Wednesday 5 November 2014

Generasi yang makin sakit

Esok cuti, so memang aku ada masa nak mencatit malam ni. Pasal isu semasa yang tengah hot - kisah buli.
Melihat video yang diviralkan mengenai pembulian budak sekolah asrama.
Video pertama - budak asrama yang lebih muda (aku agak form 1@ 2) berbaju putih dalam 8 orang kot  dibuli oleh beberapa orang budak singlet hitam (mungkin form 4/5). Kena sepak, terajang, tumbuk, pukul.

video kedua - sorang budak yang merayu2 jangan dipukul tapi senior dorang dok pukul2 tanpa belas kasihan, siap tarik pastu tendang. Ada yang angkat kerusi.

Aku? Rasa tak boleh tengok habis. Sakit hati + geram + bengang bercampur aduk, rasa nak nangis pun ada. Melihat kes buli ini membuatkan aku rasa nak cancelkan nak hantar anak2 ke asrama. Mungkin budak perempuan bulinya lain, tapi budak lelaki? Teruk kalau kena. Dahla Qimie tu agak kecil orangnya. Takleh nak imagine.

Mula2 viral kat facebook, pastu paper, la ni kat tv dah. Siap interview pengetua yang kemudiannya menafikan. Tapi ramai yang cakap tu MRSM Balik Pulau. Sekolah berasrama penuh yang memang budak2nya pandai pun ada masalah psikologi. Ternyata ada kepincangan dalam sistem pendidikan kita.

Kenapa jadi camni? Didikan di rumah? Peluang? Movie? Nak tunjuk hero?

Nak tunggu ulasan dari RWRP & Saiful Nang pula. Mengupasnya dari perspektif Al-Quran.

Ya Allah, lindungilah anak2 ku, generasi kini dan akan datang daripada segala kejahatan. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...