Saturday 13 September 2014

Kehidupan & Kematian

Agak lama tidak mencoret disini. Banyak benda yang menganggu hingga rosakkan mood nak menulis. Antaranya ialah berita kematian yang ku terima saban hari. Memang setiap petang aku akan call ma untuk bertanya khabar. Biarpun kejauhan, dengan call ma, dengar suara dan nasihat dia meredakan gundah gulana di hati.

Hampir setiap hari ma update pasal kematian saudara mara, jiran ataupun orang yang aku sendiri tak berapa kenal. Baru2 ni, cerita pasal jiran kami yang memang aku kenali orangnya, umur 50an, pagi tu bersiap nak ke Penang, melawat anaknya. Tup2, petang tu dia kena serangan jantung dan terus jatuh, meninggal. 

Pastu, dapat berita seorang doktor wanita, anak kepada kawan abah, usia 35 tahun. kerja di Putrajaya, kena kanser rahim, pada hari pembedahannya, tak dapat diselamatkan. Ayahnya pun baru tahu benda ni (maksudnya dia tak bagi tahu awal2), ayahnya sempat jumpa sebelum doktor tu meninggal. Allahuakbar. Ayah dia cakap, keja anaknya bz, selalu makan luar, stress.

Even budak sinar harian. sub editor, aku kenal orangnya walau takdelah borak2 sangat. Lelaki, usia 38, sehari sebelum kematiannya, dia sempat buka posa di opis lagi. Esoknya, dia mengadu sakit2 dada, pegi hospital, takleh watpe terus meninggal.

Rakan aku sendiri, assistan editor pa&ma, husbandnya naik motor nak ke tempat kerja, nak mengelakkan anjing, terpelanting, koma 2 minggu, retak tempurung kepala, akhirnya meninggal. Yang lagi sedey, wifenya tengah menghitung hari. Teringat cerita Intan mangsa MH370 yang sedang sarat dan terpaksa hadapi berita kehilangan suami. Kawan aku tu 4 hari kemudian selamat lahirkan anak ketiganya, anak pompuan.



Betapa terasa aku dekat dengan kematian. Betapa kita tidak tahu ajal kita bagaimana? Betapa tabahnya ahli keluarga yang ditinggalkan. Betapa selama ini kita hanya mengejar dunia yang hanya sementara sedangkan akhirat itulah kekal abadi.

Mati itu datang tepat pada waktunya. Tidak cepat @ terlambat walau sesaat. Bersedia kah aku untuk hadapinya? Dengan sakit yang ada, sepatutnya aku insaf dan tidak lagi membuang masa. Tetapi itulah manusia, terasa badan sihat sedikit, mula lah alpa.

Terasa banyaknya dosa jika dihitung. Bagaimana jika mati tanpa sempat bertaubat? Allah. 

Betul ke ada serangan mengejut macam sakit jantung? Kata doktor, tanda2 itu dah ada, cuma kita mengabaikannya. Sebab tu kena amalkan gaya hidup sihat, makan kena jaga, senaman, rokok tinggal dan sebagainya.

Tetapi bagaimana pula dengan eksiden? Benda tu kita tak boleh ramal. Silap orang mungkin boleh buatkan kita pun terkena juga tempiasnya? 

Betul ke 40 hari sebelum tarikh kematian kita, ada tanda2 macam hidung jatuh dan sebagainya. 

Aku pernah tanya seorang rakan, dia ada citer benda tu memang betul. Neneknya dulu terasa saatnya dekat, jadi suruh ahli keluarga siapkan segala keperluan untuk harinya nanti.



Terima kasih Ya Allah kerana menutup aibku. Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas dan cuba membetulkan kembali salahku selama ini. Allahuakbar. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...