Saturday 2 November 2013

perayaan & mercun

Ari ni divali
Dari semalam lagi, bunyi mercun dan bunga api dum dam, dum dam kat umah aku. Dan aku rasa semua kejiranan pun sama kot. Kalau tak main bunga api, mercun, yang lagi ekstrem mestilah meriam buloh. hahaham ada lagi ke zaman sekarang? rasanya dolu2 je
                                                         
tapi kan, sejak akhir2 ni, aku rasa dalam 5 tahun kebelakangan ni, perayaan dengan bunga api macam tak dapat dipisahkan. Sejak malam raya lagi dah berdentum dentam benda2 alah ni. Kadang2 dorang main sampai tengah malam, kul 1 pagi pun ada. Memanglah benda tu cantik, tapi kalau dah semua orang main benda yang sama, semua tempat lak tu ada bunga api, jadi di mana tahap eksklusifnya? Dah tak beshlah sebab semua orang boleh main kan?
                                            
apa yang seronoknya bunga api ni? bunyinya ke? warnanya ke? percikannya ke? Ok. kalau jawapan tu semua di atas, ok bolehlah terima. Tapi kalau dah semua orang beli dan main tengah2 malam, tak ke benda tu sampai dah tahap menganggu orang. Buatnya ada baby yang tengah demam ke, tak ke terkejut2 nanti budak2 tu
                                                   
                                                             
sebab seingat aku dulu, bunga api hanyalah yang dipegang di tangan, pastu warnanya lak tak banyak, kaler kuning api je, kalau nak 3 warna mahal skit harganya. tapi syok lah leh tengok warna warni. Tapi bila dah dikomersialkan kita leh tengok di awan (kira upgrade banyaklah ni ye). Pastu ramai lah plak berduyun2 gi tengok pertunjukan bunga api yang dianjurkan oleh mana2 organisasi. Jadi, bunga api bukan setakat digunakan dalam perayaan, dijadikan fiesta pula tu.

                                                             
Tak sah kalau tkde bunga api kan? Keseronokannya apa? Rasa membazir lah bila dah semua orang main. Dah tak jadi suspen dan seronok. Sebab kat mana2 pun boleh kita tengok dan dengar. Selain membazir, sebenarnya ia menganggu ketenteraman awam. Fikirkan orang lain nak tido tapi ko tetap berbunga api gitue. Syok ke kacau orang tido eh? Tak kiralah raya apa, cina ke melayu, india, sekarang semua dah sama rata. Bunga api macam jadi acara wajib.
                                                              

dyan eaza - main boleh tapi biar berpada2, takkan sampai kul 1pagi pun ko masih hadap bunga api masih bercahaya2 di langit gelap. Nasib baik anak2 aku dah besar sekarang, takdelah terkejut sangat tido mereka. Tapi kalau dorang tengah demam time tu, geram gaklah pada yang tak sedar diri main bunga api tue. huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...