Showing posts with label Series & Movies. Show all posts
Showing posts with label Series & Movies. Show all posts

Friday, 22 April 2016

Autistik - Redha

Belum sempat tengok movie ni lagi. Katanya best sangat. Tapi sayang kurangnya sambutan berbanding movie2 lain. Memang masyarakat kita belum peka sangat dengan isu2 sebegini. Bawa istilah OKU - Orang kelainan upaya tapi secara fizikal golongan ini sama dengan budak2 lain cuma mental mereka sahaja berbeza. Tu yang sebabkan orang akan pandang pelik benda2 ni semua, konon mak bapa tak reti jaga anak2. Walhal budak tu memang ada masalah.

Aku pun macam tu, dengan Qimi, lambat bercakap tapi masa tu aku memang tak tau fasal sindrom ni. Bagi aku Qimi speech delay, so hantar Qimi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Tu pun lambat, dalam setahun juga baru dapat appoiment- faham sebab q panjang. Masa enam tahun qimi pegi speech theraphy adalah dalam 3x. Masa tu tengok orang lain lagi teruk masalahnya, ada masalah pendengaran, tantrum dan lain2. Alhamdulillah, dia boleh bercakap lancar selepas tu.

Dia ada masalah tantrum, pelupa, perlu diingatkan berulang kali dan ada lagi. Aku mula mengenal masalah Autisme. Aku bandingkan masalah Qimi dengan Autisme ni. Memang ada beberapa persamaan. Aku siap nak pegi psikitari lagi sebab dia ada ciri2 tu. Terutamanya masa dia hantuk2 kepala ke dinding, risaunya time tu (masa qimi sebelum 2 tahun lagi- 2x dia masuk hospital, demam mencecah 39selsius. di PPUM dan demam ingat kuku mulut tapi bukan- di SJMC)

Tapi disebabkan kebetulan aku lak sakit dan terpaksa berulang ke PPUM, ambil darah, operation, radioaktif, semua ni membantutkan. Hantar sekolah perdana, nampak dia makin tiada simptom2 tu. Berdoa juga. Tapi ada juga kes dibuli, kesian gak, bagitahu cikgu supaya solve problem. Namun sejak2 dia masuk darjah 3 ni, makin bijak, petah bercakap, banyak bertanya, kita ja tak larat nak jawab soalan dia. Dulu2 dapat nombor 34, nombor 2 last dari belakang. ari tu dapat nombor 17 (untuk kelas keenam). Siap jadi imam untuk 3 kelas lagi. Ya Allah, biarpun ia percapaian kecil untuk mak bapa lain. tapi untuk aku ia sangat besar.

Tak boleh banding anak kita dengan anak orang. Masing2 ada kelebihan diri sendiri dan kekurangan itu yang patut ditampung. InsyaAllah

Friday, 21 November 2014

I am 50 - Keanu Reeves

Oh...how sweet he is...
Hahaha...
Encik suami dah faham sangat dengan minat aku kat aktor yang sorang ini. Kiranya pelakon berkarektor ni mendapat tempat yang special di hati...ops! makan hati.
masa ni muda remaja giler...
Ok lah...aku minat dia tapi tak keterlaluan. Tak silap, minat dia berputik (chewaah) selepas aku minat Dean Cain - watak superhero...So aku minat masa belajar kat USM. Takdelah lama giler kan... So, takleh nak kata minat yang over. Tak semua movie dia aku tengok sebenarnya. Sebab aku tak suka sangat yang aksi macam The Matrix. Aku suka yang ala2 romantik, sweet tahap melting gitue.. Macam

1) Speed (aksi yang mendebarkan, sampai sekarang bila tengok rasa tangan terangkat sendiri- walaupun teknologi masa tu belum sehebat sekarang).
sebagai polis bernama Jack Traven
2) Sweet November (huk aloh....tomeinya dia)

Keanu ni kan ada masalah tau, masalahnya ialah muka dia tak nampak tua, walhal speed tu tahun 1994, Sweet November ni 2001, tapi cer tengok...ada pakai ilmu apa lah dia nie..
3) The Lake House (kan...perbezaan masa & zaman-memang aku suka genre yang ala2 back to the future nih)
gandingan dengan heroin asal gitue, tapi citer lain..selepas 12 tahun keanu dan sandra bullock berganding semula


ramai yang mesti anggap kalau dah hero kacak, mesti dia akan mantain selalu kan? Tapi tak silap 2 tahun lalu, Keanu Reeves pernah gemuk sampai tak kenal
leher dah tak nampak, badan tak sasa. hampir tak kenal

tapi tulah, setakat tu je..dia tampil dengan imej terbaru yang sesuai dengan umurnya yang separuh abad


dan video terbaru dia

Sunday, 3 November 2013

Do Not Harm & Red Widow yang hot tapi tak disambung dah

Aku dah lama tak tengok tv, maklumlah sejak jadi bibik ni, memang tak sempat nak berlibur depan tv gitu. Tapi ada sekali masa lipat kain, aku tertengok series Do Not Harm & Red Widow. Wow! citernya memang lain dari yang lain, tak clitche, bukan cinta semata2, terus melekat depan tv lak. Nama pun tertengok, maksudnya lum tengok habis semua episod, tapi difahamkan dua2 series yang aku minat ni dah pun dibatalkan penyiarannya. Huhu, baru je berhasrat nak follow kan...

