Showing posts with label Citer blog. Show all posts
Showing posts with label Citer blog. Show all posts

Tuesday, 4 April 2023

Tak Semua Orang Mampu Meniaga – Part 1

 



Memandangkan kategori ‘content’ ini jatuh dalam blog, maka mari lah kita bahasakan ‘aku’, ‘kau’, ‘mereka’ dan ‘dia’ dalam penulisan kali ini – untuk lebih dekat dengan pembaca, lebih ‘related’ dan lebih segala-galanya.
Hobi Ke Karier?
Jika mahu dikatakan hobi, betul, sebab dari hobi maka ia bercambah kepada menambah cabang perniagaan, yang kononnya mampu menggantikan kerja makan gaji, yang anganannya mampu kerja sendiri (own boss) kata sifu bisnes. (sifu ke?)
Jadi, jom kita senaraikan bisnes yang suksesnya ntah ke mana, banyak masuk lubang dan lain-lain
Fasa 1 (sekolah) – 90an
1. Darjah 2 – Jual mainan patung kertas pakai baju
2. Darjah 5 – Meniaga kad nama yang ada gambar pelakon Hong Kong (masa ni top Leon Lai & Aaron Kwok)
3. Darjah 6 – Masih kad nama tapi tambah barang hiasan yang ada atas meja (jam pasir dan lain-lain)
Fasa 2 (Kerja) – tahun 2000an
4.  Jual keropok keping masa cafe ofis belum dibuka.
5. Jual tudung bawal
6. Buat job wedding photography & videography
7. Beli tudung & telekung dari Indonesia, jual balik kat officemate
8. Beli kain pasang & telekung dari Vietnam, jual balik kat kawan2
 
Fasa 3 (Dah resign kerja) – 2015 ke atas
9. Jual tudung (yang ni beberapa fasa
i) cari tudung kat Jalan TAR / City One Plaza / Semua House
ii) cari material tudung kat Laila Fabrika dan hantar tailor Bangla, jual kat vendor.
iii) cari kat IG, 1 tempat ja, beli fabrik dan upah jahit terus kat tempat dia, mudah, jual IG / FB
10. Ikut kursus  jahit manik di baju (menjadi, lawa)

Fasa 4  (Cari bisnes online)
11.  Jual GC Tea
12.Essential oil – Ronella
13. Jual lipstick mate NYX
 
Fasa 5 (struggle) – di kawasan kejiranan
14. Jual ikan terubuk masin – beli dari Sarawak
15. Jual ikan bilis, udang kering, sotong kering dari Tawau
16. Jual kek lapis dari Sarawak
17. Jual pes laksa Sarawak ambil dari Sarawak
18. Jual pes Mee Bandung (ambil dari Muar)
19. Jual detergent, ambil dari Siam
20. Jual Fidget Spinner, beli terus dari China

Fasa 6 (Patah balik online) – 2020
21. Cikgu PJJ / Brownies
22. Dropship Sabella
23. Dropship tudung Fareha
24. Ejen Tupperware
25. Health Planner Coway
 
Fasa 7 (Mencari jati diri) – 2022
26. Portal ohmyklcc.com – website sendiri, minta2 lah berjaya.
Yang di atas semua, aku akan buat thread / entry yang sendiri. Ok, selain dari tu, aku ada juga buat content writer + freelancer pun huhuhahahihi

 
AKU – setiap kali bisnes, jatuh, sakit tapi sedarkan diri sendiri, kalau tak buat, nak buat apa dan lepas mencuba lebih 20 bidang ni, memang aku tahu, tak semua dilahirkan mampu buat benda ni.
Akan ada yang kata ko tak cuba sebaiknya, tak-tak. Bila kita dah cuba sehabis baik tapi memang tak mampu – siapa ko untuk menidakkannya (memang dah ada pun yang cakap camni, depan mata aku).
Mungkin kerana aku tak sekental mereka, berhadapan rejection, atau aku tak sampai macam mereka, merayu2, ada limit kita kan.
Jadi, lebih baik aku tumpukan benda yang aku tahu iaitu menulis. Mohon korang yang baca ni support niat aku nak jadikan portal ni ladang pahala buat semua. Aaamin

 

Cita-Cita Ada Portal Tercapai Tapi Terkubur Akhirnya...

 Alhamdulillah,

Ucapan pertama aku sebab berjaya 'recover blog' ini kembali selepas lama tak berada di sini.

Jadinya, aku nak update bahawa aku dah ada portal sendiri selepas beriya2 mahu menjadikan portal aku sebagai tempat informatif, maklumat dan lain-lain.

Ya, aku mahu jadi empunya portal yang konon-kononnya portal itu dan memang best rasanya, sangat rasa entrpreneurship, ownership sebab akhirnya aku ada portal. OMG! sebab bila blog kan orang rasa cikai ja, tapi ini portal kot. 

Namanya ohmyklcc.com dan aku kena update juga bahawa ianya telah berakhir bulan Mac yang lalu setelah setahun beroperasi (mac 2022-mac 2023) Inalillah.

