Friday 22 August 2014

Review by myself


Novel Dia Doktor Hatiku

18 ogos 2014

Jam 8am sudah berada di hospital. Kena puasa dan jam 3 baru diberi minuman radioaktif. Jam 5 baru boleh makan. Sepanjang tempoh tu, aku habiskan baca novel ku sendiri. Menanda kesalahan ejaan (jika ada cetakan kedua- harap sangat2). Dan aku rasa boleh review sendiri.

Jangan kata aku syok sendiri lak. Review ni based dari apa aku kumpul apa kata editor dan nilaikan sendiri setelah membacanya. Kemudian aku selit sikit pasal kata pembaca lain lak.

Tajuk
 – tak secatchy sekarang, cuma aku suka sebabnya novel ni sepatutnya diterbitkan 7 tahun lepas yang zamannya sudah agak berlalu. Namun tak mengapa, janji ia terbit jua. 
-       Ia lebih kepada romantik dan sastera berbanding tajuk sekarang yang lebih santai dan chicklit (rasanya dah betul eja).


semua atur letak kena untuk novel ni. Perfect! bukan sebab aku yang tulis ye. Sebabnya pereka grafik ni punya idea.  Sweettt

Cover
-       ok! I luv it so much! Sungguh! Cantik sangat, dengan pepatung dan rama2 adalah simbolik pelepasan pasangannya, yang mana cover belakang tu tunjukkan mereka dah terbang bersama. Oh! How romantic k!
-       cover ini pun banyak membantu penjualan aku sebenarnya. Sebab orang tengok biru dan putih mendamaikan.
-       Siap ada gambar aku mekap lagi. Mwahaha…gambar tak menahan. Tu gambar masa shooting raya team. Memang dinie mekap macam pengantin katanya..konsep Alaf sekarang lak memang letak pic novelis kt belakang, malu dowh.



tak silap ni masa kat Aeon Tebrau. Kat sini ada Harris ke apa. Aku pun dah lupa. Cuba tengok timbunan novel. Banyak gilerrrr..Jadi sebagai penulis baru memang kena bersaing sengit. Sebab biasanya peminat novel, dia akan beli novel penulis yang mereka dah biasa (peminat novel tegar) atau review mulut ke mulut. So far, aku tak tahu lagi sales camna, InsyaAllah ok, amin2



Jalan cerita
-       Editor aku kata jalan cerita ok, ada pengisian, kita boleh paham. Cuma dia tak nak bebankan pembaca dengan ‘flash back’ dengan citer sekarang. So dia mintak aku himpunkan semua kat depan dan letak cerita sekarang kat belakang.
-       Aku kononnya nak buat macam Abdul Rahim Awang & Ramlee Awang Murshid (antara 2 penulis novel yang aku suka amat – selain Lily Haslina Nasir & Aisya Sofea – see, rujukan aku pun orang lama yang sorangnya dah tak menulis pun).
-       Berbalik pada flashback. Sebab 2 Awang penulis tu (jangan marah aa), menulis dengan berkesan. Pembaca macam tertanya2 sapa si X & si Y ni, sebab dibuka skit2 cerita dia kat depan. Last baru tau sapa. Yang tu lah aku nak buat.
-       Tapi aku tahu, aku penulis baru. So, mungkin masa menulis aku dah terover xcited dan anggap pembaca pun seronok macam aku juga. Tapi editor akan betulkan tanggapan kita. Jadi, bila aku baca balik yang dah dibetulkan. Aku tahu dia lagi betul. Kesimpulan, jangan syok sendiri naa.
-       Dari awal sampai akhir, aku rasa ok jalan cerita, sampai ending cuma mungkin aku belum sampai tahap penulis lain yang dah otai, yang boleh bawa pembaca mendayu2 citernya. Mungkin sebab watak aku terlalu banyak (ni yang diceritakan sendiri oleh staff Karangkraf Mall) sebab tak puas hati ada watak yang mati macam tu je, tanpa balasan yang patut.
-       Dan pagination yang agak sikit, means tak padan dengan watak banyak.
-       Mwahaha..macam2 kan.


ada lagi yang aku tak baca rupanya. Nak kena mencari dengan gigih di Pesta Buku akan datang. Cuma kalau aku tulis jalan cerita macam dia, ada ke orang nak baca. Sebabnya remaja zaman aku dah jadi pembaca yang lain. Dah digantikan dengan pembaca generasi Y yakni millenia yang hampir peratusannya lebih suka santai berbanding maksud tersirat ni. Pergh! panjang lak komennya.



