Showing posts with label Penyakit & sakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit & sakit. Show all posts

Wednesday, 26 April 2023

7 Sebab Kena Penyakit Autoimun – Dr Noordin Darus

 


Ada yang menderita gatal-gatal kulit sehingga berdarah-darah tatkala menggarunya. Ada pula yang sakit sendi entah kan bila sembuhnya. Dan ini semua dipanggil penyakit autoimun kulit.

Maksud autoimun – Menurut lama sesawang myhealth.gov.my, penyakit autoimun (AI) ialah apabila sistem imun tubuh menyerang sel atau tisunya sendiri. Terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel dan menganggapnya sebagai sel asing. Hal ini menyebabkan ‘ianya’ menyerang pelbagai organ dan tisu.

Imuniti (kekebalan tubuh) – Sistem melindungi tubuh daripada ‘ancaman’ seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Tanda-tanda –
1) Sakit sendi, sakit otot                                                                             

                                         

2) Susut berat badan


 /Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk               

3) Ruam yang berulang, berbentuk rama-rama, sensitif pada cahaya matahari                  




4) Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan                                                                

5) Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit                                                                          

6) Kekeringan pada mata, mulut dan kulit


                                                                                   

7) Kebas pada tangan dan kaki  

                                                                                                      

8) Kerap gugur

Antara Penyakit:

  1. Psoriasis –  menyerang kulit terutamanya kepala, berbentuk tompokan, gatal, apabila digaru akan turun proriasis seperti ‘salji.
  2. Grave’s Disease
Menyerang kelenjar tiroid
  3. E. Celiac Disease
 – Menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum.
  4. F. Addison’s Disease
 – Menyerang kelenjar adrenal yang letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroid
  5. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
 – Penyakit autoimun yang paling popular kerana ia melibatkan lebih dari satu organ.

Jadi, nak dijadikan cerita, OMK terscroll TikTok dan jumpa akaun Dr Noordin Darus yang menyatakan autoimun kulit adalah ‘top 3’ penyakit sekarang di dunia. Dia punya maksud lagi simple nak terangkan.

Auto – maknanya sendiri / Imun – maksudnya daya tahan

autoimun – “Dah tak jaga badan sendiri, jadi serangan tu berlaku dengan sendiri.”

Antara punca-puncanya:

1) Terlalu ‘sterile’ – maksudnya cuci bersih sampai satu bakteria pun tak lekat. Mungkin dari kecil lagi. Sebagai contoh mak jaga anak sampai takda sapa pun pegang atau sentuh, terlalu bersih pun bahaya.

2) Over vaksinasi – yang cukup-cukuplah, tapi ditambah gila-gila sangat pun tak boleh

3) Infant formula – takmau menyusu baby dengan breast milk sendiri, jadi bahaya

4) tak cukup vitamin d -dok dalam rumah saja dan selalunya

5) Over Stress –  tak boleh tenteramkan jiwa kita, penyebab paling utama

6) Banyak makan antibiotik

7) Senang kena infection, demam

 

OMK – Memang takda pula cara-cara nak atasinya walau dah ‘scroll’ tiktok beliau. Jadi, kalau dah jumpa nanti OMK tambah ya.

Notakaki: Ini time Februari 2023 masa update kat website ya

Tuesday, 16 May 2017

Hari Darah Tinggi Sedunia? Hipertensi Malaysia tertinggi?

Entry ni sepatutnya semalam, tapi tak tau nape hang terus wei. So terpaksalah mak menaip kembali semua benda alah ini. Gitue. Ceritanya semalam checkup dengan doktor endokrin. Biasalah 3 bulan sekali kan, nak tau result darah dan sambung ubat. Tapi bukan itu yang nak tulis ni. Nak bagitau semalam rupanya Hari Darah Tinggi Sedunia.

Eh! mana tau? Sebab dekat PPUM semalam, dorang buat pameran dan ada bagi free checkup macam ukur tinggi, timbang berat, cek darah pada orang awam. So, inilah yang sempat aku snap.

Baguslah ada hari macam ni, at least orang awam akan alert benda2 gini kan? Dulu aku alert lah sebab mencari info untuk dimasukkan dalam majalah & paper, sekarang ni macam, eh! ya ke? Hihi

sepanjang pesisir jalan diletakkan info mengenai penyakit darah tinggi atau hipertensi yang mengikut statistik Persatuan Hipertensi Malaysia, seorang dari 3 rakyat Malaysia berusia 30an mengidap penyakit ni. Scary kan? Cer zoom..lagi scary uols, ada pic zoom kat bawah

Garam memang sedap, tapi pembunuh dalam diam. Aku memang kurang masin skit sejak2 kena sakit ni. Masalahnya orang sekeliling akan kata aku ni masak tawar. Gitu lah plak!

Antara reruai yang menjual produk sesuai untuk hipertensi


Camna nak ukur 5/6gm tu? Entahlah, akak pun tak tau dik non

Antara orang awam yang mendapatkan nasihat

Inilah yang dimaksudkan. Malaysia biasa lah selalu tempat pertama kalau gini. Mendahului negara2 lain berkenaan penyakit hipertensi ni. Tapi tulah, makanan Malaysia memang sedap2 sampai penyakit diabetes, hipertensi dan macam2 ni kita mendahului. Haisy

Cubalah zoom ya, macam2 ada. Aku ja dok snap semua benda. Naik segan jugalah. Hihi

Silalah pilih ya.

Memang dah tau process food & dalam tin tak bagus, dah kurangkan pembelian dan beransur2 nak stop k

Yang ni elakkan

Info menarik

Makcik aku 40an baru kena strok ni. Masa tu, dia tengah makan kenduri, tup2, kejang, sesak nafas dan muka herot2. Terus bawa gi spital, doktor terus pasang oksigen dan tak lama okey. alhamdulillah. Dasyat benda2 ni kan, sebab takda simptom. Tapi mengikut pakar, sebenarnya simptom dah ada cuma orang awam biasa abaikan simptom awal dengan alasan takda apa


Itu sajalah buat masa ini

Tuesday, 12 July 2016

Diary pesakit 17 - Ia adalah bisul

Entry yang lepas aku ada update pasal bintil di ketiak kan? Masa tu, 4 hari lagi nak raya. Mood tak elok tapi kena gagahkan jua, aku belek, tilik & nampak punat/mata yang warna putih tu. Sah! ia adalah bisul. Sampai 2 ko punatnya. Mau tak sakit & selesa. So, apa lagi, aku terus picit sampai keluar nanah & darah. Tak banyak pun tapi sakitnya...huhu. Dalam jaga2 terkena juga, tapi tu lah, kena lebih jaga & harap takda apa2. Maklumla, date nak jumpa onko lepas raya uols. Mau 2 bulan lebih lagi, so macam2 kena bagi perhatian - jangan ingat nak beraya ja.

