Tajuknya itu.
Kalau orang lain tajuknya mesti "Aku rindu nak menulis" - tapi aku mesti tambah perkataan 'novel' di belakangnya. Sebab menulis adalah kerja harian/asasi/rutin/makanan.
Tapi itulah, banyak faktor - penat, masa, kekangan kerja, bz dan 1001 alasan lagi yang memang dah ada kat kepala.
AKu bukan sekadar memberi alasan - sebab aku bukan lagi muda - perlu dahulkan tanggungjawab baru minat - jeles dengan orang yang kerja asasnya lain dan dia boleh menulis - dengan lebih baik kala mengarang novel.
Aku pernah bertanya pengarang Sinar Harian masalah ini "Kenapa kita, orang media - yang ada asas menulis, ada ilmu, ada pengalaman macam2 tapi tak boleh menulis novel? Atau sekurang2nya buku pengalaman diri sendiri (buku pojok)"
Jawapan : Mereka yang berjaya membuat buku kebanyakkannya bukan dari disiplin penulisan kerana itu bukanlah kerja asas mereka. Kerja mereka berbeza, jadi mungkin untuk lari dari stres, penulisan dianggap 1 terapi. Tapi bagi kita orang yang sentiasa berhadapan dengan deadline - itu adalah klimaks stress, abis tu takkan dah balik, nak ngadap benda yang sama? Lagi stress la jawabnya. Dia ada 2 buah buku umum tapi dah berapa tahun tak sempat buat buku dengan alasan di atas.
Ya ! Aku cemburu dengan orang yang boleh menulis setahun 1 novel, sedangkan aku? Untuk menyiapkan naskah pertama pun ambil masa 3 tahun. 2011-2014. Tahun ini 2016, aku berangan untuk ada novel kedua, tapi tak tahulah, bayang siapnya pun belum nampak. Kononnya nak menaip masa cuti & emcee, tapi banyak gangguan - nak update instagram bisnes lak (walau sendu)...pastu tengok faceboook. haha Bila nak menaip ni?
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts
Saturday, 19 March 2016
Monday, 13 July 2015
manuskrip? 2015 takde lah...huhu
Okeylah,
ada penyakit M sikit.
Tak habis2 kan? Patutnya aku dah insaf dan cuba jari jalan untuk lebih kreatif cari kesempatan dalam kesempitan. Bukannya cari alasan untuk mengiyakan perbuatanku.
Selain penyakit M tu, ada juga kekangan idea.
Orang kata idea ada ja disekeliling kita, perlu lebih kreatif untuk mengolah dan menterjemah ke skrin.
Camna eh?
Masa takde? Mencemburui?
Boleh jadi. Kerja rumah banyak, tak pernah habis.
Tapi bila dah habis tu dok pegang smartphone,
layari fb lah, ig lah. Haha, tu yang takde masa nak update kan?
Aku betul2 jeles dengan orang yang boleh siapkan novel setahun satu. Sebabnya bukan senang. Aku nak buat Dia Doktor Hatiku pun makan bertahun2 baru siap. Pastu nak menunggu diterbitkan pun makan masa 3 tahun. Bukan senang wei. Kalau tak kuat, mesti aku dah upset. Tapi tulah, dah set mind, takkan aku nak biarkan manuskrip jadi labu peram, macam tahun 2007 dulu2.
Ingat lagi, tahun 2006 masa aku dengan ramai2 budak Karangkraf join kelas penulisan novel oleh En.Nordin, Pengarang Alaf 21 (sekarang Pengarang Sinar Harian) selama 8 minggu. Mula2 memang ramai yang join pastu berkurang demi minggu. Aku je masih mantain-semangat punya pasal. Ada teori, praktikal, latihan dan sebagainya. Genap 8 minggu, aku dan beberapa rakan bersemangat nak menulis novel. Dalam masa setahun, 2007 - termasuk kesibukan jadi reporter Majalah Pesona Pengantin, aku diam2 taip cerita, siap lah juga dalam 500ms yang ku namakan Gubahan Rindu Puisi Syahdu (sempena lagu Fauziah Latif).
Pastu aku hantar dekat Kak Wan Rohana, (sekarang dia dah bersara). Lama juga menunggu feedback walhal dah lama kan? Pastu tanya camna, Kak Wan kata mereka masih menilai. Ok lah. Sampai aku dipangggil untuk menghadiri kursus selama 2 hari 1 malamdi Hotel D Palma. Masa tu yang aku ingat bagi talk, Ramlee Awang Murshid (memang champian giler ah! banyak tips)- siap dia sempat praktikal kat Karangkraf lagi., tapi masa tu aku tak kenal sapa dia, sampai kawan aku Sue Bacaria yang nak amik gambar dia, barulah tau. Haha. Dah terbabas citer lak dah.
Pastu ada Norzailina Nordin dan team Alaf 21. Masa tu manuskrip ku dipulangkan, suruh ammend beberapa bab yang clitche-kata mereka dan improve untuk lagi cantik. Tapi tu lah, masa tu aku tengah pregnan kan Qimi, jadi bila pulangkan, aku pun terus lupakan cita2 asal, fokus pada pregnancy, 2007- seterusnya 2009, damia. Sampailah tahun 2011, aku tiba2 teringin kembali mahu jadi novelis.
Jadi, aku ubah ikut kembali situasi semasa dan hantar. Dalam masa 3 tahun tersebut, banyak yang terpaksa aku betulkan, untuk sesuaikan dengan keadaan semasa. Pastu lenggok bahasa dan lain2. Tapi memang bukan rezeki ku untuk terbit pada tahun sama. Aku faham dan perbaiki dari masa ke semasa, cuma tu lah, bila bekerja memang masa aku limit. Masa dia pulangkan bulan2, aku ambil masa 6 bulan untuk return kembali yang edit, Masa tu editor Alaf dah bz dengan manuskrip lain, so semua tu main peranan. Tapi aku sabar, sebab aku keja lane media, memang faham dan takda nak push2.
Cuma nak menulis manuskrip ke2 tu, page masih sangkut kat muka surat 75 dari tahun lepas sampai tahun ni, tak gerak2. Huhu, So target novel setahun satu tu takde lah ya. Tinggal impian saja, cuma aku ingat nak siapkan juga tahun ni supaya boleh terbit tahun 2016. Okey, doakan aku ya. Amin
ada penyakit M sikit.
Tak habis2 kan? Patutnya aku dah insaf dan cuba jari jalan untuk lebih kreatif cari kesempatan dalam kesempitan. Bukannya cari alasan untuk mengiyakan perbuatanku.
Selain penyakit M tu, ada juga kekangan idea.
Orang kata idea ada ja disekeliling kita, perlu lebih kreatif untuk mengolah dan menterjemah ke skrin.
Camna eh?
Masa takde? Mencemburui?
Boleh jadi. Kerja rumah banyak, tak pernah habis.
Tapi bila dah habis tu dok pegang smartphone,
layari fb lah, ig lah. Haha, tu yang takde masa nak update kan?
