Monday 29 February 2016

Jika kehidupan seperti Kidzania... alangkah bahagianya

Malas nak bercerita pasal politik. Macam2 boleh jadi, tak sampai dalam 24jam - tukar lah, kuar lah. Gaduh sana gaduh sini. SO, biarlah.

Topik kali ni memang cheeky ja iaitu "Alangkah indahnya hidup jika semua orang macam staf KIDZANIA'

Kali ni kali ke3 kami ke sana, dengan range umur berlainan. Masa first time pi, Dira lum sekolah rendah lagi, tp kali ke3 ni dia dah masuk remaja!

Mula2 masuk pun kita dah dapat rasai kemesraan mereka. Maklumlah, kami kan selalu jadi family pertama yang sampai, dorang tengah briefing lagi time tu. Tapi bila tengok kami terus di sapa "Kai" tangan kanan di dada kiri. Pendek kata semua orang akan sapa dengan senyuman mesra. Terus macam. wah! budak2 ni dipamper macam tu sekali. Tersengih2 dira, qimi & mia.

Dulu2 aku ingat lagi dorang bercakap dalam bahasa Inggeris, ya lah, masa mula2 buka kan ramai chinese n omputih datang. Kebetulan time aku pegi yang ni cuti raya cina, so ramailah budak2 melayu yang tak baper sangat omputih tu. Tapi staf Kidzania layan elok ja. Mula2 dia try english, macam terngaga ja, terus dia tukar melayu. SO wonderful. Kalau tak faham, dorang layankan ja ikut range umur. Malahan aktiviti dorang pun ada yang dari 3 tahun smpai 17 tahun. so katakanlah time tu, budak2 kecil yang buat task, dorang ikut kemampuan mereka.

Kebetulan time tu, ramai juga rombongan rumah anak yatim yang di bawa oleh NGO termalu2 bila dilayan umpama puteri & putera. Tapi staf dia memang pandai, ajak sampai budak tu selesa dengan sendirinya.

Mungkin orang boleh kata. Dorang bolehla, gaji bayar mahal. Kita masuk pun bayar mahal. So Kenala layan betul2 - Jawapan aku ; tak semestinya. Berapa kali kita rasa kita dah bayar berbaloi, tapi layanan yang kita dapat kat restoran yang dikatakan mahal tu berbaloi? Ataupun workshop layan kita macam tu? Atau pengguna jalan raya yang tak bertimbang rasa dengan keselamatan orang lain.

Weh! Ni bukan sebab kita bayar mereka mahal. Ni sebab mereka memang dah ditraining supaya melayan tetamu dengan baik "Kai' - setiap kali jumpa : "Zank you" - setiap kali habis task. Budak2 perlu diterap nilai2 murni macam ni baru membesar jadi orang berhemah. Tapi tu lah, bila hadap dunia realiti yang tak sepatutnya- ralat. Tu belum citer media sosial yang dimana orang boleh baling batu & sembunyi tangan. 'Keyboard warrior' ada di mana2

So - penyelesaian camna?
Susah nak ubah 'mindset' orang dewasa ataupun masyarakat sekeliling khususnya. Jadi, mulakan dari rumah, dari sekecil2 perkara. misalnya cakap terima kasih dll. Walaupun kadang2 budak ni jadi naik lemak sebab maknya lembut. Haih la. Tu topik lain lah ya. Ok tu ja-by

Penting sangat ke nampak putih?

Taraaa....
Kenapa masukkan dalam isu semasa? Tak membabitkan kepentingan masyarakat sejagat pun?
Ya. Tapi itulah fenomena sekarang. 'Qu Putih, Qu Putih, barulah Putih.' - kata Jutawan yang telah sponsor program hiburan Gegar Vaganza, Mentor, AJL, macam2 lah. Sekarang lak team TRW dengan siap 3 juta kot bayar kat TV3 untuk life Kelantan - ok - tu bab lain.

Ni nak cite bahawasanya dewata raya bla2. Segenap segi orang nak putih. Muncul lah produk yang popular, tak popular, repack, produk korea, produk Siam mali. produk local dan macam2 lagi lah. Produk yang so claim bebas kimia walhal ada hidroqunoin pun ada dik non.

Belek surat khabar - takyah tunggu ahad pun, ramai gler dok menjual produk pemutih. siap ada testimoni yang real (kononnya) - sapu 5 minit terus nampak beza keputihannya. OMG. Dasat noo, kepakarannya. Memutihkan - mencerahkan.
Buka tv lak - rancangan Wanita Hari Ini, ada produk ni, Go Shop pun ada. Kat RTM siap ada program khas.
Tu belum masuk cite kat media sosial lagi, facebook & Instagram. Siap tunjuk gambar peha sebelah menyebelah lagi. Pergh! takleh nak bayang - kegilaan mereka yang nak cantik di Malaysia ni.

Sampai anak aku kata "mama, nak cerah juga. semua kawan dira pakai krim pencerah" Mamanya tengok atas bawah. Diam. Dira kan dah cerah macam Cina, nak cerah macam mana lagi? Maksudnya budak2 sekolah renda pun ada yang rasa rendah diri sebab tak sama level dengan kawan. Walhal dia jarang tengok tv kot. So, mana dia tau pasal cerah2 tu? Dari kawan2 dia yang tengok cite ni lah kan.

Zaman aku sekolah menengah dah ada sebenarnya produk pemutih ni. Dari Siam. Aku tak pakai lah walaupun teringin sebab nengok seksanya sepupu aku nak cantik. Kena berkurung kat rumah dalam 2minggu (masa tu kulit nak menggelupas sebab nak dapat kulit baru). Tak tahan wei. So biarlah hitam si tampuk manggis ni. Mak redha.

