Tuesday 9 May 2023

Tak Semua Orang Mampu Meniaga Part 3

 Assalamualaikum,

Kita terus ke Fasa 2 iaitu masa mula kerja dan masa ni baru kahwin, tahun 2003-2005 mungkin lah, ingat2 lupa gitue.

Fasa 2 (Kerja) – tahun 2000an
4.  Jual keropok keping masa cafe ofis belum dibuka.
5. Jual tudung bawal
6. Buat job wedding photography & videography
7. Beli tudung & telekung dari Indonesia, jual balik kat officemate
8. Beli kain pasang & telekung dari Vietnam, jual balik kat kawan2

Ok, masa Karangkraf berpindah dari Taman Tun ke Shah Alam, masa ni belum ada cafe lagi, so 4) berjinak-jinak lah jual keropok keping, letak dekat gerai yang menjual di luar opis, ala jual singgit2 ja 1 pek, pastu dapat lah 80 sen kot, 20 sen tu tuan kedai punya. Masa ni, ramai jua yang menjual masing2, nasi lemak buat sendiri lah (ayu & marlia), sandwich (kak naros), biskut paling mudah air mineral (tak ingat sapa) sebab nak gi beli kan jauh, so apa yang ada tu kita on.

camni lah jualnya, buh dalam plastik, matikan pakai lilin, kenangan betul (pic google)

 

Shah Alam 20 tahun dulu lain weh! Masa aku dok seksyen 7 Shah Alam, masa tu masih hutan belantara ya, tetiba ada flat PKNS, masa tu bangunan Jakel tu pun takda, yang semua2 kedai makan tu takda ya, yang ada itu lah sekolah tamil, betapa pesat membangun ya.

Ok, get back to story, 

5) jual tudung bawal ni beli dekat Wisma Tok Guru dan gudang Kota Bharu, beli pukal dan jual balik kat budak opis. Ya, masa ni belum ada lagi platform online, so kita lah tukang jual kalau dema2 malas nak gi ke jalan TAR, masa ni GM Klang pun takda lagi yeah.

Kaler camni lebih kurang, dulu2 kalau nak berbawal, nak tak nak memang kena amik dari Kelantan sebab kat KL masih corak biasa2 (kira sana mendahului lah) - pic Google




 

 

6. Buat job wedding photography & videography

Yang ni agak kelakar, tapi menjadi sebenarnya. Bermula dengan video kamera, kami memulakan pencarian klien, laki aku jadi videographer pastu aku carikan job (ya, aku kat majalah pesona pengantin time tu) so aku nampak potensinya cuma aku tak gunakan kedudukan aku pun ya (sebelum ada orang cakap, sebab magazine cover job besar2 ja, VVIP, kerabat raja, anak dato datin.

sebabnya masa tu, hanya magazine dan rancangan nona tv3 ja yang cover benda2 eksklusif camni. Masa tu kan belum ada sosial media macam sekarang lagi.

So, aku buat iklan kat fotopages (masa ni Saiful Nang paling top), pastu baru la Kid Chan dan lain2. Nama company (konon2nya lah) Dyan Legend. Kerlass tak. tapi tu lah, gambar tu semua tak tahu kat mana, CD kawin pun tak tau mana dah

Acilah buh gambar ni walaupun artis dan tahun dorang kawin berbeza, Tokti 2006, Kak Ziana 1998, tapi kira zaman2 tu lah, time filem pastu baru2 digital

Jadi, adalah job datang, kekadang daripada mak andam yang aku kenal, takdalah tangkap job besar, kecik2 ja, dalam nikah & sanding RM500, dapat video durasi penjang & pendek gitu, siap ada CD.

Lepas tu bila orang tanya pasal photographer, kami discuss, husband kata on, beli kamera Sony D800, dekat 7K ya rega dia tahun 2005 time tu, kira pelaburan besar, bertahun juga la buat job tu dengan anak sorang time tu.

Kiranya balik modal dan untung sikit, tapi lama2 rasa tak larat dengan keja lagi, sebab nak pindah rumah baru lagi kan.

So, kami stop dan ambil sekadar tolong2 member ja.

 

7. Beli tudung & telekung dari Indonesia, jual balik kat officemate

Yang ni kita kena tag terus kat link dia - Beli kain pastu jual kat opis, circa ni online2 tak popular lagi noks.

Kain dia cantik2 weh, berkualiti dan murahla kan, rasa nak borong ja semua tapi tu lah modal ciput, mana mampu dan beli pun buat biz sesambil ja bukan beriya, saja sesuka2, dan stop la sampai situ.


8a Beli kain pasang & telekung dari Vietnam, jual balik kat kawan2

Sama lah dengan modus operandi yang ini 


8b) Jadi, aku nak bubuh yang aku pernah jual kek lapis dan kuih raya- of coz lah bukan buat sendiri, amik daripada baker tersohor. harga memang pricey tapi sedapnya YaAllah, sebab pakai butter ya, buatnya elok semua. tapi tu lah takda gambarnya 

gambar google jah, tapi lebih kurang camnilah menjualnya




 






Bila ingat2 balik, rupanya banyak juga yang aku tempuh dan walaupun ada berjaya dan tak, itu la asam garam kehidupan, nak tak nak tempuh ja dik non.