Ya, aku tamatkan sebab tak mampu commit dengan kekangan yang ada. Semua kata sayang la dan bla2, namun apakan daya sebab kemampuan memang terhad.

Ini IG yang aku link kan pada FB & website, kat situ jelas ada website ohmyklcc, jadi kononnya nak jadi portal yang informatif dan bla2, siap ada highlight ig dan lain2, macam seronok kan

Topik yang aku cover semua trending tapi more to life style, no gossip dan bla2, lebih kepada entertaiment yang informatif dan pengalaman

yang content pertama tu sam ke ting (langgar sekumpulan budak naik basikal kat Johor) date tulis tu 16 April 2022, see, dekat sebulan gak nak hasilkan 1st story, mau tak pening.      
 

Disambungkan cerita, walaupun aku rasa memang website tu best, diperakui oleh my husband (mestilah dia support bini dia kan) dan beberapa rakan terdekat tapi dengan berat hati aku terpaksa tutup gak.

Ini lebih kurang kos aku : Beginner litespeed - RM79 + Domain registeration RM49 = RM124 ni bayar ke Jimat Hosting + dalam godek2 buat layout website ada lak benda diy, tu yang stuck, so kena bayar orang dalam RM100 = RM224 tak termasuk kos pembelajaran sendiri, survey apa yang baik n tak, perlu ada bla2.

Tengok juga pandangan pakar2 dan bla2, ada yang kata google adsense kata ok, dan ada yang kata cukup ke nak cover semua tu dengan curahan tenaga selama ini.

Dan thats it, 

Cukup.

Aku kena cari benda lain untuk cover walaupun minat aku memang menulis dan tak pernah tamat InsyaAllah


Sunday, 7 April 2019

I'm back afta 1 1/2 years

Hai everyone,

Setahun setengah tak tulis di sini, bila masuk tadi pun, eh lupa emel mana yang masuk selama ini. Nyaris tak jumpa jalan masuk. Haha.

So, apa nak update?

Live aku? Makin okey, walau pun tak berapa, tapi bolehlah.

Kawan2? Aku paham semua bz dengan life memasing. Jadi life must go on. Walau sunyi (sebab aku talkative) dan takda sapa yang nak borak kecuali yang senasib, ada lah kak seda yang selalu call, ada lah jua


 cuba nak buat biz online tapi macam tak berapa masyuk, kira go head ja.

So, apa lagi nak update?

2017 - 2019. bertambah 2 tahun. Golden Age.

Metabolisme makin drop, uban makin bertambah, tanggungjawab makin banyak, anak2 makin membesar, perangai lain macam, laki pun sama makin tua.

Hidup macam tu lah, kesedihan cuba dilupakan. try my best.


Tuesday, 23 May 2017

Blogger : Personal VS Commercial

So, yang mana 1?
Dulu - memang khas untuk personal semata2. Kat situlah nak bagi pendapat peribadi pasal politik lah, pasal ekonomi semasa lah, pasal macam2, lagi pula takda orang nak baca sangat pun ( i think). Tak kejar rating view semua bagai. Lantaklah!

Sekarang - Macam nak menjadi blogger sepenuh masa. Tapi kena korbankan pendapat peribadi. Perlu menyumbang kepada tip apa yang orang nak. Lebih komersial bermakna, perlu terbuka kalau ada orang mengkritik, sebab ko jadi lebih popular kah? Macam nak mengejar rating gitu.

Jadi, bagaimana?

Entahlah.

Aku lak, bukan jenis orang yang nak kempen blog ni kat tempat orang lain, nak beri komen ke bla2, haisy - tapi kata nak cari income thru blog. So kenalah komersial. Eh!

Pening.

2012 - Aussie

Wednesday, 10 May 2017

Dari ofline ke online

1) Ofline
Kita cuma bertegur sapa bila dah kenal

Online
Kita lebih bebas mengenali seseorang dengan melihat profilnya terlebih dahulu kemudian beramah mesra.

2) Ofline
Kenal hati budinya, tahu favouritenya bila dah jadi kawan

Online
Kita cuma kena luaran sahaja - yakni apa yang dipaparkan di media sosial. Senang citer, tak tahu true colour pun.

3) Ofline
Kalau shopping, aku memang kategori ini, jenis suka pegang kain, fitting, tawar menawar dan sold.

Online
Nampak berkenan, tengok saiz semua ngam, terus beli.

4) Ofline
Dunia yang cuma di depan mata. Kalau masa jadi wartawan, tanya kawan2 if ada contact Ustaz ke, responden yang sesuai dengan topik, terus interview. Agak sukar sebab kena tapis untuk cari yang betul2 sesuai.

Online
Dunia tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh menjadi popular jika pandai membawa diri. Wartawan yang akan cari mereka untuk diinterview. Lagi senang kaedahnya.

5) Offline
Berita agak lambat, cuma tau dari media elektronik dan media cetak selepas beberapa jam.