Aku betul2 jeles dengan orang yang boleh siapkan novel setahun satu. Sebabnya bukan senang. Aku nak buat Dia Doktor Hatiku pun makan bertahun2 baru siap. Pastu nak menunggu diterbitkan pun makan masa 3 tahun. Bukan senang wei. Kalau tak kuat, mesti aku dah upset. Tapi tulah, dah set mind, takkan aku nak biarkan manuskrip jadi labu peram, macam tahun 2007 dulu2.
Ingat lagi, tahun 2006 masa aku dengan ramai2 budak Karangkraf join kelas penulisan novel oleh En.Nordin, Pengarang Alaf 21 (sekarang Pengarang Sinar Harian) selama 8 minggu. Mula2 memang ramai yang join pastu berkurang demi minggu. Aku je masih mantain-semangat punya pasal. Ada teori, praktikal, latihan dan sebagainya. Genap 8 minggu, aku dan beberapa rakan bersemangat nak menulis novel. Dalam masa setahun, 2007 - termasuk kesibukan jadi reporter Majalah Pesona Pengantin, aku diam2 taip cerita, siap lah juga dalam 500ms yang ku namakan Gubahan Rindu Puisi Syahdu (sempena lagu Fauziah Latif).
Pastu aku hantar dekat Kak Wan Rohana, (sekarang dia dah bersara). Lama juga menunggu feedback walhal dah lama kan? Pastu tanya camna, Kak Wan kata mereka masih menilai. Ok lah. Sampai aku dipangggil untuk menghadiri kursus selama 2 hari 1 malamdi Hotel D Palma. Masa tu yang aku ingat bagi talk, Ramlee Awang Murshid (memang champian giler ah! banyak tips)- siap dia sempat praktikal kat Karangkraf lagi., tapi masa tu aku tak kenal sapa dia, sampai kawan aku Sue Bacaria yang nak amik gambar dia, barulah tau. Haha. Dah terbabas citer lak dah.
Pastu ada Norzailina Nordin dan team Alaf 21. Masa tu manuskrip ku dipulangkan, suruh ammend beberapa bab yang clitche-kata mereka dan improve untuk lagi cantik. Tapi tu lah, masa tu aku tengah pregnan kan Qimi, jadi bila pulangkan, aku pun terus lupakan cita2 asal, fokus pada pregnancy, 2007- seterusnya 2009, damia. Sampailah tahun 2011, aku tiba2 teringin kembali mahu jadi novelis.
Jadi, aku ubah ikut kembali situasi semasa dan hantar. Dalam masa 3 tahun tersebut, banyak yang terpaksa aku betulkan, untuk sesuaikan dengan keadaan semasa. Pastu lenggok bahasa dan lain2. Tapi memang bukan rezeki ku untuk terbit pada tahun sama. Aku faham dan perbaiki dari masa ke semasa, cuma tu lah, bila bekerja memang masa aku limit. Masa dia pulangkan bulan2, aku ambil masa 6 bulan untuk return kembali yang edit, Masa tu editor Alaf dah bz dengan manuskrip lain, so semua tu main peranan. Tapi aku sabar, sebab aku keja lane media, memang faham dan takda nak push2.
Cuma nak menulis manuskrip ke2 tu, page masih sangkut kat muka surat 75 dari tahun lepas sampai tahun ni, tak gerak2. Huhu, So target novel setahun satu tu takde lah ya. Tinggal impian saja, cuma aku ingat nak siapkan juga tahun ni supaya boleh terbit tahun 2016. Okey, doakan aku ya. Amin
Friday, 22 August 2014
Review by myself
Novel
Dia Doktor Hatiku
18
ogos 2014
Jam
8am sudah berada di hospital. Kena puasa dan jam 3 baru diberi minuman
radioaktif. Jam 5 baru boleh makan. Sepanjang tempoh tu, aku habiskan baca
novel ku sendiri. Menanda kesalahan ejaan (jika ada cetakan kedua- harap
sangat2). Dan aku rasa boleh review sendiri.
Jangan
kata aku syok sendiri lak. Review ni based dari apa aku kumpul apa kata editor
dan nilaikan sendiri setelah membacanya. Kemudian aku selit sikit pasal kata
pembaca lain lak.
Tajuk
– tak secatchy sekarang, cuma aku suka
sebabnya novel ni sepatutnya diterbitkan 7 tahun lepas yang zamannya sudah agak
berlalu. Namun tak mengapa, janji ia terbit jua.
- Ia lebih
kepada romantik dan sastera berbanding tajuk sekarang yang lebih santai dan chicklit
(rasanya dah betul eja).
![]() |
semua atur letak kena untuk novel ni.
Perfect! bukan sebab aku yang tulis ye. Sebabnya pereka grafik ni punya
idea. Sweettt
|
Cover
- ok! I luv it
so much! Sungguh! Cantik sangat, dengan pepatung dan rama2 adalah simbolik
pelepasan pasangannya, yang mana cover belakang tu tunjukkan mereka dah terbang
bersama. Oh! How romantic k!
- cover ini pun
banyak membantu penjualan aku sebenarnya. Sebab orang tengok biru dan putih
mendamaikan.
- Siap ada gambar
aku mekap lagi. Mwahaha…gambar tak menahan. Tu gambar masa shooting raya team.
Memang dinie mekap macam pengantin katanya..konsep Alaf sekarang lak memang
letak pic novelis kt belakang, malu dowh.
Jalan
cerita
- Editor aku
kata jalan cerita ok, ada pengisian, kita boleh paham. Cuma dia tak nak
bebankan pembaca dengan ‘flash back’ dengan citer sekarang. So dia mintak aku
himpunkan semua kat depan dan letak cerita sekarang kat belakang.
- Aku kononnya
nak buat macam Abdul Rahim Awang & Ramlee Awang Murshid (antara 2 penulis
novel yang aku suka amat – selain Lily Haslina Nasir & Aisya Sofea – see,
rujukan aku pun orang lama yang sorangnya dah tak menulis pun).
- Berbalik pada
flashback. Sebab 2 Awang penulis tu (jangan marah aa), menulis dengan berkesan.
Pembaca macam tertanya2 sapa si X & si Y ni, sebab dibuka skit2 cerita dia
kat depan. Last baru tau sapa. Yang tu lah aku nak buat.
- Tapi aku tahu,
aku penulis baru. So, mungkin masa menulis aku dah terover xcited dan anggap
pembaca pun seronok macam aku juga. Tapi editor akan betulkan tanggapan kita.
Jadi, bila aku baca balik yang dah dibetulkan. Aku tahu dia lagi betul.
Kesimpulan, jangan syok sendiri naa.
- Dari awal
sampai akhir, aku rasa ok jalan cerita, sampai ending cuma mungkin aku belum
sampai tahap penulis lain yang dah otai, yang boleh bawa pembaca mendayu2
citernya. Mungkin sebab watak aku terlalu banyak (ni yang diceritakan sendiri
oleh staff Karangkraf Mall) sebab tak puas hati ada watak yang mati macam tu
je, tanpa balasan yang patut.
- Dan pagination
yang agak sikit, means tak padan dengan watak banyak.
