Sunday 13 December 2015

Selangor cuti (menang Piala Malaysia) - mak keja

Selepas Selangor menewaskan Kedah dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia, memang Selangor 'confirm' cuti cuma belum tau sama ada Karangkraf cuti atau tak. Dah tengahari sikit, baru HR emel yang kata opis confirm cuti. Sudah.

Masalahnya aku memang ada photoshoot isnin pagi, shooting fesyen. Nak postpone? Tak tahu sama ada foto ada atau tak. Model dan mekap artis dah confirm, takkan nak cancel camtu. Dengan shooting semua tinggal minggu ni saja, ok. Memang aku serba salah. Yalah, rugi tak cuti kot. Tapi apa2 pun kerja perlu didahulukan, nak tak nak - kerja memang kena siapkan. Itu saja.

Jadi, aku pun amik keputusan - kena siapkan secepat mungkin dan pastu balik. Habis tu?

Nak dijadikan cerita. aku buka phone jam 6 pagi. Foto mesej jam 3.30 pagi minta lambatkan sikit sebab dia baru saja balik rumah masa tu sebab baru balik dari Final Gegar Vaganza. Adui!

Kita kalau boleh nak siap cepat tapi dah jadi macam ni. Sabar sajalah.

Dengan aku masuk kerja 6.45pagi, pastu buka lampu semua - tengok facebook semua, pastu ada dengar bunyi printer lak dah. haha... 'Dia' mengusik.

Sabar ja lah..


Monday 7 December 2015

Cukuplah kematian sebagai penasihat

2 minggu ni, beberapa berita kematian diterima. Dimulai dengan Pak Yus (Maharaja Lawak), kemudian Mariani (sezaman dengan P Ramlee) yang terbaru Tengku Jalil (anaknda Sultan Johor). Ia menjadi viral di media sosial, facebook terutamanya. Berhari-hari cerita mengenai mereka. Barulah terbongkar kebaikan mereka sepanjang hayatnya. Alhamdulillah, cerita yang baik-baik sahaja. Jadi, tepatlah jika kita tutup aib orang, Allah akan menutup aib kita. Amin2.

Cukuplah kematian sebagai penasihat

Kalau dulu perkataan ni takdalah terasa sangat -menusuk ke tulang hitam. Namun sejak sakit, benda2 ni buat aku berfikir lebih mendalam. 
"Eh! orang yang tak sakit apa-apa - maksudnya sihat ja, buat aktiviti, tapi pergi dahulu dari aku. Jadi - aku yang memang dah sakit ni tak rasa apa2 ke?"

Serius - takkan aku boleh rileks2 kot?

Benda ni serius babe - sebenarnya aku bersyukur sangat pada Allah kerana dengan sakit ini aku jadi lebih baik - dalam erti kata ingat mati - ingat bahawa dunia ni sekadar persinggahan - kalau orang alim kata dunia adalah ladang untuk bekerja keras - akhirat lah tempat menuainya.

Istigfar - dosa2 lalu - sendiri ingat lah kan. Hitung kembali - cuba tebus - mohon ampun dari Allah - secara jujur susah nak istiqamah kerana tuntutan kerja & rasa cintakan dunia itu masih ada. Tapi kena cuba - Itu sebab muncul wording kat atas - Cukuplah kematian sebagai penasihat

Orang baik - mati dulu?
Habis orang jahat - mati lambat?
Aku rasa Allah nak bagi peluang untuk orang kurang baik (tak nak pakai term 'orang jahat') - bertaubat. Betapa pemurahnya Allah kan?

Catitan ini bukan sekadar untuk mengingatkan diri sendiri sahaja. Bukan juga membuka pekung diri sendiri. Tetapi lihat dengan mata yang lebih meluas - moga kita menjadi lebih baik.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam
Rugilah orang yang sama keadaan dirinya dengan semalam,
dan celakalah orang yang lebih teruk dari semalam" - Saidina ALI


Wednesday 2 December 2015

Jenis-Jenis Air mata ~ Part 117

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tarikh emel ; 24 Januari 2007

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

# Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

# Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
# Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

# "Rasulullah saw bersabda : 

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh
debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s

# Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
"Manis sungguh air ini." 

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

# Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
 "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."

Air mata yang tiada di tuntut

# Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
# Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
# Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan.
# Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
# Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
# Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu... ... ... .

# Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda yang bermaksud:

# "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
# "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
# "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a

# Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
# 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
# 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
# 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan

# Rasulullah saw bersabda :
 Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
#kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara : 
# "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
# Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
# Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
#dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."


Petua sihat & cantik ~ Part 116

+ PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING KECANTIKAN DARI POSITIVE GROOMING +
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan.
Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan.
Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.
Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi.  I
nsyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga.

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner,
sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam.
Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti: Kekacang, sayur menjalar, kobis,  terung, taugeh, peria, bayam, kangkong,makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.