Online
Semua berita di hujung jari, tengok sahaja laporan online fasal eksiden misalnya. Fitnah pun, eh!

6) Ofline
 Persaingan tidak sengit, hanya beberapa syarikat besar saja sukses.

Online
Persaingan kiri dan kanan, syarikat kecil pun mula mencanak naik asalkan tahu bagaimana nak marketing.

7) Ofline
Hidup sekadar ada, hanya kawan baik ja tau lifestyle kita

Online
Semua benda nak dipaparkan sampai kat bilik beradu pun nak tayang. Eh!

8) Ofline
Baby boomers, Gen X macam i kan, tu pun dah hujung2 u.

Online
 Gen Y, now Gen Z tak lama lagi Gen Alpha, pergh! tak terkejar dik nin

9)Ofline
Semakin sepi ditinggalkan, masih ada tapi ramai yang dah beralih ke on9

Online
Lambat ketinggalan, sementelah Jack Ma mendapat mandat PM, so semua dalam dunia digital. I pun kena follow gitue

Setakat ini dahulu, sebab dah 10.15 malam, nanti sambung k
Apa kena on9 & of9 dengan gambar ini? Haha   Tak ingat kat mana, sama ada DBP @ Perpustakaan Shah Alam


Tuesday, 2 May 2017

Blogspot ke dot com

Memandangkan aku sekarang nak jadi full time blogger, so nak bagi nampak profesional (gitue) kena lah tukar domain blogspot kepada dot com (.com). Rasanya nak kekalkan nama dyaneaza tue, kalau tak dapat, kena tukar yang lain, belum pasti, nanti korang carilah ya. Kalau tak dapat sila emel dyan87@yahoo.com tapi bukan sekaranglah, dalam minggu ni InsyaAllah

Moga sukses. Amin :)

Tuesday, 14 June 2016

macam nak tukar blog tapi...

9 hari puasa
nak citer macam2 tapi satu2 ya.
Sekarang ni macam nak tukar template blog. Banyak rupanya template free tapi itu lah, nak tukar kang tetiba tak jadi, pastu yang asal lak hilang. Mau nangis. Wa haha. Nak kena upah jia jugalah. Buat sementara ni, pakai mana yang ada ja.

Berbalik fasal puasa. Alhamdulillah tahun ni budak2 macam dah boleh puasa penuh. Walaupun adakalanya macam banyak psikologi nak kena pujuk tapi berjaya dorang buat. Ok, itu saja. Maklumla. If bukan depan pc, banyak ja idea, kalau depan blog sendiri, lost.

Wednesday, 4 May 2016

Bestnya telegram ;>

Dulu2, tak pandang sangat TELEGRAM. Sebab dah ada WHATSAPP. So, macam, eh! orang memang selalu guna Whatsapp untuk berhubung (kalau dulu2, gantikan SMS la kan), jadi tak perlu lah Telegram ni kan. So, katakanlah ketika tu, aku nak download 1 apps lain, tapi dah full, so dengan sendirinya Telegram ni akan didelete bersama apps lain yang dirasa kurang penting. Lepas tu bila rasa nak chat tetapi tak nak guna aplikasi Whatsapp - so kena download balik aps Telegram ni.

Nak dijadikan cerita, aku ada terbaca fasal Telegram Channel. So macam biasa, google apa kebaikannya, bla2. So jumpalah beberapa blog yang citer pasal ni. Interesting sih. Dari satu channel ke satu channel aku melompat. Wow- amazing. serius. Kalau nak baca detail boleh baca sini
Apa itu Telegram Channel?

Bagi aku selepas google dan alaminya sendiri.
1) Telegram Channel ni lebih kepada Broadcast mesej. So apa sahaja berkenaan sesuatu topik, macam Bisnes/Dakwah/Subjek Sekolah dll, semua digabungkan dalam satu talian, so kita boleh bacanya tanpa ada gangguan. Sebab ia broadcast kan, jadi takdalah ahli2 menyampuk. Jadi, ia tak sama dengan Whatsapp grup.

2) Gambar tak save dalam galeri - Ni memang betul. Walaupun banyak ja gambar yang didownload tapi dia tak masuk dalam galeri seterusnya memberatkan phone kita. Aha. Tapi gambar tu tetap masuk juga dalam files (means tak sebesar galeri), antara 30kb-200kb saja. So, bila nak bersihkan tu, klik My Files - Device Storages - Telegram - Telegram Images. Delete All. senang

3) Ada grup juga - macam grup cikgu2, aku sajalah masuk nak tau apa isu terkini, camna nak belajar bla2, pastu grup tupperware - nih! Mak suka okey...cuci mata lah apa lagi. Grup movie - share2 movie terbaru & terlama, macam2 lagilah. Tapi aku biasanya baca ja. bila sibuk, takyah kesahkan sebab Telegram Channel kan?

