Wednesday 30 October 2013

Bila anak sakit, mamanya kena lebih kreatif

Citer anak, semua orang rasa.
Riang dia, suka dia, sakit dia
Semuanya mama, sorang cakap kaki sakit langgar pintu,
sorang lagi panggil tunjuk tangan yang terluka, tergaris bucu meja.
Sorang lagi pun tak nak mengalah, terus amik tangan letak kat leher, dahi, kononnya panas.

Tapi kalau dah demam panas betul,
sembelit yang dah bertahun2 tak sembuh
Memang mama sangat risau
Kalau dulu2, masa anak kecik2, memang doktor tempat pertama
tapi bila anak dah besar, imuniti dorang masing2 dah meningkat
mama kena cuba macam2 cara, petua, dan bla2
ubat beli kat farmasi
makanan tambahan macam madu lebah dan lain2 smua siap kat umah
habis encik google diterjah untuk dapatkan yang terbaik untuk anak2
takpalah, mama tak tido cukup
asal anak2 semua sehat

Tapi,
kadang2 mama pun teralpa
sebuk keja, ingat benda luka tu biasa
sedar2 luka makin besar
rupa2nya digaru masa kita tiada
masa tu lah kalut buat semua benda
cari bandage, letak ubat kat luka
papa pun tolong sama

bila camtu, teringat ma kat kampung
dengan tiada teknologi macam sekarang
semuanya ma buat untuk anak2
jumpa *tok bomoh minta ubatkan
sanggup tumbuk daun untuk anak yang chicken pox
macam2 lagi

macam tu lah kita
jangan ingat bila dah berjaya & kaya raya
mula lupa pada yang membela
sedangkan itulah yang menampungmu selama ini

suami, anak2 dan ibu bapa
anugerah yang terindah dalam hidup insan yang bernama kita

*tok bomoh dalam bahasa Kelantan merujuk kepada mereka yang mahir dalam urut, patah. tapi ada juga tok bomoh yang membawa maksud pengubatan paranormal.
                                                           
dyan eaza - dulu aku suka berpuisi...puitis lak tuh. Tapi sekarang entah ke mana menghilang puitis itu. Dibawa lari dengan umur kot.

jalan jem? kata warga kota...





"Apa? 2 jam pegi, 2 jam balik?" Ada orang tak caya bila aku nyatakan statistik ni
"Dah macam keja kat Melaka lah ye?" Sorang lagi komen.
"Haah, kiranya macam itulah." sekadar berbasa basi.

                                                        

Bunyi macam tak logik, tapi kalau anda berada di kota besar, pastu umah lak kat pinggir bandar (contoh terdekat mestilah en.suami - duk Klang, keja kat Mont Kiara), kira jem tu dah jadi makanan harian dia. 2 jam pegi tu kalau dia kuar lambatlah, let say, kul 8 dari umah. memanglah dekat2 kul 10 baru sampai. Err..itu ikut tol ye, bukan jalan dalam @ mana2 kononnya nak elak tol. Tapi kalau semua dah bertumpu kat KL, keta lak banyak, memang gitu jelah jadinya.

Kecuali, kalau dia gerak, kul 6.40 dari umah (lepas hantar anak dan aku), barulah dia sampai dalam tempoh sejam @ cepat pun 50minit. Kira cepatlah tu. Itu citer pi keja. Lum masuk lagi citer balik keja. lum citer lagi bila Selangor cuti, KL keja, lum kira perayaan dan hari jumaat. Masak2. Tapi dah life camtu...nak tak nak harung gak.

                                              
Kalau kebetulan aku ada asigment kat KL, jadi kenalah menumpang dia nak balik umah. Ada sekali tu kitaorang gerak 5.15 petang, nak kuar punyalah susah. Hujan lebat lagi. Masuk NKVE jem, berebut dengan lori lagi (dah macam dorang lak balik office hour, tak menyempat2). Dengan motor kiri dan kanan lagi, pastu hon lori yang ntah hapa2. Nampak lak dari jauh jalan jem, nape yer...bila dah dekat, rupanya keta rosak. Erk! Nak2 lady driver, sian wooo...Lagi teruk kalau ada eksiden. Pastu dengar lak berita jem kat radio. Pendek kata jem is everywhere.

Dah setel NKVE, subang, masuk Kesas pun jem, aku dah tepuk dahi. Ingat dira balik umah camna, memang selalu ingatkan dia kunci, tapi risau tetap ada (lakiku kata, aku paranoid, tak caya anak boleh wat sendiri). Mama ni pikir macam2 kan. Dengan 2 beradik kat nursery lagi. OT tu jangan citerlah, penuh je setiap bulan.