- Mwahaha..macam2
kan.
|
||
|
- Cuma bila
citer aku tiada unsur nikah paksa, means yang banyak dituliskan novelis
sekarang. So yang romantic tu taklehla aku lebihkan. Sebab kita tak mahu
galakkan uda dan dara berlebihan masa bercinta. Adalah skit aku tulis pegang
tangan, lengan, tapi setakat tu je. Nak tulis lebih2 memang tak sesuai. So kat
situ aku dah kurang tarikan romantik.
- Tapi staff
Karangkraf Mall ada bagitau yang masa rombongan TV3 datang buat lawatan masa
majlis buka puasa sama di Karangkraf, novel ku antara 10 novel yang diberi
kepada salah satu penerbit drama. Penerbit ni memang banyak siarkan drama
bersiri kat Akasia ada, astro pun ada. Siap tanya ada shooting lokasi di London
tak? Dorang kata tak, tapi ni untuk citer ada banyak watak dan nangis2 punya.
Hehehe.
- Tapi aku tak
harap sangat. Serius. Novel pertama pasti banyak kekurangan sana sini. Biasanya
dia utamakan yang 3 novel ke atas. Mak ok je, kalau ada rezeki Alhamdulillah,
kalau takde, cuba hasilkan yang lebih baik. Tapi tak salahkan nak berangan2.
- Ada beberapa
orang pembaca baru, means kawan2 aku lah. Sebaya. Yang memang dah lama tak
sentuh novel, akhirnya baca novel aku sebab teman sendiri yang menggarap
(terima kasih banyak2, uols tahu sendiri diri uols kan), dia kata best sangat
citer ni. Satu yang aku rasa sebab aku ambil sendiri kawasan yang dekat tempat
aku, so mereka merasakan itulah diri mereka. Weeee, banyak scene juga adalah
kisah benar, aku tambah bagi sedap lagi. Tak sangka wei aku boleh tulis sampai
500muka surat.
- Ada juga
pembaca baru yang kebanyakkannya budak sekolah kata cita aku pun best. Mungkin
sebab depan2 tu citer zaman kanak-kanak membawa zaman remaja hingga ke dewasa.
So, mungkin pertalian ada pengaruh kuat sikit.
- Cuma golongan yang
agak sukar untuk ditarik ialah golongan pembaca novel tegar itu sendiri (aku
rasalah, pendapat peribadi aku). Sebabnya mereka dah biasa baca novel dan
mereka boleh menilai cerita tu sendiri. Disebabkan citer aku kurang part
romantik (sebab belum kawin) mungkin faktor X-menyengat tu takde. Tapi takpe,
aku terima segala komen dan cuba improve lagi.
Watak
- Ada pembaca
bagitahu aku, dia lagi suka watak Firdaus dikembangkan. Firdaus yang arrogant,
angkuh, perasan hebat itu akhirnya jatuh cinta pada Lydia. Berbanding kisah
Lydia dan Imran (watak yang bercinta sejak kecil) tu agak clitche, watak baik
yang macam takde tarikan sangat.
- Bila aku fikir
balik, memang banyak drama adaptasi pun kisahnya begitu, mula2 benci, marah
pastu bertukar sayang. Aku faham.
- Tetapi ada
juga pembaca yang sukakan watak Imran dan Lydia yang akhirnya bersatu jua.
Mempertahankan tarikan pandangan pertama hingga ke dewasa antara storyteller
yang best.
- Ada yang tak
suka watak Imran yang dianggap mudah tergoda dengan kecantikan wanita lain.
Hehe, itu lah kelemahan Imran sebenarnya. Aku nak tonjolkan lelaki sebaik
manapun, ada sisi negatif dia. Kena plak girlfren asik sibuk memanjang, tu yang
naik daun. Tapi lepas tu dia sedar dan cuba ubah sikap dia kembali.
- Dalam citer
ni, aku nak tonjolkan watak Lydia yang agak rapuh. Tetapi dengan jumlah muka
surat yang agak terhad, tak aku nafikan banyak yang perlu dipotong. Sayangnya,
tapi editor aku kata aku suka meleret. So aku pegang point dia. Untuk manuskrip
kedua ni, InsyaAllah aku akan buat padat dan takde yang tertinggal.
-
Yang paling menarik aku terima komen dari pembaca bukan Melayu. Tetiba dia
request fren aku dan tag bait2 indah dalam DDH. Tergamam aku jap. Tak sangka
dia baca dan bagi review yang bagus juga.
tq pembaca yang dihormati. Rasa
sangat terharu gitue...
|
Bahasa
- sudah ku
katakan dari awal yang citer ni dah diperam agak lama, so memang time tu yang
trend adalah bahasa indah, ala2 sastera. Berbeza sekarang yang popular bahasa
santai, yang pembaca sekarang tak nak suka berat2, suka romantik macam kahwin
paksa, mesra gitu.
- One of editor
yang menilai,
kata
bahasaku agak berat. Dia pesan lepas ni jangan tulis macam Dewan Bahasa &
Pustaka (DBP). Hahaha, akan ku ingat pesanmu sifu.
- Tapi bila baca
balik, aku rasa tak percaya menulis bahasa indah. Weehoo, masuk lif tekan
sendiri. Sebabnya aku pernah baca novel sasterawan, so adalah sikit aku olah
sendiri, jadi stail aku. Sedap pula baca. (ok sila muntah hijau).
Emosi
- aku cuba bawa
emosi gadis dirundung malang, cuba hayati penderitaannya. Ada yang kata sampai
sebab dia menangis teresak2…huhu,
- Ada yang kata
tak sampai sebab gaya bahasa lum sampai kehujung hati.
- Tapi, aku akan
terima semua kata2 ni sebagai semangat untuk aku berkarya yang lebih sedap di
masa akan datang. InsyaAllah.
![]() |
sapa penah baca novel ni? Ok kita
gang...zaman 90an...mwahahaha..masa tu zaman perpustakaan bergerak lagi
okey...khutub khanah desa pun ada. Itulah sumber pembacaan kami masa tu. Nak
membeli kena ke Kota Bharu kedai Muda Osman. Takpun tunggu Pesta Buku
Kelantan yang setahun sekali itu. Walaupun tajuk nak dekat2 sama, tapi jalan
citer memang lari jauh. Tapi Ahadiat Ahakshah memang antara top novelis. suka
sangat dia..plus masa tu dia pun muda dan hensem lagi. Ye lah, zaman 25 tahun
lepas katakan..
|
p/s
: InsyaAllah, cepat sihat, lagi cepat boleh bahagi masa dengan betul untuk
manuskrip kedua. Amin2...
Thursday, 26 June 2014
1st day keja & 1st novel
Salam,
Setelah mc beberapa lama, akhirnya aku memulakan kerja. Rasa lain dan agak lemah tapi itu boleh di atasi, InsyaAllah. So, bila dah lama kengkawan tak nampak kita, semua tanya khabar, suaraku bolehla kuar sikit2, tapi bila dah nak masuk tengah hari & petang, nak bersuara pun agak sukar, macam perlahan sangat, lagi slow dari citer dalam kelambu itu.
So, berceritalah lebih kurang pasal simptom sakitku, berapa lama kat wad, sapa jaga masa pantang, makan camna dan bla2...Pastu aku terus jumpa sekretariat untuk amik novel ku. Wah! haha, rasa macam tak percaya, memang mimpi ke? tapi ni betul2 ni, bukan main2.
pastu berjumpala dengan orang penting yang selama ini, selalu bagi panduan untuk hasilkan karya yang lebih mantap. wallah.
