Sunday, 10 August 2014

Diy bawang goreng

Penah tak masa korang dah habis tulis, dah letak gambar cantik2, dengan caption jah, pastu tekan button publish dia sewel?

Ha, macam tu lah aku kena pagi tadi. Geram sey, sampai aku dah pegi jenjalan pastu makan semua, ni ngadap komputer, masih takleh nak sent. Aku syak memang hang, tapi page macam fb lain ok, so aku pangkah ah..pastu bila on balik, semua dah takde sey. Sedey tak? kan janet kan?

Oklah, citer asalnya ialah pasal bawang goreng. Memandangkan aku memang dibesarkan oleh mak ku yang tukang masak, jadi segala benda diy memang makanan dia. Lagi lah orang lama2 ni kan, mana dorang suka beli, buat lagi bagus dan bersih katanya.

Bila kawin, mak mentua aku pun suka buat sendiri. Kiranya semua emak2 kita, generasi M ni rajin ye. Bawang goreng ni bagi sesetengah orang memang dia tak gemar pun, tapi bagi aku ni penambah perisa. Masa kecik2 dulu, selain budu, kalau ada bawang goreng dan nyior goreng (kelapa parut yang digoreng tanpa minyak & dimesin halus), memang ngam2 sih. Nak2 kalau dapat minyak balance ikan goreng/bilis, diam2 aku masuk dapur, campur dengan nasi sikit (yang ni jangan tiru).

Biasalah, masak soto kena ada bawang goreng, nasi minyak ke hapa memang semua kena ada item ni. Tapi bila tengok kat kedai...erk! semua dah hancur luluh. Macam kena mesin lak rupanya. pastu ada citer yang tak sedap macam bawang yang dijual tu campur dengan plastik nak bagi rangup..gulp! macam2. Jadi paling selamat, diy je

Nak buat bawang goreng, step pertama kena pilih bawang merah dulu, yang molek2, sedang2 dan segar biasanya dibeli di pasar tani/pasar malam. Kalau kat pasar raya tu ada, tapi tak secantik bawang kat sini lah.

Pastu bila dah kupas kulit bawang sambil mengalir air mata tengok hindi kononnya, mayang lah halus2
jangan halus sangat nanti bila goreng tinggal rangka jer. 

goreng dalam minyak panas, balik2 kan selalu. Jangan korang gedik nak gi jemur kain sat. Memang rentung ah 
orang dulu2, kering kat surat khabar, bentang besar2. Aku keringkan kat tisu cukup, sebab tak banyak pun. Pastu antara tip dia sebenarnya ialah walaupun kita dah angkat, dia sebenarnya tengah masak gak tuh. Tu pasal kadang2 bawang goreng kita pahit kalau goreng agak lama. Jadi, masa bawang nak masak2, kena kecilkan api dan angkat sebab dia memang tukar kaler  cepat
taraa....dah siap untuk dimakan. Kat umah ni memang aku dan huby jer makan benda alah ni, tahan lah untuk 2 hari makan..hehe..Kuat gak rupanya ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013