Masalah kedua ialah, aku post kat grup Cancer Survivor. jap post.

disebabkan grup ni private - if bukan member takleh baca - so post kat sini. Alhamdulillah, ramai yang sharing apa sahaja fasal sakit. Maklumlah, nak sharing dengan orang luar, dorang mungkin tak paham. So dengan yang senasib, InsyaAllah


banyak cadangan tu, tinggal pilih ja kan


kena gi watson laks
Kesimpulannya dari cerita ini - perhatikan apa saja perubahan bentuk badan anda. Tengok dulu beberapa hari, kalau takleh then memang kena jumpa yang pakar. Sebab tu, budak2 ni aku perati ja if ada apa2 perubahan. So, itu saja. Esok amik darah lak, haisy, camna lah result selepas raya yang makan macam2 ni.

Friday, 1 July 2016

Diary pesakit 16 - bintil di ketiak

Tengah pack2 baju, maklumlah nak balik kampung, hati rasa tak sedap. Oh! Rupanya belum mandi lagi. Haha - busyuk. So bila mandi, belek2 apa yang patut kan? - orang pompuan. Pastu tetiba aku rasa ada bintik di ketiak kanan. Eh! bukan bintik. Bintil rasanya. Dia macam merah lembam, bila pegang tak sakit, adalah besar biji kacang sikit. Hati dah berderau. Ya Allah! Adakah petanda breast cancer?
Dah mula down, laki aku tanya napa? Aku jawablah. Dia cuba comfortkan aku dengan mengatakan takda apa2. Aku cuba nak tenang tapi rasa tak tenang. Ya Allah, aku tarik nafas dan lepas (untuk dapatkan oksigen) - jangan down. ambil darah 13hb & jumpa doktor endokrin 18hb. Doktor onkologi ogos lak tuh. Hadoi. Aku bawa bertenang dan harapkan bintil tu akan hilang dalam masa seminggu ni. Moga benda tu bukannya apa yang aku sangkakan. Hanya pada Allah aku berserah. Doakan aku ya kawan2.

Tuesday, 29 March 2016

Diary Pesakit 14- Doktor Onkologi vs Doktor Endokrin

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak tulis. Bahawasanya beza doktor antara doktor lain melalui ilmu & pengalaman dia.
aku amik kes yang senanglah. Macam kes aku

Doktor Onkologi - "Melalui ct scan, kita tak dapat mengesan sel2 kanser tu kat leher & tempat2 lain. So, kita akan buat RAI setiap tahun dalam bulan 2 selama 5 tahun, kemudian baru kita stop."
Aku - "So, saya stage bape doc?"
Onko : "Stage 1"

Doktor Endokrin -"So far so good, Ct Scan ok, cancer marker pun takda. Tapi kita kategorikan awak stage 'Intermediate ke High Risk". Sebab kita tak nak u dalam zon selesa. Precausios tu penting
Aku - "Oh!" - nak tanya ada beberapa pelatih praktikal kt belakang, macam segan pun ada. Takkan nak tanya tu stage apa. Sedangkan logiknya pun memang stage 2.

So, beza mereka adalah ilmu & pengalaman mereka walaupun bacaan & nombor yang diberi oleh makmal & CT Scan adalah sama. Begitu juga kita dalam kehidupan, kita tak berada dalam kasut hidup yang sama dengan orang lain walaupun masalah yang sama kita hadapi. Eh! Haha

p/s : Tapi takpa, kita kena berjaga2 ya walau apa pun terjadi. Berjaga lah sangat. Walhal, baru ja lepas makan nasi briani kambing. #matilanak

Friday, 26 February 2016

Diary Pesakit 13 - Last day Kuarantin

Sebelum subuh, kami dah gerak ke PPUM. Solat subuh di sana sebab tak mahu jem. Nama pun federal Highway dik non, kiranya time tu peak hour, semua orang nak g keja. Kami lak dari Klang, kena tempuh Kemuning, Subang, Petaling, Sunway, Kerinci barulah sampai PPUM.



Bekfes dulu sebab time appoiment jam 9am, so lepas mkn apa yg patut, terus g Perubatan Nuklear. Orang yang sama sebab carry on yang rabu tu. Kali ni dapat no.4, lepas baca Midi semua, nama dipanggil untuk CT Scan. Tukar baju, standby.


bilik ctScan. kt atas tu hijau, means ada orang discan


Tapi kali ni macam lain skit CT Scan - bunyi dh makin kurang bising, macam tak masuk dalam terowong tu pun ada. Lama menunggu skit, sampai aku tertidur lah kat situ. Haha. Tapi agak lama lah gak. Hampir 50minit kot. Camnalah yang budak kena sakit kanser tu. Aku pun takleh imagine camna dorang mengharungi benda tu semua. Mcm kita dewasa ni ok lagilah kan. boleh sabar semua.

tapi mcm kt PPUM, ada benda 4 segi besar kt kepala


Dah habis scan, semua buat appoiment dengan onkologi pastu bayar. Oh! payment untuk cek darah saja RM204. Gulp! Mahal weh!, pastu CT Scan RM150. Total dalam 354. Lum campur parking, minyak semua kan. Boleh clain separuh je kot. Takpala, ada gak bantuan. Itu ok skit dari swasta yang gulp! beriban dik non. Nangis.

zon bahaya. Hospital sendiri buat macam ni nak remind. So aku dengan ada anak kecik memang kena kemas, cuci, basuh berasingan. esok 

Dah balik, kuarantin lagi, standby nak kuar pagi esok jumpa dorang semua, nak cuci lantai bilik, basuh baju, rendam pinggan semua (cik suami kata buang je. takut gak radiasi kan). Huhu. Esok dia lak outstation. Sabar je lah.

Esok merdeka.!

diary pesakit 12 - hari kedua kuarantin

Malam pertama tadi last2 aku tido bertemankan kipas. Tak jadi pasang aircons sebab bilik kecik, sorang memang sejuklah. Bangun pagi, dengar papa dia kejutkan anak2 bangun tido. Disiplin betul kan? Kalau mamanya kejutkan, lepas buka mata - pejam balik, takpun tarik selimut, takpun cakap - nantila mama. Haisy.

Lepas dorang pegi sekolah, cik laki siapkan lunch terus bawa naik atas, sebab dia g keja, dh banyak ari tak g keja, sian gak. Lagpun aku sorang je, dok bilik, layan fb, instagram, Konon2 nak update macam2, hadui. takdalah. Selain baring, aku tido jap. Pastu tengokfb sampai banyak kali refresh takda update fb. Haha. Dasat tak dasat

Ada effect macam tangan n kaki kebas2 skit. Yang lain ok.

Gigihla buat page untuk bisnes kengkononnya, tapi bila baca blog ika Radiusite yg FB dah hidden page kita dari likers, selagi kita tak beli adv. Ok! Nak kata apa, dia punya kan. So tak jalan. Aku buat fb personal lak, share fanpage kt situ. So kena update dari situ.

Apa lagi ya? Jemu dah nasi putih ayam goreng. Aku rasa pagi petang dok makan benda tu, tekak pun takleh terima dah. Cannot anymore, tapi cik suami bawa balik ayam bakar yang Iranian masak, yang ada sambal tomato. Boleh telanla skit. Tapi untuk hari ke3 aku kata cukuplah. cannot go dah.

