Sunday, 10 November 2013

resah gelisah kerna anak.. Damia

Masih berkisar pasal anak2. Mula2 qimie demam, lepas makan ubat, dia baik. Lega. Lepas tu anak sulong pula, dira tetiba kakinya (belakang lutut) bengkak. Puas ditanya kenapa leh jadi camtu. Dia kata alih2 jadi je. Mamanya mesti lah tak puas, pujuk betul2. rupa2nya dia telah melompat tangga dan skip satu anak tangga. Walaweh. So, sejak ari tu, mama kena urut tiap2 malam dan balut. 3 ari gak tak sekolah, tapi pastu Alhamdulilah dah ok.

Cuma sekarang risau pasal Mia. Dia tak sekerap abangnya masa usianya dua tahun dulu. Tapi sekarang ni mungkin sebab cuaca pun tak menentu, dia kerap kena sakit. Mula2 dengan yang ini
asalnya gatal semata2, tapi dah asik digaru, terus jadi melarat2. 
So, aku pegi klinik, doktor kata infection, bagi antibiotik sebab demam dia tak kebah, malam je terus demam. Tapi siang ok, selera makan takde, minum susu semata2 tak nak makan pun.
pastu bila amik dia kat nursery, dari satu hidung jadi pada dua parut ke hidung
Banyak kali aku pesan, jangan garu. Mungkin sebab tak selesa dia akan terus garu2...geramnya toksah cakaplah. Pastu aku sapu bio oil, bila lama2 macam dah ok, tak nampak sangat dah parut tu. Alhamdulillah.

Cuma sekarang ni yang aku resah sebab bila malam je dia mesti demam, sampai aku kena buat susu untuk dia, masukkan ubat demam. Beberapa hari yang lepas, dah selesema, tapi semalam nampak macam ok, batuk lak menyerang, bagi ubat batuk. Tapi takleh baik terus.

Datang opis ni, ramai lak member suruh gi cek darah. Sebab kalau demam lama2 ni bahaya. Terus aku call kawan2 yang penah kena denggi. Tapi tu untuk dewasa, bukan kanak2. Ada sorang kawan aku cakap, budak2 memang ada antibodi dalam badan, so badan dia takdelah flat terus macam orang dewasa.

Aku tengok malam ni, camna, kalau demam tak kebah, memang kena cek gi hospital. Sedih weiii...nak buat keja pun takde mood. Walau arrangement lum buat lagi nie.. :((

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013