6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilas dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH ·
 . Halba)
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis )    Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil )         lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi )               terakhir.
· Daun Pandan )

9.
MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum )      Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan )                       bilasan terakhir
· Serai wangi )

10.
RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit.
  Jika rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan bungkus kepala selama 10 minit.

Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam).

Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.


11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT,CELAH KELANGKANG DSB.
Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.


12. VITAMIN..
Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil). Boleh dibeli di farmasi
. Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)


RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan. Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus

amalkan & InsyaAllah anda akan menjadi cantik sebagaimana cantiknya PUTERI GUNUNG LEDANG........ ;-p

KULIAH JIN ~ Part 115

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tarikh emel ; 20 Disember 2006

UST. HJ. ISMAIL KAMUS 

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
  
   

Adab di Masjid ~ Part 114

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tarikh emel ; 20 Disember 200

1. Mulai dengan kaki kanan.


2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: 


"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya danlidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di
bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"




ADAB MASUK KE MASJID

1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"


2.Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"


3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

ADAB DALAM MASJID

1. Duduk menghadap Qiblat.


2.Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.


3.Sentiasa menyebut nama Allah.


4.Menghadirkan Ahhala dalam hati.

5.Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.


6. Jauhi dari menghina Islam.


7.Bezikir dengan suara perlahan.

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1.Berdiam diri.
2.Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4.Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5.Kerjakan solat sunat Rawatib.

ADAB KELUAR MASJID

1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2.Berniat untuk datang kembali.
3.Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah
Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari
syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.


SISIPAN MENGENAI QARIN ~ Part 113

Assalammualaikum...
I guess, mayb some of us would ask this question when
a particular situation arises. Especially when
somebody saw someone whom had died sometime ago but
appearing again... Eg. like arwah nenek kita tengah
masak kat dapur, tentera jepun tengah polish boot dia
n so on.......  below is the explaination why these
kinda cases kept happening...... kita ingatkan ROH
rupa-rupanya QARIN......
------------------------------------------------------
One asked:
@'kum....
Ustaz, adakah Qarin ini memang wujud? Dan adakah
infomasi ini boleh diambil sebagai sesuatu
pengetahaun, dlm pendapat Ustaz? Kerana saya
sering sekali dengar akan hal seperti ini dan juga
pernah mengalaminya sendiri suatu masa dahulu bila
menjalani latihan tentera di Pulau Tekong
dahulu.....Terima Kasih.

MSA Ustaz Ghouse Khan Surattee wrote:
Benar, qarin itu sebenarnya berpengaruh dengan amalan
seseorang itu, jika baik amalannya baiklah dia dan
begitu juga sebaliknya. Nabi kita pun ada qarin
namanya Habibul huda kata orang kasf masih hidup lagi
di madinah. Semua qarin lambat mati. Sebelum manusia
mati kadang kala , qarin sudah kelirukan orang. Banyak
berlaku, seseorang itu bila balik rumah terutama jika
isteri sedang tidur atau ahli keluarga sedang tidur
atau khayal, mereka perasan si ayah ni sudah balik dan
berehat ..... tetapi selepas setengah jam kemudian
mereka terkejut sebab ayah yang sebenarnya baru sahaja
ketuk pintu...ini kerja qarin.
------------------------------------------------------
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar
masing masing? Setiap kali lepas ibu kita bersalin..si
ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu
kembar kita..sebenarnya kembar yang dimaksudkan
itu..dipanggil sebagai Qarin...

Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh
kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita
akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat
perkara perkara yang jahat.

Seorang ustaz pernah bercerita...beliau sedang dalam
perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam
hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang
perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini
menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan
itu balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa
dia seorang pelajar
UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin..merasa
seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu.
Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di
rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi
dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.

Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini
pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan
dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak
berjumpa lagi.

Hendak dijadikan cerita..esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan
semalam tertinggal payung nya. Adalah peluang dia pergi kerumah
perempuan tadi. Sampai dirumah perempuan tu..ibunya
saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang
perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang
tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan
menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di
situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2
tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui..atau akan lalui..:) jgn
terkejut..kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah
meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian
seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.
Qarin akan memakai pakaian yang serupa..cth: jika
seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan
teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta
seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka
bumi ini tak kira jin atau syaitan atau
Qarin..semuanya adalah makhluk Allah belaka.

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa membaca
.....A'uzubillahiminashaitonirrajim...
insyaAllah..selamat deh sejahterehhhhh.....kepada kita
yang masih hidup buat la kebaikan supayakita dapat
mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan
akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat
kejahatan.... Wallahualam


ALLAH SWT's 24 Hr Customer Service Line (Toll Free)~Part 112

 Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.

Tsrikh emel ; 1 Disember 2006
Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku...Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar  ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.

Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari
ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari
Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya
setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar
anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian
sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa
pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya


Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor
ini : 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir


Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul
Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu
mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-
dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang  tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...
mudah-  mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.

