Saturday 14 February 2015

Tuan Guru Nik Aziz - Perginya meninggalkan kesan mendalam tentang sebuah kematian

 Ya, 
Aku tahu tajuknya panjang. Jika biasa, aku boleh memendekkan dalam 2-3 patah perkataan sahaja. Namun kali ini sukar untuk menterjemahkan menjadi tajuk yang catchy. Dan rata-ratanya ramai yang mempunyai perasaan sama seperti aku. Bagaimana mahu menyingkatkan perenggan mengenai figura yang banyak berjasa menabur agama kepada rakyat Kelantan khususnya dan keseluruhan umat Islam di dunia. Jika tidak, tidaklah Allahyarham tersenarai diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims" pada tahun 2009.



Seharian mataku sembab. Kalau tak kerana ada assignment shooting fesyen di masjid wilayah, harus aku mencari portal yang siarkan live pengebumian Allahyarham. Bila dah siap, naik train dan baca komen2 orang lain mengenai peri budinya, lagi lah luluh. Walaupun ada yang tak penah jumpa, terasa dekat sungguh kan? Malahan ramai non muslim yang sangat sukakan Tok Guru. Tidakkkah orang yang mengejinya terkesan?



Berkenaan ketokohannya, aku percaya ramai yang sudah membaca di akhbar, media sosial dan pelbagai lagi blog. Ramai juga yang membuat tribute khas untuk Allahyarham dengan petikan video klip yang meruntun hati ini.

Ketika zaman sekolah dulu-dulu, politik Kelantan bergolak tetapi sebagai pelajar, tidaklah pula merasa keriuhan cerita itu. Cuma yang aku ingat, ketika PAS diumumkan menang, aku berada dalam darjah 6. Ketika itu, aura keIslaman mula memancar indah. Peraturan bertudung dikhalayak ramai dikuatkuasakan. Kalau berjalan beberapa ratus meter, pasti ada poster atau papan tanda yang mengingatkan bagaimana pemakaian Muslimah yang sebenarnya.


Di sekolah Menengah, kami mula mengenali figura Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015). Waktu itu, aku masih belum berjumpa dengan dia lagi. Maklumlah, nak ke Kota Bharu pun, aku masih budak lagi, cuma mendengar cerita tentang kewarakannya dari mulut ke mulut saja. Nak lihat dia di kaca tv, surat khabar lak, jauh panggang dari api. Betapa Kelantan dipandang sebelah mata sahaja ketika itu.





Sehinggalah aku bekerja, berita mengenai Tok Guru selalu aku dapat daripada rakan-rakan. Melihat kesederhanaan dia yang tidak tinggal di rumah Menteri Besar dan macam2 lagi cerita menguatkan semangat aku untuk jumpa dengan figura ini.

Ketika pilihanraya sedang berasak2 sekalipun, tahun 2000 ke atas, ketika itu media sosial tidak seperti sekarang, ramai kawan yang menyampah dengan Kelantan yang digambarkan negeri miskin, bla-bla, sampai rakyat terpaksa kerja luar dan bla-bla. Tapi takdelah sampai putus kawan, jadi kami elakkan bicara soal politik. Cuma, bila menyebut nama Tok Guru Nik Aziz, ramai yang respek walaupun berlainan parti. Kat sini dah nampak aura Tok Guru. Pas ok kerana Tok Guru – ramai yang cakap macam tue.



 Aku menyimpan impian untuk berjumpa dengan dia. Dan akhirnya ia termakbul ketika Karangkraf buat buku ‘Bicara ini demi Ilahi’. Ketika mendapat tahu Allahyarham akan datang untuk melancarkan bukunya pada 15 April 2013, kami rakan-rakan semua sepakat beli buku tu dan kononnya nak dapatkan ‘sign’.. haha, berangan kan?

So, bila hari yang dinantikan tiba, kami semua terjenguk-jenguk dari dalam, nak menunggu ketibaannya. Auditorium dah penuh sesak dah ni. So, bila dia datang, terus dijemput ke dewan untuk acara perasmian. Tuan Guru berucap dengan loghat Kelate bercampur bahasa standard. Ada rakan-rakan yang tak faham tanya aku maksud yang diucapkan itu. Rasa seronok plak. Lepas tu Allahyarham di bawa ke meja makan. Kami terintai2 sekali lagi. Rasa teruja tak dapat nak gambarkan, dapat jelling dari jauh pun jadilah kan.

Bila dah habis makan, Tuan Guru Nik Aziz dijadualkan untuk press conference. Wartawan dan kameraman semua sudah siap tunggu, dia masuk sekejap tapi terpaksa keluar kerana kesihatan yang tidak mengizinkan dan dia terus balik. Kebetulan sebelum itu, Allahyarham dah pengsan di satu siri ceramah ke apa aku tak pasti. Rasa ralat sebab tak dapat ‘sign’ tapi kita faham tahap kesihatannya.



Disusuli dengan berita sakitnya sehinggalah kematiannya yang mendapat rahmat Allah. Diberitakan hamper 30 ribu yang mengiringi jenazah ke kubur. Betapa Allahyarham di muliakan.



Yang lain dah banyak dipaparkan di facebook. Cuma aku nak mention sedikit pasal perbezaan percakapan tetapi disalah tafsir oleh media luar sebab tak faham bahasa Kelate. Sebagai orang tua, Allahyarham mempunyai kata lapik atau maksud tersirat bila bercakap. Jadi, bila dia bercakap sesuatu mengenai ‘ayam’ yang aku dah tak ingat citer asalnya camna. Dia mengumpamakan situasi tersebut bukannya menjadikan orang tersebut sebagai contoh. Bahasa orang tua kelantan mungkin berbeza dengan orang lain. Dan ia disalahtafsirkan oleh media.



Tugasmu sudah berakhir dengan mengangkat Islam menjadi wadah kepada kami semua. InsyaAllah kami akan teruskan. Amin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...