Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Monday, 25 November 2013

Maher Zain - lagunya semua sedap didengar


Ni kira imbas kenangan ye.
Aku masih ingat tarikh tu.
12 Oktober 2010.
Kiranya dah 3 tahun berlalu.
Kejap je kan masa berlalu
Masa tu mak masih kurus ok, muka pun runcing, sekarang? Hahaha, takyah jawab lah ye.

tahun ni ala2 shawl yang renyuk2 tu, pastu kat hujung ada ala2 diamond juntai (dalam gambar tak nampak ye)

Setelah dapat emel mengatakan ada seorang artis Lebanon datang untuk promosikan albumnya, aku terus google je nama Maher Zain, baca sini. Wah! xcited ok....terus dengar lagu2nya kat youtube. Yang popular mesti lagu InsyaAllah, sedapnya. Mendayu2 lak tu. Paling best penuh mesej Islamik tapi disampaikan dalam lagu komersial. Kira dia antara pencetus lagu pop komersial dengan lirik ketuhanan (sebab sebelum ni, lagu nasyid lain skit rentaknya).

Pastu terus pagi tu sebelum dia datang, mak dah siapkan soalan, siap hafal lagi. Memandangkan aku nak mengelakkan soalan yang sama diulang oleh reporter lain. So, aku kena cari soalan yang agak berbeza, pasti dengan slang omputeh. Oh! berangannya!:0. 













ni menggunakan blackberry, masa tu memang sangat popular dengan blackberry, kira aku orang pertama yang pakai smartphone lah ye dikala orang lain masih setia dengan nokia. Kira mak antara yang terawal gitu, tapi sejak ada samsung sekarang, blackberyy terus down.

Berbalik sesi interview tu, ramai tau yang ada, team management, pastu senior editor semua ada. Masa tu, semua xcited nak tengok siapa di sebalik lagu InsyaAllah.

So dah lepas beberapa reporter bertanya soalan, mc pun tanya sapa2 nak tanya soalan. so aku pun angkat tangan. Dengan confident ni tanya, walhal soalan dah hafal siap2, takut lah plak boleh terlupa khen...memandangkan mak dah biasa dengan mikrofon (soalan tu mengalir laju jer)
Soalan tu masih ingat sampai sekarang. Berbunyi begini 
   "How do you see yourself in 5 years"

Nampak Maher Zain senyum. Dia kata 'very briliant queastion". So, dia jawablah, dia takkan tahu apa yang akan jadi akan datang. Cuma dia akan berusaha untuk jadikan nyanyian sebagai medium dakwahnya. Panjang lagilah jawapannya, siap aku boleh buat artikel pasal dia lagi. 

ni lah story yang mak buat. kiranya dia pencetus fenomena. Tak silap, dia popular kat Malaysia dulu, baru Indonesia tapi kat sana dia lagi fenomena, siap ada drama bersiri ke drama je.

Lagunya sedap didengar macam InsyaAllah. Kalau bagi anak muda yang mahu kembali pada fitrah, bila dengar lagu komersial ni memang terasa melekat kat telinga. Secara tak langsung kita berzikir kan. So, bila dah habis sesi soal jawab, kitaorang pun bergambar lah dengan Maher Zain itu...

ramai yang menghimpit u, sebab masa suntuk sangat, dia terpaksa bergegas ke tempat lain untuk tujuan promosi. Mak dapat duduk sebelah kaki dia je. Hahaha. Sekadar kenangan gitue.

Saturday, 19 October 2013

Diana Amir umum tarikh nikah

Comel kan dia?
Gambar dari blog Roti Kaya (tq)...

Berseri2 wajahnya. Dia umumkan akan bernikah pada 25 oktober, yakni minggu depan dengan pengarang jantung dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman...(tunang dia comel juga)..jadi dua2 comel, sweet, ala2 romantis couple gitu.

Actually aku adalah orang media pertama yang dia call untuk bagitau tarikh dia nikah. Ingat lagi masa tu, sedang bz dengan persiapan event, 4/10/2013, jumaat pagi2, dah ada miss call dia. Wah! dalam hati aku dah agak mesti dia nak bagitau date dia nikah.

Kan betul, siap pesan jangan bagitau sapa2, sebab dia nak setelkan program Jom Kahwin dulu. Dan mungkin minggu depannya akan buat press conference. So, aku pun cakap dengan dia "wah! akak bangga ni jadi press pertama dapat tahu"....sebab masa shooting cover dulu, dia kata janji akan bagitau aku, (sebab covernya bulan nov, isu wedding lak tu, so weols tak nak benda tu jadi basi. Maklumlah magazine shootingnya awal 2 bulan kan)





ni lepas shooting, satu habit dia yang aku takleh lupa, dia memang suka cubit pipi kita bila dah mesra, tergezut gak lah mak. Sebab kiranya artis sorang nie memang selamba, walhal aku baru first time shooting dengan dia kot. Siap masa ni, ada lah dua pompuan tengah makan, tak jauh dari tempat kitaorang, lama gak dia dok situ sampai aku tengok minuman dorang habis, tapi tak blah2 pun. Pastu bila kitaorang nak blah, diana yang panggil dorang nak shoot, rupa2nya pompuan tu dah main mata dengan diana, mungkin tunggu isyarat diana nak snap gambar dengan dorang.



ni kat bilik persalinan (baju kedua) konsep ala2 English style kan. Diana ni aku tengok satu benda, dia memang humble, meaning tak diva hokey. macam biasalah, bilik mekap kan penuh dengan ramai model, mekap artis, semua nak bergambar dengan dia pun tak dihampakan. Ada orang kan macam tak siap mekap, so tak nak, tapi dia tak. hehe.
Jeng3...inilah hasilnya setelah ramai panel yang memilih gambar yang mana satu. Memang banyak kali dia cakap dengan aku (sebelum shooting) supaya baju jangan ketat dan lain2. Aku pun jawab, memang kitaorang pun dah pesan kat designer supaya buat loose, tudung bawah dada, sebab itu konsep Nur pun. Masa mekap pun, dia tak nak pakai bulu mata palsu kekdahnya. So natural.






Penglipurlara : Itu saja kisah malam ni...(ni pun update malam2 masa anak tido okey)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...