Minda Orang Melayu ~ Part 111

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.

Tsrikh emel ; 13 November 2006

PROF. UNGKU AZIZ:-

Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu,
Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu Pengaruh Penjajah.
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit.Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama.
Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul. Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana
semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini. Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya
pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang. Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan,banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu.Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969,tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.
Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan,maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.


KOMENTAR RINGKAS:
Tak wajib bersetuju 100% dengan tulisan Prof Ungku Aziz ini. Tetapi tak bermakna tulisan beliau ini tidak bagus. Saya kira tulisan ini begitu bagus dan mantap, kerana secara amnya jika kita memantapkan pemikiran Melayu, maka secara automatik ia dapat menjadikan penganut agama Islam di Malaysia lebih berdaya saing.

Cuma apabila kita terlalu memfokuskan pembinaan sesuatu bangsa secara spesifik, maka kita terpaksa meredah kekangan untuk menyatupadukan kepelbagaian bangsa yang ada di sesebuah negara dan dunia ini. Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, baginda boleh menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin, di samping mengintegrasikan kepelbagaian kabilah-kabilah lain yang ada di Madinah.

Kalau kita belajar secara ringkas kronologi hijrah Rasulullah, maka kita akan dapat melihat bagaimana kaum Ansar rela berkorban apa sahaja demi membantu kaum Muhajirin. Demi ikatan persaudaraan Islam, Ansar melayan Muhajirin ibarat saudara kandung, hingga ada sesetengahnya yang sanggup menceraikan salah seorang isteri mereka untuk diberikan (yakni dinikahi) oleh saudara Muhajirin (hari ini ada yang sanggup ke?).

Mengapa boleh jadi sampai begini? Ini kerana tujuan/matlamat/objektif/gol kaum Ansar dan Muhajirin adalah sama: untuk mencapai redha Allah. Oleh itu, hanya Islam sahaja yang dapat menyatupadukan kepelbagaian bangsa yang ada di dunia ini. Eh, kalau begitu Kristian, Hindu, Shinto, dan agama-agama lain juga dapat menyatukan kita. Kalau ada orang cakap begini, minta si dia berikan contoh sahih dari agama itu, seperti mana yang Islam tunjukkan pada dunia.

Oleh yang demikian, selagi matlamat akhir bangsa-bangsa yang ada di dunia ini tidak selari, maka jangan haraplah dunia ini bisa bersatu.

Sebagai penutup komentar ringkas ini, maka saya nukilkan kata-kata Sidi Ahmad al-Zarruq seperti mana yang terdapat dalam halaman 201, buku Purification of the Heart oleh Sheikh Hamza Yusuf:



Never assume that anyone in this world can really understand your circumstances other than from the perspective of his own circumstances. This is because in reality people see things in accordance with their frames of references and their personal paths. However when aims, purposes, and aspiration are similar, people tend to work together toward a common goal.

SURAT DARI SETAN UNTUK MU ~Part 110

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tsrikh emel ; 19 Oktober  2006
 (Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.  Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya .Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. 
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH.
 Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. 
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak . Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

 Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Ø        Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.
 

Cara2 Solat untuk kawan2 perempuan ~Part 109

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tsrikh emel ; 11 Oktober 2006



(Kaum lelaki tolong fwdkan pd kawan2 perempuan anda)


Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah  kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sabelum menghadap Allah Yang Maha Esa.

2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat utk solat ... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :


Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap Allah Yang Maha Besa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.


Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yang hina ini, melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak nya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak,
(bukan sambil membetulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.) Fokus. Setelah bertakbir, penceramah tunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2 nya adab untuk
menghadap Allah Azzawajalla.


1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
  • Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
  • Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
  • Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita,  sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat
(bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.


4) 'Iktidal- tegakkan badan semasa membaca "
Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanawalakal hamdu"


5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situ lah dahi diletakkan.

Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7, iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.


6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:

  • Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
  • Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
    kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan atau kedua-dua tangan untuk membantu kita bangun

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
......laa ilaa ha ILLALLAH.
(Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam)

9) Salam- tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa
menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat- seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Allah Yang Maha Agung.

                                                                                                                     
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yang tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.

(Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara
caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja yang digunakan. Bagi menutup kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu, lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal sedikit.


(ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ataupun jika tiada, pakai 2 lapis )                                               

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg berambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana "Sembahyang itu adalah tiang agama".


Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.


Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.


Wassalamu.


** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **

Jangan, jangan dan jangan ~ Part 108

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tsrikh emel ; 27 September 2006

Jangan
sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.
 

Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.
 

Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.
 

Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.
 

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu

berkat).
 

Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 

Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.
 

Jangan
pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.
 

Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.
 

Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.
 

Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.
 

Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.
 

Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti

kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.
 

Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.
 

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.
 

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.
 

Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
 


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...