-       Cuma bila citer aku tiada unsur nikah paksa, means yang banyak dituliskan novelis sekarang. So yang romantic tu taklehla aku lebihkan. Sebab kita tak mahu galakkan uda dan dara berlebihan masa bercinta. Adalah skit aku tulis pegang tangan, lengan, tapi setakat tu je. Nak tulis lebih2 memang tak sesuai. So kat situ aku dah kurang tarikan romantik.
-       Tapi staff Karangkraf Mall ada bagitau yang masa rombongan TV3 datang buat lawatan masa majlis buka puasa sama di Karangkraf, novel ku antara 10 novel yang diberi kepada salah satu penerbit drama. Penerbit ni memang banyak siarkan drama bersiri kat Akasia ada, astro pun ada. Siap tanya ada shooting lokasi di London tak? Dorang kata tak, tapi ni untuk citer ada banyak watak dan nangis2 punya. Hehehe.
-       Tapi aku tak harap sangat. Serius. Novel pertama pasti banyak kekurangan sana sini. Biasanya dia utamakan yang 3 novel ke atas. Mak ok je, kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau takde, cuba hasilkan yang lebih baik. Tapi tak salahkan nak berangan2.
-       Ada beberapa orang pembaca baru, means kawan2 aku lah. Sebaya. Yang memang dah lama tak sentuh novel, akhirnya baca novel aku sebab teman sendiri yang menggarap (terima kasih banyak2, uols tahu sendiri diri uols kan), dia kata best sangat citer ni. Satu yang aku rasa sebab aku ambil sendiri kawasan yang dekat tempat aku, so mereka merasakan itulah diri mereka. Weeee, banyak scene juga adalah kisah benar, aku tambah bagi sedap lagi. Tak sangka wei aku boleh tulis sampai 500muka surat.
-  Ada juga pembaca baru yang kebanyakkannya budak sekolah kata cita aku pun best. Mungkin sebab depan2 tu citer zaman kanak-kanak membawa zaman remaja hingga ke dewasa. So, mungkin pertalian ada pengaruh kuat sikit.
- Cuma golongan yang agak sukar untuk ditarik ialah golongan pembaca novel tegar itu sendiri (aku rasalah, pendapat peribadi aku). Sebabnya mereka dah biasa baca novel dan mereka boleh menilai cerita tu sendiri. Disebabkan citer aku kurang part romantik (sebab belum kawin) mungkin faktor X-menyengat tu takde. Tapi takpe, aku terima segala komen dan cuba improve lagi.

 
saja refresh pic lama



Watak
-       Ada pembaca bagitahu aku, dia lagi suka watak Firdaus dikembangkan. Firdaus yang arrogant, angkuh, perasan hebat itu akhirnya jatuh cinta pada Lydia. Berbanding kisah Lydia dan Imran (watak yang bercinta sejak kecil) tu agak clitche, watak baik yang macam takde tarikan sangat.
-       Bila aku fikir balik, memang banyak drama adaptasi pun kisahnya begitu, mula2 benci, marah pastu bertukar sayang. Aku faham.
-       Tetapi ada juga pembaca yang sukakan watak Imran dan Lydia yang akhirnya bersatu jua. Mempertahankan tarikan pandangan pertama hingga ke dewasa antara storyteller yang best.
-       Ada yang tak suka watak Imran yang dianggap mudah tergoda dengan kecantikan wanita lain. Hehe, itu lah kelemahan Imran sebenarnya. Aku nak tonjolkan lelaki sebaik manapun, ada sisi negatif dia. Kena plak girlfren asik sibuk memanjang, tu yang naik daun. Tapi lepas tu dia sedar dan cuba ubah sikap dia kembali.
-       Dalam citer ni, aku nak tonjolkan watak Lydia yang agak rapuh. Tetapi dengan jumlah muka surat yang agak terhad, tak aku nafikan banyak yang perlu dipotong. Sayangnya, tapi editor aku kata aku suka meleret. So aku pegang point dia. Untuk manuskrip kedua ni, InsyaAllah aku akan buat padat dan takde yang tertinggal.
 - Yang paling menarik aku terima komen dari pembaca bukan Melayu. Tetiba dia request fren aku dan tag bait2 indah dalam DDH. Tergamam aku jap. Tak sangka dia baca dan bagi review yang bagus juga.



tq pembaca yang dihormati. Rasa sangat terharu gitue...


Bahasa
-       sudah ku katakan dari awal yang citer ni dah diperam agak lama, so memang time tu yang trend adalah bahasa indah, ala2 sastera. Berbeza sekarang yang popular bahasa santai, yang pembaca sekarang tak nak suka berat2, suka romantik macam kahwin paksa, mesra gitu.
-       One of editor yang menilai,

kata bahasaku agak berat. Dia pesan lepas ni jangan tulis macam Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Hahaha, akan ku ingat pesanmu sifu.
-       Tapi bila baca balik, aku rasa tak percaya menulis bahasa indah. Weehoo, masuk lif tekan sendiri. Sebabnya aku pernah baca novel sasterawan, so adalah sikit aku olah sendiri, jadi stail aku. Sedap pula baca. (ok sila muntah hijau).

Emosi
-       aku cuba bawa emosi gadis dirundung malang, cuba hayati penderitaannya. Ada yang kata sampai sebab dia menangis teresak2…huhu,
-       Ada yang kata tak sampai sebab gaya bahasa lum sampai kehujung hati.
-       Tapi, aku akan terima semua kata2 ni sebagai semangat untuk aku berkarya yang lebih sedap di masa akan datang. InsyaAllah.

sapa penah baca novel ni? Ok kita gang...zaman 90an...mwahahaha..masa tu zaman perpustakaan bergerak lagi okey...khutub khanah desa pun ada. Itulah sumber pembacaan kami masa tu. Nak membeli kena ke Kota Bharu kedai Muda Osman. Takpun tunggu Pesta Buku Kelantan yang setahun sekali itu. Walaupun tajuk nak dekat2 sama, tapi jalan citer memang lari jauh. Tapi Ahadiat Ahakshah memang antara top novelis. suka sangat dia..plus masa tu dia pun muda dan hensem lagi. Ye lah, zaman 25 tahun lepas katakan..



Nantilah ada masa aku print screen member2 aku review lak ye...


p/s : InsyaAllah, cepat sihat, lagi cepat  boleh bahagi masa dengan betul untuk manuskrip kedua. Amin2...


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...