Jadi, begitulah alkisahnya. Nak wat cmna, nak beli umah mahal, kenalah beli pinggir bandar. Lainlah Nabil, nak beli umah terus dapat umah free bernilai 1 juta lebih dengan syarat jadi duta syarikat tu. Rezeki orang,

                                                       

Dyan eaza - selagi masih mampu, kerja untuk menampung keperluan. Tu yang jadi ralat bila ada ketirisan kat mana2 tue..hmmmm

Tuesday 29 October 2013

peringkat umur, semua akan mengalaminya

Bayi - takde sapa ingat masa dia bayi kan? Ke ada sapa2 ingat kejadian masa dia bawah setahun? Ajaib sungguhlah kalau ingat. Melainkan kalau tengok video yang dirakamkan mak bapak. Tu pun, kalau 70an, ada parents yang mampu beli video kamera. Hehehe.

Kanak-kanak : Yang aku maksudkan ni bawah 6 tahun ye. Hidup ceria gler, macam takde masalah pun. Nak makan mak ada, jatuh langgar pagar, mak tolong buh ubat. Pendek kata semua mak yang tolong. Mak bagi setiap kanak2 adalah superhero. Tu sebab mat salleh pun ada quote camni, betul tak?
                                                      

sekolah rendah ; masa ni mula kenal rakan2 sebaya. Nak ada kawan baik (sekarang orang panggil bff kan), ada group, dah pandai suka kat budak lelaki situ, sini. Hahaha, ada secret admire konon2. Pastu kalau pantang terlanggar budak lelaki, kebetulan kawan2 pun ada tengok senario yang sama, terus gelar (konon2nya mix n match couple) dan padan2kan antara dua insan. Cewah! Energetic sungguh time ni, tak kenal penat. Lompat sana sini, takde masalah pun yang berat. Habis2 gaduh dengan kawan ni, pastu baik dengan kawan yang lain lak. Gitulah kisahnya.

                                                               


Sekolah menengah ; peringkat akil baligh, dah tau beza laki pompuan dengan jelas. Masa form 3 pun, dalam subjek sains ada diajarkan biologi jantina. Pergh! masa tu baru tau camna baby dilahirkan, bagaimana baby jadi dll. Bayangkan naifnya pemikiran budak2 zaman tu. Jangan citer zaman sekarang, budak2 yang sekolah rendah pun dah tau seks tu hape. Masa ni lah nak ada abang angkat, adik angkat, secret admirer dan macam2 lagi. Tapi aku sempat ada adik angkat je. Tu pun, tak berapa nak berangkat. Gewe takde ye sebab aku tak berapa lawa kan..tapi tak kesah pun. Mak ok jah.
                                                        
                                                     
Zaman kampus ; sweetnya, dah pandai berdikari. Semua kena hidup sendiri tanpa ada mak dan abah membantu secara langsung. Banyak aktiviti dibuat dengan rakan2. Walau aku tak join sukan, tapi energeticku habis pada persatuan, kelab, jadi mc dan sebagainya. Masa ni pun masalah tetap ada tapi takdelah tahap kritikal. Masih boleh selesai, ingat balik, seronoknya zaman2 tue.


Dah keja ; aku start keja tahun 2001, dua bulan sebelum kejadian september 11 kt US tu. Masa tu opis masih kat Taman Tun lagi. Pi keja pun dengan bas yang naik kat Pasar Seni terus sampai ke opis. Kalau nak gi asigment pun naik bas. Kelakar wei, sebab siap janji dengan foto waktu sekian2 kat tempat asigment. Ok je, takde lambat pun. Naik lrt tu semua dah biasa, menapak jalan kaki ke Jalan TAR dan lain2 tu normal. Untungnya orang sekarang, belajar dah ada keta, keja lagilah semua terus masuk aircond je. Tapi aku seronok sangat dengan life masa tu. Barulah tau erti kehidupan.
                                                      

Kahwin - umur 25, hehe, awal gak lah compare orang lain, tapi jodoh dah sampai awal kan. Masa 20an tu umur yang memang rasa nak bertekak je kan. Tapi hidup ni kena sabar. So dah lama2, masing2 paham perangai dan jadi ok.
                                                 

Ada anak - pun sama, hidup kena banyak cari ilmu. Itu yang penting. Ilmu parenting, bajet, psikologi dan lain2. Sebagai ibu bekerjaya, semua kena jaga sebaik mungkin. 

Menantu? - Belum lagi, tunggulah budak2 tu membesar ye. 

dyan eaza - gambar semua aku copy dari google. Nantilah kena belek2 album lama, nak kuarkan balik gambar2 lama naa..












Monday 28 October 2013

Belanjawan 2014-edisi jimat cermat

Semalam cuti sebab nursery qimi cuti. Nama je cuti, keja umah berlambak kan. Kononnya nak menaip entry malam2, tapi yang hado...penat weh. tido pun awal.

ok. nak buat rumusan belanjawan 2014 walaupun dah terlambat.
- Gula naik lagi, untuk kurangkan pesakit diabetes...hmmm, harga kuih naiklah ye.. yang ni otomatik.


- gst untuk perkhidmatan (ada gak yang dikecualikan), mulai 6%, hohoho..banyak lah plak belanja next year ni...bermakna 17 bulan dari sekarang, banyak servis kena tax ok...tak mewah pun ada tax macam susu, kopi, beg sekolah anak. Pendek kata beli barang je ada GST. Omai2...





