Sunday 13 December 2015

Selangor cuti (menang Piala Malaysia) - mak keja

Selepas Selangor menewaskan Kedah dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia, memang Selangor 'confirm' cuti cuma belum tau sama ada Karangkraf cuti atau tak. Dah tengahari sikit, baru HR emel yang kata opis confirm cuti. Sudah.

Masalahnya aku memang ada photoshoot isnin pagi, shooting fesyen. Nak postpone? Tak tahu sama ada foto ada atau tak. Model dan mekap artis dah confirm, takkan nak cancel camtu. Dengan shooting semua tinggal minggu ni saja, ok. Memang aku serba salah. Yalah, rugi tak cuti kot. Tapi apa2 pun kerja perlu didahulukan, nak tak nak - kerja memang kena siapkan. Itu saja.

Jadi, aku pun amik keputusan - kena siapkan secepat mungkin dan pastu balik. Habis tu?

Nak dijadikan cerita. aku buka phone jam 6 pagi. Foto mesej jam 3.30 pagi minta lambatkan sikit sebab dia baru saja balik rumah masa tu sebab baru balik dari Final Gegar Vaganza. Adui!

Kita kalau boleh nak siap cepat tapi dah jadi macam ni. Sabar sajalah.

Dengan aku masuk kerja 6.45pagi, pastu buka lampu semua - tengok facebook semua, pastu ada dengar bunyi printer lak dah. haha... 'Dia' mengusik.

Sabar ja lah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...