Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 23 June 2015

Sambal ayam penyet

Kalau sebut ayam penyet, memang sah kena makan kat Wong Solo. Meletup abis. Susah nak cari yang sesedap dia kan. Kalau pegi tu sah memang kena q lama. Walhal dia dah buka 2 lot pun orang tetap ramai kat Seksyen 7 ni. Walaupun ada restoran ayam penyet lain macam AP tetap tidak menyamai Wong Solo. Dulu2 servis dia slooooow sampai kami panggil Wong Slow. hihi. Tapi sekarang dah okey sikit.

Antara yang sedap resepi ni ialah ayamnya dan sambal. So, aku copy resepi dari kawan aku ni, baca sini. Sebab paling best aku suka blog dia ialah resepi bergambar. Sebab senang nak refer. Bukan tak boleh resepi takda gambar, boleh je. Jadi je, cuma kalau ada gambar ni kita yakin benda tu memang jadi.

Aku cuma nak kongsi resepi sambal je. Sama ja, tapi nak juga kongsi gambar aku. Jom

aku buat lagi simple, 5 batang Cili merah,5 biji Bawang merah, (hiris) , seulas 1  Bawang putih (hiris), 3 biji Tomato (potong 4), sikit belacan ,1 sudu Ikan Bilis
 gula merah

goreng semua tapi berperingkat lah, tomato masuk last. 

lepas sejukkan, kisar dan masak atas api kecil, masa ni boleh letak garam & gula merah

taraaaa... dah siap. Nak petua lebih, gi blog kat atas. Memang banyak petua yang boleh tiru. kat belakang tu ayam penyet.






Sunday, 10 August 2014

Diy bawang goreng

Penah tak masa korang dah habis tulis, dah letak gambar cantik2, dengan caption jah, pastu tekan button publish dia sewel?

Ha, macam tu lah aku kena pagi tadi. Geram sey, sampai aku dah pegi jenjalan pastu makan semua, ni ngadap komputer, masih takleh nak sent. Aku syak memang hang, tapi page macam fb lain ok, so aku pangkah ah..pastu bila on balik, semua dah takde sey. Sedey tak? kan janet kan?

Oklah, citer asalnya ialah pasal bawang goreng. Memandangkan aku memang dibesarkan oleh mak ku yang tukang masak, jadi segala benda diy memang makanan dia. Lagi lah orang lama2 ni kan, mana dorang suka beli, buat lagi bagus dan bersih katanya.

Bila kawin, mak mentua aku pun suka buat sendiri. Kiranya semua emak2 kita, generasi M ni rajin ye. Bawang goreng ni bagi sesetengah orang memang dia tak gemar pun, tapi bagi aku ni penambah perisa. Masa kecik2 dulu, selain budu, kalau ada bawang goreng dan nyior goreng (kelapa parut yang digoreng tanpa minyak & dimesin halus), memang ngam2 sih. Nak2 kalau dapat minyak balance ikan goreng/bilis, diam2 aku masuk dapur, campur dengan nasi sikit (yang ni jangan tiru).

Biasalah, masak soto kena ada bawang goreng, nasi minyak ke hapa memang semua kena ada item ni. Tapi bila tengok kat kedai...erk! semua dah hancur luluh. Macam kena mesin lak rupanya. pastu ada citer yang tak sedap macam bawang yang dijual tu campur dengan plastik nak bagi rangup..gulp! macam2. Jadi paling selamat, diy je

Nak buat bawang goreng, step pertama kena pilih bawang merah dulu, yang molek2, sedang2 dan segar biasanya dibeli di pasar tani/pasar malam. Kalau kat pasar raya tu ada, tapi tak secantik bawang kat sini lah.

Pastu bila dah kupas kulit bawang sambil mengalir air mata tengok hindi kononnya, mayang lah halus2
jangan halus sangat nanti bila goreng tinggal rangka jer. 

goreng dalam minyak panas, balik2 kan selalu. Jangan korang gedik nak gi jemur kain sat. Memang rentung ah 
orang dulu2, kering kat surat khabar, bentang besar2. Aku keringkan kat tisu cukup, sebab tak banyak pun. Pastu antara tip dia sebenarnya ialah walaupun kita dah angkat, dia sebenarnya tengah masak gak tuh. Tu pasal kadang2 bawang goreng kita pahit kalau goreng agak lama. Jadi, masa bawang nak masak2, kena kecilkan api dan angkat sebab dia memang tukar kaler  cepat
taraa....dah siap untuk dimakan. Kat umah ni memang aku dan huby jer makan benda alah ni, tahan lah untuk 2 hari makan..hehe..Kuat gak rupanya ye.