- bil letrik takde gst...tapi dengan syarat penggunaannya mestlah bawah 200kwh. Dengan erti kata lain, bil atas RM50 baru kena GST. Ok, cer angkat tangan sekarang, bil api sapa yang bawah rm50? Mak aku kat kampung pun dah rm100++.



-Katanya, umah pun harga akan berkurangan, tapi secara logik, kalau setiap raw material sampai lah finish produk kena cukai, tak termasuk lagi cukai servis macam khidmat guaman, tenaga manusia, jadi semua benda ni last2 berbalik kat end user gak iaitu consumer...huhuhu...

                                                     

- brim tambah, tapi itu bukan untuk golongan macam aku. Eh! lupa, golongan pertengahan yang dimaksudkan bukan aku. Sebab aku takde duit 1-2juta dalam bank.

                                         

dyan eaza -hmm. itu jelah yang lalu nak tulis sekarang. Harap jangan ada lagi konsert k-pop akhir tahun ni, atau tahun depan sebab itu akan mengundang tahap kebencian melampau. Erk...dah habis geram, marah semua dah..apa lagi ye...huhu

Sunday 27 October 2013

Night at the museum

Ni first entry aku pasal series & movies. Patutnya aku citer movie yang paling aku suka. Lain tak bukan Back to future. Tapi takpelah, memandangkan semalam baru aku nengok citer Night at the museum. So tergerak skit nak share citer ni.

Semalam tengok dengan dira, dah tengah malam. Habis pun lewat, dalam kul 12 malam. Citernya mengisahkan seorang ayah (Larry, dilakonkan Ben Stiller) kepada Nicky (dah bercerai dengan maknya, dan mak pun ada lelaki lain yang lebih berjaya dari ayahnya) membuatkan Larry berusaha untuk tampil best depan anaknya.

Susah nak dapat keja, last2 dia dapat sebagai pengawal malam kat muzium. Nak dijadikan citer, rupa2nya muzium tu hidup waktu malam. Haha, kat sini mula kelucuan, ada orang batu nak hidupkan api, orang kenit, team Hun, mumia, penjejak, monyet, singa dan lain-lain.

Punyalah terkejut Larry dan terpaksa kendalikan muzium tu sorang2, sampai dia rasa nak berenti. Tapi nengok muka anak dia, terus dia kuatkan semangat dan cari jalan untuk handle patung lilin yang hidup tue. Rupa2nya 3 orang pengawal sebelum ni jahat, mereka nak merompak barang berharga milik muzium dan dengan bantuan patung lilin tue, Larry berjaya tewaskan mereka bertiga. Pendekkan citer, muzium tu makin dikunjugi ramai orang dan Larry diberi pujian oleh bos dia. Nanti nak tengok yang kedua lah plak.




dyan eaza - ye, aku tau, movie ni dah lama. sejak tahun 2006 lagi, tapi dulu tak sempat nak tengok, baru tertengok. Nak wat cmna kan.. Hehehe

ahad, masak nasi daging & air asam

Semalam dah masak nasi lemak, so ari ni tak tau nak masak apa. Tetiba teringat sedapnya makan nasi daging yang opismate masakkan. So aku apa lagi, terus google cari resepi yang senang (tapi hasilnya mestilah sedap), terjumpa lah beberapa resepi yang boleh ditiru. So, barang2 dah ada, apa lagi, potong daging dulu.
Dalam 300gm, sebenarnya ni daging korban. Pergh! Lamanya simpan..hehehe, bukan apa, kalau dah balik lambat, memang tak sempat nak masak daging (taulah, lamanya nak defrost menda ni)
http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-nasi-daging-simple.html

Ni blog yang aku copy resepi nasi dia. memang senang dan bahan2 dia pun memang jenis yang ada kat umah. So, takde masalah. Untuk air asam lak, aku terpaksa cari resepi lain sebab yang ni takde resepinya. Setelah tanya pakcik google, aku jumpa pautan nie.
http://terminalhijrah.blogspot.com/2013/02/set-nasi-daging.html

lalu terhasil lah menu utara hari ni




kami laki bini makan....sedap, tapi budak2 tak berapa suka sangat. Mungkin sebab tengok lauk macam rebus je, pastu air asam lak tue, hehe. tapi last2 makan gak. Yang penting menjadi gak aku masak. Masak ni kalau ikut resepi betul2 mesti jadilah :)

Dyan eaza - asik makan nasi je sekarang, bila nak kurus?

Friday 25 October 2013

This is Kota Bharu

Terlebih rajin nak post entry lak malam ni, walaupun jam dah 12.10pagi. Pergh..Kat luar hujan lebat lak, kat dalam bilik semua dah lena tido. Tinggal aku jah sorang2 ni.

