Sunday, 27 October 2013

Night at the museum

Ni first entry aku pasal series & movies. Patutnya aku citer movie yang paling aku suka. Lain tak bukan Back to future. Tapi takpelah, memandangkan semalam baru aku nengok citer Night at the museum. So tergerak skit nak share citer ni.

Semalam tengok dengan dira, dah tengah malam. Habis pun lewat, dalam kul 12 malam. Citernya mengisahkan seorang ayah (Larry, dilakonkan Ben Stiller) kepada Nicky (dah bercerai dengan maknya, dan mak pun ada lelaki lain yang lebih berjaya dari ayahnya) membuatkan Larry berusaha untuk tampil best depan anaknya.

Susah nak dapat keja, last2 dia dapat sebagai pengawal malam kat muzium. Nak dijadikan citer, rupa2nya muzium tu hidup waktu malam. Haha, kat sini mula kelucuan, ada orang batu nak hidupkan api, orang kenit, team Hun, mumia, penjejak, monyet, singa dan lain-lain.

Punyalah terkejut Larry dan terpaksa kendalikan muzium tu sorang2, sampai dia rasa nak berenti. Tapi nengok muka anak dia, terus dia kuatkan semangat dan cari jalan untuk handle patung lilin yang hidup tue. Rupa2nya 3 orang pengawal sebelum ni jahat, mereka nak merompak barang berharga milik muzium dan dengan bantuan patung lilin tue, Larry berjaya tewaskan mereka bertiga. Pendekkan citer, muzium tu makin dikunjugi ramai orang dan Larry diberi pujian oleh bos dia. Nanti nak tengok yang kedua lah plak.




dyan eaza - ye, aku tau, movie ni dah lama. sejak tahun 2006 lagi, tapi dulu tak sempat nak tengok, baru tertengok. Nak wat cmna kan.. Hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013