Sunday, 17 November 2013

kambing panggang dan sos black pepper



Encik suami kata ala2 Tony Romas dah. :)

Dulu2 kalau nak bakar ayam / kambing, jenuhlah bibik hidupkan api atas tempat pembakar... Nak beli arang satu hal, nak hidupkan bagi marak tu satu hal yang lain. Pastu nak kena jaga sebab takut hangit atau rentung lak.
dulu2nya camni lah, semuanya makan masa, dan berasap2 lah rumah sendiri dan rumah jiran.
Sejak bibik takde ni, kebetulan lak weols gi Langkawi, nampak pemanggang ajaib jenama vantage. Terus terpikat (kebetulan, masa tu memang tengah top pasal pemanggang ajaib). Terus je sambar, untuk kawan satu. RM98 je. Pergh! lepas ni dah terbayang2 dah nak bakar memang senang ah..
antara yang top ni, tapi memang recommended lah..senang jer nak gunanya, cuma nak cuci agak susah skit, xpecially kalau bakar kambing, minyak yang kuar kan.

Kambing tu senang je grill dalam pemanggang ajaib, dalam beberapa minit cek dan balik2 kan. Pastu resepi lak aku tiru resepi cahaya cintaku. baca sini. Dah siap semua2 tu..taraaa....

nampak yummy kan, dengan tulang rusuk minyak2...kambing ni aku perap dengan dua jenis sos iaitu bbq dan letak garam kunyit je. Leh makan dengan sos blackpepper/sos cili/ mayonis pun boleh. Sedap glerr... k

Friday, 8 November 2013

step by step tomyam hot!

Kalau pegi restoran masakan panas, mesti nak kena order tomyam seafood. Banyak kali juga terkena yang tak baper sedap, sama ada kuah cair, rasanya tak kick dll. Tapi ada yang sedap, memang ulang2 lah hirup kuahnya. Sampai licinlah mangkuknya.

Ok, citer pasal tomyam ni, teringin nak makan sendiri. So, mencarilah kiub dan pati tomyam yang best. Penah try knorr, maggie malahan yang ada bunyi siam2 pun aku beli. Tapi semua tak mari. Last2 opismate ada jual pes tomyam special, datang dari siam meh. Dia beli kat Padang Besar lah. Sebotol yang besar ni RM13, berbaloi sebab leh pakai banyak kali. Kawan aku cakap, takyah letak bawang, serai dan lain2 pun takpe. Tapi, biasalah kita nak masak mesti nak perfect kan, alang2 aku taruk semua benda yang berkenaan. Cuma terlupa nak beli daun limau purut jah.
 ni pes tomyam yang sangat best. Recommended

pastu, nak bagi best tumisan kenalah ada bahan2 macam kat bawah ni
 
3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah , 2 batang serai (ketuk), 1 inci lengkuas,
     bahan2 laut, udang dan sotong (fresh dari Nsk, takdelah dari laut..hehe)   









sayur aku tak banyak, cuma carrot dan kobis (itu je ada dalam peti sejuk, biasa orang pakai bunga kobis kan)
so, step masaknya macam biasa, tumis dulu semua bawang2, masukkan pes tomyam dalam dua sudu, dah naik bau, masukkan udang dan ayam, masukkan air dalam 2 cawan atau 3. tak lama masukkan sayur2an, dan rasa dengan garam. Siap
nampak yummeh kan, masa aku snap ni, siap kuar asap kepul2 lagi
hidangan kami hari tu, tomyam seafood, daging paprik, ikan goreng, cendawan telur dan papadom. Simple tapi ok anak beranak.

 
 

Saturday, 2 November 2013

Step by step lontong & kuah lodeh

Semalam balik lambat (ada pdf), tak sempat update entry. So, ari ni aku kena gigihkan juga diri ini untuk update gak. Tu sebab sambil masak sambil snap gambar. Hadoi, kelakar pun ada sampai anak lak tegur, nape mama amik gambar? hehe. Tapi memang salute lah blogger yang selalu tunjuk step by step. Gigih!

Citernya aku teringin nak makan lontong, sebab bila makan kat kedai atau restoran, banyak yang tak memuaskan hati. Ada sekali tu, kuah kacang takde. Sambal apa2 pun takda. Jadi, apakah? So, dah cakap dengan hubby, weekend ni kita masak lontong ye. Setuju teruslah membeli baranganya kan. Total cost lupa kira lak, tapi puas hati sebab makan sampai ke malam plus kids makan sikit je. siap ada lebih lagi. So, resepinya aku copy disini http://aziejaya.blogspot.com/2013/09/lontong-nur-qaseh-yang-terbaik.html   dan memang sedap.
antara bahan2nya, kalau nak tau lagi detail, kena cek resepi dia ye. Ni kononnya nak wat step by step lah, benda ni kisar dan tumis nanti.

ni antara sayur2annya, ada kubis, kentang, kacang panjang, lobak merah, tempe dan tauhu. Last sekali letak suhun. Ada lagi yang aku tak letak sebab takde, macam fucuk.