Nak citer pasal separuh akhir Piala Malaysia, Kelantan lawan ATM second game. Memang separuh masa pertama, dah ketinggalan 0-2. Aku dah tak nak tengok (kononnya) sambil layan Mia, sambil telinga dengar pengulas bercakap.

Dah habis separuh masa pertama, pun takleh watpe. Gendang dah bunyi macam2 dah. Masuk masa kedua pun, takde apa2 lagi kecuali serangan dua2 team. Hmmmm....

Tinggal 20minit, aku rasa nak of je tv, tapi hati kata, mesti ada keajaiban. Sambil layan2 fb, Farhan jaringkan gol. Tu pun dalam 10 minit terakhir. Mula2 Fakri pahtu Piya. Agregat 4-3 untuk 2 game...Hehehe..Nok kato guano demo? This is Kota Bharu




dyan eaza - ke final kito. Sek2 kito jange pecoh

Sindrom marah sekejap

Memetik ulasan Hasrizal Abdul Jamil dalam facebook tadi.

"Sebab utama mengapa saya sangat sedih dan tertanya-tanya, apakah kesudahan perjalanan kita sebagai rakyat Malaysia ialah seteruk mana pun sesuatu kejadian, ia tidak mampu menggoncang negara ini.

Bayi berusia setahun enam bulan diliwat, budak perempuan dirogol sehingga mati oleh pegawai keselamatan taman perumahannya di pondok keselamatan 100 meter dari rumah, kanak-kanak hilang tidak terbilang, pembunuhan setiap hari, penipuan politik yang luar biasa, apa sahaja.... hanya isu yang singgah sebentar, kemudian hilang begitu sahaja. Kejadian yang sama jika berlaku di negara lain, sudah berubah undang-undang negara, bertukar parti pemerintah, polis dibekukan cuti untuk proses mencari dan menangkap.

Veronica Guerin, seorang wartawan siasatan jenayah telah ditembak mati di Naas, County Kildare pada tahun 1996 oleh pembunuh upahan. Kematiannya telah menggegarkan seluruh Ireland dan memaksa kerajaan meminda undang-undang untuk membanteras pengedaran dadah di Republik itu. Satu kematian memadai untuk mencetus perubahan.

Celaka apa yang menimpa kita di Malaysia ini? Atau yang celakanya adalah kita sendiri? Adakah kita tidak melaksanakan hudud, atau hudud tidak layak untuk orang seperti kita? Yang bermain-main, lebih dari berusaha dan bekerja?"






Ia macam dah jadi satu kebiasaan bagi kita. Bila ada isu panas - kejap je hangatnya, pastu kita dah lupa. Actually perkataan yang tepat aku rasa bukan lupa tapi kita redha saja menerimanya tanpa ada usaha untuk membaiki kesilapan itu.

Dah jadi macam habit lak, orang yang salah memang dapat hukuman sampai ke tali gantung, tapi pengajarannya pada masyarakat camna? Satu kes yang sentiasa kekal diingatan aku pasal budak yang kena dera dan sepak teman lelaki maknya. Tak silap namanya Syafia Humaira. Sebabnya budak tu tak nak balik, ralit tengok budak2 main bola sepak. Pastu terus kena tendang, sepak. Bongok kan? Budak tu kecik je, 3 tahun kot. Bukan lawan ko. Yang ko naik hantu sangat kenapa?

Last, saspek kena hukum gantung sampai mati. Tapi 3 tahun lepas kes tu, 9 julai 2013, mahkamah rayuan akhirnya memindah pertuduhan. Tak jadi hukuman bunuh, tukar pada 18 tahun penjara. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Penglipurlara : Nak baca story lagi detail, sini  http://duniaitu.blogspot.com/2010/02/tendang-macam-bola.html

Thursday 24 October 2013

Ucapkan sayang setiap masa

Masih terpalit kisah semalam
Aku cuma tengok video, itu pun sekali imbas.
Nasib baik dalam wall aku takde gambar yang mengerikan. Usahlah disebar lagi, hanya meruntun hati manusia yang beremosi.

Tapi, berita ini menggugat jiwaku. Semalam aku hanya sedih, tapi ari ni aku mengalirkan air mata. Terbayang betapa suaminya bz, tengah drive dan bila isteri tanya "sayang dia tak" laki tu jawab "ya" tapi dalam keadaan tergesa2. Bayangkan itulah kali terakhir dia dengar suara isterinya, tanpa bersungguh2 jawab.

Kena ingat balik, setiap kejadian tidak dengan sia2.
Sabar & redha itu mudah dengan kata2
lagi2 kalau tak hadapinya sendiri
tapi itulah yang terbaik, sekurang2nya fikir demi masa depan anak2

ayat suami dia yang paling pilu
That man didn’t just kill my wife, he took away the love of my life.”