Bersambung

Diary Pesakit 11 - Minum RAI (hari pertama Kuarantin)

Pagi rabu aku ke PPUM. Untuk RAI - yakni RAdioaktifiodin - panjang noo bunyinya kan?
Satu batch dengan aku adalah 4-5 orang. Dalam 2 bangsa Cina, 2 bangsa India & aku sorang. Kat situ dah kita boleh baca - bahawa kekerapan untuk kena penyakit kanser bukan bangsa Melayu kan? Kerap kena adalah bangsa Tionghua, kemudian Melayu, barulah India dan lain-lain. Tapi kenapa yang kita dengar berakhir dengan kematian adalah Melayu. Ini sebab Melayu lambat dapat rawatan awal. Bila ada simptom pun lengah2kan (aku pun penah-boleh baca citer dulu2). Lepas tu bila dah tau pun extend lagi dengan harapan dapat rawatan alternatif, tapi benda tu memang cepat - dia makan sel badan kita terlampau cepat sampai kita tak sedar dalam badan kita dah penuh 'sel jahat'. Jadi bila dah teruk sangat - ke hospital - dah metastatik (stage 4- yang selnya sudah berada di mana2 bahagian badan - seperti hati, usus, limpa, tulang) memang takda ubatnya - Ia ngeri. tapi ia perlu ditelan. Bukan aku yang cakap, doktor yang cakap - dorang ada statistik.

bahan bacaan ketika menunggu - dulu rasa macam tak terlintas langsung nak baca midi, ya lah untuk 40an kot. Tapi bila sekarang rasa ilmu tu memang dekat aja dengan diri. Tapi sayang dah kena tutup. Sayang tul. Sebab aku memang aku suka membaca tapi orang sekarang cukup dengan gajet. huhu

Ok, berbalik pada situasi aku - yang datang adalah dari pakcik & makcik. Haha. Nampak sangat aku ni dah sebaya mereka (diukur dengan kadar kesihatan-kesian mak kan)- yang ada tu dalam 50an ke atas. Ada sorang auntie bangsa India tu siap borak dengan aku tanya pengalaman pertama ke? Aku cakap tak, ini kali ke3 dah. Oh! - Dia baru kali pertama- doktor bukan sel kanser, takdaoperation tapi nak bagi remove, kena buat RAI. Bila aku tanya umur dia bape, dia cakap 71. WOW! Sebab dia nampak macam umur 60an, dalam 61/62. Sebelum dipanggil - dia sempat bagi tips - even sayur & buah pun skrg bahaya, byk sembur bahan kimia, jadi kena basuh dengan air garam, rendam dulu, baru masak. Haha- memang fakta yang ramai tahu tapi ramai juga tak buat. Sabar je lah

Rabu - setelah nurse panggil, aku jumpa Doktor hensem. Haha. Mulalah akal nak berfikir macam novel kan? Namanya Dr.Iqbal. SPecky, muka nerd tapi ada rupalah. Usia dalam lewat 20an kot. Tanya aku macam2, pasal anak bla2, tapi bila tanya pasal pantang. Aku ni pun dengan lurus bendul cakap, aku ada termakan gak lah - telur skit, roti skit. Dia diam, pastu dia tanya sehari ke berhari2?. Aku kata tkdalah berhari2 juz adalah makan gak. Pastu dia nk gi tanya physician. Aku pun apa lagi - kutuk diri sendiri! Adui - yang gi gatal dok bagitau semua tu nape? Buatnya dia cancel kan. Satu hal lagi nak amik cuti lagi - pantang lagi. Pastu dia datang, tak jumpa physician. Aku tanya takleh buat ke? Dia kata tak pasti - takut gangguan CT Scan tu - Kantoi! AKu pun sedih betul. Bukan buat muka sedih tau. Ni sedih tul2. Pastu nurse suh duk luar.

tetiba ada doktor mike plak. Haisy. pasai apa. Doktor kacak yang viral ini sekadar sendalan. Imaginasi penulis

Alah - dah tau dah muka aku pelik. Lakiku tanya nape. Aku jawab doktor hold dulu. Muka dia dah macam 'What?'. Huhu. salah sendiri kan. Terjongol2 kepalaku nak tengok kot ada misi panggil. Hampa, terlayan lah plak Mentor Milenia Qu Puteh. Haisy. Nama orang lain dipanggil dulu. Sampai la pastu misi panggil, doktor yang kacak tu kata ok, physician kata tak ganggu. LEGA. NEXT TIME - kalau dah buat salah pun, jangan ngaku. Haha - jangan ikut perangai aku ya kengkawan.

So, bila dah masuk, physician pun bagilah bla2 tau pantang2nya gini2 semualah. Banyak juga doe. Siap dia pesan, orang awam sehari takleh jumpa, tapi kanak bwh 12 tahun yakni anak2ku kena kuarantin 3 hari serta ibu hamil. Huhu. nangis dalam hati ja.
Kalau ikut ilmu physician, dia kata boleh ngandung selepas 3 bulan, tapi kalau ikut ilmu onkologi, aku memang dah takleh hamil sebab sisa radioaktif dan nak rawat cancer lagi. Jadi, sudah bersyukur dengan 3 cahayamata. Amin

Masuk untuk minum - haisy berdebar lagi nampak muka poison tue. tapi takdalah aku nak langgar etika snap gambar kan. Physician tu ada kat situ. Haha, dalam tiub ja. 5mci =10ml. terus amik penyedut, sedut. dah habis, dia tuang air suling nak bagi clearkan semua. Rasa? Macam air garam. Biasa ja. Tapi hakikatnya? Radioaktif.

ni pic google ya. memandangkan aku tak dapat snap, macam tu lah lebih kurang, kena habiskan yg dalam tiub tu.


So bila dah minum kena dok jarak jauh semeter dari semua orang. Haha. Lepas ni dok dalam kereta pun belakang & silang - jadi mem besar. Lakiku siap gurau. Habislah sperm tak subur, badan pun rasa panas - Ok! gurauan orang dewasa (harap jangan amik berat)

Balik rumah - terus masuk bilik & start kuarantin. Semua asing2. Makan pun nasi putih & ayam goreng. Ya Allah, memang kena berkorban semua nikmat. 2pm - dira balik, dia tau mama ada dalam bilik. macam ketuk2 pintu. Tapi aku buat derk. Memang takleh jumpa kan? Buatnya terbantut anakku, sapa nak jawab. So hati2 ja lah.

Petang magrib dalam 7.20 Qimi & Mia sampai. Aku siap pesan kat DIra jangan bagitau adik2 dia. Nanti kang dia dok ngetuk. Tipu sunat takpala. Tapi mia sebelum tido tanya, bila boleh jumpa mama kat hospital, papa? Takke hiba ko dengar? Papa kata sabtu pagi. Surprise.

Malam tu sementara dorang salin jadual, buat keja sekolah, aku diam dalam gelap, cuma kipas je pusing. Lepas dorang semua siap, tido awal. Memang papa jaga, disiplin sungguh budak2 ni. Cer mama yang jaga, ada ja excuse macam2. Haha, barulah mak buka lampu. Adui. Sedih sungguh kan?

