Oh! Lamanya tak blogging.
Haha, korang mesti boring kan? Bila ada entry je,
terus tulis fasal lama tak blogging. Takda benda lain ke? Ok, untuk tidak
membuatkan orang terus menyampah, baik aku terus kepada cerita.
pic lama ni, Mei 2013, stres sebab berat badan makin naik, tak susut2. |
Pernah tak korang rasa macam ada satu hari tu penatnya
Ya Rabbi. Malas nak buat apa tapi sebab dah tanggung jawab terpaksa buat juga.
Itu tanggung jawab pada keluarga macam kerja2 rumah yakni basuh baju, sidai
baju, kumpul baju sampai seminggu baru lipat, masak, kemas rumah, marah anak2,
itu dan ini dan bla2...Bila dah penat, mula la stres
kata2 motivasi begini menjentik membuatkan aku rasa hidup ini untuk apa sebenarnya? |
Hal kerja pula tanggungjawab besar. Stres. Nak tak
nak kena setelkan. Walaupun tiba2, model kul 11 malam cakap perlu balik kampung
sebab ada hal tidak dapat dielakkan. Dan shootingnya esok pagi, jam 9 harus
mekap. Hey! Takkan aku nak cakap “ok takpa Belle (nama samaran), lepas ni kami
blacklist” – itu balas dendam namanya. No! Aku perlu profesional dan cakap “ok
takpe, take care”. Walaupun selepas itu aku terus berfikir dan whatsapp
beberapa model yang boleh menggantikannya. Takkan shooting tak jadi pula? Jadi
deadline aku bagaimana? Kalau ada nasib, ada ja model yang akan gantikan, kalau
tak, aku terpaksa bertanya mana2 grup yang boleh tolong. Kau agak, dah jam
11.30 malam, orang tak tidur lagi? Sampai jam 1 pagi nak setelkan semua benda
ni. Nak tunggu mana2 model yang free, atau cadangan model baru yang free. Apa
pun jadi, esoknya shooting tetap jadi okey? Jadi, nak tak nak, esok shooting
tetap berlangsung tanpa mengetahui apa yang berlaku sebelumnya. Majalah tetap
keluar seperti biasa yunk. Itu namanya cabaran.
Berbalik cerita stres kat rumah. Umur dan lewat
30an ini memang beginilah. Tambah2 dengan keadaan sakit, 3 bulan sekali perlu menghadap
ujian darah, doktor endokrin, doktor onkologi. Penat! Dengan kerenah anak2 yang
semakin membesar. Menjawab persoalan mereka, bla2, minta tolong dorang belajar,
sampai paksa pun dorang tak hairan. Mwa haha.. Agak2 camna. Kalau dengan
pujukan tak setel, kadang2 naik juga suara aku. Itulah, gen Z ni kerenahnya
macam2...sabar2.
ada muka budak nakal? Tapi tu lah, dengar kata2 ustaz kata anak2 ni cermin mak bapaknya. Jadi, kalau mereka nakal, mesti ikut salah satu. Eh! mak tak nakal dulu2. ikut bapak eh? Hahaha. |
Satu lagi perkara yang membuatkan aku stres ialah
bila travel jauh2, termasuklah balik kampung. Itu lah muda2 tak rasa apa pun,
berbelas jam pun rilex ja jalan jauh. Ni nak balik Kelantan yang makan masa 8
jam pun aduhai, nak nangis rasa. Itu belum masuk lagi, dari Johor nak ke Kelantan,
dalam 11 jam juga. Setakat penat kami laki bini ok lagi, tapi bila dah masuk
anak2 bertekak kat belakang disebabkan perkara remeh macam berebut tempat
duduk, ko pijak selipar aku, aduhai! Ayahnya pun dah naik angin.
Penyelesaiannya beli MPV yang jarak mereka agak jauh, tayangkan kartun kesukaan
mereka, tapi kalau dah berbelas jam? Ulang tayang la citer Elsa, Dora, dan
macam2 lagi sampai dorang naik muak.
sian budak2 sekarang. |
Angkat barang? Lately ni memang teruk aku kena ‘back
pain’. Sampai kadang2 berbunyi tulang aku masa angkat barang. Huhu, kalsium
kurang doe. Teruk tul penangan hilang ‘kilang kalsium’ masa operation hari tu.
Sabar, Allah nak hilangkan dosa2 tu. Amin2.
Bila dah rasa stres, tau la, macam2 dok fikiran.
Dok bayangkan alangkah seronoknya, kalau dah resign, boleh dok rumah. Boleh
lakukan apa yang disukai dalam tempoh masa yang panjang macam menulis, reka
fesyen baju ke. haha
Komplen? Aku komplen ke? Tak lah, bukan tak
bersyukur. Syukur sangat. Dengan ini, maka aku sedar kita tak selama2nya kuat,
akan ada 1 masa kita rasa penat sangat. Semua orang akan alaminya Cuma aku
terawal berbanding orang lain (belum 40 dah terasa macam2). Atau mungkin orang
zaman sekarang rasa stres awal? Jangan stres2, penyakit aku memang takleh
stress, kalau tak habis, seronoklah sel2 cancer itu. Ok, itu saja entry buat
masa ini. Jumpa lagi, doa2 kanlah aku menulis dengan lebih kerap di blog.
No comments:
Post a Comment