Wednesday 31 December 2014

Musibah 2014

Kala aku menulis tinggal sejam lebih lagi kita akan menjengah tahun 2015. Wow! cepat gila kan? Pantai Timur baru dilanda musibah iaitu banjir di Pantai Timur. Yang harunya, memang lah sebelum ni Pantai Timur asik banjir, tapi tak seteruk kali ni. Rumah aku yang dah berkurun tak naik air, kali ni naik, siap terpaksa bergelap dan takde bekalan air lah. Teruknya kerana arus deras dan ramai yang tak sempat selamatkan diri. Sedih kan?

tak pernah seteruk ini. Stadium sampai tenggelam, hospital kota bharu pun masuk air. Hospital Kuala Krai bergelap, doktor terpaksa buat bantuan pernafasan pada baby dalam situasi genting, pusat pemindahan di Manik Urai banjir sampai tingkat 3, mereka duduk tingkat 4, ramai juga yang naik bukit bila pusat pemindahan pun naik air, ramai yang berlapar 2-3hari dan macam2 lagi. kita yang melihat jer pun dah rasa tak mampu nak menanggung, ni orang yang hadapinya sendiri. 

ni rumah sepupu aku di Tanah Merah. Katanya air sampai gril langsir, teruk kena, mesin basuh, dapur, motor, tv dan lain2. Pendek kata memang teruklah dengan bekalan air dan letrik pun takde masa tue...tapi tak seteruk mereka di Kuala Krai dan Gua Musang yang tinggal tapak rumah saja. :(

disambung dengan berita kehilangan pesawat QZ8510 dari SUrabaya ke Singapura. Apa? Hilang lagi. Ya Allah. Last jumpa di perairan, sekarang dalam operasi mencari bangkai pesawat dan jasad mereka yang masih tinggal.

dengan berita MH370 yang masih belum ada kata putusnya. Teringat interview member dengan Intan Maizura, isteri rain (pramugara MH370) yang ketika itu sarat mengandung. Bayangkan melahirkan tanpa suami di sisi. Hanya insan yang terpilih mampu menghadapi dugaan ini

bertalu2 ujian. Dengan peristiwa tembakan MH15 ini antaranya mengorbankan sekeluarga yang pulang bercuti. Allahu Akbar, tiada kata mampu diucapkan.


Setelah musibah bertimpa2, apa pengajaran yang kita dapat?

Monday 1 December 2014

watak berbeza-beza


3 minggu tak berblog...
Huwaaa...camna lah, idea ada jer..cuma masa tak mengizinkan.
Sebenarnya banyak jer aku nak citer pasal kerja aku, bermula dari sampai ke opis, cari bahan, menaip, gossip-ops!...hahaha   sampailah balik kerja...termasuk lah kerja weekend. Ok, itu kira masuk bahan lain yer..ari ni aku nak citer pasal watak aku yang berbeza2 itue..bezalah sangat.

cuma cerita ni tak ngikut sycronize yer..sebab mana yang ada dalam phone saja. yang lain tu aku masukkan kemudian.


masa ni happeninggler..Januari 2014. KArnival Karangkraf. Masa ni monopod kira sangat rare lah..macam barang ajaib pun ada. macam syok jer..hahaha, ni ala2 nak bagi semangat sebelum menjual majalah. Mulut kena ramah, hadiah wajib ada, ilmu penuh di dada, barulah pembaca confident nak beli. Tapi biasanya, dengan diskaun dan hadiah lagi mahal dari majalah, so? sapa tak nak beli kan?
masa ni lah nak mintak selebriti pakaikan kita shawl...hahaha,,tapi finaz yunus memang sporting abis..walhal dia tengah shooting cover kot..tq ye dik non
hahaha...ni lagi lawak... bila ada baju sponsor sampai..dan kengkawan masa tu gi assigment, mak perlu jadi model untuk tunjukkan camna rupanya baju itu. Ini biasa berlaku bila baju sampai lambat dan eventnya esok atau lusa..yeay...
hah! ambik, siap kuar print screen bagai. Masa ni aku handle bengkel bersama pembaca Majalah Nur. Tu tengah borak dengan Jutawan Logam, IR Sofian. Walaupun gambar ni memang candid, tapi aku tetap masukkan juga, baru lah adil dan saksama gitu...macam poyo pun ada kan....haha
ni pula masa lunch treat event oleh Bio Oil. Segmen macam ni memang best sebab ada makan2 dulu, pastu bila perut dah kenyang barulah mulakan penerangan pasal kepentingan diet hinggalah dapat kulit yang cantik. Maksudnya semua ada kaitan. Tempat ni pun aku dah lupa, dia agak ke dalam skit dan tempatnya memang hijau jer mata memandang.

