Showing posts with label Pesona Pengantin 2001. Show all posts
Showing posts with label Pesona Pengantin 2001. Show all posts

Friday, 21 July 2017

Pengantin Disember 2001

Isu kedua
Cover Minah Salleh
Edisi penutup, masa tu syawal bulan 12. Eh! tahun Islam kan cepat bergerak. Tu yang sekarang bulan 7 dah raya :)
Assigment fesyen kedua. Kali ni tanpa dipantau dah. Model namanya Brenda, chinese. Senang giler kerja dengan minah ni. selalu kuar iklan TV, tapi sekarang tak tau kat mana
Kamdar dari dulu sampai sekarang masih ada
Merahnya
Kira ni fokus bulan 12 ni. Cari contact tanya2 kawan
Seronok kan menulis artikel panjang
Translate kuiz

Pertandingan Detik Indah Itu, nampak gambar i kat atas?
Wow! ni memang mengagumkan. Aku interview Duta Rusia weh! Haha
Rindu nak menulis lagi.
Kerjasama dengan Malaysia Tourism
Info seks dalam majalah rasa halus lagi. Gambar hiasan pun guna kartun nak bagi lembutkan. Artikel diedit beberapa kali supaya tak menimbulkan kontroversi. Tapi kalau tengok info/iklan kat media sosial ni memang sound direct habis, Malu lak nak baca

Pengantin November 2001

Isu pertama :)
Excited giler weh!
Dapat jadi journalist
Haha
Glamor weh!

Model - pernah bekerja dengan agensi model New York, Milan semua. Mula2 konsep Pengantin ialah wajah2 yang bukan artis tapi berjaya dalam kategori nicche sendiri gitue

assigment fesyen pertama - takdalah pi sorang, di pantau oleh senior journalis. Model? Nadia host TV3 yang famous tu. Masa shooting ni mak dia siap datang, cakap siam lagi. Ala mak dia tu kan popular. Kak Ton cantik tak?
Shooting kat Shah Alam ja, tapi masa tu opis kat Taman Tun lagi
Pose sopan & ayu2 gtu

Kira dah lawa sangat dah zaman tu camni. hiks
Disebabkan masih baru - so dapat contact ni dari Editor. Interview bila majlis dah setel dan pegi rumahnya yang besar itu untuk pinjam gambar. Pengantinnya lawa u
Selain dari Pengantin Melayu, akak interview juga pengantin berbangsa lain.
4 muka surat artikel panjang weh!. Tiram tu simbolik pada dara lah. Masa tu anak dara lagi, tulis pun malu2


Ingat lagi gi assigment dengan bas uols, foto pegi dengan motor. First time pegi, ada yang naik cab sebab bas tak sampai. Lawak sungguh, tapi seronok bila endingnya orang ramai baca dan suka

macam gelap skit. bacalah kalau dapat
Artikel ni biasanya tiruvasi, dari internet, ambil dari sumber Oversea pastu sesuaikan dengan Malaysia
Ingat lagi, nak pi cari responden ni, cari kat Central Market ok, Sebab nak dapatkan berbilang bangsa. Tu yang dapat pelancong tu. Siap dia nak bagi duit suruh pos ke sana lagi (lupa negara apa) tapi taklah kan, magazine kan kuar lepas 2 bulan. Pastu nak pos lagi, ingat murah ke?
Itu saja, dengan journalist 3 orang time tu. Hiks
Luv

Pengantin di awal kemunculannya

Yang dipapar disini masa aku belum masuk lagi
Ia bermula dengan isu 00
Kira majalah pertama yang bercerita fasal perkahwinan.
Naskah yang memang dinanti bak kata Bernard Chandran, Bill Keith, Izra Citra
Masa tu dorang memang top lah
Kan setiap zaman ada orang yang popular dalam setiap industri
So dalam industri fesyen, mereka la yang top
Kecuali Bernard masih gah sampai kini. Hiks
Edisi 00 - pengenalan. Cantik kan Zalia ni? Dikenali juga Catherine Zeta Jones Malaysia sebab muka dorang sama weh!
Edisi pertama - Syarifah Sofea
Edisi kedua - Mariam, model popular ni




Model mat salleh, so takyah crop. haha
Sazzy Falak - naif muka masa ni, start dengan talent iklan Kit Kat yang pakai kasut tinggi pastu jatuh
 

Ok, isu ni tak terlibat. Itu saja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...