Friday, 26 June 2015

Diari pesakit 1

Bismillah,
Setahun lebih hanya saudara-mara dan rakan terdekat sahaja mengetahui tentang perkara ini. Namun setelah melepasi tempoh2 kritikal akhirnya aku mahu menulis dalam bentuk diary di sini. Jika ada yang baik boleh jadikan teladan & yang buruk jadikan sempadan ya.

Selama ini aku sehat. Setakat demam & sakit perut, itu perkara biasa. Maksudnya aku tak pernah sakit teruk hingga masuk wad. Walhal berbanding laki aku, dia yang kerap masuk wad. Begitu juga kala mengandung, aku tak pernah alah. Serius! Ini memang betul. Sebabnya yang mual2 dan muntah ialah lakiku, hahaha. Ni memang lawak. Bukan apa, jika dibandingkan dengan kawan2 ku yang lain, morning sickness mereka teruk. Ada yang tak boleh bau cafe, tak boleh masak, muntah2 dan ada yang ambil cuti tanpa gaji pun ada sebab tak larat.

Hal yang sama juga berlaku masa bersalin. Alhamdulillah, bersalin aku mudah. Sampai anak ketiga doktor kat dalam lif, mia cepat sangat nak keluar, aku teran main rempuh ja. Tapi sakit beranak tetap jatuh nombor satu. Hoooo...memang sakit wey... Cuma aku bersyukur sebab melaluinya dengan bantuan. Sebabnya pengalaman orang lain agak mengerikan juga, sampai kena bedah, jumpa cyst masa nak bersalin, tumpah darah dan lain2.



Baby aku juga okey. Kuning juga tapi boleh jemur dan hilang. Tak seperti orang lain, yang ibu dalam pantang bedah pun hari2 kena g hospital jaga anak demam kuning. Alhamdulillah. Dan ketiga2 pantang, aku cuti di kampung. Mak menatang bagai minyak yang penuh, bangun malam jaga baby, kisahkan pasal urut, tungku dan lain2. En.suami pun begitu supportive, so takda masalah.

sehinggalah aku diuji dengan sakit ketika hendak menelan. Selama seminggu rasa sakit tak hilang. (Sebenarnya aku dah ada benjol dalam beberapa tahun tapi aku tak hiraukan sebab tak sakit). jadi pada awal tahun 2014, aku terus ke PPUM dan ke ENT untuk cek kenapa masalah ni boleh berlaku. Walaupun aku rasa takda apa2, tapi sekurang2nya biarlah aku pegi jumpa doktor untuk hilangkan sakit tu.



Bila doktor panggil masuk ja, terus aku bagitahu masalah dan dia cek leher aku. Doktor suruh cuba menelan supaya dia boleh lihat pergerakan biji sebesar guli. Masa tu agak sakit dan bertanya lebih kurang. aku belum rasa apa2 lagi masa tu. Sampailah doktor pakar ni memanggil sorang lagi doktor yang lebih senior untuk melihat leher aku.



Terdengar perbualan mereka bahawa itu kanser tiroid. Hatiku kata bukan kot. Takkanlah, aku tak pernah sakit sebelum ni. Family aku pun takda genetik kanser. Kalau tiroid oklah. So selepas perbincangan, aku perlu buat biopsi (proses mengambil sampel benjol untuk dihantar ke makmal bagi mengesahkan benda itu).



Disebabkan memang kebetulan kami sibuk bulan 3 itu, aku cuma sempat buat biopsi dan menangguhkan berjumpa doktor bulan 5. Sebabnya minggu tersebut busy, anak saudara suami nak kawin di Terengganu, pastu kami balik untuk majlis pihak lelaki pula. Dalam masa sama abah aku menjalani pembedahan katarak di Hospital Kota Bharu. So, memang banyak benda.



Setelah semua selesai, aku pun pegilah jumpa Doktor Ent balik. Setelah lihat result, maka benarlah aku mengidap Kanser tiroid atau bahasa saintifiknya Papilary throid carcinoma. Doktor memanggil senior dan beberapa doktor lain untuk bincang. AKhirnya mereka setuju untuk bedah aku.

Aku macam "what?"
"Sory Puan, puan perlu dibedah secepat mungkin supaya kanser tu dapat dibuang"
"Bila?"
Doktor pun tengok kalendar dia. Ops! Aku checkup rabu, pastu doktor tengok muka aku "secepat yang boleh."
"Bila?"
"Isnin ni"
Jantung aku macam nak pecah! Hari ni rabu, bermakna ada 4 hari sahaja untuk aku dibedah?
"Saya akan tolak 2 patient tonsil untuk masukkan awak dalam wad bedah."
Aku terkedu, macam blur. Tak nangis sebab masa tu otak aku jem.
"Insya Allah, semua takda apa2."
Laki ku papah keluar. Mata aku dah bergenang. Tidak mampu menerima semua benda ni.




Macam2 aku fikir, rasa tak percaya pun ada. Kenapa aku? Betul ke? Kanser?

Sampai rumah pun, lakiku yang handle budak2 n keja umah. Aku diam tak berkutik, esok aku kena gi opis jelaskan situasi.

Okey, bersambung nanti. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...