Kat bawah ni aku copy senarai channel telegram. Mostly channel telegram yang aku suka macam dakwah - ada banyak - yang bestnya, bila kita follow channel yang ni, nanti dorang akan promote juga channel dakwah lain. So, dari situ kita akan lompat bintang sebab banyak channel yang dipromote. Channel bisnes pun ada juga - cuma banyak internet marketing so aku macam kurang hadam sangat. Hiks.

Ok, korang lak boleh ja download apps Telegram dan tak rasa terganggu pun sebab boleh tekan butang mute ja. Tengok bila ada masa free. Tak ganggu keja pun. Ok, itu ja by.

Portal Perdana
1. https://telegram.me/BeritaHarian
2. https://telegram.me/UtusanMalaysia
3. https://telegram.me/SinarHarian
4. https://telegram.me/hmetromy
5. https://telegram.me/NSTOnline
6. https://telegram.me/StarOnline
7. https://telegram.me/TheBorneoPost
8. https://telegram.me/BeritaMalaysia
9. https://telegram.me/Malaysia
10. https://telegram.me/newstelegramheadlines
11. https://telegram.me/UtaraNews
Portal Alternatif
1. https://telegram.me/MKini_BM
2. https://telegram.me/harakah
3. https://telegram.me/MediaRakyat
4. https://telegram.me/FreeMalaysiaToday
5. https://telegram.me/TheMalaysianInsider
6. https://telegram.me/magezine (new)
7. https://telegram.me/TawauOn9
TV dan Radio
1. https://telegram.me/TV3Malaysia
2. https://telegram.me/BuletinTV3
3. https://telegram.me/TV9Malaysia
4. https://telegram.me/AstroArena
5. https://telegram.me/Awani
6. https://telegram.me/TontonMy
Islam dan Dakwah
1. https://telegram.me/abuanasmadani
2. https://telegram.me/drzulalbakri
3. https://telegram.me/drfathulbari
4. https://telegram.me/ceramah
5. https://telegram.me/kuliah
6. https://telegram.me/ceramahagama
7. https://telegram.me/kuliahagama
8. https://telegram.me/tarbiahsentap
9 https://telegram.me/tazkirahilmu
10. https://telegram.me/ustazazharidrus
11. https://telegram.me/keindahanislam
12. https://telegram.me/fiqhsunnah
13. https://telegram.me/hadispilihan
14. https://telegram.me/PencetusUmmah
15. https://telegram.me/iklankuliahagama
16. https://telegram.me/halaqah
17. https://telegram.me/eFatwa
18. https://telegram.me/TanyalahUstaz
19. https://telegram.me/DrMuhaya
20. https://telegram.me/muslimdinulislam
21. https://telegram.me/Cuitcuitustazkay
22. https://telegram.me/AlQaradawi
23. https://telegram.me/TariqRamadan
24. https://telegram.me/DrZakirNaik
25. https://telegram.me/siyasahmuamalat
26. https://telegram.me/aimaanbanna
27. https://telegram.me/iloverasulullah
28. https://telegram.me/tadabburkalamullah
29. https://telegram.me/bongkarajaransesat
30. https://telegram.me/addien90
31. https://telegram.me/inspiraseee
32. https://telegram.me/najmifetih
33. https://telegram.me/ImanSadoChannel
34. https://telegram.me/siyasahmuamalat
35. https://telegram.me/budaktarbiah
36. https://telegram.me/JejakDakwah
37. https://telegram.me/kotakpuisi
38. https://telegram.me/diaridaiemuda
39. https://telegram.me/puisipasar
40. https://telegram.me/usrahkubro
41. https://telegram.me/fiqhwanita
42. https://telegram.me/jombelajarbahasaarab
43. https://telegram.me/info_anti_syiah
44. https://telegram.me/madrasahsunnionline_MSO
45. https://telegram.me/audioasatizah
Korang boleh copy dan paste link di atas ke web (phone or laptop) dan automatik terus ke Telegram Channel.
Lain2
1. https://telegram.me/niaga
2. https://telegram.me/wanita
3. https://telegram.me/ohbulancom
4. https://telegram.me/guamalaysia
5. https://telegram.me/rotikayaofficial
5. https://telegram.me/muslimcare
6. https://telegram.me/amanpalestinberhad
7. https://telegram.me/banjir
8. https://telegram.me/crynet
9. http://telegram.me/clubpujangga_cp
Iklan Pekerjaan
1) https://telegram.me/ohjob
2) https://telegram.me/iklankerja
3) https://telegram.me/infoJawatanKosong

Cara nak Join Telegram Channel

1) Klik channel yang nak join kemudian Klik JOIN
2) kemudian Klik MUTE (Mute penting supaya notifikasi tidak mengganggu bunyi yang bising dan anda boleh JOIN banyak CHANNEL tanpa rasa terganggu)
Nak jimat data, Off semua automatic download photo, video Dan audio di SETTING supaya dapat menjimatkan kouta dan tidak memenuhkan memori dalam phone.  Manually (tekan sendiri mana yang perlu) download saja.
Senarai Telegram Channel

Senarai Telegram Group Malaysia

Kalau korang setakat nak join dan left group tak payah join grouplah, better dari kena maki. 😀 Berikut adalah senarai Telegram GROUP yang ada setakat ini:
  1. Group Movie
  2. Group Informasi Semasa
  3. Group Software dan Application
  4. Group antara 4 negara  (singapore, Brunei, Indonesia & Malaysia Sillaturrahim
  5. Group Rock Kapak 
  6. Group Backpackers
  7. Group Himpunan Bahan Bantu Mengajar
  8. Group Info Trafik dan Kemalangan
Kepada korang yang ingin meletakkan group korang di adarain.com boleh letak Nama Group dan Link Group [DISINI] 
P/s: Saya takkan update Grup dan Telegram Channel 18+ yang berunsurkan lucah.