Ok, Cukupla, esok sambung lagi

Wednesday, 17 February 2016

Diary pesakit 10 - simptom macam2

Skip ubat 1 hal 
Simptom yang muncul 1 hal
Langgar pantang makan 1 hal lain
Jangan jadi seperti saya.

Sebulan skip ubat - no problem
Simptom macam tetiba sakit di pinggang - mulalah eh! sakit buat pinggang ke aku ni? Fikiran tu kan melayang2 gitue, tapi macam tak, tetiba sakit kepala laks....lakiku kata mungkin sebab tak amik ubat, so dia jadi 'weng' skit. Mungkin juga sebab cuaca panas sangat, membuatkan aku cepat rasa simptomnya. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh control, Sebab orang tak dapat rasa perbezaan itu. Mungkin orang yang tau dia nampak aku penatlah. Tapi bagi orang lain- dorang nampak aku macam orang lain. Sama.

Langgar pantang makan
Dah nak masuk 3x rai.
Aku ada lah gak rasa telur goreng dalam masa2 tue, ada jugalah termakan ikan masin...hahaha... Tak taulah apa nak jadi uols. Sabar je lah. Redha
Cuma tinggal beberapa hari ja lagi - ari ni khamis - rabu dah start cuti - Dengan bahan ada separuh lum ketuk, ari ni lagi shooting - pitam
Ok, WISH ME LUCK

Wednesday, 10 February 2016

Diary pesakit 9 - kepala rasa migrain

Entry ni sepatutnya ditulis sebelum 28 Disember 2015. Yakni sebelum aku berjumpa doktor endokrin - simptom/kesan teruk yang aku hadapi ialah payudara berdenyut & kepala migrain.
- aku tak pernah kena migrain (seingat aku lah) - jadi bila kena tu rasa aduh! hanyut ja rasa, rasa macam sukar nak cerita sakit tue.
- tapi aku taklah makan ubat penahan sakit (haisy - dah sakit macam2 nak tambah lagi?)
- so biar je lah, tak tahan sangat-tido.

15 Dis 2015 - sebelum aku jumpa doktor tu, ada amik darah dan 'neck ultrasound' . So ikutlah yang buat ultrasound tu (biasa ultrasound baby kan? ni tekak....hahaha-ada lah pengalaman gak), bila cek lama2, dia pun tengok skrin, aku dah berdebar dah ni weh! nampak macam putih je kat skrin. apa benda tu?, dia cek lagi. Aku pun takdalah nak tanya semua benda. Kita paham kan keja orang, biar dia buat keja dulu. Dia scan lagi kiri kanan, bawah, atas, kadang2 amik masa lama pada sebelah, pastu aku tengok skrin, cam ada putih panjang. Aku tanya apa tu? Dia kata ada 3 lymph nodes yang besar. Ia sel normal tapi kalau ia membengkak akan jadi bahaya. Setakat ni bukan sel kanser (takutnya). Apa pun kena tanya doktor in 2 weeks.

28 dis - Seawal pagi dah ada kat PPUM. Biasalah, carpool dgn laki keja kl, kenalah hadap bangun awal-utk elak jem, tapi nak buat camna, dah nama pun KL, sesak is everywhere. Lambat gak nk dapat turn jumpa doktor. Walhal aku datang awal, tapi orang lain datang lambat leh dpt turn awal dari aku, Pelik. Tapi aku ni malas lah nak tanya2 banyak kan. Kita tunggu je lah sambil scroll ig. So dalam jam 11.50am kot baru dapat jumpa. Lama kot dalam 4 jam. Hewww. Bila jumpa doktor, dia say hi, cek result darah, dia happy katanya sebab bacaan darah bagus, sebab ubat itu menguatkan imuniti aku dari serangan sel jahat tu. Pastu leher aku pun ok, good. Pastu aku cakap fasal simptom payudara berdenyut & sakit kepala. Oh! Dia kata kalau berdenyut - sebab ubat tiroid tu tinggi sangat, badan aku takleh terima. So, dia xplain, bila dos ubat tinggi, memang bagus untuk elak sel tu, tapi sebab aku tak tahan-dia turunkan dos, Jadilah dari 150 pada 125.

Alhamdulillah, hari2 seterusnya memang aku dah takda simptom tersebut. So aku berteori, patuttla pasal ubat rupanya. So, Alhamdulillah, yang teruk2 dah takda, cuma ada lah sekali sekala sakit berdenyut. Ok normal. Alhamdulillah.

31 Disember (khamis) - Patutnya aku jumpa onkologi, tapi ni Mia register sekolah agama. So plan asal, aku bawa qimi g PPUM, lakiku bawa dira & mia ke sekolah agama. Tapi sian lak. kena ulang alik hantar aku pastu ke sekolah. So aku decide nak skip (nampak tak betapa beraninya aku skip! - jangan contohi aku ya bab culas ni) - sebabnya aku fikir bulan 2 ni kan, aku minum radioaktif, so takpalah kot. haha. Lepas tu aku call la bahagian onkologi, xplain. dia kata tkyah buat appoimentla, stick pada Rai, nanti dorang bagi date baru.

Gitulah kan, bila dah rasa sihat skit, haip!

Wednesday, 11 November 2015

Diary pesakit 8 - berdenyut di payudara kanan

Sebulan lebih tak update pasal sakit disini.

Ceritanya - masa aku kat kampung, memang aku langgar pantang makan - ia disengajakan (sebab kalau kata tak sengaja; tak logik kot - kita control diri sendiri kan)

Tapi sebelum sentuh makanan tu - minda & hati berperang - minda kata tak boleh nanti metasis (istilah saintifik untuk sel kanser merebak tempat lain) TAPI hati kata rugilah tak try - bukan selalu pun - setahun mungkin 2/3x ja.

So - aku try, masalahnya masakan ibu sangat sedap. Tanyalah sapa2 pun - itulah yang membuatkan kita rasa nak balik kampung dan rasa air tangan ibu. Huhu. Hari pertama aku dah tanya ma mana pulut ikan kukus goreng. Pergh! rasanya menyengat. Ma dah cakap dengan aku benda tu bisa. Tapi aku degil juga, dengan alasan sekali ni ja. Hasilnya aku berjaya menghabiskan satu pulut tu. Rasanya puas sangat.

Tengahari - lakiku dah makan nasi sup ma. Kalau orang KL panggil sup tulang. Mula2 aku amik kuah saja. Pastu takleh tahan ni. Terus rasa daging dan tulangnya sekali. huisy...rasanya melekat sampai sekarang. Menyesal? rasa lagi menyesal kalau tak makan.

makan malam - gulai daging tetel. Ok. My favourite - tetel is my favourite -luv - tapi sejak aku sakit aku tak makan - cuma bila balik kampung, aku tak boleh menahan nafsu yang membuak2 itu. Adui!, hari pertama aku makan juga dalam 6-7 daging tetel. Adus

Untuk hari seterusnya, aku rasa dah mula rasa sesal. Cuba control. Ada yang berjaya dan ada yang kalah. Nak dipendekkan cerita, masa aku tido malam kat Cherating, dalam kul 1 lebih, aku rasa sakit sangat di payudara (sakit tu macam nak period sebenarnya -jadi benda tu biasa). so aku cuba lupakan dan tidur. Tapi memang takleh, rasa berdenyut tu datang sekejap2 - macam rasa nak bersalin lak - sakitnya macam contraction bersalin. Aku kira jam. sakitnya datang selang seminit, tapi selama 10 saat kot. Berbaring.