Do Not Harm 

- citer ni diterbitkan NBC, sampai 13 episod je, terus NBC umumkan sampai tu je hayatnya, sebab low rating, katanya. Gitulah kan, citer ni unik sebab dia pasal split personality. senang citer badan yang sama tapi siang watak orang lain, malam lak watak orang lain.
                                                    
- Siang, jadi Dr.Jason yang sangatlah baik (oloh...sweet sangat Jason kan), jadi ikon kat hospital tu, semua orang suka dia. Tapi tepat 8.25 malam, Jason terus tukar karektor jadi budak nakal dengan nama Ian Prince. Ian ni kiranya jahat sampai sanggup membunuh lah, gila pompuan dan macam2 lagi.
- citer ni menarik sebab hanya beberapa orang je tau napa doktor muda ni berkelakuan pelik bila dah malam. Jadi mereka yang pelik tu akan memaafkan Jason bila siangnya. (yang sebenarnya malam tu bukan watak Jason tapi Ian.


muka arrogant Ian Prince

- Bayangkan jam 8.25 pagi jer, bila sedar2, Jason pelik tengok tiga pompuan tido sekatil dengan dia. Punyalah dasat si Ian ni. Ada sekali tu, Ian saja nak nayakan Jason, siap curi kereta ferarri yang berisi dadah kat dalam tu. Menggelabah Jason bila kena gitu dan terpaksa selesaikan masalah tu.
                                                           
doktor jason yang baik

- dah ding dong macam2, last2 Jason amik keputusan untuk matikan watak Ian (ni episod 12) untuk buat pembedahan, masukkan cip titanium (kalau tak silap). Pastu episod 13, barulah reveal semua, masa kecik dalam umur lebih kurang 10 tahun.
- Rupa2nya Ian dan Jason adalah kembar tapi memang berbeza watak. sorang baik dan sorang lagi jahat ya Rabbi.
- tapi masa Jason kat tasik, dia terjatuh dan Ian tak tolong, so matilah Jason. Maknanya selama ni yang hidup tu adalah Ian yang jahat. Jason yang baik tu hanyalah khayalan dalam diri Ian, sebab mereka kembar. Pergh!..
- pastu dah takde sambungan lak. Sayangnya kan..sebab citer ni memang penuh saspen dan debaran sangat.


Red Widow

- citer ni pun best. Kira memang minatlah dua2 series ni. Ni terbitan ABC. Tapi sampai 8 episod jer, pastu dibatalkan juga dengan alasan low rating. Aku ada terbaca satu komen peminat ni kata Abc takleh wat camtu, sebabnya dengan promosi takde, takleh nak kata citer ni tak laku macam tu je.
                                              
hot couple, sayangnya lum apa2 lakinya kena tembak. 

- tapi citer ni memang best, episod pilot pun dah mengigit. Citer seorang isteri (marta) yang curigai suaminya buat kerja haram, (dadah, mafia). Pastu dia mintak laki dia berenti. tapi laki dia susah nak berenti sebab benda2 camni membabitkan banyak benda.
                                         

- dorang ada 3 anak dan yang bongsu sampai bawak pistol ayahnya ke sekolah. Rentetan tu, anak bongsunya (Boris) kena buang sekolah dan Marta mintak lakinya stop buat kerja2 yang mendatangkan kesusahan pada mereka.
- So, laki dia nak berenti, alih2 kena tembak lak dah. Depan mata Boris lah. Menjerit lah si marta ni dah kehilangan tempat bergantung. (Ayah Marta pun sebenarnya mafia tapi tetap kena tunduk pada Schiller yang lagi dasat.)
                                                            
- Disebabkan lakinya penah terlibat dalam kerja haram, Marta terpaksa menyambung tugasan tersebut dengan Schiller ni. So, dia pun jadi jahat gak semata2 untuk selamatkan family dia.
- Aku tak tau apa jadi sebab lum tengok habis lagi. Huhu, kalau sempat baru tengok sey...bila nak abis ni
- Sayangnya 8 episod dah terus stop

dyan eaza - naper citer yang aku suka semua kena cancelled? citer tu tak best? banyak drama? takde seksi? sabar jelah.

Sunday, 27 October 2013

Night at the museum

Ni first entry aku pasal series & movies. Patutnya aku citer movie yang paling aku suka. Lain tak bukan Back to future. Tapi takpelah, memandangkan semalam baru aku nengok citer Night at the museum. So tergerak skit nak share citer ni.

Semalam tengok dengan dira, dah tengah malam. Habis pun lewat, dalam kul 12 malam. Citernya mengisahkan seorang ayah (Larry, dilakonkan Ben Stiller) kepada Nicky (dah bercerai dengan maknya, dan mak pun ada lelaki lain yang lebih berjaya dari ayahnya) membuatkan Larry berusaha untuk tampil best depan anaknya.

Susah nak dapat keja, last2 dia dapat sebagai pengawal malam kat muzium. Nak dijadikan citer, rupa2nya muzium tu hidup waktu malam. Haha, kat sini mula kelucuan, ada orang batu nak hidupkan api, orang kenit, team Hun, mumia, penjejak, monyet, singa dan lain-lain.

Punyalah terkejut Larry dan terpaksa kendalikan muzium tu sorang2, sampai dia rasa nak berenti. Tapi nengok muka anak dia, terus dia kuatkan semangat dan cari jalan untuk handle patung lilin yang hidup tue. Rupa2nya 3 orang pengawal sebelum ni jahat, mereka nak merompak barang berharga milik muzium dan dengan bantuan patung lilin tue, Larry berjaya tewaskan mereka bertiga. Pendekkan citer, muzium tu makin dikunjugi ramai orang dan Larry diberi pujian oleh bos dia. Nanti nak tengok yang kedua lah plak.




dyan eaza - ye, aku tau, movie ni dah lama. sejak tahun 2006 lagi, tapi dulu tak sempat nak tengok, baru tertengok. Nak wat cmna kan.. Hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...