Masa aku study USM 16tahun dulu pun ada yang pakai produk ni. Dulu Noveoux Visages - yang ownernya dari Filipina. Pastu barulah muncul produk NV yang seakan2. Pastu ada lah produk alah aku pun dah lupa.

Member aku pakai lah produk NV ni. Mahal bak hang. RM260 kot untuk 1 set, tahan 4 bulan kot. Mahal lah untuk student macam kami. Tapi kesan dia memang lawa lah, cerah, putih ja orangnya, tapi putih setakat muka lah. Kalau rajin skit kena sapu bawah dagu tu biar sekata. Yang aku perasan, bila panas terik, muka kawan aku macam merah sikit, silap gaya, boleh menggelupas. Tapi benda ni kena mantain. Kalau tak mantain akan jadi balik kusam. gitu lah citernya.

Masa keja pun aku mantain ja, kulit gelap. Cuma bila muncul produk Nour Ain Skincare, aku pakailah. Dia punya effect bukan putih tapi cerah. Kira ramai gaklah budak opis yang terkena fenomena Nour Ain. Haha. Pastu bila dah malas - kusam balik noo.

Ok, berbalik cite asal - kulit putih penting sangat ke untuk nampak cantik? Bagi orang Malaysia yang suka tengok muka cerah2 ni ya lah kot. Tapi kalau omputih dia suka lagi tan, sebab tu ramai selebriti berkulit tan kawin dengan mat Saleh macam Ning Baizura n Nurul.
1) Mungkin perbezaan kulit tan & cerah, orang akan lebih perasan kulit cerah ni.
2) Kulit cerah dalam gambar nampak lebih menonjol
3) peranan media cetak/elektronik/media sosial sebabkan kulit cerah nampak lebih kehadapan

Sian orang gelap macam aku. Haha. Sampai dulu2 kan ada kecoh yang adik angkat/kakak angkat kat sekolah menengah. Masa dulu lah, tak jumpa pun, bertukar2 surat & gambar. Boleh adik angkat aku tu kata. Akak kalau putih mesti lawa kan?" - Lahabau punya budak. Itu yang dia nampak. Samprit betul. - tapi ni citer dulu2 lah.

Sekarang nak putih - tempek ja lah bedak arab ke hapa ke. Takdanya nak pakai benda2 ni. Kalau tak sebab kesihatan pun, memang aku ngelak benda2 ni.

Sekian karutan dari i. Takda kupasan apa2 pun, saja habiskan masa uols membaca. Jangan marah


Friday 26 February 2016

Bisnes - Part 3 - Saya tak kuat

Rezeki orang tak sama.
Ada orang masa mudanya bertungkus lumus, bila dah berusia sikit, menikmati hasilnya dengan lenang.
Tapi ada orang masa mudanya keja makan gaji, dah berbelas tahun baru nak cuba nasib bisnes memang haw haw har har la jawabnya.
Bisnes bukan senang. Bisnes sesungguhnya mencabar. Sebab tu aku dulu2 buat separuh jalan. Sebab takut tanggung risiko. Penat nak pikir. Stok yang tak habis nak buat apa lagi. Nak topup kan modal tak balik lagi, alih2 rugi. Bisnes memang camtu. Untung rugi tanggung sendiri.
Rasa nak give up.
Tapi bila pikir2 dah beribu2 habis untuk beli, perah fikir design, ulang alik itu ini, update gambar, semua - so takleh. Lakiku yang cakap takleh stop. Walaupun kami dah 2 bulan, modal pun tak pulang lagi. Asik dok menopap je kejanya, laku pun tidak. Har Har Har.

Tengok orang lain macam ok je bis. Ada yang pakai diri sendiri ja jadi model (yakni muka biasa2-tapi follower pergh! berpuluh K) baru ja update stok baru - licin. Mak ni siap pakai model lawa, official photographer, tapi orang like pun tak. Adess. batu berat terhempap kat kepala.

Usaha dah buat cuma mungkin lum rezeki. Atau tak cukup bersaing dalam dunia yang penuh persaingan ini. Sana sini buat benda yang sama. Jadi customer akan cari barang yang paling dia nak. Biasanya dorang ikut ikon dorang. Macam Fynn Jamal, Atita Haris, Bella Amara, Calaqisya. Nama2 tu memang leh jual, letak la apa2pun, keja ja abis. Pastu tambah dengan selebriti menjual lagi. Haha, tak ke nangis orang yang baru nak bertatih ni.

Instagram dah buat, gambo pun lawa, hasil siap, cun melecun, tapi tetap tkde sambutan. Tengoklah tip2 bisnes, ada yang memang kena gi berguru, aku paham. Tapi dari testimoni yang aku baca. Kebanyakkan yang ada modal banyak bolehla spend. Sebab tu untuk skala besar. Macam aku yang modal 2-3K ni, kenala ukur baju di badan sendiri noks. Eh! Lum masuk kos model + gambar + video lagi tue. Itupun ntah bila pulang modalnya.

Berbalik pada tip usahawan tu. Aku ada baca lagi yang kata dah pegi tapi sebenarnya benda tu ada ja kat internet cuma kita kena compile ja. So, bagi aku untuk skala yang kecik2 ni, eloknya bermula dengan kecik saja. Tapi orang kata kecik, bagi kita dah cukup besar doh. Nangis lagi.

Banyak entrepeneur (ni hasil interview aku) - akui GST antara punca ramai yang berjimat. Kuasa beli dah kurang. Ramai yang memilih. Jadi bayangkan orang yang baru nak naik macam aku? (orang cuma tahu label-mana boleh tunjuk sey-habisla). Lagilah sekarang, kanan kiri nak meniaga yang sama. Huhu - dalam hati - kenapala aku dok cadang bis tudung? Patut pilih lain. Sekarang camna ni? Beli pakai sendiri ja lah.