Masa tu aku rasa Ya Allah. Aku bangun, duduk sorang2, tengok suami dan anak2-rasa pilu sangat. Menahan sakit, Tak boleh jadi ni. Aku amik wuduk, solat taubat - sambil baca doa taubat ikut phone. Sampai jam 6 pagi sakit yang selang seminit. Kemudian datang lambat skit. Kiranya hari tu aku cuba tenangkan diri dengan gi pantai, sedut udara segar. Muhasabah

Aku tak cukup lagi insaf rupanya. Allah nak sedarkan aku. Sakit tu hingga 2 hari cuma tak kerap. Hari ni lak rasa sakit di payudara kiri - cuma tak kerap.

Cakap dengan suami-dia suruh g klinik - masalahnya aku takleh g klinik biasa sbb semua rekod aku kat PPUM - dan aku cuma boleh buat kat sana - aku kena jumpa pakar onkologi - masalahnya appoiment aku sebulan lebih lagi. Adui. So apa yang aku buat, hari pertama keja - aku posa. Alhamdulillah -sakit makin kurang. Mungkin nak period cuma sakitnya lain macam & kerap.

Senyum - Kalau tak insap lagi tak tau lah. Masa tu lah berangan, indahnya kalau ada banyak duit - Aku boleh resign kerja & tumpukan pada benda yang lebih penting - masalahnya aku belum sampai tahap itu - takpalah. Allah maha pengatur. Dia tahu yang terbaik untuk hambanya. DOA

Thursday, 1 October 2015

Diary pesakit 7 - result darah yang tak cun

Isnin lepas aku ada appoiment dengan Doktor Endokrin. Kebetulan pula semua sekolah di Selangor, KL dan Negeri 9 tutup sebab jerebu berada di paras bahaya. 200 ke atas. Sampai sana kul 10, appoiment kul 11, habis kul 3....hmmmm tapi biasalah pesakit memang ramai. Heran gak tuh! ramai betul orang sakit. Walhal PPUM tu bayar half2 pun ramai, bayangkan yang betul2 gov camna. Kawan aku lagi selamba cakap - memang lah ramai orang, swasta pun sama, tunggu sampai 3 jam tapi jumpa doktor 5 minit jah. Haha` hambik ko.

Kali ni aku dapat doktor lain lak. Jadi, sepanjang 3x aku jumpa doc.endokrin ni mesti lain2. Dua doktor pertama berbangsa Cina lelaki dan doktor last aku jumpa India perempuan. Tapi doktor last ni macam detail skit. Masa aku masuk (selepas 3 jam menunggu) - dia dah tengok result previous aku, yang kalenjar tiroid dah dibuang, aku dah jalani RAI 2x dengan dos tinggi & rendah, ada masalah bowel system dan macam2 lagi lah ~ means dia detail cek.

Pastu dia kata result TSH aku rendah. ooooooo ~ tak happy ~ doc jelaskan yang aku perlu atasi result yang rendah tersebut supaya kanser tu tak membiak
aku?
macam hah?
Bukan doc onko kata ok ke 3 bulan lepas?

Tapi aku diam ja, sebab nak tanya apa. Doc interview fasal ubat, makan camna, kalsium semua dan bla2. Lah. So kesimpulan dia ialah kena tambah dos tiroksin ~ jangan lupa / skip makan sebab bila result TSH aku ok, jadi sel kanser aku tidur.

Lebih mengejutkan ialah dia kata aku bukan stage yang low risk tapi sebenarnya intermediate risk.
Hah?
Doc onko cakap result aku ok je
tapi
Doc endo cakap aku kena jaga2 sangat
Means
Intermediate ialah stage 2
OMG
Mengejutkan, speechless, aku tak tau nak cakap apa.
Nak nangis dah habis air mata

So, doc kata dia harap dengan tambah dos ubat ni, sel kanser tu tidur. Dia minta buat appoiment neck ultrasound bulan 12 bersama cek darah yang biasa. Aku? Hmmm....


Saturday, 12 September 2015

Diari Pesakit 6 - Pantang makan yang huwaaaa...



Bab makanan memang benar2 menguji mata, perut, nafsu & segala2nya.

Kalau dulu - akulah penggemar tegar daging merah iaitu daging lembu & kambing (tak kesahla panggang, gulai, goreng, sup - apa sajalah, memang sedap dimakan). Kalau Raya Haji lak, memang licin lah pinggan, siap menambah2 lagi. Lagi lah raya kat Kelantan, pagi2 gi sembelih lembu dah makan daging, pegi ziarah member dijamu daging, kat rumah sampai malam sampai beberapa hari. Huhu, sampai naik jemu dah.

Belum cerita kambing lagi, satu family suka makan. Selalu gak lah aku panggang kambing yang marinated (ada penah buat sendiri sos dan ada juga pakai sos sedia ada). Dulu2 minta bibik bakarkan - sebab susah nak hidupkan api. Tapi sejak dah takda bibik ni, gantikan dengan pemanggang ajaib. Senang giler dowh. Pendek kata seminggu sekali mesti makan. Hayoo.

gambar ni bertarik Jun 2013. Kambing gril ori & BBQ, pergh! Encik suami kata dah macam Tony Romas. Anak2 lak memang suka kambing, siap ratah2 sungguh lah. Aduh, sekarang takda dah semua ni.

Tapi kalau seafood-aku kureng sikit. Adalah makan juga cuma takdalah hardcore sangat. Sejak kahwin ni je, sebab encik suami memang suka seafood - udang, sotong, kerang, lala, kepah & segala makanan laut. Ikan lak cuma ikan jenis besar2 je dia suka cam siakap, kerapu untuk dimasak 3 rasa, stim, kukus dan lain-lain.

26 April 2014. Belum detect sakit lagi. Resepi oleh kawan, yang atas ketam bersalut telur masin, bawah kari ketam bersama nenas. Memang semua sukalah. Adui! Sekarang? Semua dah takda, 

Fast food - sebagai budak kampung, aku kenal KFC masa habis exam SPM. Serius, tak tipu. Dulu2 mana lah ada akses sangat nak ke Kota Bharu & benda2 tu semua hanya ada di bandar besar. Jadi, dah lepas SPM, baru lah ma & abah benarkan ke Kota Bharu dengan kawan2, masa tu lah baru tau kelazatan ayam goreng KFC. Memang kenalah slogan dia - sampai menjilat jari. Haha.

Bila dah masuk kampus, makan bila keluar ke bandar. Tapi bila dah kat bandar, makanan segera tu dah jadi salah satu alternatif kalau malas masak. Maksudnya tiba2 balik rumah, takda benda nak masak, penat terus cari restoran makanan segera, tak kesahlah KFC, Mc Donald, A&W, Burger King, Nandos, Pizza Hut dan lain2.

november 2012. Tengok, semua masih kecik lagi. Mia pun beriba lagi. Carls Jr yang sangat sedap. Fast food sampai sekarang masih ada cuma takdalah kerap macam dulu.


