Friday, 8 November 2013

step by step tomyam hot!

Kalau pegi restoran masakan panas, mesti nak kena order tomyam seafood. Banyak kali juga terkena yang tak baper sedap, sama ada kuah cair, rasanya tak kick dll. Tapi ada yang sedap, memang ulang2 lah hirup kuahnya. Sampai licinlah mangkuknya.

Ok, citer pasal tomyam ni, teringin nak makan sendiri. So, mencarilah kiub dan pati tomyam yang best. Penah try knorr, maggie malahan yang ada bunyi siam2 pun aku beli. Tapi semua tak mari. Last2 opismate ada jual pes tomyam special, datang dari siam meh. Dia beli kat Padang Besar lah. Sebotol yang besar ni RM13, berbaloi sebab leh pakai banyak kali. Kawan aku cakap, takyah letak bawang, serai dan lain2 pun takpe. Tapi, biasalah kita nak masak mesti nak perfect kan, alang2 aku taruk semua benda yang berkenaan. Cuma terlupa nak beli daun limau purut jah.
 ni pes tomyam yang sangat best. Recommended

pastu, nak bagi best tumisan kenalah ada bahan2 macam kat bawah ni
 
3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah , 2 batang serai (ketuk), 1 inci lengkuas,
     bahan2 laut, udang dan sotong (fresh dari Nsk, takdelah dari laut..hehe)   









sayur aku tak banyak, cuma carrot dan kobis (itu je ada dalam peti sejuk, biasa orang pakai bunga kobis kan)
so, step masaknya macam biasa, tumis dulu semua bawang2, masukkan pes tomyam dalam dua sudu, dah naik bau, masukkan udang dan ayam, masukkan air dalam 2 cawan atau 3. tak lama masukkan sayur2an, dan rasa dengan garam. Siap
nampak yummeh kan, masa aku snap ni, siap kuar asap kepul2 lagi
hidangan kami hari tu, tomyam seafood, daging paprik, ikan goreng, cendawan telur dan papadom. Simple tapi ok anak beranak.

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013