Monday 12 June 2017

Content Marketing

Konsep saya dalam content marketing:

1. Tulis konten yang terbaik, yang kena pada sasaran prospek, yang akan dan masih ada nilai (masih valid) dalam 2 tahun.

2. Kemudian post/kongsikan di channel utama anda sebagai validation. Wajib perhatikan respon dan engagement pada konten tersebut. Lebih tinggi lebih bagus = disukai dan popular. 

Untuk saya, channel utama adalah fb wall peribadi.
3. Ulang guna konten yang sudah terbukti disukai dan popular di channel lain seperti fb page, fb group, insta, blog, telegram channel, wasap group.

4. Ulang guna konten yang sama, di channel-channel yang sama dalam 2-4 kali setahun. Sama ada post semula konten atau tekan butang share semula pada konten lama tersebut.

Nak buat konten berkualiti kena perah otak dan ambil masa, maka gunakan semaksima yang boleh.
5. Sebagai orang bisnes, anda kena kuatkan semangat untuk FOKUS hanya kepada konten yang berkaitan niche bisnes anda sahaja (directly related atau compliment your business) atau yang membantu positioning/branding bisnes anda.

Selfie tak termasuk dalam kategori konten berkualiti. Selfie sekadar santapan ringan untuk audiens seperti kita makan popcorn masa tenguk movie.

Konten resepi memang mudah viral. Sekiranya anda dalam bisnes berkaitan makanan, pastikan guna resepi sebagai umpan untuk fofular di facebook.

6. Konten yang baik dan berkualiti mempunyai jangka hayat yang lama. Untuk saya, jika konten itu boleh tahan 2 tahun, ia sudah memadai. Jika boleh bertahan 5 tahun, syukur Alhamdulillah.

#PS: Dari gosip liar, katanya content marketing adalah trending untuk 2017. Ntahlah. Mungkin kot. Yang pasti, cikgu dah asah penulisan konten sejak 2014.

Fenin ke baca? Adatlah. Nak berjaya memang kerja kena lebih sikit.
Sekian. Dah baca sila like dan komen. Jika share lagi baguihhhh. 😀

http://junemohdsom.com/kelas-online/
http://junemohdsom.com/kelas-online/
http://junemohdsom.com/kelas-online/
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...