yang ni masa aku habis shooting fesyen di belakang Menara KL. dari kiri model Zue Alias, pastu model juga Alia, belah kanan 2 orang tu owner butik tudung Sya & Efi. Untuk shooting luar ni karektor aku kena santai, serba boleh sebab kena pegang lighting masa shooting, jadi pak lawak untuk hiburkan model, sebab nak buka mata masa matahari atas kepala memang pergh! mencabar. Biasanya memang rugged dan selesa sebab panas dowh



yang ni masa aku sampling majalah di tol, so kena menyeberang beberapa tol untuk sampai ke tempat yang dituju. Adalah gak pengalaman menjadi gadis tol dengan memakai vest itu. Photographer siap panjat lagi untuk dapatkan angle yang cun.


beria aku klik2 kat picture,,dah sampai limit gambar ke sampai takleh update yang baru ni? Haru sungguh ni...

ok..aku try sambung lain kali..atau kalau betul memang takleh, kena buat bersiri atau kena load kat photobucket then baru letak...agak lecehla..huhu...

ok..lepas aku log out then terus sambung, sib baik boleh download lagi sekali gambar...lega den

ni masa program di Bernama Radio untuk promosi majalah. So aku dan editor ditugaskan untuk mewar-warkan isi kandungan majalah kami kepada pendengar. Lepas tu ada soalan spontan dari pendengar. Biasanya kami yang interview orang, kali ni orang lak interview..hehehe...seronok gak, maklumlah dah lama tak jadi deejay nie..
okey..yang ni serius...ni masa casting untuk pencarian ikon. So lepas dorang diuji dengan skil fotografi, ada sesi interview lak. Soalannya simple jer, cam ceritakan pasal dirinya, visi, pengorbanan bla-bla. Kat sini boleh tengok tahap confident dorang, tapi ada yang terlebih confident juga sampai kita lak yang takut..hehe
aku takde dalam ni, sebab aku yang tukang amik gambar. Ni kat laman seni, seksyen 7, Shah Alam. NI kita panggil street fashion, so ada movement skit, slow speed dan macam2 lagi. Ni, biasanya kena model yang terer, sebab shooting outdoor kita kena pantas dan cekap. Mana nak tunggu salin baju, foto cari angle, faktor cuaca dan lain2. So kalau model kayu, memang mak nangis tak berlagu. Untuk selamat, semua model pro. Kalau nak test model baru, eloklah kita buat di studio ye nak.
ni biasanya berlaku kalau ada shooting pagi2 di KL dan kebetulan foto di KL, so aku naik transport awam untuk mengelakkan kesesakan, sampai lambat dan sebagainya. 


masa ni pun fashion show Januari 2014. Yang comel2, kaki panjang tu model lah kan. Fesyen show ni khas untuk persembahan hari terakhir karnival. So kiranya aku koodinator lah kan...sangat! call model cukupkan 18 orang, yang ni dorang mekap sendiri. pastu catwalk oda yang ajar, cuma masa on the dot, oda takde so mak lah yang gantinya..hahaha, hambik, dengan cari sound track lagi, tangga lak tinggi, masa nak naik tangga kena hati2, so adalah gak pegang model untuk dorang naik kan...gitue lah kerjanya. memang renyah tapi hati dah suka kan..

untuk video fesyen show klik sini



Ni ialah sesi food testing...gigihnya gi majlis buka puasa kat Eastin Hotel. Seronoknya sebab bersama kawan2 dan boleh try sebelum orang lain try..syok kan? Masa ni memang tak ingat dunia, sampai makan apa boleh makan, sampai penuh perut....huhu



OK....dia dah takleh upload...nanti aku sambung yer...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...