Penglipurlara : Ajal tak kira usia berapa, boleh je tiba2. Sayang dan lafaz kata2 untuk orang kesayangan anda. Moga arwah dicucuri rahmat Allah

Wednesday 23 October 2013

Dunia hari ini yang sadis

Melihat pada kes2 yang berlaku di Malaysia hari ini sangat menyedihkan. Kes tembak, bunuh macam senang je jadi. Macam takda apa2. Bunuh pastu tinggal macam tu je. Perasaan bercampur aduk, Sedih dengan mangsa yang langsung tak berdosa. Geram dengan penjahat. Rasa dunia kat luar tu dah tak selamat.

Kes terbaru katanya hari ni, kul 11 pagi, seorang lelaki ditembak lalu mati di LRT Melati. Simple gler, sapa sangka kat situ akan ada kejadian tembak-menembak. Buatnya penjahat tu sebenarnya nak bunuh orang lain tapi tembakan tersasar, camna? Buatnya juga hari tu, aku lak gi asigment kt Melati, baru je turun LRT, camna.

Yang paling sedih, bila staf wanita Ambank yang kena tembak dek guard untuk merompak duit. Arwah tu tengah kira duit dengan kawan dia. Tetiba guard jahat tu datang, terus tembak dan amik je duit. Ok. Meninggal dengan cara macam mana pun, itu takdir Allah. Tapi aku bayangkan, takda sapa pun jangka kita akan pergi macam tu je. Kena tembak pastu rebah. Maksudnya arwah pergi macam tu je. Tak sempat pesan apa2 kt suami & anak2.  Lainlah kalau sakit ke hapa, at least, dapat tengok muka anak pelan2 pastu kiranya tutup mata pun jadilah. Ni kena tembak terus.
siap ada rakaman cctv lagi camna kejadian tu. Sangat sedih, aku cuma tak mengalir air mata je. Tengok anak2 dorang yang masih kecil. Aku bayangkan diriku sendiri. Masa tu dah petang, dah nak close akaun. Masa tu gak mesti pikir nak amik anak, masak dan lain-lain. Tapi mana nak tau, alih2 kena tembak. Camna anak aku nak terima hakikat mak dia dah takde?

Pastu kt fb lak, selalu sangat orang suka letak gambar kejadian, pastu tulis "Untuk iktibar", "Sekadar cerita. Moga Kita berhati2" @ "Al-fatihah" untuk mangsa. Tak kena family ko bolehla wat camtu, cer kena batang hidung sendiri, pastu satu Malaysia tengok video/ gambar penuh dengan darah, katakan. Camna anak mereka nak hadapi benda2 ni semua? 

Masa aku belajar kat USM dulu pun, ada etika yang harus dipatuhi, takleh siarkan gambar macam putus kepala ke, gambar eksiden dan bla2. Malah, aku tak setuju pun paper2 mainstream macam Metro & Kosmo yang siarkan gambar eksiden siap ada darah bagai. Sebab aku belajar dulu memang takleh. Tapi kalau tak belajar pun, ko tau kan tu akan buat family dorang sedih. Dahla dorang hilang family, terpaksa lak menatap gambar macam tu kat paper. Sama gaklah dengan media sosial.

Penglipur lara : Diam sejenak, baca fatihah, sedekah kat arwah. Moga Allah menerima segala kebaikannya dan mengampukan dosanya. Pada penjenayah, aku harap cepat2 ditangkap dan ke tali gantung. 

Facebook VS Blog

Sebelum facebook jadi fenomena, ramai yang gunakan blog sebagai medium sosial. Sama ada nak luah perasaan, emosi, berkongsi kejayaan, pahit, manis, masam semuanya ada dalam 1 medium.

1) Setting - Facebook aka FB ni senangnya sebab setting dia memang simple, boleh guna smartphone. Pergh! Laju jer jari menyentuh skrin, pastu post. Giler tak senang. Tapi kalau nak berblog, kena bukak pc dulu, masukkan password, cari ikon post, menaip. Tapi seingat aku dulu, blogspot tahun 2007 lagi susah. Sekarang bila aku view, eh! cam tak caya. Mudahnya. Ni yang menaikkan semangat aku ni. Tapi, tulah kadang2 idea mencurah masa basuh pinggan, pastu nak tunggu siap, erk! bila dah ngadap pc, lupa lak dah...haha



2) Post - kalau fb, aku akan pikir banyak kali sebelum post 1 citer, kena pikir, apa kawan2 cakap, opismate, rakan U yang dah dok mana2, yang berbelas tahun tak jumpa. Jadi aku kena limitkan tahap tu. Jadi biasanya aku post benda2 yang tak undang musibah atau lebih tepat, post happy. Teringin gak nak post pasal politik, tapi memikirkan topik tu sangat panas, so terpaksa aku cancel. Kalau blog, aku rasa lagi bebas, sebab citer kita takkan masuk wall list fren kan. Tapi, setakat ni, aku lum tulis lagi lah bab2 sensitif, Akan datang mungkin.