Saturday, 16 April 2016

Tak semua benda boleh cerita di media sosial

- Perbezaan antara Gen X & Gen Y
- Beza tempat kerja
- Beza gaya hidup
dan lain2

1) Gen X suka memendam tapi Gen Y lantang - tak kira secara depan2 yakni alam fizikal betul lebih2 lagi di alam Maya. Hai, bukan nak salahkan pun mana2 pihak cuma aku rasa ada benda yang kita boleh cerita sesama kengkawan/pasangan  yang kita takleh citer kat media sosial sebab ramai sangat pembaca lain gender & umur. Benda2 ni akan buatkan ia lebih rumit & juga pandangan negatif sesetengah pihak.

2) Keja di media mendedahkan aku dengan pelbagai ragam orang. Ada yang manis bagai gula dan ada yang pahit cam hempedu, Habis2 gossip dengan team mate ja. Takdalah nak war2kan kat fb ke apa ke. Tapi mungkin ada orang yang tempat kerjanya tak cek pun dorangnya fb so bolehla nak tulis macam2, kutuk bos, rakan gitu gini. Tak elok, sebab ia mendedahkan kelemahan kita. Ingat kita ni perfect sangat ke? Haha. macam2.

3) Ada orang life dia sorang2, yakni lone ranger, balik rumah sorang, takda kawan, jadi media sosial lah teman dorang. Ada orang macam aku, kawan ramai kat opis, umah lak dengan kerenah anak2, laki..keja umah bertimbun...huhu, semua benda dah buatkan aku sibuk untuk war2kan apa saja masalah/ketidakpuashatian di media sosial.

Kesimpulannya - ada benda elok simpan dalam hati atau ngadu kat pasangan saja. Atau......
....
ngadu kat Allah ---.> yang ni deep. Haha..

Wednesday, 9 September 2015

Update cepat? - Takda gambar lah!

Aku punya fikir - camna nak update blog biar cepat dan kalau boleh setiap hari? - Maklumlah media sosial yang lain macam Instagram sangat laju (cuma takdalah nak update gila2 kat sana, sekeping gambar sehari cukupla)

So, aku dapat jawapan iaitu - hanya menulis tanpa gambar - ia melajukan kerja kita - menulis saja yang terfikir kat benak - takyah susah payah nak cari gambar. Ya sebab
1) gambar tak semestinya dalam pc, ada yang masih dalam phone, ada juga yang masih dalam pendrive, so nak kena cari yang mana satu - ambil masa.
2) bila dah memilih gambar, terjumpa pula gambar kenangan - misal kata 10 tahun lalu bersama team editorial lama. Oh! tragisnya, mengenang kembali pula. dah ambil masa lak tu. Haha.
3) Lepas tu cari pula gambar kat google - yang kononnya nak jimatkan masa - sebenarnya tak pun. Akan ada persinggahan website gambar yang menarik itu. Hahaha

Jadi - ko nak apa sebenarnya?

Ok - entri malam ni cuma nak cerita bahawasanya idea aku boleh pakai juga rupanya. Haha, nasib baiklah follower aku 6 orang tak gerak2 dah berapa tahun dah. - Takpa, mak tak kesah.

Aku hanya menulis disini sekadar ingin berkongsi cerita. Takda follower macam blog lain pun tak mengapa. Cuma ada ja yang singgah. Alhamdulillah, aku ucapkan terima kasih banyak2.

So, entry kali ni takda gambar tau! :>

Sunday, 30 August 2015

Header baru! yeayyy

Mulanya nak cerita pasal kemerdekaan esok. Ataupun fasal Bersih 4.0. Tapi sebab Jia (pengedit blog) cakap dah siapkan header aku. Oh! Xcited gila okey.

Diam tak diam, rupa2nya hampir 2 tahun aku telah guna pakai blog hasil kreatif Jia, tapi yang lain2 macam cbox semua aku belajar sendiri. So, macam dah boring sikit pasal header yang lama, aku ambil keputusan untuk tukar header yang lebih matang.

ini header yang lama. Sweet. 


lebih kurang setahun 7 bulan gak aku pakai header kat atas. So, sekarang nak tukar yang baru. Aku cakap dengan Jia - aku hantar semua gambar yang nak pakai termasuk contoh header yang aku dapat dari google.

ni header blog fesyen. Nampak stail sangat kan, font, owner blog tu duduk. So, aku refer yang ni lah, cuma tambah beberapa gambar untuk jelaskan lagi situasi gitu.


