Wednesday, 3 February 2016

Bisnes? Part 2

Keja makan gaji = zon selesa = cukup bulan gaji masuk =tak perlu risau pening kepala bagai, janji keja kita dah buat sungguh2 = takda kebebasan = sampai satu tahap bosan buat benda sama = tapi bila ada benda menarik, itu interesting

Bisnes = zon mencabar = pendapatan tak tetap = banyak fikir modal dah banyak kuar, tapi satu barang pun tak jual = kebebasan bersyarat = ada masa sampai boleh bosan & nak giveup = tapi bila orang follow (tak beli pun) dah cukup menarik dah tu.

Nak menceritakan hal peribadi di mata umum, memang tak syok, tapi aku rasa, ada baiknya aku citer gak, sekurang-kurangnya citer aku bolehla dijadikan panduan. haha. poyo ja
Kegawatan ekonomi = industri merosot = pemberhentian pekerja = company besar dptla VSS, company kecik jadilah MSS- yang tak seberapa.

So laki aku antara yang tersenarai, gitue- tiap2 bulan berdebar, tapi still tak tau camna. Harapnya taklah kan. Doa banyak2.
So - nak buat apa? Bisnes? Pandai ke? Boleh ke hadap bisnes dikala orang berjimat cermat? Dikala politik tidak menentu - PM yang jadi heading berita luar negara. - hampeh tol.

Tapi kena jalan terus - Akhirnya dia jual kereta yang baru pakai setahun dengan linangan air mata (sedih woo tengok bagaimana dia lepaskan kereta tu - nak beli keta tu pun hasil berjimat cermat duit gaji sampai aku sendiri tak tau yang dia beli keta tu).

Duit tu topup2 untuk lifestyle & buat bisnes barang komputer dia, pastu kononnya topup skit untuk tudung aku? Hahaha..akhirnya orang yang menulis fasal tudung turut terjebak,
Macam tak caya. Ya! Aku sendiri tak caya sebab itulah makanan aku hari2 kat majalah Nur, tetiba aku lak nak buat. Dikala butik online dan budak2 umur 17 tahun pun dah boleh buat bisnes tudung. Kira aku terlambaaaaaaaaat sangat. Tapi tak cuba tak tau.
So, baru nak start - beli tudung kat Jalan TAR dan jual - dah sebulan, satu pun tak laku lagi. Haha.
Pastu buat shooting pakai model kt studio. Update lagi - tak jalan - y? Sebab orang terlalu ramai bisnes weh! klik je kat ig tu macam2 kuar. so, apa nak buat. Amik jalan pegi hantar kat vendor. Tapi sebab tudung biasa2, macam tak jalan ja. haha
Pastu aku gi laila fabrika, cari tukang jahit untuk siapkan shawl. dalam masa seminggu siap. Yang ni kos dia boleh tahan gak. haha. Sebab tu lah orang jual mahal compare tudung jalan TAR kan. Ni baru nak amik & jual.
Dan projek aku ni rahsia. Manaleh gitau budak opis. Kang konflik interest lak. Walhal, semua contact yang aku buat ni aku scroll ig ja. Satu pun tak pakai contact yang penah aku buat di majalah. Ya - sebab aku tak nak konflik interest tu-tak nak orang tau.
Sapa nak beli shawl instant & 2 muka tu, mehla order dengan aku. Baru nak start bis ni. Sabar je lah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013