Tuesday, 12 November 2013

berblog dan bekerja

Semput!

Seperti yang diceritakan sebelum ni, aku memang suka membaca (memang itupun keja ku kan), tapi untuk berblogging tu agak susah. Sebabnya kejaku yang wajib pun dah menulis, jadi bila nak menulis untuk diri sendiri, ada penyakit M sikit. Ni pun tengah tepu keja, terasa nak update blog kejap.

keja mana penah habis doh

Tambah2 lak semangat sangat bila tengok blog diedit oleh puan najiah. Dahla cantik, harga sangat berbaloi2.  Sangat teruja ok!
aku bagi contoh gambar yang aku nak, lepas search, tak jumpa lak pompuan, so aku bagi lah gambar lelaki yang tengah menaip kat mesin taip tengah hisap curut. So, aku bagi view yang aku nak camna, ada benda2 messy atas meja, dan bila Puan Najiah transform tu, sangat cantik okey. Sungguh ni, sapa nak edit blog sila amik tempahan dengan dia .klik sini

Citernya ialah, bila aku dah study blog ni....adalah berbulan2 sambil buat keja. Blogger ni ada beberapa kategori umur :
  1) blogger remaja - blog mereka dipenuhi dengan doodle, percubaan berani mix n match, follower yang ramai, ada fanpage, siap ada tutorial blog, freebies dan lain2. Isu yang diutarakan seperti tip belajar, tip blog cantik dan sebagainya. Golongan ni biasanya takde komitmen, selain dari belajar (ada yang bekerja) tapi semestinya masih single. So masa memang banyak untuk try n error.

sungguh, masa google tu aku tengok blog dorang ni comel, mostly pink kaler of coz untuk girls, tapi budak laki pun ada u...paling muda aku tengok ada yang 13 tahun, pastu umur 18-19 dah amik order edit blog dah. Yelah, dah boleh buat duit poket.

 2) blogger matang - (ada 2 jenis gak, satu yang full time housewife dan satu lagi yang bekerja)
 a) yang bekerja itu aku lah, cuma belum sampai tahap blogger yang update sentiasa. Serius. Suka membaca tapi bila nak up entry, ya Rabbi, susahnya nak start. Sebab banyak benda kot nak fikir. Sebab kerja kan? Bila dah malam lak, lepas buat keja umah semua (basuh kain, sidai kain, lipat kain, keja tak penah abis) tengok CSI jap, otak pun dah tepu. Tak tau nak watpe dah. Ok tido....
hahaha, takdelah sampai camni, tapi nak bagitau bab lipat kain baju memang tak penah berenti dalam kamus hidup wanita

 b) Tapi ramai gak yang konsisten menulis, yakni kategori yang WAHM, SOHO dan sebagainya - haah, dorang memang rajin update sebab memang itu keja mereka pun. Ada yang buat bisnes online, ada yang buat ebook, kraf dan lain2. Sambil2 jaga anak, sambil update entry gitu. Tapi macam2 ada, memang best. Paling aku suka blog resepi, memang sebijik2 sama rasanya bila masak. Best
seronok kan? wat keja kat rumah.

Tapi biasanya blogger ni kebanyakkan masanya memang depan pc. Tu yang macam2 update tu, aku pun depan pc gak, tapi kena dulukan yang utama lah kan. Bila malam...zzzzz

Setakat ni, itu sajalah dulu citer blog dan bekerja. Aku akan cuba update entry sehari sekali, tapi memang kadang2 takleh commit, sebab kerja banyak wooo...tengok blog orang lain banyak sungguh entry mereka.


dulu aku suka berangan jadi blogger fashion, tapi memang tak sempat dik non. Last2 buat di alam realiti saja...hehe

2 comments:

  1. Salam kenal sis Dyan! Cantiknya blog kena edit ngan jiakreatif.. Mieza pun suka hasil edit jia ni.. Dah 2 kali tempah blog header ngan jia.. Puas hati sangat! Btw, selamat berblog dengan blog berwajah baru! ^_^

    Cer tengok blog Mieza ni dalam kategori mana? Hehe.. ^^,
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...