Lepas tu, aku listkan beberapa item yang aku nak letak kat header. Kalau macam dulu, aku lebih macam meja untuk letak beberapa item kerja kan - macam diary, jam, notebook, mug, pc, dan aku (doodle) pose kat meja. Dulu - macam segan2 nak tunjuk muka sendiri. Maklumlah, bila blog semua yang takde dalam list friend kita boleh tengok kan, so macam takde privacy. Tapi lepas tu, aku fikir apa salahnya kalau cerita aku boleh memberi manfaat kat orang. Macam berani lah sikit.

buku / novel - minat & hobi sejak dulu sampai sekarang

red ribbon - cancer survivor. 

gajet - harus ada - komunikasi zaman sekarang
salsa n chips. Yang ni aku buat sendiri tau. Shooting by profesional photographer. Bulan puasa lak tu shooting

ada pic full time raya, tapi takkan nak buh baju raya sebagai header. Tak cool lah. So, yang paling latest, nampak santai masa jalan2 kat Legoland. Aku cuma tukar ala2 sketch drawing, so nampak klasik


Ini item yang aku minta jia masukkan termasuk satu pic ilustrasi yang otai Pengkomik buat. Memang real dan cantik giler. Dah pasti bukan muka aku, itu model aka hijabi.

So, bila siap. Jia whatsap aku. Aku cuma betulkan kedudukan gambar dan pilih font sebab dia buat dah cantik. Harganya pun bagi aku sangat berbaloi berbanding pembuat blog lain di pasaran. Jadilah header kat bawah.

love - love - love sangat. Puas hati.

So, kalau sapa nak buat blog/header je pun boleh pi sini

Tip - Untuk memudahkan orang yang ditugaskan buat blog kita, korang kena bayangkan layout blog tu sendiri. Study dulu nak blog camna, nak yang banyak gambar ke font bla2...Bagitahu siap2. Pastu bagi contoh dan bagi juga item yang korang nak camna. Kalau nak buat doodle minta orang tu buatkan pun boleh (tambah caj lah kan). Bukannya buatlah camna pun, pastu tak puas hati itu ini, nak minta betulkan sampai 40x. Ops! Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita. Ye tak. Ok, nak stop sebab nak tunggu countdown lah plak.

Tuesday, 12 November 2013

berblog dan bekerja

Semput!

Seperti yang diceritakan sebelum ni, aku memang suka membaca (memang itupun keja ku kan), tapi untuk berblogging tu agak susah. Sebabnya kejaku yang wajib pun dah menulis, jadi bila nak menulis untuk diri sendiri, ada penyakit M sikit. Ni pun tengah tepu keja, terasa nak update blog kejap.

keja mana penah habis doh

Tambah2 lak semangat sangat bila tengok blog diedit oleh puan najiah. Dahla cantik, harga sangat berbaloi2.  Sangat teruja ok!
aku bagi contoh gambar yang aku nak, lepas search, tak jumpa lak pompuan, so aku bagi lah gambar lelaki yang tengah menaip kat mesin taip tengah hisap curut. So, aku bagi view yang aku nak camna, ada benda2 messy atas meja, dan bila Puan Najiah transform tu, sangat cantik okey. Sungguh ni, sapa nak edit blog sila amik tempahan dengan dia .klik sini

Citernya ialah, bila aku dah study blog ni....adalah berbulan2 sambil buat keja. Blogger ni ada beberapa kategori umur :
  1) blogger remaja - blog mereka dipenuhi dengan doodle, percubaan berani mix n match, follower yang ramai, ada fanpage, siap ada tutorial blog, freebies dan lain2. Isu yang diutarakan seperti tip belajar, tip blog cantik dan sebagainya. Golongan ni biasanya takde komitmen, selain dari belajar (ada yang bekerja) tapi semestinya masih single. So masa memang banyak untuk try n error.

sungguh, masa google tu aku tengok blog dorang ni comel, mostly pink kaler of coz untuk girls, tapi budak laki pun ada u...paling muda aku tengok ada yang 13 tahun, pastu umur 18-19 dah amik order edit blog dah. Yelah, dah boleh buat duit poket.

 2) blogger matang - (ada 2 jenis gak, satu yang full time housewife dan satu lagi yang bekerja)
 a) yang bekerja itu aku lah, cuma belum sampai tahap blogger yang update sentiasa. Serius. Suka membaca tapi bila nak up entry, ya Rabbi, susahnya nak start. Sebab banyak benda kot nak fikir. Sebab kerja kan? Bila dah malam lak, lepas buat keja umah semua (basuh kain, sidai kain, lipat kain, keja tak penah abis) tengok CSI jap, otak pun dah tepu. Tak tau nak watpe dah. Ok tido....
hahaha, takdelah sampai camni, tapi nak bagitau bab lipat kain baju memang tak penah berenti dalam kamus hidup wanita

 b) Tapi ramai gak yang konsisten menulis, yakni kategori yang WAHM, SOHO dan sebagainya - haah, dorang memang rajin update sebab memang itu keja mereka pun. Ada yang buat bisnes online, ada yang buat ebook, kraf dan lain2. Sambil2 jaga anak, sambil update entry gitu. Tapi macam2 ada, memang best. Paling aku suka blog resepi, memang sebijik2 sama rasanya bila masak. Best
seronok kan? wat keja kat rumah.

