Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Tuesday, 4 April 2023

Tak Semua Orang Mampu Meniaga – Part 1

 



Memandangkan kategori ‘content’ ini jatuh dalam blog, maka mari lah kita bahasakan ‘aku’, ‘kau’, ‘mereka’ dan ‘dia’ dalam penulisan kali ini – untuk lebih dekat dengan pembaca, lebih ‘related’ dan lebih segala-galanya.
Hobi Ke Karier?
Jika mahu dikatakan hobi, betul, sebab dari hobi maka ia bercambah kepada menambah cabang perniagaan, yang kononnya mampu menggantikan kerja makan gaji, yang anganannya mampu kerja sendiri (own boss) kata sifu bisnes. (sifu ke?)
Jadi, jom kita senaraikan bisnes yang suksesnya ntah ke mana, banyak masuk lubang dan lain-lain
Fasa 1 (sekolah) – 90an
1. Darjah 2 – Jual mainan patung kertas pakai baju
2. Darjah 5 – Meniaga kad nama yang ada gambar pelakon Hong Kong (masa ni top Leon Lai & Aaron Kwok)
3. Darjah 6 – Masih kad nama tapi tambah barang hiasan yang ada atas meja (jam pasir dan lain-lain)
Fasa 2 (Kerja) – tahun 2000an
4.  Jual keropok keping masa cafe ofis belum dibuka.
5. Jual tudung bawal
6. Buat job wedding photography & videography
7. Beli tudung & telekung dari Indonesia, jual balik kat officemate
8. Beli kain pasang & telekung dari Vietnam, jual balik kat kawan2
 
Fasa 3 (Dah resign kerja) – 2015 ke atas
9. Jual tudung (yang ni beberapa fasa
i) cari tudung kat Jalan TAR / City One Plaza / Semua House
ii) cari material tudung kat Laila Fabrika dan hantar tailor Bangla, jual kat vendor.
iii) cari kat IG, 1 tempat ja, beli fabrik dan upah jahit terus kat tempat dia, mudah, jual IG / FB
10. Ikut kursus  jahit manik di baju (menjadi, lawa)

Fasa 4  (Cari bisnes online)
11.  Jual GC Tea
12.Essential oil – Ronella
13. Jual lipstick mate NYX
 
Fasa 5 (struggle) – di kawasan kejiranan
14. Jual ikan terubuk masin – beli dari Sarawak
15. Jual ikan bilis, udang kering, sotong kering dari Tawau
16. Jual kek lapis dari Sarawak
17. Jual pes laksa Sarawak ambil dari Sarawak
18. Jual pes Mee Bandung (ambil dari Muar)
19. Jual detergent, ambil dari Siam
20. Jual Fidget Spinner, beli terus dari China

Fasa 6 (Patah balik online) – 2020
21. Cikgu PJJ / Brownies
22. Dropship Sabella
23. Dropship tudung Fareha
24. Ejen Tupperware
25. Health Planner Coway
 
Fasa 7 (Mencari jati diri) – 2022
26. Portal ohmyklcc.com – website sendiri, minta2 lah berjaya.
Yang di atas semua, aku akan buat thread / entry yang sendiri. Ok, selain dari tu, aku ada juga buat content writer + freelancer pun huhuhahahihi

 
AKU – setiap kali bisnes, jatuh, sakit tapi sedarkan diri sendiri, kalau tak buat, nak buat apa dan lepas mencuba lebih 20 bidang ni, memang aku tahu, tak semua dilahirkan mampu buat benda ni.
Akan ada yang kata ko tak cuba sebaiknya, tak-tak. Bila kita dah cuba sehabis baik tapi memang tak mampu – siapa ko untuk menidakkannya (memang dah ada pun yang cakap camni, depan mata aku).
Mungkin kerana aku tak sekental mereka, berhadapan rejection, atau aku tak sampai macam mereka, merayu2, ada limit kita kan.
Jadi, lebih baik aku tumpukan benda yang aku tahu iaitu menulis. Mohon korang yang baca ni support niat aku nak jadikan portal ni ladang pahala buat semua. Aaamin

 

Tuesday, 12 November 2013

Cita2 tercapai sudah :)