Sebab tu aku tak berapa nak bisnes. Hati tak berapa kuat. Tak macam abah & ma aku. Rasa down lak. Tapi kena sabar. Tunggu. at least setahun. Huwwwaaaaa. Saya tak kuat awaaaa

Diary Pesakit 13 - Last day Kuarantin

Sebelum subuh, kami dah gerak ke PPUM. Solat subuh di sana sebab tak mahu jem. Nama pun federal Highway dik non, kiranya time tu peak hour, semua orang nak g keja. Kami lak dari Klang, kena tempuh Kemuning, Subang, Petaling, Sunway, Kerinci barulah sampai PPUM.



Bekfes dulu sebab time appoiment jam 9am, so lepas mkn apa yg patut, terus g Perubatan Nuklear. Orang yang sama sebab carry on yang rabu tu. Kali ni dapat no.4, lepas baca Midi semua, nama dipanggil untuk CT Scan. Tukar baju, standby.


bilik ctScan. kt atas tu hijau, means ada orang discan


Tapi kali ni macam lain skit CT Scan - bunyi dh makin kurang bising, macam tak masuk dalam terowong tu pun ada. Lama menunggu skit, sampai aku tertidur lah kat situ. Haha. Tapi agak lama lah gak. Hampir 50minit kot. Camnalah yang budak kena sakit kanser tu. Aku pun takleh imagine camna dorang mengharungi benda tu semua. Mcm kita dewasa ni ok lagilah kan. boleh sabar semua.

tapi mcm kt PPUM, ada benda 4 segi besar kt kepala


Dah habis scan, semua buat appoiment dengan onkologi pastu bayar. Oh! payment untuk cek darah saja RM204. Gulp! Mahal weh!, pastu CT Scan RM150. Total dalam 354. Lum campur parking, minyak semua kan. Boleh clain separuh je kot. Takpala, ada gak bantuan. Itu ok skit dari swasta yang gulp! beriban dik non. Nangis.

zon bahaya. Hospital sendiri buat macam ni nak remind. So aku dengan ada anak kecik memang kena kemas, cuci, basuh berasingan. esok 

Dah balik, kuarantin lagi, standby nak kuar pagi esok jumpa dorang semua, nak cuci lantai bilik, basuh baju, rendam pinggan semua (cik suami kata buang je. takut gak radiasi kan). Huhu. Esok dia lak outstation. Sabar je lah.

Esok merdeka.!

diary pesakit 12 - hari kedua kuarantin

Malam pertama tadi last2 aku tido bertemankan kipas. Tak jadi pasang aircons sebab bilik kecik, sorang memang sejuklah. Bangun pagi, dengar papa dia kejutkan anak2 bangun tido. Disiplin betul kan? Kalau mamanya kejutkan, lepas buka mata - pejam balik, takpun tarik selimut, takpun cakap - nantila mama. Haisy.

Lepas dorang pegi sekolah, cik laki siapkan lunch terus bawa naik atas, sebab dia g keja, dh banyak ari tak g keja, sian gak. Lagpun aku sorang je, dok bilik, layan fb, instagram, Konon2 nak update macam2, hadui. takdalah. Selain baring, aku tido jap. Pastu tengokfb sampai banyak kali refresh takda update fb. Haha. Dasat tak dasat

Ada effect macam tangan n kaki kebas2 skit. Yang lain ok.

Gigihla buat page untuk bisnes kengkononnya, tapi bila baca blog ika Radiusite yg FB dah hidden page kita dari likers, selagi kita tak beli adv. Ok! Nak kata apa, dia punya kan. So tak jalan. Aku buat fb personal lak, share fanpage kt situ. So kena update dari situ.

Apa lagi ya? Jemu dah nasi putih ayam goreng. Aku rasa pagi petang dok makan benda tu, tekak pun takleh terima dah. Cannot anymore, tapi cik suami bawa balik ayam bakar yang Iranian masak, yang ada sambal tomato. Boleh telanla skit. Tapi untuk hari ke3 aku kata cukuplah. cannot go dah.

Bersambung

Diary Pesakit 11 - Minum RAI (hari pertama Kuarantin)

Pagi rabu aku ke PPUM. Untuk RAI - yakni RAdioaktifiodin - panjang noo bunyinya kan?
Satu batch dengan aku adalah 4-5 orang. Dalam 2 bangsa Cina, 2 bangsa India & aku sorang. Kat situ dah kita boleh baca - bahawa kekerapan untuk kena penyakit kanser bukan bangsa Melayu kan? Kerap kena adalah bangsa Tionghua, kemudian Melayu, barulah India dan lain-lain. Tapi kenapa yang kita dengar berakhir dengan kematian adalah Melayu. Ini sebab Melayu lambat dapat rawatan awal. Bila ada simptom pun lengah2kan (aku pun penah-boleh baca citer dulu2). Lepas tu bila dah tau pun extend lagi dengan harapan dapat rawatan alternatif, tapi benda tu memang cepat - dia makan sel badan kita terlampau cepat sampai kita tak sedar dalam badan kita dah penuh 'sel jahat'. Jadi bila dah teruk sangat - ke hospital - dah metastatik (stage 4- yang selnya sudah berada di mana2 bahagian badan - seperti hati, usus, limpa, tulang) memang takda ubatnya - Ia ngeri. tapi ia perlu ditelan. Bukan aku yang cakap, doktor yang cakap - dorang ada statistik.

bahan bacaan ketika menunggu - dulu rasa macam tak terlintas langsung nak baca midi, ya lah untuk 40an kot. Tapi bila sekarang rasa ilmu tu memang dekat aja dengan diri. Tapi sayang dah kena tutup. Sayang tul. Sebab aku memang aku suka membaca tapi orang sekarang cukup dengan gajet. huhu