Kat kampus lak, makanan popular mesti maggie kan? Haha. Kalau masa bujang, mesti ada sardin, biskut manis dan lain2.

April 2011 - kira fast food tak? Manhatta Fish Market, dengan fries, ikan, udang, lala dan macam2 lah. Dah lama tak merasa camni. 

Makanan manis- sebagai ore Kelate, mesti susur galur aku dah sebati dengan makanan manis. Setakat makan roti canai cecah gula tu perkara kecil saja, air teh o ais manis letin, kuih muih macam nasi manis (wajik), kuih manis lain tu standard lah. Tapi sejak kawin, aku kurangkan manis dengan sendirinya tekak aku dapat merasa manis lalu menolak.

mac 2010 - sebenarnya sampai sekarang aku tak boleh skip 100%. Susah. Memang susah. Cuma aku ambik skit2 buat rasa. kadang2 terhabis juga banyak. Pastu rasa bersalah tak sudah. huhu


Makanan bergoreng - Pergh! Sapa tak suka weh. Kalau masa kecik2 tu, aku goreng ike kering, minyak lebihan tu mesti curah ke nasi, kononnya nak bagi rasa2 sedap. Tapi, sumpah sedap wei! Bila dah besar aku tak wat camtu lah. Cuma, makanan bergoreng macam ayam goreng, telur goreng, kuawtiaw & 1001 makanan bergoreng tetap sedap dimakan.

nasi ayam penyet 2012 - kicap & sambal - pergh! memang tekanan betul lah, tu kadang2 aku makan jer, lepas tu baru lah gatal tekak2

2011 tapi sebenarnya sampai sekarang aku masak, kuahnya ikan kerisi & udang, sambal belacan. Memang kesukaan encik suami dan anak2..aduyai. kalau makan tak sah kalau tak berpinggan2.

tengok2 nasi tomato ada lauk ayam masak merah, daging kurma dan acar rampai lagi - 2011. Huahuah


Buah & Sayur - ewwwww....apa tu? Not in my list okey. Kalau makan pun jenis kat dalam nasi kerabu saja. Yang lain sorry.



Setelah meneliti senarai makananku yang panjang itu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa antara punca sakit kanser aku datangnya dari tidak seimbangnya pemakanan harian aku. Jadi, setelah mengalami pelbagai pengalaman yang menyakitkan, aku mula atur balik jadual pemakanan.

Segala benda yang manis - aku tolak, cuma kadang2 terliur aku amik juga. Air manis langsung takda dalam list. Memang air suam/sejuk je. Tapi tu lah bila dah sedap makan, tak sedar rupanya dah berapa biji....Huwwaaaa

Daging merah - memang aku pantang betullll...ye ke betul??? hmmm, ada lah time raya ari tu makan gak. Terliur weh! Bayangkan kalau dah semua orang semeja sedap makan kambing, aku cuma makan ayam? tak mencabar langsung! So, ada curi2 makan. Lakiku memang support bab ni - sebab dia kesian kat aku, tapi bila kena dengan ma - hahaha, kenalah tazkirah. Tapi, janji dah rasa, so takpelah kena leter pun.

makanan bergoreng - susah nak kurangkan sebenarnya. Sebab aku keja, berhadapam dengan member2 semua yang kalau petang mesti cari pisang goreng la, donut lah, kadang2 mee goreng - begitu menggugat jiwa & raga.

Orang boleh cakap senang - fikir kesihatan - tapi kita yang terbau ni, perut lak berbunyi2. Aduyai

Buah & sayur - ni memang list utama aku. Dah lebih dari sebelum ini, cuma disebabkan aku masih ambil benda berasid, jadi benda beralkali ni tak dominan.

Huwaaa..sedih kan?

Ya Allah, kuatkan imanku untuk terus istiqamah dalam pantang makan. MAsih panjang perjalanan aku untuk ku pulih dari sakit ini. AMin2

Wednesday, 9 September 2015

Diari Pesakit 5 - Terkena demam & sakit tekak

Teruk sangat jerebu sekarang. Kalau pegi keja pagi2 pun memang jerebu je lah kat luar sana. Kat Sarawak lagi dasat. Cuma kat Semenanjung masih 'okey' tapi masih tak sihat.

Nak dijadikan cerita. Lepas je kerja hujung minggu ahad, aku dah mula seram sejuk. Hati dah - eh! apa ni wei. Esok nak keja. Editor baru nak start kerja esok selepas cuti bersalin.

Petang tu dalam kul 5 badan dah mula panas, tekak makin perit. Aku cakap dengan suami, memang tak larat masak. Ok, takpa, dia beli bungkus.

Malam tu - berbungkus selimut - sejuk mengigil - sakit tekak - batuk. Beberapa kali bangun gi toilet, minum air nak bagi hilang sakit tekak - tak jalan juga.

Esok paginya yakni isnin - memang sah demam panas dan tekak perit sampai nak telan air liur pun sakit wei - Sakit ni mengingatkan ketika aku terkena sakit tekak nak menelan makanan tahun lepas. Bezanya yang tu ada benjol - yang ni takda. Makin meresahkan sebenarnya.

Jumpa doktor - cek tekak - memang merah keseluruhan (patutlah sakit teruk sangat), demam 37.9 - walau bukan demam panas. Kira demam lah. Doktor cek leher - katanya ada macam biji - bukan benjol - Ah! Sudah. - Aku dah perasan awal benda tu macam 4 segi. apa lak dah.

Doktor tanya bila next appoiment dengan onkologi - bulan disember? OMG...yalah. Sebab last cek bulan 6, doktor puas hati dengan result darah dan Rai aku bulan 2. So, gap 6 bulan.

Aku cuma jumpa doktor endokrin hujung bulan 9 ni. - Alternatifnya aku banyak minum air jarang - limitkan makanan pelik2 (bersos/ protein haiwan/ manis) sambil aku kumur ubat yang doktor bagi & hisap yang macam sakit tekak tu.

Serius 2 hari tu aku sakit sangat. Allah nak duga aku. Solat pun duduk, sebab rasa melayang2. Makan ok tapi cepat lapar - sah! Sistem pencernaan aku masih masalah. 

NAsib baik lah budak2 cuti sebab exam UPSR - dorang dok rumah kecuali Mia. Jadi suruhla buat keja rumah yang ringan2. JAdi, ringan lah skit maknya. Takyah pening nak sental baju sekolah yang hitam itu...huhu

Malam ketiga, aku tekadkan diri. Apa nak jadi - esok kena g kerja gak. Ya lah, banyak lagi assigment belum buat sey. huhu

Hari rabu yakni hari ni - Alhamdulillah kepala rasa ringan - demam pun dah hilang - cuma sakit tekak masih ada - memang lambat.

