Monday 11 January 2016

Tahun Baru 2016

                                      
Sekejap masa tu kan
Dah masuk 2016 dah
Haisy...
Umur dah berapa. anak2 pun semuanya dah masuk sekolah rendah. Takkan ceritanya takat camtu ja.

Bercerita fasal tahun baru ni seronoknya ialah cuti. Bermula dengan cuti MaulidurRasul (24 dis-khamis) pastu krismas. Minggu tu dah cuti 2 hari. Pastu minggu seterusnya aku memang ada appoiment dengan doktor endokrin & doktor onkologi, pastu habiskan cuti tahunan, daftar sekolah mia darjah 1. Eh! dah besar dah budak comel ni. Nape rasa kejap je ni? Pastu cuti tahun baru, tambah lagi 3 hari sebab nak biasakan mia dengan 2 sekolah, naik van dan lain-lain.

Bila masuk keja ja - member kata macam sebulan cuti. Haha, macam tu lah kan. 

                                                
Tahun baru = azam baru 
Azam lepas = rasanya belum sepenuhnya tapi Alhamdulillah tunjukkan perubahan

Nak kurus?
Ni azam setiap tahun, tapi mana ada tercapainya, makin bertambah adalah. Tapi hikmahnya sakit itu, aku lagi jaga pantang makan, lagi berhati2 pilih makanan. Dah ada ilmu fasal yang bagus dan buruk. Dan lain2. Yang syoknya, dalam masa 2 bulan setengah hari tu aku turun 8kg. Dari 72kg jadi 64kg. Memang tak sangka lah. Member semua tegur sebab makin kecik katanya. Hanya puasa, pilih makanan dan banyakkan air putih. ari tu ada minum air chia seed. Memang berkesan. Tapi ni berat dah stuck, kalau jaga makan, dia akan turun 1kg, tapi kalau dah lantak pulak, dia akan naik 1kg. So dok tang tu ja. Kena gigihkan diri untuk dapat berat badan ideal, 54kg. Macam mustahil kan? Tu berat anak dara, okey. Tapi kena cuba juga lah. InsyaAllah

                                               

Nak lebih sihat?
Amin2. InsyaAllah dengan izin Allah

Nak dira dapat 6A UPSR
Macam susah, tapi kena push lah juga, go head gostan

Nak Qimi lebih rajin membaca
Dia ni memang 'terlebih rajin', Tapi tu lah, dugaan. Kena fikir cara terbaik nak handle-dengan tantrum lagi.

Nak mia lebih berdikari
Mia ni anak manja, sampai sekarang pun cium2 dan peluk2, maklumlah anak bongsu. dah takda baby. Tapi natijahnya keja dia slow dan ala2 Princess, nangislah nak. Kena buat

Nak jadi isteri yang lebih baik
Haha. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.Itu saja

Nak kerja lagi baik
InsyaAllah. i luv my job. Jadi kita bersungguh2

Nak bisnes.
Ya Allah. Doakan aku ya. - Asik separuh jalan ja ni. Haha

Nak jadi daie
Semua orang adalah khalifah. Aku, dia dan orang yang sedang membaca ni. Macam2 cara boleh. Tambah2 lagi dengan media sosial. Kalau susah nak inspirasikan orang atau sharing benda baik, cukupla jadi lebih baik dari semalam. Mati itu pasti, hidup InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...