Sebelum tu aku dah dapat tip pasal nak beri penghargaan kepada pembeli novel kita. So, adakan lah hadiah, walaupun kecil mereka sangat menghargainya. Jadi, aku pun order lah fridge magnet bersama gambar Ian Somerhalder dalam layout itue...Memang lawa lah sangat..cuma saiznya sangat comel hokay...
Jadi, hari isnin saja, kawan2ku dapat 2 berita iaitu citer camna aku masuk wad dan citer aku hasilkan novel. Pagi2 dapat ucapan "harap bersabar dengan dugaan". Petang dapat ucapan "tahniah". Alhamdulillah, memang Allah dah aturkan sebaik2nya perancangan dia.
Aku pegang "Di sebalik kesedihan, ada keindahan yang Allah nak bagi". Amin
Setelah mc beberapa lama, akhirnya aku memulakan kerja. Rasa lain dan agak lemah tapi itu boleh di atasi, InsyaAllah. So, bila dah lama kengkawan tak nampak kita, semua tanya khabar, suaraku bolehla kuar sikit2, tapi bila dah nak masuk tengah hari & petang, nak bersuara pun agak sukar, macam perlahan sangat, lagi slow dari citer dalam kelambu itu.
![]() |
takdelah camni, tapi cakap pelan, bila member datang, kenalah borak. Dahla memang sebelum ni suara kuat, gelak pun boleh tahan, sampai sekarang aku cakap pun dorang kata macam sopan santun sangat. haha |
So, berceritalah lebih kurang pasal simptom sakitku, berapa lama kat wad, sapa jaga masa pantang, makan camna dan bla2...Pastu aku terus jumpa sekretariat untuk amik novel ku. Wah! haha, rasa macam tak percaya, memang mimpi ke? tapi ni betul2 ni, bukan main2.
![]() |
jadi, yang selama ni kat skrin dah berada di tangan. perasaannya membuai2 sangat. Rasa tak caya boleh sudahkan karya ni dan akhirnya menjadi novel. Alaf 21 lak tue, penerbit novel terbesar di Malaysia kan... |
pastu berjumpala dengan orang penting yang selama ini, selalu bagi panduan untuk hasilkan karya yang lebih mantap. wallah.
![]() | |
Kak Saadiah (duduk) dan Lis (editor) aku yang bertanggung jawab menyedapkan lagi cerita itu. hehe |
![]() |
inilah rupanya fridge magnet custom made itu. comel gler kan? siap ada pic Ian (actually, masa menulis aku tak bayangkan dia pun, ini sebab nak siapkan blog, jumpa gambar dia), dan kata2 indah. Oh! Sweet sangat. Aku sediakan 300 keping, memang nak bagi pembaca semua. |
Jadi, hari isnin saja, kawan2ku dapat 2 berita iaitu citer camna aku masuk wad dan citer aku hasilkan novel. Pagi2 dapat ucapan "harap bersabar dengan dugaan". Petang dapat ucapan "tahniah". Alhamdulillah, memang Allah dah aturkan sebaik2nya perancangan dia.
Aku pegang "Di sebalik kesedihan, ada keindahan yang Allah nak bagi". Amin
Thursday, 12 June 2014
sinopsis
Cinta?
Usah sebut di hadapan Lydia. Mendengar nama lelaki sahaja, dia jadi sangat
benci. Bukan lagi menyampah tahap dewa tetapi dia mahu menjadi halimunan kala
lelaki memikatnya. Namun Imran bukan mudah putus asa. Lagi gadis itu lari,
makin galak dia mengejarnya.
“Lydia…
saya tak peduli dengan kisah silam awak. Yang saya tahu saya telah jatuh cinta
pada awak. Saya akan menjaga awak sepanjang hidup saya.”
Lelaki ini memang gila, itu
fikir Lydia namun dia juga tidak betah menolak perasaan indah yang sentiasa
mengulit mimpinya. Lydia dan Imran bersatu atas nama cinta. Tetapi siapalah
kita untuk menolak takdir Tuhan. Antara mereka ada orang ketiga membuat onar
hingga kedua-duanya berpisah kasih.
“Awak telah lukakan hati saya
Imran...”
Amarah membuatkan kedua-duanya
makin jauh, namun rindu mengikat mereka dalam tautan ‘kisah silam’. Lydia degil
dan Imran pula ego. Payahnya. Hubungan ini perlu bertaut kembali. Jika tidak kedua-duanya
sekadar mengejar bayang-bayang.
Wednesday, 11 June 2014
Bab 27
Imran merengus
perlahan. Telefon bimbitnya yang berdering dibiarkan sahaja. Malas melayan
nombor yang tidak dikenali. Akhir-akhir ini terlalu ramai wanita yang mahu
mendampinginya. Tidak kira sama ada melalui perjumpaan bersama client
ataupun menerusi kenalan mamanya.
“Encik Imran… ada tetamu nak jumpa.” Suara Ayu, setiausaha Imran
melalui interkom.
“Siapa?” tanya Imran acuh tidak acuh. Seingatnya, dia tidak
mempunyai temu janji dengan sesiapa pun.
“Nasha, model iklan komersil kereta kita.”
Nasha. Hmm… baru dia teringat. Gadis cantik yang menjadi daya
tarikan iklan komersial kereta luar negara milik syarikatnya. Tetapi untuk apa
dia datang ke sini? Segala bayaran atau apa jua kontrak diuruskan oleh agensi.
Tak apalah, setiap tetamu yang datang membawa rezeki, pujuk hatinya sendiri.
Pintu berkayu diukir indah diketuk. Kelihatan sesusuk tubuh
tinggi lampai milik model ternama sedang berada di hadapannya.
“Silakan duduk… Nasha,” pelawa Imran. Ketika berdiri itulah, dia
dapat ‘menangkap’ ketinggian model itu lebih kurang 170cm, setinggi dirinya.
Berbeza dengan kekasih hati yang separas bahu sahaja.
“Thank you.”
Nasha duduk. Serentak itu semerbak aroma wangian daripada
campuran bunga-bunga hutan mengharumkan bilik tersebut. Agak-agak berapa botol
minyak wangi yang telah dicurahkannya?
“Ya, ada apa yang boleh saya bantu?” tanya Imran sambil
tersenyum.
Nasha turut tersenyum. “I saja singgah aje. Nak tanya khabar
you.”
Imran mengerutkan dahinya. “I okey… terima kasih kerana sudi
datang.”
“Maaflah kalau I menganggu,” kata Nasha dengan suara menggoda.
“Tak apa.” Imran tersenyum tawar. “Hari tu I singgah sekejap ke
lokasi. Nampak Cik Nasha dari jauh. I nak tegur tapi takut mengganggu.”
“I nampak Encik Imran juga, tapi maklumlah… tengah busy.
Tak sempat nak bertegur sapa. Er… betul ke I tak menganggu Encik Imran?” tanya
Nasha dengan nada yang agak menggoda sambil badannya digerakkan ke hadapan.