3) Komen - Fb ni sifat dia 1, bila kita post, kita mesti cek ada orang komen tak. Haha, aku rasa berlaku kat semua orang. Kita jadi seronok bila orang komen citer kita. Like pun cukuplah. Ia seolah2 kata citer kita ni bagi impak kat dorang. Tapi kalau blog, aku tak kesah pun orang nak komen ke tak. Tengok2, aku takde follower pun. Sebabnya aku tak kesah. Blog ni lebih kurang diary, cuma ada sensor skit2. So, takpe. Ada orang komen pun aku terima, takde pun mak ok jah.

4)Kawan-kawan - Fb ni aku jenis tak add orang, biasanya orang yang add aku. Jangan kata aku diva. Ia sekadar memang gitu, tapi kalau orang add aku, kalau orang tu aku betul2 kenal dan rasanya boleh jadi kawan baru aku accept. Bukan nak cerewet tak tentu pasal, tapi rasanya semak gaklah kalau asik post dia masuk wall aku. Ada yang aku dah hidden. Yalah, kalau dan 18 update status sampai sehari, gler tak meroyan aku. Blog ni lak, sebab tak semua orang tau aku ada blog. So kalau orang tengok pun mostly orang tu tak kenal aku personally. So, nak judge aku? takda masalah. Takde kudis pun.


5) Post popular - Yang aku tak tahan FB ni sebab, gambar yang kita dah like berbulan lepas, naik balik kat wall kita sebab baru saja dikomen oleh fren tuan tanah (fren tu bukan fren kita pun)...huk aloh. leh migrain mak, dahlah nak tengok habis pun makan masa. sabar jelah. Blog ni aku rasa lagi ok, leh tekan je mana nak. Lagi satu, sebab blog tu umpama wall kita, so takdelah nak cek selalu sangat, dan status orang pun tak up sangat, Kadang2 aku rasa cam bz body pun ada dok nengok status orang.

6) Annoying - Kadang2 kita tak tau, status kita tu orang boleh accept ke tak. Kalau letak status happy sangat2 kan, kata nak show of lak. Kalau blog nie, takde orang meroyan kot. Tapi aku kena akui kalau tak watpe, aku akan selalu cek fb. Nak tau isu semasa katanya.


Penglipurlara : Mana2 pun ok, mak tak kesah. Kalau kt fb tu annoying sangat, mak unfren je, tapi so far takde tahap tu, hidden saja. Blog lak sebab baru kan, keseronokan tu ada, minat nak post pun membuak2..haha mood berangan je lagi.


Tuesday 22 October 2013

Hidup tanpa bibik

1 Mei 2013
aka hari buruh,
hari cuti pekerja seMalaysia
dan hari itu juga bibik menamatkan khidmatnya setelah 3 tahun setengah berkhidmat dengan kami.

Walaupun agak last minit (sebab kontraknya 4 tahun), tetapi sebab dia nak balik tengok anak2 dia seramai 5 orang (plg besar 19 dan kecik 5 tahun). Aku ok je...

Anak2 dah besar. Jadi aku fikir, takpelah. boleh buat sendiri. Ramai juga ofismate yang takde maid, langsung tak penah ada maid, ada yang maid lari dan macam2, jadi aku redha. Bermula tanggal itu, aku dan en.suami mulakan kehidupan tanpa bibik.

Haha, bangun awal pagi macam biasa, anak2 mandi dan makan roti, seawal 6.35 pagi semuanya dah siap dengan uniform sekolah kecuali mia yang masih belum mandi (empat tahun), aku hantar ke nursery, nasib baiklah nursery buka 6.30 pagi.

Kami perlu awal sebab lakiku keja kt damansara. Kalau lambat, jemnya tahap dewa. Walaupun aku keja kt Shah Alam je, tapi sebab car pool, perlulah aku gigihkan diri ngikutnya (masa ada bibik, timingnya macam ni gak, cuma takdelah mengangkut anak).

So, dira akan tunggu van sekolah yang akan sampai 6.50pagi untuk ke sekolah agama, Qimie pula tunggu bas sekolah pada jam 7.15 untuk ke tadika dan mia, sehari suntuk di taska. Kesahnya mereka lebih banyak masa kat sekolah, tadika dan taska. Nak buat camna, kehidupan memang macam tu kan...

Balik dari kerja, gigih nak amik mia & qimie, pecut jugalah sebab tak nak kena OT. Tapi kerap jugak kena, sebab nak rush masa, kadang2 jem so sangkut. Mana sempat nak kejar 6.45petang. Walaweh. Dira lak terus balik umah sebab aku dah bagi kunci.

Balik dalam 6.50, terus keluarkan daging/ayam, masak nasi, sambil masukkan kain kotor dalam mesin, pastu mandi, magrib, makan. Kul 8 malam, setiap isnin sampai rabu, dira & Qimie gi iqra kat kawasan perumahan sini, Tapi kadang2 terpaksa skip sebab balik lambat, dorang ada exam dll.

Hujung minggu lak ngadap kain menimbun, kemas umah, basuh pinggan, mop lantai dan lain2. Ma tanya napa tak kurus gak walau wat keja umah. hehehe, camna nak kurus sebab makan pun begitu menikmati sekali. Gambar ni masa pasang wallpaper (upah orang k), sebab nak wat sendiri mesti tak kemas kan.

