Tuesday 22 October 2013

Hidup tanpa bibik

1 Mei 2013
aka hari buruh,
hari cuti pekerja seMalaysia
dan hari itu juga bibik menamatkan khidmatnya setelah 3 tahun setengah berkhidmat dengan kami.

Walaupun agak last minit (sebab kontraknya 4 tahun), tetapi sebab dia nak balik tengok anak2 dia seramai 5 orang (plg besar 19 dan kecik 5 tahun). Aku ok je...

Anak2 dah besar. Jadi aku fikir, takpelah. boleh buat sendiri. Ramai juga ofismate yang takde maid, langsung tak penah ada maid, ada yang maid lari dan macam2, jadi aku redha. Bermula tanggal itu, aku dan en.suami mulakan kehidupan tanpa bibik.

Haha, bangun awal pagi macam biasa, anak2 mandi dan makan roti, seawal 6.35 pagi semuanya dah siap dengan uniform sekolah kecuali mia yang masih belum mandi (empat tahun), aku hantar ke nursery, nasib baiklah nursery buka 6.30 pagi.

Kami perlu awal sebab lakiku keja kt damansara. Kalau lambat, jemnya tahap dewa. Walaupun aku keja kt Shah Alam je, tapi sebab car pool, perlulah aku gigihkan diri ngikutnya (masa ada bibik, timingnya macam ni gak, cuma takdelah mengangkut anak).

So, dira akan tunggu van sekolah yang akan sampai 6.50pagi untuk ke sekolah agama, Qimie pula tunggu bas sekolah pada jam 7.15 untuk ke tadika dan mia, sehari suntuk di taska. Kesahnya mereka lebih banyak masa kat sekolah, tadika dan taska. Nak buat camna, kehidupan memang macam tu kan...

Balik dari kerja, gigih nak amik mia & qimie, pecut jugalah sebab tak nak kena OT. Tapi kerap jugak kena, sebab nak rush masa, kadang2 jem so sangkut. Mana sempat nak kejar 6.45petang. Walaweh. Dira lak terus balik umah sebab aku dah bagi kunci.

Balik dalam 6.50, terus keluarkan daging/ayam, masak nasi, sambil masukkan kain kotor dalam mesin, pastu mandi, magrib, makan. Kul 8 malam, setiap isnin sampai rabu, dira & Qimie gi iqra kat kawasan perumahan sini, Tapi kadang2 terpaksa skip sebab balik lambat, dorang ada exam dll.

Hujung minggu lak ngadap kain menimbun, kemas umah, basuh pinggan, mop lantai dan lain2. Ma tanya napa tak kurus gak walau wat keja umah. hehehe, camna nak kurus sebab makan pun begitu menikmati sekali. Gambar ni masa pasang wallpaper (upah orang k), sebab nak wat sendiri mesti tak kemas kan.

Penglipurlara : bibik takde, penat badan tapi seronok, leh bersenam (maklumlah nak bersenam sendiri, memang lambat kan. en.suami lah paling seronok sebab dia leh turun bawah, masuk dapur sesuka hati. Bukan senang bila ada orang asing kat umah kita kan...Lalalala

2 comments:

  1. Wah, saya bibikless baru 7 hari. Sekarang tengah memantau blog atau artikel mana-mana famili yang hidup tanpa bibik. So much too learn in a shot time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory @Aku seorang Ayah, saya dah lama tak bukak blog..ni baru nak up balik. Haah..nanti saya tengok blog awak balik ye.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...