Monday 31 July 2017

Jun 2003

Dimana korang 14 tahun yang lalu
Penulis masa tu memang tengah galak jadi journalist
Semangat nak cuba macam2 benda
Seronok dapat buat benda yang kita minat
Dan bila satu masa, benda tu jadi kenangan, yakni budak baru nak up lak take over
Begitulah hidup ni, semua ada tarikh luputnya
Jangan ingat kita akan menongkat langit buat selama2 k
Jom chec it out

Nadia Shahrul Anuar. ala yang host tv3, pandai cakap Siam - cek my previous post k
Taraa - Eja (my favourite) & lupa dah namanya. Ni hero remaja sebelum Fatah Amin lah uols. Kalau sebelum lagi Azhar Sulaiman, Esma Daniel semua.
Eja dari dulu sampai la ni, memang lemah lembut karektornya, suka senyum semua, haisy, lawa & baik hati lah
Shooting again. Bila tengok bbnu shooting, cakap dengan diri sendiri, aku pernah lalui benda2 ni semua. So ia adalah putaran roda gitue, so dah sampai masa, pencen naa

Beriya buat & tulis...nak buat sendiri? Haha

Haidi ni dolu2 popular lah gak sebagai wedding planner. kedai dia kat Semua House. Hah! korang mana tau Semua hOuse, sekarang apa2 pi Pavi terus kan?


Ni antara job besar yang penah aku buat. Sebab kena handle 6 pembaca, 6 mekap artis. Dolu2 kami panggil mekap artis bukan MUA. tapi tu lah revolusi kan? Ada yang tetiba mekap retis tarik diri uols, tu yang Amy Janz take over. Amy ni dulu2 buat untuk job ni lah sebelum dia mekap Che Ta. Hiks

Edit la selagi boleh

Dolu2 memang susah nak cari mekap retis pompuan. Serius! Tak tipu. Yang ada ala2 mak andam, so tak menepati ciri2 yang magazine nak. Tapi sekarang bersepah dik non, murah2 lak tu tapi cantik. Kerlas kan

Baru lah nampak muka sorang2, ye lah dolu tudung tak trending cam skrg. Buat kat COncorde Hotel Shah Alam, mekap yang terlibat antaranya Mona Rafar (arwah - dulu mekap Misha Omar), Amy Janz, Shamnina, Chomel, Kuzie & Kenzo.
Itu sahaja catitan. Nanti sambung naa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...