Penglipurlara : bibik takde, penat badan tapi seronok, leh bersenam (maklumlah nak bersenam sendiri, memang lambat kan. en.suami lah paling seronok sebab dia leh turun bawah, masuk dapur sesuka hati. Bukan senang bila ada orang asing kat umah kita kan...Lalalala

Sunday 20 October 2013

Qimie basuh kasut sendiri


Biasanya aku yang basuhkan kasut budak2 ni, tapi tips dari kak rin aka Siti Zurina Mat Saman, suruh dorang cuci kasut sendiri, biar tak bersih takpa, asal biasakan dia dengan keja2 ni sejak kecik. So aku bagilah. Gigih sungguh dia mencuci kasut, berkali2 bukak air pastu tutup dan sental. Yang syok sebenarnya dia leh main air..hoho, kakaknya memang agak M skit pasal benda2 ni, kena suruh banyak kali baru buat, tapi si Qimie ni bab2 ni memang leh bagi kredit. Biasalah anak2, kat sini lebih, kat sana kurang. Normal lah tue


Upahnya ialah yang ni. Alamak! anak jiran tengok. Hehehe, ala dorang lagi dasat pool besar sungguh.

Penglipurlara : Kadang kala aku jadi mak tiri, sebab nak manage dorang ni. hehe..Apa2 pun penawar mama katanya.

First time masak nasi kabsa

Entry ni patutnya semalam, terfikir2 nak masak apa. Last2 terpandang rempah yang diberi Prof.Kamil & kak Roza (sebenarnya dah lama bagi, seingat aku last year lagi, tapi sebab bila tengok bahan2 nya banyak yang takde, so postpone lah nak masaknya.

Sehinggalah semalam, tergerak nak masak bila nampak rempah yang yummmeh
ni ole2 dari Madinah, kawan aku yang ada sama hari tu pun dapat. dorang dah habis masak lama dah, tinggal lah aku sorang terhegeh2. Pastu, apa lagi terus lah google cari resepi yang sepadan. Jumpa resepi yang ni http://azurarahman.blogspot.com/2012/05/nasi-arab-kabsa-kambing.html sebab bahan2 dia simple, tak complicated sangat. Tapi bila nak start masak, aku baca ayamnya masak sekali dengan rempah, so aku terus tukar plan, cari lagi resepi lain, so terjumpa yang ni http://aziejaya.blogspot.com/2012/03/nasi-kabsah-ayam.html. Yang ni memang menarik sebab siap ada step by step. Sebabnya resepi yang azie tu, dia rebus ayam dulu dan air rebusan tu guna untuk nasi, tu yang aku suka sebenarnya.cuma bahan dia luar biasa macam2, so aku combine dua untuk jadi satu hidangan, boleh?

Ni rupanya masa nak masak, bau dah sedap dah sebab dia ada pes tomato, kaler pun dah cantik.

bila dah siap, terus snap, camnilah rupanya. Lupa nak gembur2 dulu bagi nampak cantik sebelum snap sebab baunya dah penuh satu dapur, budak2 pun semua dah lapar nak makan. Sedapnya. Yummy!

Penglipurlara : bila lah nak kurus kalau masak nasi pun dah macam2 kan.

Saturday 19 October 2013

Diana Amir umum tarikh nikah

Comel kan dia?
Gambar dari blog Roti Kaya (tq)...

Berseri2 wajahnya. Dia umumkan akan bernikah pada 25 oktober, yakni minggu depan dengan pengarang jantung dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman...(tunang dia comel juga)..jadi dua2 comel, sweet, ala2 romantis couple gitu.

Actually aku adalah orang media pertama yang dia call untuk bagitau tarikh dia nikah. Ingat lagi masa tu, sedang bz dengan persiapan event, 4/10/2013, jumaat pagi2, dah ada miss call dia. Wah! dalam hati aku dah agak mesti dia nak bagitau date dia nikah.

Kan betul, siap pesan jangan bagitau sapa2, sebab dia nak setelkan program Jom Kahwin dulu. Dan mungkin minggu depannya akan buat press conference. So, aku pun cakap dengan dia "wah! akak bangga ni jadi press pertama dapat tahu"....sebab masa shooting cover dulu, dia kata janji akan bagitau aku, (sebab covernya bulan nov, isu wedding lak tu, so weols tak nak benda tu jadi basi. Maklumlah magazine shootingnya awal 2 bulan kan)





ni lepas shooting, satu habit dia yang aku takleh lupa, dia memang suka cubit pipi kita bila dah mesra, tergezut gak lah mak. Sebab kiranya artis sorang nie memang selamba, walhal aku baru first time shooting dengan dia kot. Siap masa ni, ada lah dua pompuan tengah makan, tak jauh dari tempat kitaorang, lama gak dia dok situ sampai aku tengok minuman dorang habis, tapi tak blah2 pun. Pastu bila kitaorang nak blah, diana yang panggil dorang nak shoot, rupa2nya pompuan tu dah main mata dengan diana, mungkin tunggu isyarat diana nak snap gambar dengan dorang.