Ok, berbalik pada situasi aku - yang datang adalah dari pakcik & makcik. Haha. Nampak sangat aku ni dah sebaya mereka (diukur dengan kadar kesihatan-kesian mak kan)- yang ada tu dalam 50an ke atas. Ada sorang auntie bangsa India tu siap borak dengan aku tanya pengalaman pertama ke? Aku cakap tak, ini kali ke3 dah. Oh! - Dia baru kali pertama- doktor bukan sel kanser, takdaoperation tapi nak bagi remove, kena buat RAI. Bila aku tanya umur dia bape, dia cakap 71. WOW! Sebab dia nampak macam umur 60an, dalam 61/62. Sebelum dipanggil - dia sempat bagi tips - even sayur & buah pun skrg bahaya, byk sembur bahan kimia, jadi kena basuh dengan air garam, rendam dulu, baru masak. Haha- memang fakta yang ramai tahu tapi ramai juga tak buat. Sabar je lah

Rabu - setelah nurse panggil, aku jumpa Doktor hensem. Haha. Mulalah akal nak berfikir macam novel kan? Namanya Dr.Iqbal. SPecky, muka nerd tapi ada rupalah. Usia dalam lewat 20an kot. Tanya aku macam2, pasal anak bla2, tapi bila tanya pasal pantang. Aku ni pun dengan lurus bendul cakap, aku ada termakan gak lah - telur skit, roti skit. Dia diam, pastu dia tanya sehari ke berhari2?. Aku kata tkdalah berhari2 juz adalah makan gak. Pastu dia nk gi tanya physician. Aku pun apa lagi - kutuk diri sendiri! Adui - yang gi gatal dok bagitau semua tu nape? Buatnya dia cancel kan. Satu hal lagi nak amik cuti lagi - pantang lagi. Pastu dia datang, tak jumpa physician. Aku tanya takleh buat ke? Dia kata tak pasti - takut gangguan CT Scan tu - Kantoi! AKu pun sedih betul. Bukan buat muka sedih tau. Ni sedih tul2. Pastu nurse suh duk luar.

tetiba ada doktor mike plak. Haisy. pasai apa. Doktor kacak yang viral ini sekadar sendalan. Imaginasi penulis

Alah - dah tau dah muka aku pelik. Lakiku tanya nape. Aku jawab doktor hold dulu. Muka dia dah macam 'What?'. Huhu. salah sendiri kan. Terjongol2 kepalaku nak tengok kot ada misi panggil. Hampa, terlayan lah plak Mentor Milenia Qu Puteh. Haisy. Nama orang lain dipanggil dulu. Sampai la pastu misi panggil, doktor yang kacak tu kata ok, physician kata tak ganggu. LEGA. NEXT TIME - kalau dah buat salah pun, jangan ngaku. Haha - jangan ikut perangai aku ya kengkawan.

So, bila dah masuk, physician pun bagilah bla2 tau pantang2nya gini2 semualah. Banyak juga doe. Siap dia pesan, orang awam sehari takleh jumpa, tapi kanak bwh 12 tahun yakni anak2ku kena kuarantin 3 hari serta ibu hamil. Huhu. nangis dalam hati ja.
Kalau ikut ilmu physician, dia kata boleh ngandung selepas 3 bulan, tapi kalau ikut ilmu onkologi, aku memang dah takleh hamil sebab sisa radioaktif dan nak rawat cancer lagi. Jadi, sudah bersyukur dengan 3 cahayamata. Amin

Masuk untuk minum - haisy berdebar lagi nampak muka poison tue. tapi takdalah aku nak langgar etika snap gambar kan. Physician tu ada kat situ. Haha, dalam tiub ja. 5mci =10ml. terus amik penyedut, sedut. dah habis, dia tuang air suling nak bagi clearkan semua. Rasa? Macam air garam. Biasa ja. Tapi hakikatnya? Radioaktif.

ni pic google ya. memandangkan aku tak dapat snap, macam tu lah lebih kurang, kena habiskan yg dalam tiub tu.


So bila dah minum kena dok jarak jauh semeter dari semua orang. Haha. Lepas ni dok dalam kereta pun belakang & silang - jadi mem besar. Lakiku siap gurau. Habislah sperm tak subur, badan pun rasa panas - Ok! gurauan orang dewasa (harap jangan amik berat)

Balik rumah - terus masuk bilik & start kuarantin. Semua asing2. Makan pun nasi putih & ayam goreng. Ya Allah, memang kena berkorban semua nikmat. 2pm - dira balik, dia tau mama ada dalam bilik. macam ketuk2 pintu. Tapi aku buat derk. Memang takleh jumpa kan? Buatnya terbantut anakku, sapa nak jawab. So hati2 ja lah.

Petang magrib dalam 7.20 Qimi & Mia sampai. Aku siap pesan kat DIra jangan bagitau adik2 dia. Nanti kang dia dok ngetuk. Tipu sunat takpala. Tapi mia sebelum tido tanya, bila boleh jumpa mama kat hospital, papa? Takke hiba ko dengar? Papa kata sabtu pagi. Surprise.

Malam tu sementara dorang salin jadual, buat keja sekolah, aku diam dalam gelap, cuma kipas je pusing. Lepas dorang semua siap, tido awal. Memang papa jaga, disiplin sungguh budak2 ni. Cer mama yang jaga, ada ja excuse macam2. Haha, barulah mak buka lampu. Adui. Sedih sungguh kan?

