Kisah anak2, takkan pernah habis.
Masa baby, ragamnya nangis, sakit demam dan lain2.
Masa toddler, ragamnya meniru ajuk kita, tantrum,
hiburkan kita dan lain-lain.
Zaman sekolah rendah ragamnya pula berbeza, main2
dan belajar.
Cinta, sayang, geram, marah dan lain2 |
Aku harus akui yang ‘parenting skill’ memang
kurang. Namun perlahan2 aku gilap kembali. Bertanya pengalaman kawan2 dan ubah
suai mengikut semasa. Paling nyata perbezaan didikan aku & suami.
Maklumlah, dua orang yang dibesarkan dalam suasana berbeza mesti memiliki tahap
yang berlainan untuk mencorakkan anak2nya. So far, bagi aku takda masalah. Kami
okey.
semua perlu dipelajari, ada banyak buku untuk dibaca, juga pengalaman untuk dipraktikkan. semuanya banyak membantu |
Tetapi...
macam mana nak bagi anak dengar kata?
Macam mana nak minta anak belajar?
Macam mana nak suruh dorang cemerlang seperti
orang lain?
Susah!
Sebab setiap orang potensinya berbeza.
Itulah yang aku tulis saban masa. Buku2 parenting,
pakar sekalipun tulis bagi masa pada anak. Ada anak yang lambat dan ada anak
yang cepat. Itulah aku lakukan, tidak terlalu memaksa. Tapi, bila biarkan
mereka pula bermaharajalela. Eh! Ni macam nak bagi mama marah kan? Semua ni
buatkan aku berfikir kadang2 rasa sampai kata, betul ke apa yang aku lakukan
ini?
Cuba...
Membandingkan kebolehan mereka dalam pelajaran
dengan orang lain memang tidak patut. Malah, aku sendiri yang menulis untuk
majalahnur bahawa setiap individu berbeza jadi pendekatannya berbeza.
Melihat result anak2 kawan yang cemerlang. Bukan
setakat dapat A untuk semua subjek, malahan markah 100. Tapi anak aku? E &
F? OMG! Apa yang telah aku lakukan? Baru darjah 2 tapi ketika inilah nak score.
Mengikut kata rakan ku di PA&MA, soalan darjah 1,2 &3 senang nak score.
Kalau result teruk bermakna mereka tak faham apa yang dia belajar.
Ni lah anakku, tak faham soalan. Hehe, (maknya sibuk sangat kan) |
Jadi, bagaimana? Penyelesaiannya beli buku2 latihan
untuk mereka buat. Buat lah sekejap, pastu main. Biar dorang main sampai rasa
patut aku marah kena lah marah.
Amin2.. |
Kanak2 daya ingatannya memang cepat lupa. Kena
selalu ingatkan. Itulah yang selalu aku buat, ingatkan. Tetapi bila macam tu
dorang ambil mudah pula. Jadi, buku tulis tak betul ke cara aku tak kena?
Anak2 adalah anugerah terindah. Perlukan kesabaran
& ilmu tatkala mendidiknya. Allah, berikan ku kesempatan untuk mendidik mereka dengan sebaik2nya sebelum kau menjemputku. Amin2
No comments:
Post a Comment