Tuesday 21 November 2017

Abah - dunia hanya tempat beribadah

Hari ke 15 pemergian abah,
Lelaki pertama yang aku kenal di dunia ini.

Dia,
Pendiam di kalangan anak-anaknya
Cuma bercakap bila perlu
Gurauan jarang ada dalam kamus hidupnya
Bila kena marah, rasa perit weh
Sebijik macam ayah dulu2 yang serius

Tapi diamnya berfikir
Seriusnya mengendalikan urusan kedai makan, soal gaji staf, soal anak2, soal adik beradiknya, soal mak ayahnya dan macam2 lagi.

Bila aku mintak apa2, dia memang tanpa soal jawab, dia bagi ja.
Bila aku nak baju silat di kala orang lain berdolak-dalih untuk tidak membelinya, ya aku memang dapat, sampai cikgu pun kata - orang pertama membelinya. (Ya tahun 90an, mak bapak bukan macam sekarang, senang, mintak ja terus dapat - walau dihimpit masalah ekonomi lain).
Bila aku nak tuisyen,
Bila aku nak motor lepas SPM, dia bagi juga.
Bila aku balik cuti semester USM, walau dapat loan JPA, abah akan hulur juga 3-500, walhal aku tak mau, tapi dia bagi - risau anaknya tak makan kat sana.
Bila aku nak kawin, abah tak soal banyak - tahu itu yang terbaik untuk anaknya.
Bila aku ada anak, dia orang yang selalu bermain dengan cucu tatkala aku pantang.

Walau tidak sebanyak kenangan dengan ma, abah adalah bapa terbaik di dunia (ya- setiap ayah adalah idola anak2nya).

Menjaga abah tika sakit - sebulan / 2 bulan dia dah mula panas badan, takleh tido, tapi biasalah checkup hospital memang amik masa
- detect kanser paru2 stage 4, pada hari rabu  - meninggal rabu minggu depannya - hanya dalam tempoh seminggu, dia nazak - lupa ingatan, badan panas, dia menghembuskan nafas terakhir di kalangan ahli keluarga terdekat. Dalam senyuman. Wajahnya lebih cerah berbanding ketika masih ada.

Kala aku menulis ini, ma disahkan strok. Ia bermula pada hari ke 6 abah di rumah barunya. Kami 6 beradik bergilir2 untuk menjaga kesihatannya, memulihkan dan segala-galanya. Moga Allah mengasihani ma jua.

Moga abah dimuliakan Allah,
Moga sakitnya menjadi penyebab untuk menghapuskan dosa-dosanya.
Al-fatihah


Wednesday 27 September 2017

Menganggur VS WAHM VS Bis On9

Hai blog
If nak kira, last keja bulan 4, so starting Mei - end September, aku menjadi suri rumah untuk 5 bulan.

Tapi dalam masa sama, aku cuba bis 0n9, kat FB memang sendu, pastu beralih ke IG, kononnya nak habiskan shawl Dyan Luv la, GC Tea la & lipstik NYX lip matte cream. Ia tak habis tapi adalah berkurang.

Heran sebenarnya bila ramai yang cakap bis on9 senang, sedangkan aku nak jual barang bukan main susah nak laku. Closed sale lagi lah.. Adalah satu dropship tudung tu laku 2 helai. Dapatlah RM10, aduh! rasa happy giler, nak terbang rasanya. Rasa menghargai sangat nilai tersebut. Walhal if nak banding masa kerja, RM10 tu sekali makan ja noks, itu pun gerai tepi jalan. Tapi sekarang? Aduh Huhu

Pastu jual spinner yang bermusim tu, 1st bacth ok, laku, pastu lakiku tambah stok yang dia beli dari CHina, masa bulan posa semua, dah lepas raya, slow balik. Sudah! stok banyak lagi. Haha. Rugi2,

Pastu bulan 8, aku jumpa satu pages pasal essential oil. Eh! Macam menarik, yuran RM200, dapat 4 barang lagi siap dengan kursus 20 hari. Pastu tak sempat concentrate sebab kan nak beraya kat Aussie.. Gitue.

Bulan 9 baru aku fokus balik. Dah start update konsisten kat FB, sambil meniaga dropship tudung & auloiya. Tapi serius fokus lari. Banyak keja sebenarnya suri rumah k. Bukan dok mengadap pc semata2. Adus, sabar ja lah hati.

Monday 31 July 2017

Jun 2003

Dimana korang 14 tahun yang lalu
Penulis masa tu memang tengah galak jadi journalist
Semangat nak cuba macam2 benda
Seronok dapat buat benda yang kita minat
Dan bila satu masa, benda tu jadi kenangan, yakni budak baru nak up lak take over
Begitulah hidup ni, semua ada tarikh luputnya
Jangan ingat kita akan menongkat langit buat selama2 k
Jom chec it out

Nadia Shahrul Anuar. ala yang host tv3, pandai cakap Siam - cek my previous post k
Taraa - Eja (my favourite) & lupa dah namanya. Ni hero remaja sebelum Fatah Amin lah uols. Kalau sebelum lagi Azhar Sulaiman, Esma Daniel semua.
Eja dari dulu sampai la ni, memang lemah lembut karektornya, suka senyum semua, haisy, lawa & baik hati lah
Shooting again. Bila tengok bbnu shooting, cakap dengan diri sendiri, aku pernah lalui benda2 ni semua. So ia adalah putaran roda gitue, so dah sampai masa, pencen naa

Beriya buat & tulis...nak buat sendiri? Haha

Haidi ni dolu2 popular lah gak sebagai wedding planner. kedai dia kat Semua House. Hah! korang mana tau Semua hOuse, sekarang apa2 pi Pavi terus kan?