Secara tidak sengaja, Imran ternampak bahagian dada yang
terdedah. Cepat-cepat dialihkan pandangan matanya. Dia beristighfar di dalam
hati. “Oh! Tak apa. I pun sibuk sikit hari tu. So, apa yang boleh I
bantu?”
“Err… Nothing, just leave my card.” Nasha memberikan kad
bisnesnya kepada Imran.
Imran meneliti kad tersebut. Tertera nama, nama syarikat, jenis
peragaan yang pernah diceburi dan kerjaya terkini. Di belakangnya pula pelbagai
aksi menggoda yang bisa meruntun jiwa lelaki normal. Tidak hairanlah kerana dia
adalah seorang model yang kini menceburi industri seni.
“I berani cakap yang you tak pernah jumpa orang macam I, kan?”
ujar Nasha lagi.
“Betul, tapi memang pun I tak sesuai untuk dunia you. Maklumlah
kami hanya berurusan dengan minit mesyuarat, lelaki dan segala perkara yang
berkaitan dengan kereta,” kata Imran. Kemesraan yang ditonjolkan gadis jelita
di hadapan meragut ketenteraman dirinya. Kenapakah Lydia tidak semanja ini
ketika berbicara? Kenapalah Lydia menolak permintaanya untuk bernikah?
“Oh! I faham…” Nasha tergelak manja. Sesekali dia mengelus rambut
ikal mayangnya separas bahu. Imran terbuai dengan kemanjaan yang ditonjolkan
model itu. “Tapi ia tak bermakna you menolak jika I mengajak bukan?” suara itu
berkata kembali. Kali ini lebih hangat dan menggoda.
Imran terdiam. Godaan di universiti nyata berbeza dengan dunia pekerjaan.
Menyarung sut lengkap dan menyandang tugas di syarikat korporat menjelaskan
godaan datang dengan lebih hebat. Sesekali dia juga hanyut dalam pesona itu
sendiri.
“Sorry dear, I didn’t means to touch your heart…” Nasha
membetulkan tanggapannya. “Maksud I, kalau sesekali I nak ajak you temankan lunch, dinner
atau ke majlis hiburan lain boleh kan? Tapi ia bukan bermakna kita ada hubungan
serius… Ia sekadar hubungan antara pekerja dengan bos atau sekadar rakan
kenalan. I tak ramai kawan dalam industri ini. Sekadar berteman biasa sahaja
dan I perlukan seorang rakan di luar lingkup kerjaya,” jelas wanita itu lagi.
Imran termangu-mangu. Pandangan menggoda Nasha mengheret jiwanya.
“Why me?” Imran hilang kata-kata. Mengapa dirinya jadi pilihan? Bukankah
wanita itu sendiri telah bertemu ramai lagi lelaki budiman di luar sana?
Mengapa orang yang tidak pernah berbicara ini juga jadi taruhan?
“Dari pandangan pertama I, you seorang yang jujur dan bukan kaki
perempuan. I pernah shooting dengan pelbagai badan korporat. Biasanya I
dapat mesej terima kasih, bunga dan jemputan makan malam. Tapi I tolak dengan
baik kerana tak mahu campurkan antara kerjaya dan peribadi.
Imran hanya mendengar. Cuba mengaitkan cerita Nasha dengan
dirinya. Makin cuba dihubungkan antara satu sama lain, tetapi makin kusut
jadinya. Mereka tiada kaitan langsung!
“Tapi berbeza dengan you…” Nasha mengedipkan mata dan mengurut
batang lehernya. “Sakit pula leher I. Salah bantal kot.”
“Oh!” Hanya itu yang terucap dari Imran. Nasha makin galak
menunjukkan kulitnya yang putih melepak. Tersekat nafasnya tatkala memandang
keindahan pemilik lekuk tubuh itu. Terus dia melihat jam di tangan, mahu
mengalih perhatian daripada terus meliar pada yang tidak sepatutnya.
“Okey, sambung cerita tadi. You memang lain daripada yang lain.
Sebab you cuma tengok I dari jauh aje. Langsung tak kirimkan sebarang
ucapan pada I. Malahan I yang cari you. Ini membuktikan yang you bukan
salah seorang dari mereka…” jawabnya panjang lebar dan kini dalam nada yang
lebih serius dari tadi.
Imran menggeleng kepala. Tidak tahu untuk menjawab permintaan
tersebut. Hendak ditolak, dia tak sampai hati. Tetapi menerimanya nanti akan
membawa padah jua akhirnya.
“Yang sebenarnya I tak pernah terfikir mengenai benda-benda ni.”
Tergagap-gagap Imran memberi jawapan. Tak tahu pula, perlu ada hubungan antara
model dan pemilik syarikat.
“Sebab tu I cakap you berbeza daripada orang lain yang I
kenal. Tak kiralah bujang, suami orang ataupun dah ada tiga isteri. Tahap
miang mereka terhadap perempuan memang….” balas Nasha sambil menjungkit bahunya
menjelaskan lagi kenyataannya.
“So… you nak apa daripada I?” soal Imran, pelik dengan
kerenah model di hadapannya ini.
Nasha pantas menggeleng. Dia tersenyum.
Pandangan menggodanya membuatkan Imran terpana bagaikan di
awang-awangan.
“I tau orang sekacak you pasti sudah ada teman istimewa. I tak
ganggu mahligai orang. I’m not that type. Cuma sekadar kenalan antara
mereka yang pernah berurusan bisnes. Tak salah kan?”
Imran diam.
“Okeylah... I have to go. If you have any job or just wanna go
dinner, please call me.”
Nasha meninggalkan Imran dengan senyuman yang sukar untuk
dimengertikan. Imran khayal seketika dengan kejelitaan di depan matanya
sehinggalah kelibat Nasha hilang daripada pandangannya.
Dia tersenyum. Sekadar
kenalan bisnes? Sejak bila dia dan model yang cantik dan seksi itu mempunyai
persamaan dalam perniagaan? Atau dia sedang dijerat oleh kepalsuan dunia
semata-mata?
Dengan akses internet di hujung jari, dia mula membuat carian mengenai Nasha Noor. Hebat sangatkah
orangnya sehingga segala VIP mahukan dia? Dan dia pula dicarinya dengan alasan
berbeza daripada orang lain? Terlalu sarkastik bunyinya namun hati lelakinya
tetap tidak mampu menolak keindahan ciptaan Yang Maha Esa.
‘Tetapkan imanku daripada godaan sebegini, ya Allah!’
Bab 26
Lydia sampai awal
di pejabat, jam di dinding baru menunjukkan angka 7.45 pagi. Sudah ada beberapa
wartawan yang sedang menyiapkan bahan berita. Namun di meja sukan, hanya
dirinya seorang sahaja yang termangu-manggu. Seorang wanita yang kelihatan
lebih tua beberapa tahun darinya memandang dengan tersenyum.
“You batch yang baru masuk, kan?” sapa wanita itu sambil
menghulur tangan untuk bersalaman.
Pantas Lydia menyambut huluran wanita bercermin mata itu sambil
mengangguk. “Saya Lydia, dari sport desk. Akak?” Giliran Lydia pula
bertanya.
