Saturday, 27 June 2015

Diari pesakit 2

Jun 2014
Di pejabat
Ketika itu kami sedang sibuk dengan persiapan Flea Market yang diadakan di perkarangan Karangkraf. Jadi, dengan sibuk bahan2, perlu bertugas juga untuk Flea Market ini. Mataku dah bengkak dari semalam, mengheret beban berat di dalam dada.

Jumpa bos aku, JJ & antara rakan yang supportive, Kak Rin. Aku mahu jumpa mereka saja dan berterus terang tentang situasi aku. Air mata usah bicara, memang bercucuran lebat. Namun dengan izin bos dan sokongan rakan, aku cuba bertenang. Esoknya aku cuti terus untuk persiapan masuk wad. Nasib baik bahan dah siap, cuma untuk next issue, memang aku tak boleh buat sebab semua ni memakan masa. Aku berterima kasih pada team ku macam Nina, Kak Faridah & Ain yang support bahan aku untuk tempoh tersebut.



Aku call ma dan ma akan datang. Kebetulan adik aku ada di rumah (dia tolong handle anak2 ku sepanjang aku di wad). Aku tak bagitau sapa2 pun, hanya team Pengantin dan team Nur saja yang tau. pada mereka aku kata ini rahsia. Aku tak mahu siapa pun tahu mengenai aku. Biarlah ia berlalu begitu saja.

1 Jun 2014
Datang sehari awal untuk admit. Cek darah dan macam2 lagi lah. Rupa2nya sama masalah dengan aku, ada 2 lagi patient berbangsa Cina yang mengidap masalah sama. Cuma mereka bukan kanser tetapi tiroid biasa. Aku ditempatkan di wad terbuka, sebelah aku seorang nenek yang mengidap kerosakan buah pinggang. Di depan aku masalah diabetes rasanya. Semuanya dah berusia, nampaknya aku yang paling muda.

2 Jun 2014
Mak aku sampai, aku sudah diarah berpuasa sejak malam tadi. Jam 8 pagi namaku sudah dipanggil, aku diusung masuk ke bilik pembedahan. Tak penah merasai pengalaman sebegini. Terus masuk ke bilik dengan dua doktor bius yang sudah berjumpa sebelum ini. Doktor bedah memeriksa leher ku. Terbayang cerita ER dulu-dulu. Haha, sekarang kena hadapinya. Kat atas ada lampu yang banyak2 tu.

Doktor bius bertanya dan borak2, banyak kali mereka tanya namaku, umur semua. Kemudian doktor letak bius mulut, suruh aku kira bermula 10,9,8 dan aku sendiri tak sedar selepas itu.

Bila aku sedar saja, aku sudah berada di luar bilik bedah, ada beberapa orang disebelahku juga. Rasa pening dan penat, Nurse tanya namaku dan bila dia berpuas hati, mereka hantar aku ke wad untuk berehat. Nampak wajah suamiku, ma, adikku. Rasa mahu menangis tapi tiada air mata. Rasa mual dan pening kepala mula menyerang. Rasa nak muntah tapi tak. Kebetulan ma ada buah limau dan aku minta untuk menghidu, kurang sikit rasa mual.
macam aku, after dia takde ke dua belah, dengan sendirinya kilang kalsium takda. so aku kena makan ubat tiroksin untuk support keja tiroid dan kalsium sebab kilang kalsium pun dah kena buang.
Orang yang datang melawat aku tak boleh buat apa. Rasa mual dan pening mengatasi segala. Allah. 5 malam aku berada di wad. Kesusahannya memang sukar nak dibicara, tetapi melihat pesakit lain yang lebih teruk dari aku buatkan aku bersyukur.

Lebih diam dan berfikir mengenai semua ini mengingatkan aku bahawa hidup ini masih luas dan peluang untuk aku jadi lebih baik terbuka luas.

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...