Hari ni aku menolak semua offer dari kawan2 iaitu kek, goreng pisang, lunch sekalipun aku tak. Semuanya sebab aku dah serik kena demam teruk & sakit tekak yang belum baik betul lagi.

perut pedih sebab tak lunch - aku cuma kirim beli jambu tanpa perasa saja. Itu sajalah peneman aku sepanjang hari. Memang sakit perut sebab  lapar. AKu isi dengan minum air. Ya Allah, balik rumah - masak nasi, ayam goreng dan bayam air. Ayam tu aku cuma amik isi2 skit ja. Nak ambil buat rasa. Alhamdulillah, kesihatan makin ok. Sampai aku boleh menaip ni walau jam dah 11.45 malam. Walhal aku keja full day dengan tak makan lagi.

Kesimpulan - kalau jaga makan - hanya makan benda2 yang 'raw' yang asli tanpa perasa, pengawet, sos, dalam tin semua. aku boleh jadi lebih sihat. TApi, dugaannya - Allahu Akbar.

Saturday, 5 September 2015

Diari Pesakit 4 - pengalaman RAI

Ogos 2014
2 bulan selepas operation.
Dengan pelbagai kesukaran - namun aku bersyukur kerana ini tandanya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang masih memberi peluang untuk aku menginsafi erti hidup ini.

Selepas berjumpa doktor onkologi, akhirnya aku perlu melalui RAI atau nama panjangnya Radioactive Iodin. Ok! Sangat menakutkan. Tanyalah, siapa saja, memasukkan / terkena pancaran radioaktif sangat menyeramkan. Kan ke dari kecil kita diberi pemahaman bahawa bahayanya pancaran radioaktif ni. Masa perang dunia ke 2 dulu pun ada kan? Sampai kanak2 boleh terbantut pembesarannya, kesannya sampai jangka masa panjang. Dan doktor beritahu bahawa aku perlu minum cecair radioaktif ni? Istigfar.

laluan wad pesakit kanser. macam2 orang jumpa. kebanyakkannya bangsa Tionghua dan aku antara yang paling muda. Aduhai, maknanya memang ujian sungguh lah. 



Doktor kata RAI adalah prosedur biasa pesakit kanser tiroid untuk 'mematikan' saki baki sel kanser yang mungkin 'terlekat' di leher aku. Argh! Ngeri lagi.

ngeri kan. di bilik ni aku keseorangan selama 5 hari


Untuk menjalani proses ni, setiap pesakit perlu berhentikan pengambilan ubat tiroxin selama sebulan (nak bagi tiroid bebas dari segala anasir2 hormon dan lain-lain. Dengan ini ujian akan lebih linear lagi).

ujian darah setiap 3 bulan akan menentukan berapa banyak ubat yang perlu diambi untuk gantikkan fungsi tiroid

Doktor dah bagi ingatan bahawa akan ada kesan sampingan bila dah stop ubat tiroxin - (ubat ni adalah pengganti kepada kalenjar tiroid - tugasnya menjaga degupan jantung, menjaga metabolisme, oksigen, sistem pencernaan & reproduksi) - nampak macam kecil kan tiroid kat leher tu? tapi besar sungguh peranan dia. Tak ramai pun tahu fasal kelenjar tiroid ni. Aku dulu pun baru tau sebab kena sakit ni lah.

Kesan sampingan - mungkin semput, emosi tak stabil dan lain2. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya menghadapinya tanpa benda buruk.

2 minggu sebelum proses tu pula, aku kena pantang segala jenis pemakanan yang dibimbangi menjejaskan minum cecair radioaktif ni. Dan senarainya nampak tak panjang. Tapi bila dah dikecilkan skop, panjang giler ok! Semput nafasnya. Macam boleh ke tak boleh? Susah kan?

banyak okey....garam pun kena tapis. yang lain apatah lagi..


Sekarang tibalah masanya untuk menjalani proses yang hmmmmmmm. Aku perlu minum sebanyak 100ml RAI - aku siap tanya radiologist, apa rasanya? Dia jawab, rasa masin ja. Teragak2 aku tengok benda tu, setelah hirup dengan straw dan habis, radiologist tu sekali lagi masukkan sikit air dalam botol kecil tu dan aku hirup sekali lagi - untuk pastikan sisa RAI tu habis.

nampak simbol kipas 3 tu kan?


Dia pesan akan ada sampingan bagi sesetengah individu seperti pening, rasa panas, loya dan lain2. Siap hospital bekalkan lagi gula2 supaya aku hasilkan air liur untuk diludah. Alhamdulillah, aku berjaya harungi tanpa sebarang masalah.

banyak ubat, dan menu aku sepanjang 5 hari tu bubur kemudian baru lah nasi ayam kukus kot. lauk hospital memang boleh kurus kita


Sebelum terlupa, disebabkan RAI ni, selama 5 hari kat hospital, aku memang tak boleh dilawati. Doktor dan nurse pun tak boleh masuk. Aku dipantau oleh CCTV yang betul2 depan tv. Hahaha, boring tul, mesti misi tengok je macam2. Ada sekali tu aku saja hilangkan diri agak lama, nurse lak call aku, tanya keadaan. Adui, macam jel ke? Taklah.

hari pertama masuk wad, sebelum minum RAI, siap ada benda alah ni takut terkena pancaran radioaktif


Hanya radiologist je datang jumpa aku, tu pun dia pakai yang besi macam tentera Chameleon dalam cerita Merlin pakai tu. Dasat tu penangan RAI. Dia kata banyakkan membuang air dan flush 2x toilet untuk hilangkan sisa radioaktif. Kiranya 1 badan aku tu memang beradioaktif okey. Camna lah benda tu ada dalam badan orang kan? Patutla sampai sekarang rasa lenguh dan pelupa lak tu.

macam ni lah rupanya, dalam tu ada botol kecik lagi



Sepatutnya 3 hari aku tinggal di hospital, lepas tu boleh balik ke rumah, tapi kena kuarantin selama 4 hari lagi dan hari ke 5 aku kena datang lagi untuk ct scan. hiks. Aku ambil keputusan untuk stay sampai 5 hari sebab susah juga nak keluar - datang lagi PPUM untuk proses camni. Pesakit sebelah aku pula balik. Aku je tinggal. Selepas tempoh 5 hari, aku kena ct scan yang pergh. Cuma pernah tengok dalam series house ja benda alah camni.
Bila dah selesai CT Scan, aku dibenarkan balik, result doktor onkologi akan bagi dalam masa beberapa minggu.

hebat kan benda alah ni



Benda tu tak habis situ, sebab aku masih dikuarantin selama 2 hari lagi. Dalam kereta yang dipandu encik suami pun doktor suruh jauh2, so aku duk di belakang. Kononnya tak nak bagi kesan kat dia. Sebab ia boleh menjejaskan kesuburan. Tapi dia rileks ja, cukuplah 3 orang katanya. Terharu lak. Sob2.

nampak tak cctv atas tv. tak bebas hidup weh


Susah juga dikuarantin di rumah dengan anak2 yang masih kecil. Nak buka lampu tak boleh bila malam, takut anak2 nampak. Tapi encik suami dah setelkan anak2 terus ajak dok bilik. Tinggallah aku kat bilik sorang2. Boringnya ya Rabbi. Dira sampai cakap macam dengar bunyi kat bilik qimi. Haha.

LAgi satu, segala pinggan dan baju aku perlu diasingkan dari orang lain. Dasat kan? Semuanya kena asingkan demi keselamatan semua orang. Nak baik macam tu lah.