“Panggil aje Kak Su. Akak dari crime desk. Biasalah, kalau
ada berita-berita adhoc, kami perlu siapkan sepantas yang mungkin. Dalam
masa yang sama, fakta perlu tepat,” balas Kak Su.
“Itu yang buatkan saya teruja Kak su.”
“Baguslah macam tu. Kerja wartawan ni seronok sebab kita jadi
perantara untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Kita berpeluang jumpa
pelbagai golongan bermula daripada kelas atasan hinggalah golongan marhain yang
tidak pernah cukup makan. Kadang-kadang emosi buatkan kita tertewas dengan
keadaan. Namun, setelah diperhalusi, setiap apa yang berlaku mesti ada sebab
musababnya. Kita sebagai manusia hendaklah berusaha untuk berjaya dan membantu
mereka yang susah,” cerita Kak Su dengan serius.
Lydia mengangguk.
“Tak apalah Lydia. Akak nak minta diri dulu. Hari ni akak off.
Akak balik dulu ya.”
“Terima kasih atas tip itu, kak,” ucap Lydia sambil melihat
lenggang wanita yang berpakaian cukup santai. Hanya dengan jeans dan kemeja
lengan panjang, cukup ringkas.
Tidak tahu apa yang harus dilakukan pada hari pertama bekerja,
Lydia lantas mengambil kerusi yang dikhaskan untuknya dan terus menekan butang
komputer. Cahaya berkilau muncul daripada skrin monitor seraya jarinya yang
runcing menekan papan keyboard menuju ke Internet Explorer. Jarinya ligat
melayari website Yahoo dan terus menyemak e-mel. Ada e-mel dari Shalin yang
menyambung pengajian Sarjana di Universiti Of Newcastle, Australia. Sahabatnya
yang satu ini tidak pernah jemu-jemu mengirimkan berita padanya.
Assalamualaikum,
Kepada sahabatku yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Maaf
terlambat balas e-mel kerana aku baru sahaja habiskan peperiksaan yang cukup
menggerunkan sesiapa yang masih bergelar pelajar. Selepas ini, aku perlu
menyiapkan tesis pula setebal beribu-ribu lemon. Sekali fikir, rasa nak undur
diri sahaja. Tapi demi masa depan yang gemilang, akan aku gagahkan jua. Nasib
baik kau dah habis belajar, kalau tak, jadilah macam aku. Asal exam, kuiz mesti
sentiasa migrain aje.
Kau macam mana sekarang? Dah dapat kerja ke belum? Jika masih
belum, apa kata kau kerja sahaja dengan syarikat sepupu aku. Aku boleh bagi kau
jawatan eksekutif jualan. Tapi nanti pening pulak kau nak cari client. Hehehe…
aku tahu impian kau yang tak pernah padam tu. Aku akan sentiasa menyokong kau
dari jauh.
Dalam e-mel sebelum ni, kau bagitahu ada boyfriend sejak tiga
tahun lepas. Kenapa baru bagitahu aku? Tak baik berahsia dengan kawan baik tau!
Aku baru aje nak padankan dengan sepupu aku yang tak sekacak mana tapi manis
tetap ada. Tapi tak apalah, janji bila aku balik nanti, jangan lupa nak
perkenalkan pula.
Lagi satu kenapa tak perincikan pasal orangnya? Tak syoklah
macam ni. Dia kacak tak? Harap-harap dia kacak macam Rob Pattinson atau Lee Min
Ho atau paling kurang pun macam Arjun Rampal jadilah... hehe… jangan marah ya.
Hmm… Lydia, kan aku dulu ada cakap dengan kau pasal someone special in my heart. Orangnya
masih belum aku kenal. Aku cuma dengar nama dia aje dari mama. Kata mama
orangnya tinggi lampai, hitam manis, berkumis dan bersuara romantis. Dapat tak
kau bayangkan orang semacam itu? Hehe… mama kata kalau aku masih belum bertemu
pasangan hidup, dia akan jadi galang gantinya…
Tolong aku Lydia. Aku tidak ingin menjadi orang yang masih di
zaman kuno, dijodohkan oleh ibu sendiri. Tetapi, manalah tahu bila terpandang
wajahnya nanti, akan datang arjuna hati bisa meruntun dan memikat hatiku untuk
mengenalinya, seterusnya hatiku mungkin akan terpaut pada dia nanti. Jadi,
jangan berlengah lagi, bak kata iklan dapatkan sementara stok masih ada.
Dah lama aku merapu. Aku stop
dululah. Tak lama lagi aku nak balik Malaysia. Aku ingin bercerita dan
bercerita dengan kau sampai mata aku terlena dengan sendirinya.
Salam sayang dari sahabatmu, Shalin.
‘Shalin, Shalin… tak habis-habis kerenah yang mencuit hati.’
Hatinya berbisik sendiri. Dia tersenyum mengenangkan sikap kawannya yang tidak
pernah berubah. Suka mengusik hingga dirinya juga terikut sama dengan rentak
anak tunggal nan satu itu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” jawab Lydia. Seorang wanita lebih kurang sebaya
dengannya berdiri di hadapannya dengan sekeping kertas di tangan.
“Baru sampai… Rita,” sapa Lydia sambil melemparkan senyum paling
manis di pagi hari. Rita juga seperti dirinya, masih bergelar junior
reporter cuma Rita masuk lebih awal dua bulan daripadanya.
“H’ah… Cik reporter sampai awal ya?” Terus Rita melabuhkan
punggung di kerusi berwarna ungu. “Dah makan belum?”
“Belum... Sorang-sorang seganlah. Jom ke café sama-sama,” ajak
Lydia sambil meraih lengan Rita.
Mereka berdua menuju ke café yang terletak di tingkat paling
bawah. Akhbar Malaysia Harian masih setahun jagung. Belum memiliki bangunan
sendiri lagi. Perlu berkongsi dengan lain-lain syarikat.
Sememangnya Lydia kagum
dengan bangsa Melayu yang rajin berusaha. Rezeki tidak akan datang bergolek
tanpa kerja keras.
Mereka berdua terus ke kaunter café untuk melihat menu yang ada.
Tidak ada yang menarik. Nasi lemak, meehon goreng, kuih-muih, sandwich dan ada
yang lebih berat sedikit lontong. Takkanlah pagi-pagi macam ni nak makan
lontong pula?
Lydia termangu-mangu. Tidak tahu apa yang harus dipilih. Akhirnya
dia memilih nasi lemak. Kemudian mereka mengambil lokasi yang agak jauh sedikit
daripada pandangan orang.
“Awal sampai hari ni?” tanya Rita sambil menyuap meehon goreng.
“Aku duduk di Sungai Buloh. Pejabat kita di Bangsar. Jadi
terpaksa menapak dengan komuter. Kemudian naik LRT Putra barulah bas perantara.
Aku keluar selepas solat subuh, jadi sampailah awal. Aku kan baru kerja. Aku
belum mampu pakai kereta,” jawab Lydia sambil menghirup Milo panas.
“Hai, takkan boyfriend tak hantar?” tanya Rita dengan nada
mengusik, walaupun sebenarnya dia hanya serkap jarang.