Ok, Cukupla, esok sambung lagi

Monday 22 February 2016

Dunia kahwin / Dunia bujang - kawan dah tak sama

Biasa kita dengar kawan masa senang - ramai & masa susah - tiada / hilang.
Tapi apa yang aku nak tulis ni berbeza. Ia bukan sebab ramai/tiada/hilang. Ia disebabkan kitaran hidup seseorang menyebabkan benda ni berlaku.
Macam susah nak paham kan? - Aku tak reti nak bagi analogi macam orang lain, jadi aku bagi fakta teruslah ya.

Bila ko masih belajar / dah kerja, ko akan ada ramai kawan kala susah & senang. Itu simple matematik. Sebab ko hidup solo. Dorang pun dok solo. Masing2 jaga hal diri sendiri ja. Jadi, bila begitu, kalau ko nak share kegembiraan - dorang ada untuk bersama. Begitu jua kesedihan sebab putus cinta ke. Mereka ada sebab mereka pun ada masalah yang sama & nak cari orang untuk bercerita / melepas perasaan.

Tapi bila ko kerja & kahwin - ko akan share dengan suami/isteri kan? Kawan bujang tadi pun dah kawin. Masing2 ada komitmen yang tidak berbelah bagi pada kerja, rumah tangga, anak & peribadi. Semua itu bukan sebab ko takda kawan masa susah. Tapi itu adalah kitaran hidup yang kita perlu faham.

Jadi katakan ko tengah sedih, ko dah share dengan pasangan kat rumah tapi bila datang kerja, ko nak share dengan kawan ni - dorang pun ada masalah sendiri. Ko nak bercerita serba sedikit pasal masalah ko sendiri (bukan masalah anak - sebab anak ni ramai ja ada cerita bersama). Mungkin ada orang dengar & mungkin juga sebaliknya - Ini adalah kerana semua ada komitmen & takda masa nak fikirkan masalah ko sorang walaupun ko sebenarnya setengah mati menahan sakit - aku bagi contoh ja.

Apa yang perlu dilakukan? - Bercerita bila ditanya saja. Sebab bila ko bercerita tanpa orang tanya - benda tu akan jadi bosan - one way communication. Come on - kita bukan zaman belajar dimana ko boleh habiskan 1 malam cuma dengan bercerita kucing yang mak ko jaga mati. Lain beb.

Macam aku sendiri. Mula2 rasa sedih juga sebab takda orang nampak concern pasal aku sakit. Ya! tak semua orang tahu aku sakit pun tapi dengan kawan2 baik aku mengharapkan ia lebih dari itu. Bukan sekadar bertanya khabar. Eh! ada ke tanya khabar? Haha - maksudnya aku mahu dibelai lah kononnya. Tapi mati hidup balik - Taklah. Selagi ko boleh buat kerja dengan baik - sama level dengan orang lain. Selagi itu mereka akan anggap ko ok. Kadang2 tertanya, dorang ni tau tak kawannya menuju kematian?. Haha

Dont- dont judge them! Industri media memang sibuk. Aku tak nak komen kerja lain sebab aku tak tau. Yang aku tau - kalau kerja gomen, ada cuti 2 tahun untuk rawat penyakit kritikal. Kat swasta? Ko jangan harap! Takdanya nak begitu. Selagi fizikal ko bertahan - ya buat keja! - Tak! Aku tak merungut, cuma bercerita benda yang fakta. Dan faktanya memang begini. Di swasta kita menjana pendapata. Jika kita sudah tidak menyumbang harap paham2 sendiri. Bagilah pada orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah, aku masih boleh bekerja sama level dengan orang lain. Allahuakbar. Nikmat mana yang ko dustakan?

Bila dah 3x nak masuk RAI, aku cakap dengan kawan2 aku pun mereka kata good luck ja. Aku faham sebab sekarang memang bz. Lusa yakni jumaat-ahad ada KArnival KArangkraf di mana kami ada 6000 helai shawl SBU & Benang Hijau untuk diberi secara percuma pada setiap pembelian majalah. Eh! Korang datang tau! Banyakkkkkkkkkk sangat shawl free nak bagi - sempat iklan nooo..

Member ada hal lain yang perlu difikirkan, nak cari hadiah, nak siapkan bahan, nak bungkus hadiah, nak siapkan baju, nak setelkan tagging, nak buat prop. Selang beberapa hari lak ada final Pencarian Ikon Nur & mereka setelkan tanpa fiza (cuti bersalin) & tanpa aku - MC seminggu. So takyah nak sentap/ takyah nak sedih sebab semuanya sibuk tahap dewa. Bila dah kurang staf, faham2 la sendiri ya beban kerja itu.

Alhamdulillah, kerja ok. hari ni nak setelkan sikit lagi artikel sebelum tolong dorang setelkan hadiah shawl percuma itu K -

Wednesday 17 February 2016

Diary pesakit 10 - simptom macam2

Skip ubat 1 hal 
Simptom yang muncul 1 hal
Langgar pantang makan 1 hal lain
Jangan jadi seperti saya.

Sebulan skip ubat - no problem
Simptom macam tetiba sakit di pinggang - mulalah eh! sakit buat pinggang ke aku ni? Fikiran tu kan melayang2 gitue, tapi macam tak, tetiba sakit kepala laks....lakiku kata mungkin sebab tak amik ubat, so dia jadi 'weng' skit. Mungkin juga sebab cuaca panas sangat, membuatkan aku cepat rasa simptomnya. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh control, Sebab orang tak dapat rasa perbezaan itu. Mungkin orang yang tau dia nampak aku penatlah. Tapi bagi orang lain- dorang nampak aku macam orang lain. Sama.