Ni antara job besar yang penah aku buat. Sebab kena handle 6 pembaca, 6 mekap artis. Dolu2 kami panggil mekap artis bukan MUA. tapi tu lah revolusi kan? Ada yang tetiba mekap retis tarik diri uols, tu yang Amy Janz take over. Amy ni dulu2 buat untuk job ni lah sebelum dia mekap Che Ta. Hiks

Edit la selagi boleh

Dolu2 memang susah nak cari mekap retis pompuan. Serius! Tak tipu. Yang ada ala2 mak andam, so tak menepati ciri2 yang magazine nak. Tapi sekarang bersepah dik non, murah2 lak tu tapi cantik. Kerlas kan

Baru lah nampak muka sorang2, ye lah dolu tudung tak trending cam skrg. Buat kat COncorde Hotel Shah Alam, mekap yang terlibat antaranya Mona Rafar (arwah - dulu mekap Misha Omar), Amy Janz, Shamnina, Chomel, Kuzie & Kenzo.
Itu sahaja catitan. Nanti sambung naa

Mei 2003

Isu Mei & tak jumpa Mac & April
Haha, takpa, kita buh mana yang ada
Nanti kalau jumpa kita buh lain naa
Konsep Muhibbah
Tak silap, ni cover kedua penulis buat. Memang kami nak bagi muhibbah tu, jadi setiap pengisian kena ada ketiga2 kaum nih kan? Yang dua tu Ratu Cantik, yang tu Emilia Rosnaida (adik ipar AC Mizal) tapi masa tu dia belum berlakon lagi. Kenapa tak Ratu Cantik gak? Sebabnya Melayu tak join pertandingan tu, so Kak Emma cadangkan amik muka baru, gitue, tapi memang pose Ratu Cantik lawa lah kan? Sebab dorang belajar cara2 pos gini
Edit la mana yang patut. Semuanya baik2 belaka, tak diva
Lawa, cantik semua
See, semua kena buat 3 bangsa gitue, props agak unik. Haha, toksah dok gelak sangat lah
Masa ni ayat memang kena bunga2. Eh! silap, bukan masa ni, ayat Pesona Pengantin memang kena bunga2 sebab darah manis katakan
Ruangan pembaca, maaplah terpaksa edit
Ini betul2 klasik nya mekap. Dah tu kata mekap yang melambangkan bangsa
Pushpa, batch Anahita Dewi Remaja
Edit - sebab dulu2, mak andam dia pakai benang untuk bagi clear muka, jadi senang mekap lekat di muka. tapi aku rasa sekaang ppun buat gak. Lagi lah pakai laser semua bagai. So soalnya ia ikut zaman
Baru tau adat semua ni kan? Kalau tak, tak tahu, tapi tu lah, orang sekarang nak tau ke perbezaan adat & budaya orang lain2? Gtue
Pegi wedding ni. meriah nau
Nur :)
Artikel bersama rakan

Februari 2003

Beberapa hari tak update sebab balik kampung, tolong urusan sepupu, penat weh! Berarak pastu sambut menantu. Haha, pastu ingat kena update sampai siap gaks. Dan perlu diberitahu sekali lagi, apa yang dipapar sini cuma yang penulis buat, bukan menggambarkan keseluruhan majalah. Ok caiyok2

Umie Aida - 14 tahun lalu, sama kan mukanya? aku memang suka lakonannya, hebat sangat, first drama - anak angkat.





Lagi assigment di A Famosa Melaka - ya, kami takleh buat skit, semua masa perlu digunakan semaksimun mungkin okey. Jadi, takdalah kerugian masa, wang ringgit yang digunakan, bahan pun dapat
model ni pun ke mana dah agaknya :)
Mr.Vijay - anak Mr.Binwani. Mewah deko nya
Yeay, iklan Nur kat sebelah, cam tau2 ja 5 tahun lepas tu ke sana. Eh!
Kain shantung
Wedding planner dolu2, sekarang ada lagi tapi yang mudo2 la kan
Zulfazli & Radzuwan Radziwil
Artikel bersama teman2
Dulu2 ramai yang suka buat step by step ni. aku pun suka tapi takdalah nak buat sendiri. Tapi masa dorang buat tu dok perati lah. haha
Hantaran cantik, fotografi pun sweet ja
Bhangra - 3 page
Dulu2 siap ada buku khas pasal beauty ni, translate & adaptasi ikut kesesuaian

Wednesday 26 July 2017

Januari 2003





Pembuka tirai
Isu bertunang
Outstation ke Melaka
Sekali kuar, banyak benda bawa balik
Masa bujang, so langkah panjang lah
Rindu zaman dolu2. Haha

masa ni demam hijabi belum bermula. Kira awning keras n jurai2 tu hebat sangat dah tue.
shooting waktu malam. Bujang, outstation bolehla. Muda sebaya dengan model. Hiks
14 tahun lalu, how time flies
Dari dulu sampai sekarang dok main fabrik, tak penah jemu
Assigment ke Melaka. Yang buat2 hantaran ni pun nenek2, kira rare sungguhla hantaran ni
Interview terus, alang2 katakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...