Tapi biasanya blogger ni kebanyakkan masanya memang depan pc. Tu yang macam2 update tu, aku pun depan pc gak, tapi kena dulukan yang utama lah kan. Bila malam...zzzzz

Setakat ni, itu sajalah dulu citer blog dan bekerja. Aku akan cuba update entry sehari sekali, tapi memang kadang2 takleh commit, sebab kerja banyak wooo...tengok blog orang lain banyak sungguh entry mereka.


dulu aku suka berangan jadi blogger fashion, tapi memang tak sempat dik non. Last2 buat di alam realiti saja...hehe

Wednesday, 23 October 2013

Facebook VS Blog

Sebelum facebook jadi fenomena, ramai yang gunakan blog sebagai medium sosial. Sama ada nak luah perasaan, emosi, berkongsi kejayaan, pahit, manis, masam semuanya ada dalam 1 medium.

1) Setting - Facebook aka FB ni senangnya sebab setting dia memang simple, boleh guna smartphone. Pergh! Laju jer jari menyentuh skrin, pastu post. Giler tak senang. Tapi kalau nak berblog, kena bukak pc dulu, masukkan password, cari ikon post, menaip. Tapi seingat aku dulu, blogspot tahun 2007 lagi susah. Sekarang bila aku view, eh! cam tak caya. Mudahnya. Ni yang menaikkan semangat aku ni. Tapi, tulah kadang2 idea mencurah masa basuh pinggan, pastu nak tunggu siap, erk! bila dah ngadap pc, lupa lak dah...haha



2) Post - kalau fb, aku akan pikir banyak kali sebelum post 1 citer, kena pikir, apa kawan2 cakap, opismate, rakan U yang dah dok mana2, yang berbelas tahun tak jumpa. Jadi aku kena limitkan tahap tu. Jadi biasanya aku post benda2 yang tak undang musibah atau lebih tepat, post happy. Teringin gak nak post pasal politik, tapi memikirkan topik tu sangat panas, so terpaksa aku cancel. Kalau blog, aku rasa lagi bebas, sebab citer kita takkan masuk wall list fren kan. Tapi, setakat ni, aku lum tulis lagi lah bab2 sensitif, Akan datang mungkin.


3) Komen - Fb ni sifat dia 1, bila kita post, kita mesti cek ada orang komen tak. Haha, aku rasa berlaku kat semua orang. Kita jadi seronok bila orang komen citer kita. Like pun cukuplah. Ia seolah2 kata citer kita ni bagi impak kat dorang. Tapi kalau blog, aku tak kesah pun orang nak komen ke tak. Tengok2, aku takde follower pun. Sebabnya aku tak kesah. Blog ni lebih kurang diary, cuma ada sensor skit2. So, takpe. Ada orang komen pun aku terima, takde pun mak ok jah.

4)Kawan-kawan - Fb ni aku jenis tak add orang, biasanya orang yang add aku. Jangan kata aku diva. Ia sekadar memang gitu, tapi kalau orang add aku, kalau orang tu aku betul2 kenal dan rasanya boleh jadi kawan baru aku accept. Bukan nak cerewet tak tentu pasal, tapi rasanya semak gaklah kalau asik post dia masuk wall aku. Ada yang aku dah hidden. Yalah, kalau dan 18 update status sampai sehari, gler tak meroyan aku. Blog ni lak, sebab tak semua orang tau aku ada blog. So kalau orang tengok pun mostly orang tu tak kenal aku personally. So, nak judge aku? takda masalah. Takde kudis pun.


5) Post popular - Yang aku tak tahan FB ni sebab, gambar yang kita dah like berbulan lepas, naik balik kat wall kita sebab baru saja dikomen oleh fren tuan tanah (fren tu bukan fren kita pun)...huk aloh. leh migrain mak, dahlah nak tengok habis pun makan masa. sabar jelah. Blog ni aku rasa lagi ok, leh tekan je mana nak. Lagi satu, sebab blog tu umpama wall kita, so takdelah nak cek selalu sangat, dan status orang pun tak up sangat, Kadang2 aku rasa cam bz body pun ada dok nengok status orang.

6) Annoying - Kadang2 kita tak tau, status kita tu orang boleh accept ke tak. Kalau letak status happy sangat2 kan, kata nak show of lak. Kalau blog nie, takde orang meroyan kot. Tapi aku kena akui kalau tak watpe, aku akan selalu cek fb. Nak tau isu semasa katanya.