Dulu2, kerjaya wartawan ni memang tak popular pun. Seingat aku dulu, masa darjah 6, aku sorang je yang mempunyai cita2 yang berbeza dari orang lain. Cita2 yang paling popular mestinya 1) doktor 2) engineer 3) cikgu / pensyarah 4) barulah kerja2 lain macam berniaga, juruteknik dan lain2. Pendek kata, wartawan masa tu memang orang tak pandang pun. Kawan2 aku pun pelik, camna aku boleh berminat nak jadi journalist. Sedangkan pada tahun 1990, internet takde, hubungan dengan orang luar negeri pun takda (maklumlah masa tu, mana ada orang berhijrah kan). Pendek kata camna ye boleh terlintas cita2 yang tak tercapai dek akal.
saya nak kahwin dengan orang kaya (begitulah dialog Maya Karin masa kecik dalam Pisau Cukur)
Sebabnya aku suka membaca. Jadi apa sahaja buku, surat khabar, majalah, komik aku baca. Sampaikan dalam toilet pun ada magazine (ops! yang ni jangan tiru)..haha. Masa tu bila baca paper, cam seronok je rasa, pastu bila tengok pembaca berita kat buletin pun, aku dah berangan nak jadi pembaca berita.
macam best je tengok dorang baca berita pandang kamera. Dolu2, ingatkan dorang hafal. rupa2nya memang ada
skrip kat kamera tu...innocentnya gua..



bila dah sekolah menengah, aku dapat masuk aliran sains, tapi cita2ku tak pernah padam. Tetap nak jadi journalist juga u, disaat semua orang nak jadi pilot, doktor kan...Sampai cikgu english cakap, nape aku masuk sains if aku nak lebih pada kesusahsusahteraan? Aku pun terkelu lidah. Apa nak cakap, sebab masa tu, aku rasa takde pilihan. Belajar je.

Sampailah form 6 sastera (masa ni rakan sealiran sains ku semua dah masuk matriks, asasi sains. Ada yang lebih cemerlang dapat matriks ekspress. Sedih woo...Aku memang tak nak jumpa cikgu masa ni, bukan apa. Terasa menikam ke lubuk jantung, kata2 itu. Walaupun kawan2 semua ok, tapi disebabkan aku sorang je yang keciciran, terasa sembilu sungguh.

Akhirnya lepas STPM, aku dapat masuk USM dengan course Mass Comm. Alhamdulillah, rasa segar bugar mata, terasa apa yang aku rasa down selama ni terhapus jua. Dan yang penting Allah tahu apa yang terbaik untukku. Jadi, bermula lah era belajar gitu.

cuba cari penulis yang mana satu. ewah!

Dipendekkan citer, ada Fiesta Cahaya, so adalah benda2 contest macam Pengacara Jemputan Cahaya. Masa tu aku 1st year. Disebabkan takde penyertaan, kakak2 senior aka penganjur pun pegilah mencari junior2 mass com untuk join contest ni. 

Namaku pun tersenarai sama. Adalah dalam 12 orang peserta kot. So, bila saja bergema suaraku, suasana dewan macam terdiam, macam tak percaya itu datang dari aku (ok, aku sempoi sangat, specky, slack dan blaus biasa, tudung pun bawal).

Pendek citer lagi, aku jadi Johan. wah haha! tak caya gue...Gler kan...dari takde apa2, terus jadi... wow! Siap aku beli lagi video (masa tu tape ok). semata2 nak ulang part aku tuh...So sejak dari tu, aku selalu diundang jadi mc sama ada untuk desa, kelab dan juga peringkat ipta. Aku pun pernah partner mc dengan fetri yahya. masa tu dia junior aku dua tahun.

pastu bila dah masuk kerja kat Karangkraf, kira selesai lah cita2ku sejak kecik lagi. So kiranya apa yang aku nak iaitu jadi wartawan dan pengacara (walaupun zaman kampus je) tercapai jua akhirnya. Syukur Alhamdulilah. Cita2 anda bagaimana?

Wednesday, 30 October 2013

Bila anak sakit, mamanya kena lebih kreatif

Citer anak, semua orang rasa.
Riang dia, suka dia, sakit dia
Semuanya mama, sorang cakap kaki sakit langgar pintu,
sorang lagi panggil tunjuk tangan yang terluka, tergaris bucu meja.
Sorang lagi pun tak nak mengalah, terus amik tangan letak kat leher, dahi, kononnya panas.

Tapi kalau dah demam panas betul,
sembelit yang dah bertahun2 tak sembuh
Memang mama sangat risau
Kalau dulu2, masa anak kecik2, memang doktor tempat pertama
tapi bila anak dah besar, imuniti dorang masing2 dah meningkat
mama kena cuba macam2 cara, petua, dan bla2
ubat beli kat farmasi
makanan tambahan macam madu lebah dan lain2 smua siap kat umah
habis encik google diterjah untuk dapatkan yang terbaik untuk anak2
takpalah, mama tak tido cukup
asal anak2 semua sehat

Tapi,
kadang2 mama pun teralpa
sebuk keja, ingat benda luka tu biasa
sedar2 luka makin besar
rupa2nya digaru masa kita tiada
masa tu lah kalut buat semua benda
cari bandage, letak ubat kat luka
papa pun tolong sama

bila camtu, teringat ma kat kampung
dengan tiada teknologi macam sekarang
semuanya ma buat untuk anak2
jumpa *tok bomoh minta ubatkan
sanggup tumbuk daun untuk anak yang chicken pox
macam2 lagi

macam tu lah kita
jangan ingat bila dah berjaya & kaya raya
mula lupa pada yang membela
sedangkan itulah yang menampungmu selama ini

suami, anak2 dan ibu bapa
anugerah yang terindah dalam hidup insan yang bernama kita

*tok bomoh dalam bahasa Kelantan merujuk kepada mereka yang mahir dalam urut, patah. tapi ada juga tok bomoh yang membawa maksud pengubatan paranormal.
                                                           
dyan eaza - dulu aku suka berpuisi...puitis lak tuh. Tapi sekarang entah ke mana menghilang puitis itu. Dibawa lari dengan umur kot.

