Monday, 3 March 2014

Ingat fungal rupanya eczema & kosnya?

Mula dengan gatal, garu kemudian berkuping, kulit menggelupas. Dah sebulan lebih. Ni berlaku bulan dis 2013. Pergi klinik, Doktor kata fungal...Memang tengok simptomnya macam fungal. So adalah dapat ubat antibiotik, ubat gatal n ubat sapu. Doc kata tengok dalam masa 2minggu, kalau tak tahan datang lagi.

Sebenarnya memang tak nampak perubahan pun. Tapi aku teruskan jugak pakai dengan harapan, lepas sapu ubat, takdelah gatal sangat. Sebab nya bila gatal, rasa nak garu kaki kat mana2 je, kat katil pun jadilah. Dah macam bila dapat garu tue, selesanya. Hehe...

Masih tak tahan, sampai 3x tukar ubat, tak tahan gak. Lebih memburukkan sampai berjangkit2 kat tangan. Ingatkan sebab pakai clorox hari2, maklumlah membasuh baju sekolah anak teruna tu sesak napas dibuatnya. Dekat lengan, leher, lutut. Semua aduhai! memang sental je pun tak cukup, kena letak clorox gaks.

Tapi bila dah sampai berbatang2 jari, so aku kata takleh jadi ni. So aku amik keputusan rendam je dalam detergent, esoknya kul 5.30 pagi baru basuh. Takleh watpe, kalau tak, lagi banyak jari aku rosak.

So, aku amik keputusan gi demc. Jumpa pakar kulit. Leh claim sampai rm235 je. So aku bajet dalam RM3++ ok lah kan, tinggal aku topup RM1++ jer..

Buat appoiment dengan doktor Noraziah Abdul Kadir Jailani. Bila jumpa jer dan tunjukkan kaki aku. Dia sekali pandang pun cakap, masalah utama aku ialah eczema. Yang fungal tu secondary problem saja. Aku pun panjanglah "oooooooo", So dia xplain kat aku ada 28 jenis eczema, sama ada seafood, alkohol, perfume, detergent, bulu haiwan, habuk, berpeluh dan macam2 lagi. Tak sempat aku nak tengok list dia sebab panjang sangat.

Dia siap tanya aku, ada gl tak? Aku kata takde. "Takpelah, saya nak bagi ubat mahal ni, RM200++, tapi ubat ni bagus." Aku diam jelah, pastu tunggu doktor tulis preskripsi dan doc suruh datang lagi 2minggu. Sebab nak buat test kat belakang badan aku untuk tahu aku allergic apa. Gitue..

Bila sampai bil, ok mak rasa nak pitam jap...
ubat yang doc maksudkan rm200++ tu sebenarnya harga rm345. Tu yang terlari semua bajet aku...huhu, Maknanya kos yang aku kena tanggung sendiri lebih kurang RM425.50. Pergh! mahal sungguh kosnya. Bak kata pharmacist, ubat dermatalogi adalah antara ubat yang mahal, kerap diambil dan lama betul nak pulih... Huhu, sabar jelah.


ada 4 jenis ubat makan. Yg rm345 tu sporanox namanya. Pastu yang lain tu ubat alergic. Ubat rendam 10minit tu namanya pinetarsol dan krim nak sapu kat eczema pun ada 2 layer yer tuan puan. Tapi ubat ni memang mengantuk gler..Sungguh, Aku rasa melayang2 jer bila ngadap pc. Kalau dapat terlelap barang berminit2 alangkah indahnya. Dah! Jangan berangan mc sehari jah.




Detail pasal ubat jap
1) Sporanox - 2 kapsul setiap lepas makan. 2x sehari. (tempoh seminggu)
2) Prednisolone 5mg tab - 3 biji sekali makan & 2x sehari (tempoh 2minggu)
3) Zrytec 10mg - 1 tablet & 2x sehari - khusus untuk selsema, gatal (tempoh 2minggu)
4)  Erythromycin Es 400mg tab - 1 tablet & 2x sehari (antibiotik) seminggu
5) Pinetarsol - rendam 10minit, sapu, keluarkan kalau ada lebihan kulit nak tanggal.
6) Fucicort cream 15mg - sapu nipis lapisan pertama, untuk fungal.
7)Lamisil 1% cream - sapu lapisan kedua.

Nampak renyah kan, tapi tue lah ubat mahal, sekali pakai pun aku dah rasa perbezaannya. Selain mengantuk, ubat ni menanggalkan kulit2 yang berkuping selama ni. Dah seminggu aku amalkannya dan tak sabar nak bebas dari ubat. Yelah semua tu dadah yang dibenarkan, tak naklah aku lama2 bergantung pada ubat kan?

Lagi satu aku tanya doc, kenapa sebelum ni aku tak pernah kena eczema (yakni gatal2). dia jawab ada orang kena masa budak lepas tu baik. Ada juga orang yang kena macam kes aku, baru tau sey...so kena tau aku alergic apa then avoid. Nak tau kena jumpa doc balik. Ngeri lah plak nak jumpa nie..

Aci tak if aku dok diam2 dan try n eror, if let say seafood bila makan gatal, aku tinggal je lah kan.. Wah !hahaha, dah tua baru kena eczema. Takpelah, nak suruh pantang dan jaga2 tu sebenarnya,

Sekian entry aku yang detail pasal ubat tu. Nak detail lagi kena baca, tapi aku malas. Tanya doktor lagi cepat kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013