Saturday, 16 November 2013

Alhamdulillah, bukan denggi :)




Jumaat, 15 November 2013

Dari malam tadi, damia agak menggigil badannya, bila diselimutkan baru ok. Mula2 ingatkan sebab aircond sejuk sangat, terus off aircond, gantikan dengan kipas. Sebenarnya demam dia dah 2 minggu. Baca SINI.

Sejak gi klinik, demam dia on off, means siang ok, malam demam, tapi bila diberi ubat (ada yang oral, ada yang supp - ubat masuk ikut punggung). Malam terakhir dia demam panas sangat, aku terus bangunkan dan mandikan dia. Ada terbaca tips, demam kena sejukkan dengan air sejuk, kalau ada air batu lagi bagus. So, kul 1pagi, mandikan dia. Takleh biarkan.



So, di hari jumaat yang indah, lepas hantar dira n Qimie, weols ke PPUM. Memang tak kejalah kan. Dalam radio dah melaporkan semua tempat jem, dengan eksiden lagi. Maklumlah musim hujan, so nak tak kena redah juga. Walaupun damia pagi ni dah mula ok, tapi kami tetap risau. Fikiran tu mulalah membayangkan bukan2, denggi kah! Aduh (puncannya sebab aku jumpa banyak nyamuk di belakang ampaian baju) pastu sekarang kan kerap hujan, ada jentik2 lak dalam longkang. Gulp!




Dengan surat referal letter, aku terus ke wad kecemasan. Lepas doktor tu cek, kata bukan kes kecemasan, so aku kena pegi RUKA (unik tul namanya, stand for rawatan utama klinik am). Register kat situ. Aku dan huby amik nombor. Dalam hati kata, mesti lambat hari ni sebab orang ramai sungguh. Tapi ajaibnya, orang memang ramai tapi servis pun pantas. Tak lama nombor aku naik, kaunter pendaftaran panggil, dan tengok mia, terus dia isi borang guna mykid (tak menyusahkan pun nak mintak surat beranak bagai, memang senang. Walhal kalau dia mintak surat beranak, memang aku bawak pun).

Pastu pegi tunggu kejap, panggil lagi untuk bayar. RM5 saja. Wow! Impress lah, murah u. Pastu dia bagi nombor untuk naik ke Ruka di tingkat 1. Waktu pagi memang tak ramai sangat orang. Yang ramai tu kat bawah tadi. So mungkin dah bagi2 klinik2 yang tertentu kot. Weols dapat bilik 29, so tunggulah kat situ.

Tak lama, nurse dalam baya umur 40an datang, mintak timbang mia dan tinggi. Pastu nak amik darah. Puas di tilik tangan mia dan bahagian lengan, jentik2, tekan tapi tak jumpa salur yang dorang nak. Mia dah mula cuak. Ada 2 orang nurse, aku kena egang mia kuat2, yang sorang lagi pegang kepala mia, sorang cucuk cari salur. Aku suruh mia tengok tempat lain sebab takmo bagi dia tengok tempat kena cucuk tu.

berkali2 gak dia cuba cucuk nak amik sampel darah tapi tak berjaya sampailah dorang mintak tolong doktor perempuan, pun tak berjaya. Last dia mintak tolong senior nurse buatkan. Akhirnya berjaya juga, siap pamkan darah mia tu. Melalak lah damia sebab masa tu keadaannya baring. Aku time tu dah sebak dah. Huhu, sabar jelah.

