Panas isu semasa pasal
1) Zahra - rintihan generasi Y yang baru bekerja dan ketidakadilan ekonomi. Macam2 yang diutarakan. Aku dengar dan ada yang setuju serta tidak setuju. Agree to disagree kata omputih. Macam2 komen gak aku baca. Pro & kon. Kalau yang pro kata itu adalah suara rintihan generasi baru yang tersisih, gaji tak cukup, pergi keja naik lrt dan lain2. Kalau yang kon lak, semua graduan manja, ingat dah pegang ijazah terus dapat gaji besar, Bangla datang sini kerja dari bawah, 3-4 tahun terus jadi tokey.
aku - tak tau lah orang lain. Aku biasa keja susah. keja dari bawah, keja kuli, macam2 lah yang tak adil, ngamuk juga kadang2 dengan kerajaan yang asyik ketirisan ja. Tapi takdelah manja ngada2. Ko siap ada kereta ayah bagi kot. aku? naik bas CM-Shah Alam, dolu2 lah. sedey wooo bila ingat balik. Nasib baik takde insiden pelik2. Alhamdulillah, setakat ni takde insiden ragut ke apa. Tapi yang pasal rumah mahal tu aku setuju lah. Giler kalau dah kondominium dah 600K. Yang tak seluas mana itu harga lebih setengah juta? hilang akal ke apa?
2) Low Yatt - kes anak muda yang beli phone Oppo, dikatakan phone original. Dia bawa balik dan tunjuk kat kawan. Pecah tembelang rupa2nya klon phone. Apa lagi, dia pegi tuntut hak dia, tapi pekedai tu mati2 tak nak mengaku. Nak minta ganti yang baru, tak nak. Last2 pemuda tu rampas, pastu pekedai tu tangkap dan serah kat polis, kata pencuri. Tapi polis lepaskan sebab pemuda tu ada bukti. Petang tu pemuda tu bawa lagi gang jadi 7 orang, gertak dan buat kecoh kat kedai tu. Mengamuk dan pekedai2 cina bersatu balun budak ni. Kena teruk gak dan jadi kes polis. Pagi semalam lak ramai NGO yang berhimpun kat Low Yat, buat demo. HUHU, dah rupa2 macam nak jadi 13 Mei lak dah
aku - dah lama tak gi Low Yatt, dulu2 ada juga beli lab top, tapi en.suami memang tau yang mana tempat ok dan tak. Sebab tu memang makanan dia. Tapi kalau phone, dia suka beli either online atau yang kalau betul2 mahal, beli kat Maxis, Celcom, U-Mobile. Dah tentu2 original, takdalah nak bertetak parang. Lagi satu, kalau dah tau tempat tu banyak menipu, takyah pegi lah. Banyak lagi tempat yang boleh kita pi. Kita ada kuasa ekonomi, buktikan.
Itu sajalah buat masa ni, Ada 3 hari lagi puasa nih...sebelum Raya, kelik KElate
No comments:
Post a Comment