ni kat bilik persalinan (baju kedua) konsep ala2 English style kan. Diana ni aku tengok satu benda, dia memang humble, meaning tak diva hokey. macam biasalah, bilik mekap kan penuh dengan ramai model, mekap artis, semua nak bergambar dengan dia pun tak dihampakan. Ada orang kan macam tak siap mekap, so tak nak, tapi dia tak. hehe.
Jeng3...inilah hasilnya setelah ramai panel yang memilih gambar yang mana satu. Memang banyak kali dia cakap dengan aku (sebelum shooting) supaya baju jangan ketat dan lain2. Aku pun jawab, memang kitaorang pun dah pesan kat designer supaya buat loose, tudung bawah dada, sebab itu konsep Nur pun. Masa mekap pun, dia tak nak pakai bulu mata palsu kekdahnya. So natural.






Penglipurlara : Itu saja kisah malam ni...(ni pun update malam2 masa anak tido okey)

Friday 18 October 2013

nak tempah blog cantik

Gitue,
Memanglah boleh buat sendiri, tapi hasil yang ada so-so je lah.
Aku boleh je buat mp3, kalendar, letak iklan nuff nang, banner header, life traffic dan lain-lain, tapi tak menarik, langsung tak interaktif...nak tengok sekali lagi pun lemah.

Dahla sekarang tengah bersemangat nak cantikkan blog, tengok lak blog lain2, ya Ampun, penuh warna-warni! Mostly ada doodle dan kaler pink. Pergh! bila tengok profile, semuanya remaja hokey, 18, 19, 21 tahun, kebanyakkannya pelajar lah. So aku percaya, mereka banyak masa dan penuh dengan energy untuk buat yang terbaik.

Setelah aku google, adalah beberapa yang boleh tempah nanti, dah terbayang2 dah ni blog ku bertukar rupa. Hehe..
Antara blog yang aku maksudkan ni, comel tau skin blog nya

http://izza-sakura.blogspot.com/p/portfolio.html

http://www.cikkmira.com

http://storyofopahgedikk.blogspot.com/p/tempahan-edit-blog.html

dan macam2 lagi kt google, tinggal search saja.

Tapi tengok q kat dorang ni pun, ramai juga. Pergh! harapnya berjayalah dapat apa yang dicitakan.

Wish me luck!

Thursday 17 October 2013

Welcome back to blogspot

Haha...


Boleh ke kalau itu je statusnya?
Kalau kat facebook, kan orang kata dah kenapa budak ni? Tapi anggapan yang lebih baik, orang mesti kata, "okey, anak dia yang mainlah ni. Maklumlah, semua dah pakai smart phone sekarang"

Kalau...
Oklah, macam yang korang baca kt profile aku tu kan, memanglah aku takdalah fanatik sangat nak blog, pastu bz (ye ke bz tue), pastu bersawang bagai. Seingat2 aku adalah update jugak beberapa, sat naa...

ni muka depan blog yang asal..ada 3 permata hati lagi dgn animasi fesyen.



rajin kan masa ni, siap pilih2 kaler font pula
lepas tu pula, gambar google. masa tu mana ada smartphone, nk bawak kamera kompak leceh pula



cerita ni aku akan ingat sampai bila2, tapi nama takleh sebut sbb dia sangat popular okey, cuma kata2nya aku takleh telan sebab bagiku dia terlalu ego dengan statusnya, orang yang kerdil macam aku, naik kancil opis ni boleh diperkotak-katikkan. Tapi tu dululah, dah lama ok, ada aku kesah?



tahun2 yang kritikal untuk anak kedua aku, sorang je putera kami, berulang alik ke klinik tu perkara biasa



lagi sambungan kisah qimie



kenangan indah kat majalah Pesona Pengantin bersama editor yang the best, kak ell, team group yg sempoi-kak nora, zety, cik pah, grafik kak mala dan foto abang zul, sangat best sebab 3 tahun berturut2 weols dapat jackpot (capai kpi), lepaslah wat kitchen kabinet...masa tu baru masuk umah sendiri.


kan, berbulan sekali, baru nak update blog...aduh! dorang yg suka blog ni memang budak2 muda kan, orang macam aku ni, mungkin ada komitmen, yang paling best sebenarnya satu je, penyakit M



cite ni aku copy dari emel, mcm biasalah


yang ni pun, saja nak bagi ada kenangan balik, bila tengok blog


kan? biasalah, zaman sekolah2 dolu, horoskop tu penanda aras, sekarang dah tau haram, so baca saja, percaya jangan


itulah update blog aku yang paling popular...haahaha


so, nak citernya, memang aku ada blog, tapi tu dolu2. Blogshop pun ntah ke mana, so, hasratnya menjadilah kali ni, aku kena komited, anak2 dah besar kan? 

terima kasih sebab sudi membaca :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...