Langgar pantang makan
Dah nak masuk 3x rai.
Aku ada lah gak rasa telur goreng dalam masa2 tue, ada jugalah termakan ikan masin...hahaha... Tak taulah apa nak jadi uols. Sabar je lah. Redha
Cuma tinggal beberapa hari ja lagi - ari ni khamis - rabu dah start cuti - Dengan bahan ada separuh lum ketuk, ari ni lagi shooting - pitam
Ok, WISH ME LUCK

Wednesday 10 February 2016

Diary pesakit 9 - kepala rasa migrain

Entry ni sepatutnya ditulis sebelum 28 Disember 2015. Yakni sebelum aku berjumpa doktor endokrin - simptom/kesan teruk yang aku hadapi ialah payudara berdenyut & kepala migrain.
- aku tak pernah kena migrain (seingat aku lah) - jadi bila kena tu rasa aduh! hanyut ja rasa, rasa macam sukar nak cerita sakit tue.
- tapi aku taklah makan ubat penahan sakit (haisy - dah sakit macam2 nak tambah lagi?)
- so biar je lah, tak tahan sangat-tido.

15 Dis 2015 - sebelum aku jumpa doktor tu, ada amik darah dan 'neck ultrasound' . So ikutlah yang buat ultrasound tu (biasa ultrasound baby kan? ni tekak....hahaha-ada lah pengalaman gak), bila cek lama2, dia pun tengok skrin, aku dah berdebar dah ni weh! nampak macam putih je kat skrin. apa benda tu?, dia cek lagi. Aku pun takdalah nak tanya semua benda. Kita paham kan keja orang, biar dia buat keja dulu. Dia scan lagi kiri kanan, bawah, atas, kadang2 amik masa lama pada sebelah, pastu aku tengok skrin, cam ada putih panjang. Aku tanya apa tu? Dia kata ada 3 lymph nodes yang besar. Ia sel normal tapi kalau ia membengkak akan jadi bahaya. Setakat ni bukan sel kanser (takutnya). Apa pun kena tanya doktor in 2 weeks.

28 dis - Seawal pagi dah ada kat PPUM. Biasalah, carpool dgn laki keja kl, kenalah hadap bangun awal-utk elak jem, tapi nak buat camna, dah nama pun KL, sesak is everywhere. Lambat gak nk dapat turn jumpa doktor. Walhal aku datang awal, tapi orang lain datang lambat leh dpt turn awal dari aku, Pelik. Tapi aku ni malas lah nak tanya2 banyak kan. Kita tunggu je lah sambil scroll ig. So dalam jam 11.50am kot baru dapat jumpa. Lama kot dalam 4 jam. Hewww. Bila jumpa doktor, dia say hi, cek result darah, dia happy katanya sebab bacaan darah bagus, sebab ubat itu menguatkan imuniti aku dari serangan sel jahat tu. Pastu leher aku pun ok, good. Pastu aku cakap fasal simptom payudara berdenyut & sakit kepala. Oh! Dia kata kalau berdenyut - sebab ubat tiroid tu tinggi sangat, badan aku takleh terima. So, dia xplain, bila dos ubat tinggi, memang bagus untuk elak sel tu, tapi sebab aku tak tahan-dia turunkan dos, Jadilah dari 150 pada 125.

Alhamdulillah, hari2 seterusnya memang aku dah takda simptom tersebut. So aku berteori, patuttla pasal ubat rupanya. So, Alhamdulillah, yang teruk2 dah takda, cuma ada lah sekali sekala sakit berdenyut. Ok normal. Alhamdulillah.

31 Disember (khamis) - Patutnya aku jumpa onkologi, tapi ni Mia register sekolah agama. So plan asal, aku bawa qimi g PPUM, lakiku bawa dira & mia ke sekolah agama. Tapi sian lak. kena ulang alik hantar aku pastu ke sekolah. So aku decide nak skip (nampak tak betapa beraninya aku skip! - jangan contohi aku ya bab culas ni) - sebabnya aku fikir bulan 2 ni kan, aku minum radioaktif, so takpalah kot. haha. Lepas tu aku call la bahagian onkologi, xplain. dia kata tkyah buat appoimentla, stick pada Rai, nanti dorang bagi date baru.

Gitulah kan, bila dah rasa sihat skit, haip!

Wednesday 3 February 2016

Bisnes? Part 2

Keja makan gaji = zon selesa = cukup bulan gaji masuk =tak perlu risau pening kepala bagai, janji keja kita dah buat sungguh2 = takda kebebasan = sampai satu tahap bosan buat benda sama = tapi bila ada benda menarik, itu interesting

Bisnes = zon mencabar = pendapatan tak tetap = banyak fikir modal dah banyak kuar, tapi satu barang pun tak jual = kebebasan bersyarat = ada masa sampai boleh bosan & nak giveup = tapi bila orang follow (tak beli pun) dah cukup menarik dah tu.

Nak menceritakan hal peribadi di mata umum, memang tak syok, tapi aku rasa, ada baiknya aku citer gak, sekurang-kurangnya citer aku bolehla dijadikan panduan. haha. poyo ja
Kegawatan ekonomi = industri merosot = pemberhentian pekerja = company besar dptla VSS, company kecik jadilah MSS- yang tak seberapa.

So laki aku antara yang tersenarai, gitue- tiap2 bulan berdebar, tapi still tak tau camna. Harapnya taklah kan. Doa banyak2.
So - nak buat apa? Bisnes? Pandai ke? Boleh ke hadap bisnes dikala orang berjimat cermat? Dikala politik tidak menentu - PM yang jadi heading berita luar negara. - hampeh tol.

Tapi kena jalan terus - Akhirnya dia jual kereta yang baru pakai setahun dengan linangan air mata (sedih woo tengok bagaimana dia lepaskan kereta tu - nak beli keta tu pun hasil berjimat cermat duit gaji sampai aku sendiri tak tau yang dia beli keta tu).