Nak baca yang ikut kronologi sini nanti rajin post




Wednesday 26 April 2023

7 Sebab Kena Penyakit Autoimun – Dr Noordin Darus

 


Ada yang menderita gatal-gatal kulit sehingga berdarah-darah tatkala menggarunya. Ada pula yang sakit sendi entah kan bila sembuhnya. Dan ini semua dipanggil penyakit autoimun kulit.

Maksud autoimun – Menurut lama sesawang myhealth.gov.my, penyakit autoimun (AI) ialah apabila sistem imun tubuh menyerang sel atau tisunya sendiri. Terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel dan menganggapnya sebagai sel asing. Hal ini menyebabkan ‘ianya’ menyerang pelbagai organ dan tisu.

Imuniti (kekebalan tubuh) – Sistem melindungi tubuh daripada ‘ancaman’ seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Tanda-tanda –
1) Sakit sendi, sakit otot                                                                             

                                         

2) Susut berat badan


 /Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk               

3) Ruam yang berulang, berbentuk rama-rama, sensitif pada cahaya matahari                  




4) Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan                                                                

5) Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit                                                                          

6) Kekeringan pada mata, mulut dan kulit


                                                                                   

7) Kebas pada tangan dan kaki  

                                                                                                      

8) Kerap gugur

Antara Penyakit:

  1. Psoriasis –  menyerang kulit terutamanya kepala, berbentuk tompokan, gatal, apabila digaru akan turun proriasis seperti ‘salji.
  2. Grave’s Disease
Menyerang kelenjar tiroid
  3. E. Celiac Disease
 – Menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum.
  4. F. Addison’s Disease
 – Menyerang kelenjar adrenal yang letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroid
  5. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
 – Penyakit autoimun yang paling popular kerana ia melibatkan lebih dari satu organ.

Jadi, nak dijadikan cerita, OMK terscroll TikTok dan jumpa akaun Dr Noordin Darus yang menyatakan autoimun kulit adalah ‘top 3’ penyakit sekarang di dunia. Dia punya maksud lagi simple nak terangkan.

Auto – maknanya sendiri / Imun – maksudnya daya tahan

autoimun – “Dah tak jaga badan sendiri, jadi serangan tu berlaku dengan sendiri.”

Antara punca-puncanya:

1) Terlalu ‘sterile’ – maksudnya cuci bersih sampai satu bakteria pun tak lekat. Mungkin dari kecil lagi. Sebagai contoh mak jaga anak sampai takda sapa pun pegang atau sentuh, terlalu bersih pun bahaya.

2) Over vaksinasi – yang cukup-cukuplah, tapi ditambah gila-gila sangat pun tak boleh

3) Infant formula – takmau menyusu baby dengan breast milk sendiri, jadi bahaya

4) tak cukup vitamin d -dok dalam rumah saja dan selalunya

5) Over Stress –  tak boleh tenteramkan jiwa kita, penyebab paling utama

6) Banyak makan antibiotik

7) Senang kena infection, demam

 

OMK – Memang takda pula cara-cara nak atasinya walau dah ‘scroll’ tiktok beliau. Jadi, kalau dah jumpa nanti OMK tambah ya.

Notakaki: Ini time Februari 2023 masa update kat website ya

Tak Semua Orang Mampu Meniaga - Part 2

 Cerita ini pernah dimuat naik di portal ohmyklcc.com (portal aku yang bertahan setahun saja, sebab kekangan masa) dan ini lah dia...


Gambar: Google

Memandangkan kategori ‘content’ ini jatuh dalam blog, maka mari lah kita bahasakan ‘aku’, ‘kau’, ‘mereka’ dan ‘dia’ dalam penulisan kali ini – (Tak Semua Orang Mampu Meniaga (Part 2)) untuk lebih dekat dengan pembaca, lebih ‘related’ dan lebih segala-galanya.
 
Jika Part 1 baru-baru ini, aku dah senaraikan list bisnes yang aku pernah buat:


Fasa 1 (sekolah) – 90an
1. Darjah 2 – Jual mainan patung kertas pakai baju


2. Darjah 5 – Meniaga kad nama yang ada gambar pelakon Hong Kong (masa ni top Leon Lai & Aaron Kwok)

Masa tu kan tengah popular name card yang ada pelakon kantonis popular kat sebelah tu. Masa tu aku jadi agen. Ala2 penjual yang ambil order dan guna money order kat Pejabat Pos order ke Penang. 10 kad = RM3. Kalau aku dapat jual 10 order, maka aku akan dapat free (1 set) 10 kad tue. Lawak kan?


3) Darjah 6 – Masih company kad nama tapi tambah barang hiasan yang ada atas meja (jam pasir dan lain-lain)


Ceritanya begini – bila sebut orang Kelantan ja, mesti ramai yang kata orang Kelantan minat / suka / ada bakat / sukses berniaga. Jadi, bila aku bagitahu yang aku ore Kelate, (selain rupaku yang memang TAK LANGSUNG rupa minah Kelate, ramai juga yang tanya napa aku tak bisnes? Sebabnya ramai juga yang sekapal dengan aku, dah buat bisnes walaupun sedang bekerja, – jual tudung bawal lah, brooch, pes tomyam dan macam2 lagi.
 