Bila jumpa doktor, Alhamdulillah result ok, sel tu katanya dah takda. RAI tidak mengesan sebarang di tempat lain. Gembira? Ya. Tapi ada citer lagi - next ya.



Sunday, 28 June 2015

Diari pesakit 3

Lupa nak cakap yang memang sepanjang aku pantang di rumah kira2 3 minggu dan masuk kerja, suara aku macam itik serati. Tak boleh bersuara kuat sebab masa operation, doktor kata kena peti suara. So aku redha. Bila dah start kerja pun buat appoiment dan interview pun cakap pelan2. Bila ingat2 balik rasa macam tak percaya pun ada. Aku telah melalui pembedahan yang kira major juga. Rasa amazing pun ada, dengan keajaiban Allah membuatkan para doktor berjaya membedah mengeluarkan sel cancer yang terlekat pada tiroid itu. AllahuAkbar.
ok, ni bukan aku tapi googgle. Cuma memang di sini lah pembedahan tiroid dan cam tu lah lebih kurang rupanya pembedahan tiroid. Kalau aku tengok gambar real aku sampai sekarang aku rasa macam. Argh! like seriously? Aku pernah kena bedah kat sini? Subhanallah, Allah Maha Besar
Selama seminggu, benang itu berada di leher aku. Selepas seminggu, aku ke PPUM sekali lagi untuk mengeluarkan benang yang terlekat di leher. Alhamdulillah semua ok. Dan checkup after operation. Doktor sampai tulis surat untuk aku attend speech therapy lagi. Hihi, dah rupa macam qimi lak kena pi speech therapy, tapi aku tak pi pun sebab susah nak pi. Aku Cuma pulihkan diri sendiri je kat rumah.
parut ni panjang, tapi parut ku kecik ja. Cuma parut kekal yang timbul ni memang aku punya type kulit. Sebab kulit ku kalau luka je, akan kena camni. Sebab pemulihan aku luar biasa katanya hingga menimbulkan daging berlebihan. Mula2 segan juga, asik pegang parut ni, lama2 dah ok. Bila tunjuk kat member, ramai juga kata eeeee, takpalah, dah kena nak buat camna. Orang lain lagi kena teruk. Lagi kelakar ada sorang kakak tu kata "Untunglah, takyah beli rantai dah" :)) sampai sekarang kalau orang tanya aku jawab camtu. kita kena cool kan?


nampak daging merah tu? memang inilah antara favourite aku sebelum ni. Terutamanya kambing golek. Adus! bila kena sos blackpepper, boleh lupa dunia jap. Walhal lepas tu pening kepala. Tapi sejak dah kena, aku tak amik lah. Cuma ada sesekali aku rasa teringin sangat, seperti Raya Haji misalnya, aku amiklah sekeping. Adui! kalau ma tahu ni habis teruk aku kena bebel. Habis tu, kalau tak nak makan, dok dalam gua sorang2 lah..huhu

Bermulalah hidup sebagai Cancer Survivor. Aku mula masuk grup kat Facebook macam tairod dan anda, Cancer Survivor (Malaysia) & Pulih Dari Kanser. Melayari blog2 yang berguna juga banyak membantu aku untuk terus berhati2 dalam pemakanan dan kesihatan. Walaupun sebenarnya ada juga tahap degil & langgar pantang. Adui! Aku ni memang tak kuat pantang sebenarnya tapi cuba. Cuma kadang2 terlanggar juga. Nak buat camna, keja macam aku ni lagi lah jumpa macam2 orang. Makan2 lagi, nak2 kalau shooting resepi, takkan tengok je kan.

Antara grup facebook yang bagus

Tairod & anda – ejaannya memang comel jer. Sapa sangka dia ada tiroid? Takda sapa kan? Dulu lagi lah, orang tak tau apa pun fasal tiroid. Aku sendiri pun bila jelaskan kat orang fasal aku kena tiroid, orang tanya apa tu? (aku tak bagitau fasal kanser tiroid). Maklumlah, aku tak nak orang tahu fasal aku dapat sakit ni, nanti orang ingat aku takleh buat kerja. Tapi untuk orang yang ada tiroid, grup ni bagus. Admin dia Kak Pah sangat bagus dan rajin menjawab walaupun ada pertanyaan berulang2 dari ahli baru.

orang kata bagus minyak kelapa dara ni, lagi bagus kalau boleh buat sendiri. Jenuhla nak buat sendiri sebab prosesnya agak rumit. Ni memang bagus sebab menyerap kolekstrol dan perbaiki semua aspek tubuh


Cancer Survivor (Malaysia) – Ni grup semua pesakit kanser berada di sini. Bila membaca pengalaman orang lain yang sakitnya lebih dasyat dari aku. Baru lah tau, kanser aku sebenarnya agak ringan berbanding orang lain. Kanser payudara, kanser hati, kanser usus, kanser rahim dan macam2 nama lagi membuatkan aku insaf jap. Ya Allah, dengan tahapnya ada 2, 3 dan 4 sekalipun. Malahan ramai juga kanak2 yang kena sakit Leukemia buat aku rasa sedih. L. Dengan rawatan kimoterapi dan radioterapi yang berbelas kali hingga kesan sampingan yang teruk. Aduh! Aku yang gini pun rasa sayu sangat dah, camna lah dorang. Pastu, saban masa juga ada ja orang yang meninggal sebab kanser. Huhu

kena belajar kanser apa pakai riben kaler apa


Pulih dari kanser – grup ni lain dari yang lain. Pemakanan alternatif seperti pil bromelain & aprikot dipanggil protokol & menolak terus gula & protein haiwan & tumbuhan (soya) supaya kanser pulih. Grup ini banyak membantu aku untuk memilih pemakanan yang sepatutnya. So far, aku memang cut gula dalam minuman, Cuma gula dalam makanan memang susah. Camna nak tau makanan tu takda gula kecuali kita masak sendiri kan? Cabaran gila. Camna nak masak sendiri kalau seawal 6.45 dah keluar gi kerja? Tapi bulan posa ni dah boleh bajet lah, bangun awal, masak dan gi kerja. Haha, tengok lah kalau rajin.

ni ilmu yang sangat berguna. Bukan sahaja pesakit kanser. Untuk siapa saja sebab kita sebenarnya kena makan real food, bukan makanan yang diproses macam nugget, burger dan lain2. Ok, untuk aku InsyaAllah aku boleh buat. Tapi untuk anak dan suami memang agak sukar sikit. Tapi aku kena control mereka sebab genetik dah ada kanser so memang kena prevent. Makan juga cuma pada2, tak banyak & kerap macam dulu. Kat umah memang dah takde stok nugget & burger. Kalau nak pun buat sendiri lebih selamat. Kalau nak masak spageti sekarang pun, aku buat ayam kisar sendiri, takpun beli yang minced chicken berbanding ayam kisar apa cap sekalipun.


Berbalik pada selepas operation, aku mendapat appoiment seterusnya untuk buat RAI iaitu Radioactive Therapy? Apa tu? Nanti aku ceritakan dalam episod seterusnya k.

BERSAMBUNG


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...