Tuesday, 29 October 2013

peringkat umur, semua akan mengalaminya

Bayi - takde sapa ingat masa dia bayi kan? Ke ada sapa2 ingat kejadian masa dia bawah setahun? Ajaib sungguhlah kalau ingat. Melainkan kalau tengok video yang dirakamkan mak bapak. Tu pun, kalau 70an, ada parents yang mampu beli video kamera. Hehehe.

Kanak-kanak : Yang aku maksudkan ni bawah 6 tahun ye. Hidup ceria gler, macam takde masalah pun. Nak makan mak ada, jatuh langgar pagar, mak tolong buh ubat. Pendek kata semua mak yang tolong. Mak bagi setiap kanak2 adalah superhero. Tu sebab mat salleh pun ada quote camni, betul tak?
                                                      

sekolah rendah ; masa ni mula kenal rakan2 sebaya. Nak ada kawan baik (sekarang orang panggil bff kan), ada group, dah pandai suka kat budak lelaki situ, sini. Hahaha, ada secret admire konon2. Pastu kalau pantang terlanggar budak lelaki, kebetulan kawan2 pun ada tengok senario yang sama, terus gelar (konon2nya mix n match couple) dan padan2kan antara dua insan. Cewah! Energetic sungguh time ni, tak kenal penat. Lompat sana sini, takde masalah pun yang berat. Habis2 gaduh dengan kawan ni, pastu baik dengan kawan yang lain lak. Gitulah kisahnya.

                                                               


Sekolah menengah ; peringkat akil baligh, dah tau beza laki pompuan dengan jelas. Masa form 3 pun, dalam subjek sains ada diajarkan biologi jantina. Pergh! masa tu baru tau camna baby dilahirkan, bagaimana baby jadi dll. Bayangkan naifnya pemikiran budak2 zaman tu. Jangan citer zaman sekarang, budak2 yang sekolah rendah pun dah tau seks tu hape. Masa ni lah nak ada abang angkat, adik angkat, secret admirer dan macam2 lagi. Tapi aku sempat ada adik angkat je. Tu pun, tak berapa nak berangkat. Gewe takde ye sebab aku tak berapa lawa kan..tapi tak kesah pun. Mak ok jah.
                                                        
                                                     
Zaman kampus ; sweetnya, dah pandai berdikari. Semua kena hidup sendiri tanpa ada mak dan abah membantu secara langsung. Banyak aktiviti dibuat dengan rakan2. Walau aku tak join sukan, tapi energeticku habis pada persatuan, kelab, jadi mc dan sebagainya. Masa ni pun masalah tetap ada tapi takdelah tahap kritikal. Masih boleh selesai, ingat balik, seronoknya zaman2 tue.


Dah keja ; aku start keja tahun 2001, dua bulan sebelum kejadian september 11 kt US tu. Masa tu opis masih kat Taman Tun lagi. Pi keja pun dengan bas yang naik kat Pasar Seni terus sampai ke opis. Kalau nak gi asigment pun naik bas. Kelakar wei, sebab siap janji dengan foto waktu sekian2 kat tempat asigment. Ok je, takde lambat pun. Naik lrt tu semua dah biasa, menapak jalan kaki ke Jalan TAR dan lain2 tu normal. Untungnya orang sekarang, belajar dah ada keta, keja lagilah semua terus masuk aircond je. Tapi aku seronok sangat dengan life masa tu. Barulah tau erti kehidupan.
                                                      

Kahwin - umur 25, hehe, awal gak lah compare orang lain, tapi jodoh dah sampai awal kan. Masa 20an tu umur yang memang rasa nak bertekak je kan. Tapi hidup ni kena sabar. So dah lama2, masing2 paham perangai dan jadi ok.
                                                 

Ada anak - pun sama, hidup kena banyak cari ilmu. Itu yang penting. Ilmu parenting, bajet, psikologi dan lain2. Sebagai ibu bekerjaya, semua kena jaga sebaik mungkin. 

Menantu? - Belum lagi, tunggulah budak2 tu membesar ye. 

dyan eaza - gambar semua aku copy dari google. Nantilah kena belek2 album lama, nak kuarkan balik gambar2 lama naa..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...