  jadi, step pertamanya ialah tumis duabatang serai dan 2inci lengkuas, biar wangi ye tuan2 dan puan2

 memandangkan mak takde kunyit hidup, letak sekali serbuk kunyit dalam bahan kisar tadi, masukkan dalam periuk, bagi wangi lagi ye tumisan ni.


macam dah sebati tu, masukkan lobak merah, kentang (sebab sayur ni keras skit)
Tuang santan cair, kiub ikan bilis, biar mendidih ye

barulah masukkan kacang panjang dan kobis sekali

 last sekali masukkan pati santan (aku guna 2 kotak santan yang 200ml setiap satu, means 400ml lah ye). Rasakan garam dengan gula sekali. Tapi aku tak taruk gula sebab kuah lodeh ni memang dah sedap pun. hahaha (puji sendiri) tapi memang sedap pun, kena rasa k.
lagi satu, ramai yang letak dalam kuah lodeh benda2 ni iaitu tempe dan tauhu (gambarnya aku tak snap lah ye), tapi bagi aku weols nak makan garing2, tu yang gigih goreng juga, letak garam skit ke, lagi sedap.
taraaa...inilah hasilnya, semua aku wat sendiri kecuali kuah kacang, beli yang instant (malas nak menumbuk kacang, tapi rasanya ok selepas didihkan. Takde masalah. Dan serunding tu memang sentiasa ada stok di rumah pun..

dyan eaza - wah! rasa cam chef lak bila terangkan dengan bergambar. Cam best jer...




Sunday, 27 October 2013

ahad, masak nasi daging & air asam

Semalam dah masak nasi lemak, so ari ni tak tau nak masak apa. Tetiba teringat sedapnya makan nasi daging yang opismate masakkan. So aku apa lagi, terus google cari resepi yang senang (tapi hasilnya mestilah sedap), terjumpa lah beberapa resepi yang boleh ditiru. So, barang2 dah ada, apa lagi, potong daging dulu.
Dalam 300gm, sebenarnya ni daging korban. Pergh! Lamanya simpan..hehehe, bukan apa, kalau dah balik lambat, memang tak sempat nak masak daging (taulah, lamanya nak defrost menda ni)
http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-nasi-daging-simple.html

Ni blog yang aku copy resepi nasi dia. memang senang dan bahan2 dia pun memang jenis yang ada kat umah. So, takde masalah. Untuk air asam lak, aku terpaksa cari resepi lain sebab yang ni takde resepinya. Setelah tanya pakcik google, aku jumpa pautan nie.
http://terminalhijrah.blogspot.com/2013/02/set-nasi-daging.html

lalu terhasil lah menu utara hari ni




kami laki bini makan....sedap, tapi budak2 tak berapa suka sangat. Mungkin sebab tengok lauk macam rebus je, pastu air asam lak tue, hehe. tapi last2 makan gak. Yang penting menjadi gak aku masak. Masak ni kalau ikut resepi betul2 mesti jadilah :)

Dyan eaza - asik makan nasi je sekarang, bila nak kurus?

Sunday, 20 October 2013

First time masak nasi kabsa

Entry ni patutnya semalam, terfikir2 nak masak apa. Last2 terpandang rempah yang diberi Prof.Kamil & kak Roza (sebenarnya dah lama bagi, seingat aku last year lagi, tapi sebab bila tengok bahan2 nya banyak yang takde, so postpone lah nak masaknya.

Sehinggalah semalam, tergerak nak masak bila nampak rempah yang yummmeh
ni ole2 dari Madinah, kawan aku yang ada sama hari tu pun dapat. dorang dah habis masak lama dah, tinggal lah aku sorang terhegeh2. Pastu, apa lagi terus lah google cari resepi yang sepadan. Jumpa resepi yang ni http://azurarahman.blogspot.com/2012/05/nasi-arab-kabsa-kambing.html sebab bahan2 dia simple, tak complicated sangat. Tapi bila nak start masak, aku baca ayamnya masak sekali dengan rempah, so aku terus tukar plan, cari lagi resepi lain, so terjumpa yang ni http://aziejaya.blogspot.com/2012/03/nasi-kabsah-ayam.html. Yang ni memang menarik sebab siap ada step by step. Sebabnya resepi yang azie tu, dia rebus ayam dulu dan air rebusan tu guna untuk nasi, tu yang aku suka sebenarnya.cuma bahan dia luar biasa macam2, so aku combine dua untuk jadi satu hidangan, boleh?

Ni rupanya masa nak masak, bau dah sedap dah sebab dia ada pes tomato, kaler pun dah cantik.

bila dah siap, terus snap, camnilah rupanya. Lupa nak gembur2 dulu bagi nampak cantik sebelum snap sebab baunya dah penuh satu dapur, budak2 pun semua dah lapar nak makan. Sedapnya. Yummy!

Penglipurlara : bila lah nak kurus kalau masak nasi pun dah macam2 kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...