Memang lah aku tak sehebat mereka ini – walaupun aku sendiri berasal dari keluarga bisnes (abah buka kedai makan/restoran sementara ma sendiri tukang masak) – Al-fatihah untuk arwah abah dan ma)



 
OMK: Bukan untung pun, tapi keseronokan berniaga tu susah nak diungkap dengan kata2. Malahan sampai sekarang macam tak berapa caya, aku boleh buat, ambil duit, pegi pejabat pos, berurusan dengan syarikat di Penang. Masa tu mana ada media sosial semua, cuma ada telefon ja. Jadi, semua berteraskan kepercayaan. – Kita sambung ke Part 3 lak ya (tapi tak janji bila k)

Tuesday 4 April 2023

Tak Semua Orang Mampu Meniaga – Part 1

 



Memandangkan kategori ‘content’ ini jatuh dalam blog, maka mari lah kita bahasakan ‘aku’, ‘kau’, ‘mereka’ dan ‘dia’ dalam penulisan kali ini – untuk lebih dekat dengan pembaca, lebih ‘related’ dan lebih segala-galanya.
Hobi Ke Karier?
Jika mahu dikatakan hobi, betul, sebab dari hobi maka ia bercambah kepada menambah cabang perniagaan, yang kononnya mampu menggantikan kerja makan gaji, yang anganannya mampu kerja sendiri (own boss) kata sifu bisnes. (sifu ke?)
Jadi, jom kita senaraikan bisnes yang suksesnya ntah ke mana, banyak masuk lubang dan lain-lain
Fasa 1 (sekolah) – 90an
1. Darjah 2 – Jual mainan patung kertas pakai baju
2. Darjah 5 – Meniaga kad nama yang ada gambar pelakon Hong Kong (masa ni top Leon Lai & Aaron Kwok)
3. Darjah 6 – Masih kad nama tapi tambah barang hiasan yang ada atas meja (jam pasir dan lain-lain)
Fasa 2 (Kerja) – tahun 2000an
4.  Jual keropok keping masa cafe ofis belum dibuka.
5. Jual tudung bawal
6. Buat job wedding photography & videography
7. Beli tudung & telekung dari Indonesia, jual balik kat officemate
8. Beli kain pasang & telekung dari Vietnam, jual balik kat kawan2
 
Fasa 3 (Dah resign kerja) – 2015 ke atas
9. Jual tudung (yang ni beberapa fasa
i) cari tudung kat Jalan TAR / City One Plaza / Semua House
ii) cari material tudung kat Laila Fabrika dan hantar tailor Bangla, jual kat vendor.
iii) cari kat IG, 1 tempat ja, beli fabrik dan upah jahit terus kat tempat dia, mudah, jual IG / FB
10. Ikut kursus  jahit manik di baju (menjadi, lawa)

Fasa 4  (Cari bisnes online)
11.  Jual GC Tea
12.Essential oil – Ronella
13. Jual lipstick mate NYX
 
Fasa 5 (struggle) – di kawasan kejiranan
14. Jual ikan terubuk masin – beli dari Sarawak
15. Jual ikan bilis, udang kering, sotong kering dari Tawau
16. Jual kek lapis dari Sarawak
17. Jual pes laksa Sarawak ambil dari Sarawak
18. Jual pes Mee Bandung (ambil dari Muar)
19. Jual detergent, ambil dari Siam
20. Jual Fidget Spinner, beli terus dari China

Fasa 6 (Patah balik online) – 2020
21. Cikgu PJJ / Brownies
22. Dropship Sabella
23. Dropship tudung Fareha
24. Ejen Tupperware
25. Health Planner Coway
 
Fasa 7 (Mencari jati diri) – 2022
26. Portal ohmyklcc.com – website sendiri, minta2 lah berjaya.
Yang di atas semua, aku akan buat thread / entry yang sendiri. Ok, selain dari tu, aku ada juga buat content writer + freelancer pun huhuhahahihi

 
AKU – setiap kali bisnes, jatuh, sakit tapi sedarkan diri sendiri, kalau tak buat, nak buat apa dan lepas mencuba lebih 20 bidang ni, memang aku tahu, tak semua dilahirkan mampu buat benda ni.
Akan ada yang kata ko tak cuba sebaiknya, tak-tak. Bila kita dah cuba sehabis baik tapi memang tak mampu – siapa ko untuk menidakkannya (memang dah ada pun yang cakap camni, depan mata aku).
Mungkin kerana aku tak sekental mereka, berhadapan rejection, atau aku tak sampai macam mereka, merayu2, ada limit kita kan.
Jadi, lebih baik aku tumpukan benda yang aku tahu iaitu menulis. Mohon korang yang baca ni support niat aku nak jadikan portal ni ladang pahala buat semua. Aaamin

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...