“Mana kau tahu aku ada boyfriend ke tak?” Lydia juga turut
mengusik rakan yang baru dikenalinya.
“Takkan tak ada. Lainlah aku yang tak berapa nak lawa ni.”
Hendak tersedak Lydia mendengar omelan Rita. Terus di tahan
dengan tisu yang disapu sekeliling bibirnya yang basah.
“Rita, kau ni boleh
masuk Raja Lawak, kan?” Dia tersenyum. “Pakwe aku tinggal di Bukit
Antarabangsa. Dia kerja kat Ampang. Aku tak mahu susahkan dia. Lagipun dari
dulu aku suka berdikari tanpa harapkan orang lain.”
Rita tersenyum. Pinggannya sudah kosong. “Aku tinggal di aparmen
Kerinci. Tiga bilik, dua bilik air lengkap dengan lif. Rumah mak cik aku. Sewa
tak mahal sebab dia lagi percayakan anak buahnya daripada orang lain.
Menariknya fully furnished. Apa kata kau duduk aje dengan aku. Lagipun
aku duduk sorang aje. Rumah kecil tapi selesalah untuk kita berdua.”
Lydia berfikir sambil mulutnya mengunyah karipap. Idea Rita yang
mengajaknya untuk tinggal bersama memang menarik. Lagi pula dengan kerja yang
tidak menentu, faktor rumah yang jauh hanya akan menyusahkan dirinya juga.
“Bagus juga. Jadi bolehlah kita datang kerja sama-sama. Tak
adalah aku keseorangan naik LRT nanti.”
“Tak payah naik LRT, aku ada kereta,” ujar Rita sambil
memusingkan kunci kereta di jarinya. “Myvi abang aku. Dia pakai kereta lain.
Aku cuma sambung bayar bank aje.”
Lydia tersenyum. Rezeki masing-masing. Rita memang beruntung. Walaupun datang dari keluarga sederhana, tetapi disebabkan Rita anak bongsu, tentunya mendapat kelebihan berbanding abang dan kakaknya. Paling penting, dirinya juga beruntung menumpang
Bab 25
Imran terkedu.
Rayuan atau apa sahaja ayat yang keluar daripada mamanya memang sukar untuk diterima. Tadi
Datin Sairabanu singgah ke pejabatnya sekadar untuk bertanya khabar. Macamlah
di rumah mereka langsung tak berjumpa.
“Anak mama apa khabar?” Datin Sairabanu duduk tanpa menghiraukan
kehairanan yang beraja di wajah anak sulungnya itu.
“Mama, Im belum pindah lagilah,” kata Imran sambil menggeleng.
Sejak akhir-akhir ini, mamanya begitu menganggu kehidupan peribadinya.
“Macam mana nak pindah kalau belum kahwin?” sindir wanita yang
masih cantik itu walaupun sudah berusia.
Ops! Dia sudah tersilap perhitungan rupanya. Kenapalah lancang
sangat menjawab tadi? Imran tersengih. Dia terus menutup fail di meja. “Mama
nak ajak Im lunch sama ke nak buat surprise kat papa?” Sengaja di
tukar topik supaya mamanya tidak lagi menyentuh soal perkahwinan.
“Hisy, kamu ni… Papa kan outstation ke Sabah. Tu lah...
sibuk sangat sampai papa tak ada pun kamu tak perasan,” sindir Datin Sairabanu
lagi.
Imran menepuk dahinya. Mengapa idea bodoh sahaja terfikir dek
akalnya tatkala berhadapan dengan mamanya?
“Jadi dah jumpa calonnya?” soal Datin Sairabanu.
“Ada, cuma tungga masa aje.” Berubah air muka Imran. Menipu atau
berterus terang?
“Baguslah. Boleh kenalkan pada mama.” Datin Sairabanu tersenyum
lebar. “Nanti bawa jumpa mama ye, Im…”
“Dia belum bersedia lagilah, mama.”
“Jadi bila nak bersedianya?” Suara Datin Sairabanu hampir
terjerit.
“Dalam masa terdekat nanti. Im janji, mama.” Dalam kelat, Imran
mengukir janji. Entah betul atau tidak dia akan menepatinya. Yang penting dia
harus membuatkan mamanya berhenti bertanya.
“Susah-susah sangat, mama ramai kenalan yang ada anak perempuan.
Cantik dan berpelajaran tinggi,” sambung Datin Sairabanu yang bila-bila masa
sahaja menunggu lampu hijau daripada Imran. Akan dicanang kepada rakan-rakannya
bagi mencari seorang gadis sebagai suri hati anak lelakinya.
“Eh! Tak naklah macam tu. Itu zaman dulu-dulu boleh lah
padan-padankan. Ini zaman siber. Orang dah cari sendirilah mama.” Imran berasa
canggung. Sukar dimengerti, Datin Sairabanu suka mengawal segala-galanya.
Kadang-kadang Imran cukup hairan bagaimana papanya boleh bertahan dengan sikap
mamanya yang suka campur tangan dalam pelbagai perkara.
“Kalau tak nak, bawa dia cepat-cepat jumpa mama. Im faham kan?”
“Insya-Allah...
mama,” jawab Imran dengan nada yang antara dengar dan tidak. Resah sebenarnya.
Biarpun mamanya baru sahaja sampai dan berbual dengannya, terasa masa begitu
lambat berlalu. Kalau boleh, mahu sahaja dia mempercepatkan percakapan mamanya
supaya masa deras berlalu.
“Tak apalah... mama saja singgah. Walau duduk serumah, susah
sangat nak jumpa Im, kan?” Imran mengeluh. Sukarnya untuk memuaskan hati
seorang mama. “Nanti malam, makan di rumah ya. Mama rasa sunyi sebab papa tak
ada. Yana pun lambat lagi balik. Tinggal Im sorang aje. Okey?”
“Okey...” Imran mengangguk. Tiada lagi alasan untuk menolak.
“Mama balik dulu. Jangan lupa temu janji kita malam ini.” Datin
Sairabanu berjalan keluar meninggalkan Imran dengan penuh rasa beban.
Pandangan Imran beralih pada diari harian yang tercatit segala
tugasan. Di dalamnya terpampang potret indah milik Lydia dan dirinya. Teringat
ketika mula-mula memikat Lydia, pelbagai rancangan yang difikirkan agar mampu
membuatkan si Lydia jatuh hati dengannya. Akhir sekali dia berjaya juga
memenangi hati gadis manis ini.
Bukan dia tidak pernah mengajak Lydia agar bertemu dengan
keluarganya. Jika dihitung sudah berpuluh-puluh kali dia mempelawa Lydia ke
rumah. Jumlah sebanyak itulah juga Lydia menolak dengan cara yang paling lembut
beserta macam-macam alasan. Masih belum bersedialah, tunggulah bila dah kerja
nanti, tidak mengapa, biar adik-adik menentukan haluan masing-masing dan
pelbagai hujah yang mampu mencairkan hati lelakinya.
Sehingga kini, Lydia masih mengelak bila diajukan soalan yang
sama. Akhirnya dia sendiri yang merajuk, membawa hati yang lara. Namun, gadis
itu pandai memujuk. Dan, dia tidak sampai hati untuk melukakan hati dara yang
mengetuk pintu hatinya.