Penglipurlara : Mana2 pun ok, mak tak kesah. Kalau kt fb tu annoying sangat, mak unfren je, tapi so far takde tahap tu, hidden saja. Blog lak sebab baru kan, keseronokan tu ada, minat nak post pun membuak2..haha mood berangan je lagi.


Friday, 18 October 2013

nak tempah blog cantik

Gitue,
Memanglah boleh buat sendiri, tapi hasil yang ada so-so je lah.
Aku boleh je buat mp3, kalendar, letak iklan nuff nang, banner header, life traffic dan lain-lain, tapi tak menarik, langsung tak interaktif...nak tengok sekali lagi pun lemah.

Dahla sekarang tengah bersemangat nak cantikkan blog, tengok lak blog lain2, ya Ampun, penuh warna-warni! Mostly ada doodle dan kaler pink. Pergh! bila tengok profile, semuanya remaja hokey, 18, 19, 21 tahun, kebanyakkannya pelajar lah. So aku percaya, mereka banyak masa dan penuh dengan energy untuk buat yang terbaik.

Setelah aku google, adalah beberapa yang boleh tempah nanti, dah terbayang2 dah ni blog ku bertukar rupa. Hehe..
Antara blog yang aku maksudkan ni, comel tau skin blog nya

http://izza-sakura.blogspot.com/p/portfolio.html

http://www.cikkmira.com

http://storyofopahgedikk.blogspot.com/p/tempahan-edit-blog.html

dan macam2 lagi kt google, tinggal search saja.

Tapi tengok q kat dorang ni pun, ramai juga. Pergh! harapnya berjayalah dapat apa yang dicitakan.

Wish me luck!

Thursday, 17 October 2013

Welcome back to blogspot

Haha...


Boleh ke kalau itu je statusnya?
Kalau kat facebook, kan orang kata dah kenapa budak ni? Tapi anggapan yang lebih baik, orang mesti kata, "okey, anak dia yang mainlah ni. Maklumlah, semua dah pakai smart phone sekarang"

Kalau...
Oklah, macam yang korang baca kt profile aku tu kan, memanglah aku takdalah fanatik sangat nak blog, pastu bz (ye ke bz tue), pastu bersawang bagai. Seingat2 aku adalah update jugak beberapa, sat naa...

ni muka depan blog yang asal..ada 3 permata hati lagi dgn animasi fesyen.



rajin kan masa ni, siap pilih2 kaler font pula
lepas tu pula, gambar google. masa tu mana ada smartphone, nk bawak kamera kompak leceh pula



cerita ni aku akan ingat sampai bila2, tapi nama takleh sebut sbb dia sangat popular okey, cuma kata2nya aku takleh telan sebab bagiku dia terlalu ego dengan statusnya, orang yang kerdil macam aku, naik kancil opis ni boleh diperkotak-katikkan. Tapi tu dululah, dah lama ok, ada aku kesah?



tahun2 yang kritikal untuk anak kedua aku, sorang je putera kami, berulang alik ke klinik tu perkara biasa



lagi sambungan kisah qimie



kenangan indah kat majalah Pesona Pengantin bersama editor yang the best, kak ell, team group yg sempoi-kak nora, zety, cik pah, grafik kak mala dan foto abang zul, sangat best sebab 3 tahun berturut2 weols dapat jackpot (capai kpi), lepaslah wat kitchen kabinet...masa tu baru masuk umah sendiri.


kan, berbulan sekali, baru nak update blog...aduh! dorang yg suka blog ni memang budak2 muda kan, orang macam aku ni, mungkin ada komitmen, yang paling best sebenarnya satu je, penyakit M



cite ni aku copy dari emel, mcm biasalah


yang ni pun, saja nak bagi ada kenangan balik, bila tengok blog


kan? biasalah, zaman sekolah2 dolu, horoskop tu penanda aras, sekarang dah tau haram, so baca saja, percaya jangan


itulah update blog aku yang paling popular...haahaha


so, nak citernya, memang aku ada blog, tapi tu dolu2. Blogshop pun ntah ke mana, so, hasratnya menjadilah kali ni, aku kena komited, anak2 dah besar kan? 

terima kasih sebab sudi membaca :)





Monday, 23 January 2012

sila like fanpage

Untuk info lebih detail..sila like fanpage dyan meletz iaitu cotton dan kurung. TErima kasih

Friday, 25 November 2011

Baru nak posting balik

Salam,
Walaupun saya tak tahu berapa ramai yang view blog ini, tapi saya percaya ada juga follower yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih daun keladi saya ucapkan.

Hampir setahun saya tidak update sebarang produk jualan bukan kerana merajuk tetapi disebabkan kesibukan kerja membuatkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengendalikan bisnes online ini.

Namun dengan galakan dari suami, saya kembali untuk mengupdate barang jualan, yang ini saya ambil terus dari Vietnam, kain cotton yang pastinya memang cantik banget.....

Jadi bagi siapa yang berminat, bolehla mengikut langkah di bawah ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...