Tuesday 27 January 2015

azam? Nak lebih sihat


Dah umur2 macam ni, ada lagi ke azam yang mahu digapai? Hehe. Kenalah ada.. Kalau takde, tahun tu takde kejayaan atau garis mati yang membuatkan kita berjaya dari masa lalu.


Beberapa bulan lepas memang aku ada susun 2 pages write-up pasal azam tahun baru untuk orang bujang. Azam tu memang perfect aah...aku copy beberapa dari internet so jadikan satu. Jadi ada beberapa sumber untuk dijadikan rujukan. Tapi nak buat? Hmmm..hahaha, sendiri jawab lah.



aku citer pasal diri aku je lah. Sebab nak citer pasal orang memang takkan abis kan? So, azam aku untuk tahun 2015 ni lebih banyak pada kesihatan. Aku nak lebih sihat. Memang kalau orang tengok dari luar, takde sapa pun tahu aku sakit apa. Sampailah aku tunjuk leher aku yang sudah jalani pembedahan. Dorang tak percaya. Sebab aku boleh buat keja sama banyak dengan orang lain. Alhamdulillah, dari satu segi, aku bersyukur sebab tak menyusahkan team dalam siapkan kerja. Kesian woo, kalau aku selalu sakit, nanti team kena backup, so benda tu dah jadi tak syok. Ingat, lane media bukan macam admin @ benda lain. Kita dah ada deadline dan bahan kita sendiri, jika kita tiba2 takleh buat, naya member. 

amin2....tapi kita tengok kita sakit, orang lain yang lagi teruk dari kita, pun ok je.




So far, ada sekali masa bulan 6, aku mc 3minggu, satu isu aku memang tak sentuh ah. Maklumlah operation pun dalam keadaan tergesa2…ingat tak serius kan….Dan member2 yang tolong buatkan assigment skit sorang, terharunya aku. Tapi ini terpakai juga masa member tengah bersalin, jadi kami sama2 akan tolong menolong selama 2 bulan. Pembaca cuma tengok bahan dah siap, majalah yang siap cetak. Mereka tak tahu di sebalik pembikinan tersebut. Itu pentingnya kerjasama.

 Sebab tu, bila aku kena masuk wad bulan 8, aku terus siapkan bahan awal, tapi ada juga benda yang member tolong macam fesyen dan isu. Yang perlukan perbincangan dan isu terkini. Tapi, yang lain ok. Ni, nak masuk wad lagi bulan depan. Tengah nak buat advance ni.

1) hahah, gler tak, mula2 masuk opis-cek emel, reply, pastu kalau pihak berkenaan lum reply, call tanya feedback. Pastu aturkan sesi fotoshoot,call model, mekap artis, pastu utk bahan internet cari, call lagi pejabat, nak buat appoiment, bla2, sampailah masuk waktu lunch, petang pun sama derr...every minit ok.
2) keja memang 8.30-6pm, tapi kalau kena amik baju? dah lebih masa, pastu weekend keja, gi casting, cari hadiah, amik hadiah gi KL macam hari ni?
3) dah jadi habit sebenarnya, masak cepat, pastu ada orang call, tanya bla2, skrg ok lah skit sbb ada whatsapp, so layan yg tu, cuba masa takde benda2 tu semua. mak penah terima call kul 11 malam dengan pertanyaan, bila nak panggil saya shooting? aku dah macam hah?? takleh tunggu esok ke?
4)kawan sepejabat ye lah, dengan family tu takdelah, so belum sampai kategori workaholic.
5)yang ni betul, senang lunch kt depan meja, tp selalu gak kuar. balance lah cuma kalau masa deadline, takde makan luarlah uols. kadang2 klu shooting, memang lunch kul 4 lah. ops!
6)so far ok, takdelah torn, lakiku faham, sebab dia yg jadi tukang driver, anakku pun paham, cuma kesian kat mereka sebab aku cuma membebel siapkan keja sekolah tapi kadang2 tk sempat nak belek buku. Ok! kat sini sedey :(
7&8) tak pun, lg seronok ada sebenarnya. Ni terpakai untuk lepas deadline.Tapi kalau masa tu masih tak dapat bahan, pegi jalan2 pun tak syok ah... dok pikir nak contact sapa kan.
9) hahaha, kalau ada projek mega, big event, macam minggu depan ada fesyen show, memang dalam minggu tu lakiku kena faham lah, sebab call masuk, ada model tak free, klien kansel, thats normal.
10) hmmmm....

Azam seterusnya ialah nak siapkan manuskrip kedua yang dah tertangguh berbulan2. Oh! Tidak, aku ni tak taulah selalu malam mesti pikir pasal kerja esok? Oh! Teruknya…workholic ke aku ni? Bila tanya member lain, bukan aku sorang rupanya, ramai.. Haha, sindrom orang rajin bekerja katakan, mata dah nak lelap, tapi otak ni macam2 pikir, dah menerawang mana2 dah.

lagi? Nak kurangkan berat badan…hahaha, ingat nak try diet atkin, tapi apa2 pun kena tanya doktor. Boleh ke tak kan? auww. tengok gambar pun dah rasa sehat..haha

Family? Tu bukan azam…tu kewajipan. Azam ni ada kemungkinan jadi ke tak, tapi kewajipan kena buat bersungguh2..huhu



sweet jer..kecuali mia sepatutnya dah tak dokong. pic ni baby..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...