 Kebetulan jumpa doktor yang nombor 29 tu, masa tu dia baru habis patient lain. Tapi sempat dia tanya aku pasal simptom2 mia. Pastu dia suruh amik sampel air kencing pula. Jenuhla aku nak pujuk mia suruh kencing, siap beli twister oren nak suh dia cepat kencing. Dah dapat, terus hantar dua2 sampel ke lab. Bayar RM7 dan RM9 untuk test sampel tersebut. Murah uols. Kalau swasta ni siaplah kena berapa kan.





dah siap test tu, tiba giliran jumpa doktor lelaki, chinese guy. Tak silap namanya doktor chin. Detail sungguh dia tanya, macam berapa lama demam, ada simptom2 lain tak, kencing camna, appetite ok tak? ada muntak, berak? dan bla2. Serius, dia sangat profesional. Bukan nak kondem klinik, tapi doktor kat hospital sangat detail. Kalau dah 2minggu macam mia, tak sehat, so baiklah bawak ke hospital. So far aku memang bagi 5* untuk PPUM.
doktor test semua, cek telinga, cek paru2, dengar bunyi macam mana, cek anak tekak lagi. So dia kata mungkin risau skit sebab paru2 mia ada bunyi lain macam. So, dia sarankan mia buat x-ray. Kalau ada report x-ray ni, senang sikit dia consult dengan paedtric. So, aku angguk je. 
http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/03/4f/39/af/secret-recipe.jpg
singgah makan kat seret recipe, tapi bukan makan cheese cake lah, makan tomyam gung. orang punyalah ramai. Mungkin sebab hari jumaat kan. So bila dah setel makan, tunggu huby balik solat jumaat, kami terus ke menara selatan tingkat lima untuk cek x-ray pula.
so, aku pun masuk dengan mia dalam bilik x-ray, kena bayar rm15 je. murah kan? juru x-ray suruh buka bajunya, dah mia nangis dah. kata "nak papa". Oho..so, aku terpaksa panggil papanya gantikan tempat mama. Elok pulak dia kat dalam tu, buka baju dan x-ray, adalah nangis kejap, tapi dah tak nak dengan mamanya. Nak wat camna? Mungkin dia rasa selamat dengan papanya yang besar itu. hehe, anak2

Pastu patah balik kat bilik 29 lagi. Masa ni, mak aih! ramainya orang, rasa tak percaya lak, pagi tadi takde orang. Kebanyakkannya warga emas, dan aku ada tengok pelancong asing (yang bercakap bukan english dengan anak dia). pun tengah menunggu. Bila aku dah bagi result x-ray, so duduklah menunggu. Masa tu dah kul 3, dalam hati, ni kena admit ke tak ni. Kalau admit, aku dah siap2 bawak baju pun. Tinggal encik suami balik, amik anak2 kat nursery jah.

Pastu doktor pun panggil dan siap cakap dengan doktor padeatrik depan kami. Siap xplain macam2 kat doktor tu. Rasa sungguh dilayan bagaikan puteri oleh doktor2 dan nurse ni. Dah habis tu, dia terus tulis dan xplain kat aku yang memang ada macam infection skit kat paru2 mia sebelah kanan. Dan dia pun dah buat appoiment untuk jumpa doktor padeatrik pada selasa depan. So dia bagi ubat demam dan antibiotik Augmentin. So, kena habiskan dalam tempoh 7 hari. Sebelum balik tu, doktor siap pesan lagi, kalau nampak tanda macam lelah sangat, muka biru, demam panas. Terus bawa ke kecemasan, jangan tunggu. Nurse tadi pun siap datang jumpa mia, dan pujuk2 mia sikit. Tapi mia dah cuak mukanya. Yelah sehari suntuk. Lepas tu, terus amik ubat kat farmasi RM5. Murah sungguhla kan.



Sebab kalau swasta ni dah tentu caj beratus2. Memandangkan bulan 8 baru2 ini, encik suami baru je setel buat operation karbunkel kat DEMC, itu saja dah 3800, day care. Bukan admit pun. Pastu hari2 kena dressing, antara RM50-RM80, hehehe..Biasalah..mana2 pun sama. Yang penting sihat
akhirnya, muka dah penat. Alhamdulillah, boleh balik dan teruskan makan ubat. Papa dah beli madu tualang hutan dan mama memang dah standby shaklee milk shake untuk anak2 kuat antibodinya. Kita berusaha, Allah menentukannya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...