Duit tu topup2 untuk lifestyle & buat bisnes barang komputer dia, pastu kononnya topup skit untuk tudung aku? Hahaha..akhirnya orang yang menulis fasal tudung turut terjebak,
Macam tak caya. Ya! Aku sendiri tak caya sebab itulah makanan aku hari2 kat majalah Nur, tetiba aku lak nak buat. Dikala butik online dan budak2 umur 17 tahun pun dah boleh buat bisnes tudung. Kira aku terlambaaaaaaaaat sangat. Tapi tak cuba tak tau.
So, baru nak start - beli tudung kat Jalan TAR dan jual - dah sebulan, satu pun tak laku lagi. Haha.
Pastu buat shooting pakai model kt studio. Update lagi - tak jalan - y? Sebab orang terlalu ramai bisnes weh! klik je kat ig tu macam2 kuar. so, apa nak buat. Amik jalan pegi hantar kat vendor. Tapi sebab tudung biasa2, macam tak jalan ja. haha
Pastu aku gi laila fabrika, cari tukang jahit untuk siapkan shawl. dalam masa seminggu siap. Yang ni kos dia boleh tahan gak. haha. Sebab tu lah orang jual mahal compare tudung jalan TAR kan. Ni baru nak amik & jual.
Dan projek aku ni rahsia. Manaleh gitau budak opis. Kang konflik interest lak. Walhal, semua contact yang aku buat ni aku scroll ig ja. Satu pun tak pakai contact yang penah aku buat di majalah. Ya - sebab aku tak nak konflik interest tu-tak nak orang tau.
Sapa nak beli shawl instant & 2 muka tu, mehla order dengan aku. Baru nak start bis ni. Sabar je lah

Duka berganti suka

Orang tua kata mendung tak bererti hujan
Kalau rabu tu aku rasa sedih, keja banyak bertimbun2, dengan demand yang macam2, balik handle baju sekolah, budak2 tak dengar kata, rasa malas cakap dengan sapa2.
Tapi khamis lak rasa happy sampai ke malam. Sebabnya aku berjaya close deal dengan Fareeda untuk sponsor cash money bagi event kami Pencarian Ikon Nur 2014/15. Best sebab di sebalik kesusahan kami nak cari sponsor cash (memang susah-kegawatan ekonomi di samping banyak sponsor beralih ke tv, memang susah), huhu..
Tapi bila dah dapat. Leganya Ya Allah. Bolehla topup kat mana2 nanti
Pastu aku berjaya dapatkan interview dengan Admin Amran Fans yang lama – diulang yang lama untuk topik penyusuan susu ibu, selfie,upload, fb- Wah! Xcited giler weh!. Tapi syyy, aku tak bagitahu orang lain. Ni scop okey. Pembaca blog ni pun tak ramai, so oklah kan.
Pastu happy sebab Qimi sendiri yang nak tuisyen. Bayangkan Qimi yang istimewa itu, susah sangat nak belajar, dia memang ada masalah fokus belajar-tapi bila dia sendiri yang nak. Aku kena support. Walaupun tuisyen 8-10pm, sedangkan dia kul 9.30 dh tidur. Haha. Jauh lak tu. Kena berkorban lah skit.

Pastu aku dah start shooting awal sebab nak cuti treatment dan raya cina ni. Tinggal nak ketuk artikel jah. So kesimpulannya, keja memang penat tapi berbaloi apabila yang kita rancang sukses. Love

Tuesday 2 February 2016

Februari - bulan yang paling bz

Februari
Walaupun tahun ni tahun lompat, yakni 29 hari
Tetap rasa singkat
Sebab tu bila team kami start shooting awal – fotographer, mekap artis, model hairan – “EH! Bukan ko baru habis deadline ke?”
“Haah ya, tapi bulan ni kan singkat.”

Disebabkan beberapa faktor
1  1) Feb – bulan yang paling singkat di dunia, sedangkan keja tetap sama.
2  2) Dengan fotographer yang semakin menyusut – so kena berebut tarikh-kan?
3  3) Fiza cuti bersalin – so keja 5 org bagi 4 org termasuk editor.
4  4) Cuti Raya Cina 8&9hb. Nama ja 2 hari tapi for sure ramai yang cuti – dahla keja kami kena berurusan dengan ramai orang, gomen lah, so makan masa sikit nak dapat persetujuan bla2.
5  5)Aku perlu jalani Radioaktif/ Radioiodin – 3 hari kuarantin – tapi kena sambung cuti lagi bagi badan betul2 kuat. So kat situ nampak tak kena struggle bahan.
6  6)Karnival pada tarikh aku jalani terapi. Walaupun aku tak dapat membantu team hijabi (sian dorang, dah la 2 org beranak – fiza & bela (hijabista)- nak jual sampai 6000 copies. #matilanak
7   7)Ada event final Pencarian Ikon Nur pada 5Mac – lebih kurang camnilah. Minggu ni Karnival –jumaat,sabtu&ahad. Minggu depannya – sabtu depan, event final. So reheasal kena jumaat 4hb, abis tu nak bungkus barang2 hadiah semua?
    8) Nak cari hadiah untuk karnival lagi, untuk event lagi – OMG

Rindu nak menulis ayat2 novel. Itulah kan – masa aku berkobar2 masa lak takda. 

Jadi tepatlah ‘Kau manusia-kau takkan dapat semua’

Monday 1 February 2016

Kau manusia - Kau takkan dapat semua!

