Lupa nak cakap yang memang sepanjang aku pantang di rumah
kira2 3 minggu dan masuk kerja, suara aku macam itik serati. Tak boleh bersuara
kuat sebab masa operation, doktor kata kena peti suara. So aku redha. Bila dah
start kerja pun buat appoiment dan interview pun cakap pelan2. Bila ingat2
balik rasa macam tak percaya pun ada. Aku telah melalui pembedahan yang kira
major juga. Rasa amazing pun ada, dengan keajaiban Allah membuatkan para doktor
berjaya membedah mengeluarkan sel cancer yang terlekat pada tiroid itu.
AllahuAkbar.
Selama seminggu, benang itu berada di leher aku. Selepas
seminggu, aku ke PPUM sekali lagi untuk mengeluarkan benang yang terlekat di
leher. Alhamdulillah semua ok. Dan checkup after operation. Doktor sampai tulis
surat untuk aku attend speech therapy lagi. Hihi, dah rupa macam qimi lak kena
pi speech therapy, tapi aku tak pi pun sebab susah nak pi. Aku Cuma pulihkan
diri sendiri je kat rumah.
Bermulalah hidup sebagai Cancer Survivor. Aku mula masuk
grup kat Facebook macam tairod dan anda, Cancer Survivor (Malaysia) & Pulih
Dari Kanser. Melayari blog2 yang berguna juga banyak membantu aku untuk terus
berhati2 dalam pemakanan dan kesihatan. Walaupun sebenarnya ada juga tahap
degil & langgar pantang. Adui! Aku ni memang tak kuat pantang sebenarnya
tapi cuba. Cuma kadang2 terlanggar juga. Nak buat camna, keja macam aku ni lagi
lah jumpa macam2 orang. Makan2 lagi, nak2 kalau shooting resepi, takkan tengok
je kan.
Antara grup facebook yang bagus
Tairod & anda – ejaannya memang comel jer. Sapa sangka
dia ada tiroid? Takda sapa kan? Dulu lagi lah, orang tak tau apa pun fasal tiroid.
Aku sendiri pun bila jelaskan kat orang fasal aku kena tiroid, orang tanya apa
tu? (aku tak bagitau fasal kanser tiroid). Maklumlah, aku tak nak orang tahu fasal
aku dapat sakit ni, nanti orang ingat aku takleh buat kerja. Tapi untuk orang
yang ada tiroid, grup ni bagus. Admin dia Kak Pah sangat bagus dan rajin menjawab
walaupun ada pertanyaan berulang2 dari ahli baru.
Cancer Survivor (Malaysia) – Ni grup semua pesakit kanser
berada di sini. Bila membaca pengalaman orang lain yang sakitnya lebih dasyat
dari aku. Baru lah tau, kanser aku sebenarnya agak ringan berbanding orang
lain. Kanser payudara, kanser hati, kanser usus, kanser rahim dan macam2 nama
lagi membuatkan aku insaf jap. Ya Allah, dengan tahapnya ada 2, 3 dan 4
sekalipun. Malahan ramai juga kanak2 yang kena sakit Leukemia buat aku rasa
sedih. L.
Dengan rawatan kimoterapi dan radioterapi yang berbelas kali hingga kesan
sampingan yang teruk. Aduh! Aku yang gini pun rasa sayu sangat dah, camna lah
dorang. Pastu, saban masa juga ada ja orang yang meninggal sebab kanser. Huhu
kena belajar kanser apa pakai riben kaler apa |
Pulih dari kanser – grup ni lain dari yang lain. Pemakanan
alternatif seperti pil bromelain & aprikot dipanggil protokol & menolak
terus gula & protein haiwan & tumbuhan (soya) supaya kanser pulih. Grup
ini banyak membantu aku untuk memilih pemakanan yang sepatutnya. So far, aku
memang cut gula dalam minuman, Cuma gula dalam makanan memang susah. Camna nak
tau makanan tu takda gula kecuali kita masak sendiri kan? Cabaran gila. Camna nak
masak sendiri kalau seawal 6.45 dah keluar gi kerja? Tapi bulan posa ni dah
boleh bajet lah, bangun awal, masak dan gi kerja. Haha, tengok lah kalau rajin.
Berbalik pada selepas operation, aku mendapat appoiment
seterusnya untuk buat RAI iaitu Radioactive Therapy? Apa tu? Nanti aku
ceritakan dalam episod seterusnya k.
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment