Friday 21 November 2014

I am 50 - Keanu Reeves

Oh...how sweet he is...
Hahaha...
Encik suami dah faham sangat dengan minat aku kat aktor yang sorang ini. Kiranya pelakon berkarektor ni mendapat tempat yang special di hati...ops! makan hati.
masa ni muda remaja giler...
Ok lah...aku minat dia tapi tak keterlaluan. Tak silap, minat dia berputik (chewaah) selepas aku minat Dean Cain - watak superhero...So aku minat masa belajar kat USM. Takdelah lama giler kan... So, takleh nak kata minat yang over. Tak semua movie dia aku tengok sebenarnya. Sebab aku tak suka sangat yang aksi macam The Matrix. Aku suka yang ala2 romantik, sweet tahap melting gitue.. Macam

1) Speed (aksi yang mendebarkan, sampai sekarang bila tengok rasa tangan terangkat sendiri- walaupun teknologi masa tu belum sehebat sekarang).
sebagai polis bernama Jack Traven
2) Sweet November (huk aloh....tomeinya dia)

Keanu ni kan ada masalah tau, masalahnya ialah muka dia tak nampak tua, walhal speed tu tahun 1994, Sweet November ni 2001, tapi cer tengok...ada pakai ilmu apa lah dia nie..
3) The Lake House (kan...perbezaan masa & zaman-memang aku suka genre yang ala2 back to the future nih)
gandingan dengan heroin asal gitue, tapi citer lain..selepas 12 tahun keanu dan sandra bullock berganding semula


ramai yang mesti anggap kalau dah hero kacak, mesti dia akan mantain selalu kan? Tapi tak silap 2 tahun lalu, Keanu Reeves pernah gemuk sampai tak kenal
leher dah tak nampak, badan tak sasa. hampir tak kenal

tapi tulah, setakat tu je..dia tampil dengan imej terbaru yang sesuai dengan umurnya yang separuh abad


dan video terbaru dia

Thursday 6 November 2014

Lupa... Tua @ Penyakit

Cerita buli Alhamdulillah, polis dah dapat lokasi. Semalam berita Tv pun dah keluar pasal penangkapan 6 orang pembuli. Sekarang tengah tunggu pembicaraan. Yang kesiannya mangsa & pemangsa adalah anak yatim. Sedih :( Perlu fikir kembali di mana peranan kita sebagai masyarakat. Prihatin @ tak kita pada mereka.

Manakala kes pertama pula katanya berlaku 4 tahun dulu, yakni tahun 2010. Pembuli tu pun dah kena buang sekolah sebab kes disiplin lain. Sekolah cuma tahu lepas video viral tahun ni. Harapnya pemangsa dapat hukuman setimpal dan pengajaran yang betul.



OK, topik yang aku nak trend kan ialah lupa.
- Bukan aku sorang jer lupa. Kebanyakkan kawan aku pun banyak yang dah jadi pelupa. Aku setakat ni, lupa apa nak buat kat rumah, lupa nak beli barang apa, lupa letak barang kat mana. Tetapi biasanya bila dah dok diam tu, mesti dapat ingat balik.

- biasanya kalau bab ofis aku ingat, sebab semua ada dalam organizer dan setiap artikel yang aku dah buat, aku akan tick. Cuma kalau bab personal, aku semua main ingat kat kepala. Ok lah, dulu aku memang ingat semua date appoiment, janji nak beli barang anak dan lain-lain. Tapi bila dah lama-lama, aku memang boleh lupa. Walhal dalam kepala dah set appoiment dengan doktor 17hb tapi bila adik aku call nak datang interview, aku on je. Sampailah aku cakap dengan encik suami. Ya Allah, camna leh lupa, walhal aku yang ingatkan dia. dan aku lak boleh lupa?



Huhu

Sindrom tua?
Ok, memang diakui aku pelupa. Sampaikan benda yang senang pun aku boleh lupa. Encik suami kata aku sebenarnya tak fokus. Camna tu eh? Faktor tua tu salah satu penyebabnya. Uban pun dah penuh kat kepala.



Penyakit?
Ni pun salah satu punca gak. Aku ada masuk grup tiroid kat facebook. Banyak yang bercerita pelupa adalah salah satu simptom yang menganggu. Kalau orang tak faham, memang akan kata kami mengada-ngada. Tapi benda ni betul. Sampai ada orang yang cakap, kena saka lah dan lain-lain. Walhal itu adalah simptom sakit.



Penyelesaian
Ok, benda ni semua atas kertas jer..buat tu tak lah sangat. Contohnya makan kismis. adalah sehari aku makan kismis. Esoknya tak. Encik suami suruh bawak diary ke mana-mana. So, memandangkan tahun ni dah nak habis. Aku takdelah nak rembat kan.

Aku beli yang tahun 2015, yang kecik punya. So boleh letak dalam handbeg. Jadi, apa2 benda aku nak buat, tulis ikut date. agak2 lupa, tengok. Haha. Smartphone ada tak nak tulis kan? Entahla, kadang2 teknologi tidak semua boleh selesaikan masalah kan?


Wednesday 5 November 2014

Generasi yang makin sakit

Esok cuti, so memang aku ada masa nak mencatit malam ni. Pasal isu semasa yang tengah hot - kisah buli.
Melihat video yang diviralkan mengenai pembulian budak sekolah asrama.
Video pertama - budak asrama yang lebih muda (aku agak form 1@ 2) berbaju putih dalam 8 orang kot  dibuli oleh beberapa orang budak singlet hitam (mungkin form 4/5). Kena sepak, terajang, tumbuk, pukul.

video kedua - sorang budak yang merayu2 jangan dipukul tapi senior dorang dok pukul2 tanpa belas kasihan, siap tarik pastu tendang. Ada yang angkat kerusi.

Aku? Rasa tak boleh tengok habis. Sakit hati + geram + bengang bercampur aduk, rasa nak nangis pun ada. Melihat kes buli ini membuatkan aku rasa nak cancelkan nak hantar anak2 ke asrama. Mungkin budak perempuan bulinya lain, tapi budak lelaki? Teruk kalau kena. Dahla Qimie tu agak kecil orangnya. Takleh nak imagine.

Mula2 viral kat facebook, pastu paper, la ni kat tv dah. Siap interview pengetua yang kemudiannya menafikan. Tapi ramai yang cakap tu MRSM Balik Pulau. Sekolah berasrama penuh yang memang budak2nya pandai pun ada masalah psikologi. Ternyata ada kepincangan dalam sistem pendidikan kita.

Kenapa jadi camni? Didikan di rumah? Peluang? Movie? Nak tunjuk hero?

Nak tunggu ulasan dari RWRP & Saiful Nang pula. Mengupasnya dari perspektif Al-Quran.

Ya Allah, lindungilah anak2 ku, generasi kini dan akan datang daripada segala kejahatan. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...