayangkan bila aku sebut Kelantan?



1)      Syurga makanan -  sebab macam2 ada kat sini, dari kuih muih, makanan berat macam nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, sampailah air tuak, air nira dan lain-lain.

2)      Orangnya yang comel lote - Hah, ni memang tepat – (walaupun aku tak termasuk dalam kategori tu – sedih mak dik non, semua orang tak caya mak ore kelate, sebabnya tak putih cam mek2 kelate lain dan cantik macam Neelofa. Takpalah mak redha)

3)      PAS – masuk bab politik lak dah. Maklumlah sejak zaman 90an hingga sekarang memang PAS yang memerintah dan imej Serambi Mekah tu sendiri.

4)      Kemiskinan – Hmmm, inilah yang didendangkan oleh RTM dan stesen tv lain sejak zaman 90an (dimasa tiada internet) sampailah sekarang portal & media sosial ada pun, cerita yang sama Cuma kurang sikit. Sedih kan? Memang ada yang miskin tapi kami bukan negeri termiskin, tapi kami yang diwar2kan.

5)      The Red Warrior – bola la, apa lagi.

6)      Jalan sesak teruk masa raya – kan? Sedihnya.



Apa lagi, nanti kalau aku terfikir, aku update di sini. Cuma dari 6 point tu aku nak cerita fasal point yang ke 6.

Perancangan awal telah dibuat. Memandangkan LPT 2 telah dibuka. So kami ke Kuala Terengganu dulu. Transit di TH Hotel semalam, esoknya terus gerak ke Ketereh, gitew.



Perjalanan sepanjang highway ni Ya Allah, rasa syahdu sangat. Biarpun highway Kelantan tak tahu bila nak wujud, tumpang highway Terengganu pun rasa lega sangat. Perjalanan lancar (sebab jalan luas-jadi tak sesak), jalan baru (takda bump2 lagi, naik turun bukit-maklumlah baru katakan). Pendek kata memang ok lah sangat. Keluar exit Kuala Berang bukan Kuala Terengganu (sebabnya radio bagitahu kata jem), so kami sampai dalam 6 jam saja ke TH Hotel. Syok kan?

Lepas sahur esok paginya, terus gerak ke Kelantan melalui jalan kampung sampailah Pasir Putih hingga Ketereh. Sebab bertolak pagi, sampailah dalam masa 2 jam 15minit. Seronok gler sebab budak tidur, so lapang.

Perjalanan balik
Yang ni agak hmmmmfgaldanejhfnlg

Maklumlah, lepas kenduri adik aku (hantar dia ke rumah pengantin lelaki), kami gerak dalam 2.20. Jalan dah start jem. Gerak adalah dalam selang seminit pastu berenti. Pastu dengan jalan yang kejap 1 lane pastu 2 lane pula, menyebabkan kereta lebih banyak. Sebab bila dah 2 lane nak ke 1 lane, kereta belah kiri mesti himpit masuk kanan kan? Jadinya kami yang lane kanan ni kena bagi juga kereta masuk. Kalau tak, camna?

ni kat UK ya



Bila dah bagi, jalan belakang2 tambah lagi jem, tak geraklah kan? Pastu selang beberapa puluh kilometer, 2 lane balik. So, benda ni memang takkan setel. Dengan orang potong q kiri & kanan lagi. Agak2, darah mendidih tak? Lakiku? Dah berbakul2 membebel. Memang betul lah kan? Orang yang tak penah rasa bolehla cakap sabar. Tapi sampai bila. Tu yang aku agak sedih. Bukan setakat highway saja, Kelantan ni patut ada jalan bertingkat dah untuk memudahkan perjalanan semua orang. 

Kalau terpaksa bayar tol pun takpe, asal selesa. Kalau yang tak nak bayar takpa, boleh je ikut jalan yang sedia ada kan?

Berbalik cerita tadi, sepatutnya Ketereh - Kuala Krai yang makan masa sejam, jadinya 4 jam. Mua hahaha.. Pastu nak gi Gua Musang lak tambah lagi 2 jam. Total = 6 jam yang patutnya 2 jam setengah. Memang terbaiklah.

Tak larat, check in je hotel bajet kat Gua Musang untuk tidur2 ayam, kul 4 gerak ke KL. Lancar pula, aku sampai dalam 3 jam lebih, tolak2 yang solat & breakfast. Love kan? Sebab lalu kat Raub, Bentong & Karak tak jem.



Pengalaman orang lain
-          - Adik aku sendiri 12 jam dari Ketereh-Klang, tapi dia tolak tengah hari
-         -  Kawan opis aku ada dalam 10 jam walau ikut LPT2
-          - Kawan aku nak balik KL hari yang sama dengan aku, dia lagi gerak kul 11 pagi (aku kan kul 2), tapi katanya jalan tak gerak – so patah balik tidur, gerak ikut LPT – dalam 7 jam juga
-         -  Mak ayah kawan aku gerak jam 4 pagi dari Ketereh – KL, sampai jam 9am. Kira laju gak dia drive.

    Macam2 citerlah dengar. Baru lah raya katanya.

Kesimpulannya memang kena tolak pagi kalau nak balik raya ke Kelantan (sebenarnya selama ni memang gerak pagi-tu yang aku tak pernah terkandas sampai 20 jam/24 jam macam orang lain) tapi tu lah sebab ada wedding adikku, dan memang kena masuk keja rabu, tu yang gerak petang juga. Takpalah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...