Aku pun dah lupa mana quote ni aku dapat. Adalah dalam facebook tapi lupa sapa penulisnya. Ceritanya lebih kurang camni -

"Masa kita budak2, kita nak macam2, coklat, buku, hadiah - kita ada tenaga (adrenalin yang menderu) & masa (yalah sekolah pagi ja, takda Kafa - petang apa lagi melompatlah) - tapi kita takda duit, still kena mintak dengan mak. Sengal, Memang mintak dapat ja, tapi takkan nak mintak selalu. Ya dak"

Masa kita muda - bekerja - kita ada duit (sebab kerja-gaji masuk), kita ada tenaga (pegi sana sini, jalan kaki, redah hujan masa shooting semua ok, cun, demam tak sangat) tapi masa tu kuranglah kan. Huhu, nak tengok tv sekarang pun tak dapat sebab balik keja ja, terus sental baju sekolah, masak, iron baju, basuh pinggan, tengok homework budak2-zasss tido.

"Masa dah tua - kategori dah pencen (itupun if ada nyawa lagi) - duit ada, masa pun ada tapi tenaga dah takda. Huwaaa..."

So kesimpulannya - gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk benda2 baik. Itu lah kan..


Industri tenat...Gen Y & Gen Z kah puncanya?

Masih berkait dengan isu semasa iaitu pemberhentian kerja oleh beberapa syarikat/GSC dan macam2 lagi. Yang teruk terjejas semestinya Oil & Gas sebab harga minyak jatuh gila2 – dah bawah USD32 per barrel. Ni aku copy dari website yg update 3 jam lepas.

“Light, sweet crude for March delivery settled down $2, or 6%, at $31.62 a barrel on the New York Mercantile Exchange. It is the largest daily dollar loss since Jan. 6 and snaps a four-session winning streak. Front-month April Brent crude, the global benchmark, settled down $1.75, or 4.9%, at $34.24 a barrel on ICE Futures Europe.”

Pastu Industri penerbangan Mas menyaksikan 200 kot (lupa nak copy) pilot hilang kerja, industri kereta, industri kilang – macam elektrik – kawan aku cite 3 tahun lepas kot. Yang Panasonic Tv seksyen dah kena tutup, sebab tv yang dihasilkan terlalu baik sampai tak rosak2 – means orang tak beli tv baru – so pengeluaran kena stop kerana takda permintaan – ingat subjek Ekonomi masa Form 6 dulu2.

Sebelum tu lagi, kamera digital (bukan dslr) pun dah alami kemerosotan sebab smart phone dah terlampau canggih doe. Yang ada sampai sama tahap dewa dengan DSLR pun ada k. 12MP kot, siap boleh selfie gape fish. Kwang2

Industri printing pun terjejas (tu tempat keja aku wei) – sebabnya sekarang gen Y semua pakai smartphone, berita pun baca thru online (tapi gen baru ni tak suka berita sangat-yang baca pun orang macam aku). – means paper & magazine mengalami penurunan. Sedih wei. Ingat lagi dulu2, paper tu dah jadi makanan harian zaman sekolah sampai awal tahun 2000, sebab itu satu2nya medium (selain tv lah) nak tahu berita, sekarang? Orang tengok surat khabar pun tak, terkontang-kantinglah kat kedai buku. Kecuali ada orang macam abah2 aku, yang masih membaca surat khabar – tak kesahla Sinar Harian, Utusan ke Berita, Kosmo @ Harian Metro. Janji fizikal & bercetak.

Orang sekarang. Gen Y & Gen Z – hanya melihat smart phone. Berita, gossip semua sampai berita baru jadi 5 saat, dah ditulis oleh Roti Kaya. Sian Media Hiburan yang gah itu, Sebab? Peminat dah tak membeli. Baik depa beli topup nak tau berita. Macam juga dulu2 – ramai budak2 yang teringin nak masuk majalah sebab nak gambar terpampang, tapi sekarang ada instagram, pandai sikit ayat, masukkan gambar yang comel, bajet cute, ramai follower – tadaa..dah tak perlukan majalah – macam Atita Haris – dah jadi Jutawan dah hasil review ok.

Orang macam aku masih suka membaca fizikal, tapi tulah, umur dah meningkat, ramai yang dah mula beralih ke arah buku keagamaan. Jadi, majalah tu sapa nak baca? Struggle kan? Dan ini fenomena seluruh dunia pabila Gen Y & Gen Z mula mendominasi struktur kerja dunia. Politik ja masih Gen M? Eh!. Haha, masuk politik gak.


Aku pernah tanya beberapa orang – akan terkuburkah industri printing? Susah nak jawab, ada yang kata ya, tidak & mungkin (tengah2) – Cuma aku masih mengharapkan orang kita tidak hanya bergantung pada berita/cerita di smartphone semata2, sebab cerita begitu nak main story human interest bolehla. Tapi kalau story tokoh tu masih perlukan Wartawan untuk menulis. Story fasal kerjaya dan lain2. Kami yang akan menulisnya untuk bahan bacaan. Jadi sokonglah industri percetakan k!

datang eh Karnival Karangkraf ni - yang poster 6000 helai tudung tu team kami lah buat,
Nur, Dara & Hijabista. Datang tau

Februari 2016

Tahun mendung duka buat rakyat Malaysia.
Semakin hari dihimpit beban kewangan
Sampai menteri kata kena buat 2-3kerja dalam 1 masa untuk menampung hidup – Gosh! Kalau ko buat beberapa keja, katakanlah pagi keja kat opis, malam keja kat pam minyak, bila masa ko ada life? Bila masa nak jengok anak?. Duitkah segala2nya?

Penat nak berleter, penat nak merungut. Kalau bercakap sekalipun, ada beza? Takda kan? Lagilah dia buat macam2, spekulasi menteri besar kedah, kenyataan peguam negara yang kata PM dh pulangkan duit 2.3b kepada kerajaan Arab. What the fish? (aku tak mencarut kan? Haha), Isu Tabung Haji yang dah defisit. Haha,


Baiklah, tak baik untuk kesihatanku dok berleter macam2, P.Ramlee kata pendek umur. Dahlah, topik lain naa,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...