Lydia terlalu istimewa. Dia sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga
untuk mempertahankan cinta dan janjinya pada kekasih hati. Tapi bagaimana pula
dengan mama dan keluarganya?
Datin Sairabanu tentu tidak menyukai budak kampung seperti Lydia.
Tidak pandai membawa diri ke majlis-majlis kehormat katanya. Tapi, apa yang
tidak diketahui mamanya, Lydia sudah menjadi seorang wartawan yang tentu biasa
berhadapan dengan semua pihak. Datin Sairabanu tidak boleh memandang rendah
lagi kepada Lydia.
Ah! Biarlah keadaan menentukan. Dia masih belum ingin menamatkan
alam bujangnya. Masih banyak yang belum digapai.
‘Aku pasti saat itu akan terbentang luas di depanku.’
Bab 24
Lydia merenung buat
kali kedua bangunan yang berdiri megah di depannya. Walau tidak seindah
bangunan pucuk rebung Telekom atau segah Menara Kuala Lumpur, namun bangunan
ini antara yang menjadi nadi ibu negara tercinta ini. Agak kuno struktur
binaannya, tetapi di sinilah akan menentukan titik permulaan kerjayanya. Karier
sebagai seorang wartawan akhbar harian. Impiannya sejak sekian lama.
Dia melintasi pintu masuk, melihat sekeliling dan terus menghala
ke lif yang memuatkan beberapa orang yang juga ingin ke tingkat atas.
Ditekannya tingkat 13 seperti yang tertera di kertas yang
dipegangnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia meneruskan langkah dengan
penuh keyakinan.
‘Inilah yang aku impikan selama ini. Jangan berpatah balik,
Lydia. Kau boleh lakukannya. Buktikan!’ Suara hatinya memberi kata-kata
semangat dan perangsang.
“Saya nak jumpa ketua pengarang,” ujarnya pada penyambut tetamu
yang cukup manis orangnya.
“Sekejap ya.” Gadis berambut pendek separas bahu mendail nombor
sambungan.
Lydia mengambil peluang melihat sekeliling ruang tamu. Terpapar
beberapa berita yang menjadi santapan harian rakyat Malaysia.
‘Sungguh indah jika nama aku bakal terpahat di muka depan nanti.
Ah! Jangan beranganlah! Kerja bagai nak rak pun, belum tentu berita aku akan
terpampang di muka depan surat khabar.’
Bagi seorang wartawan akhbar harian, jika berita yang ditulisnya
berada di muka hadapan, itulah bonus yang amat istimewa. Biar terpaksa
bersengkang mata menyiapkan tugasan atau terpaksa bermalam di hutan, itulah
saat bermakna dengan pelbagai pujian menyatakan ‘well, you did good job,
congratulation.”
“Cik Lydia boleh masuk,” sapa seorang lagi gadis yang juga
mungkin sebaya dengan Lydia. Dia mengenakan sut lengkap kelabu dan berambut
pendek separas bahu. Cantik, tentu dialah setiausaha Encik Ridzuwan. Pandai
bakal ketua aku memilih setiausaha. Tidak jemu mata memandang. Jika selalu
dilanda kekusutan, memandangnya sahaja menyejukkan sahaja perasaan. ‘Eh! Jauh
sungguh aku mengelamun!’ marah Lydia pada dirinya sendiri.
Sempat juga dia menoleh ke kiri dan kanan. Melihat kesibukan
beberapa wartawan yang sedang menyiapkan tugasan. Juga beberapa orang yang leka
mengetuk komputer. Semuanya berjalan dengan pantas dan sempurna sekali.
‘Dapatkah aku bekerja dalam suasana yang pantas begini?
Kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya.’
Perempuan itu membuka pintu bilik. Seorang lelaki yang sedang
sibuk di mejanya mengangkat muka. Agak berusia dengan rambutnya dipenuhi uban
yang memutih menandakan kematangan dirinya. Memang ada tokoh sebagai ketua
pengarang. Dia hanya melemparkan senyum pendek.
“Duduk,” arah lelaki itu sambil tersenyum. “Lydia Taufiq?”
“Ya, saya.”
“Jadi, awak yang berjaya dalam temu duga hari tu ya?” tanya
lelaki berkumis lebat ini. “Apa pendapat awak mengenai surat khabar ini?”
‘Hari tu dia dah tanya soalan yang sama. Takkan nak kena jawab
lagi? Tak apa, aku mesti bertenang dan menjawab sebaik mungkin.’
“Pada pendapat saya, akhbar Malaysia Harian sentiasa segar dalam
usaha untuk tampil dengan isu yang bernas serta padat. Sekali gus mampu menarik
minat pelbagai bangsa untuk menyelak daripada muka surat pertama hinggalah muka
surat yang terakhir. Walaupun ia hanya berusia dua tahun berbanding akhbar mainstream
yang lain, saya percaya akhbar ini mampu pergi lebih jauh. Bukan sahaja
daripada segi jualan malahan mampu menambat hati pengeluar iklan.”
Belum sempat dia berfikir panjang, Encik Ridzuwan menyambung
“Terima kasih atas pendapat ikhlas saudari…”
“Lydia.” Pantas Lydia menyambung.
“Ya! Lydia. Sebenarnya saya dah tengok resume dan
portfolio awak. Memandangkan awak mempunyai kecenderungan dalam sukan, jadi
saya akan hantar awak ke bahagian sukan. Sebenarnya tidak ramai wanita yang
berada di sana. Jadi awak perlu sahut cabaran ini untuk membuktikan kaum hawa
juga mampu mengendalikan tugas yang mencabar tenaga fizikal dan mental,” jelas
lelaki itu lagi.
“Sebenarnya Encik Ridzuwan, saya tidak mahu membuktikan apa-apa.
Saya sekadar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Tidak
ada pertikaian hak antara lelaki dan wanita. Kedua-duanya saling membantu
antara satu sama lain. Tanpa kedua-dua insan bergelar lelaki dan wanita, tidak
akan sempurna sesebuah akhbar tersebut,” ujarnya lagi.
Encik Ridzuwan tersenyum. Wartawan baru memang semangatnya
berkobar-kobar. Itulah yang diperlukan untuk mendapat berita terbaik.
“Lydia, awak belum tahu lagi sepak terajang dunia kewartawanan
yang sebenarnya. Yang dilalui ketika praktikal hanyalah sesudu jerih perih
untuk mendapatkan bahan berita. Banyak lagi yang awak perlu lalui untuk
mematangkan kehidupan bergelar seorang wartawan. Walau apapun, saya tetap
mengucapkan selamat bertugas untuk wartawan wanita yang mempunyai semangat
juang seperti awak. Sekejap, saya akan panggilkan setiausaha saya.” Encik
Ridzuwan menekan interkom. “Linda, masuk.”
Seketika, kedengaran ketukan di pintu. Linda muncul dengan
senyuman manis yang bersahaja.
“Perkenalkan dia kepada kakitangan yang lain”
“Baik, bos.”
Linda mengiringi Lydia keluar. Hatinya berbunga-bunga. ‘Impian
aku akan terlaksana. Tidak lama lagi tulisanku akan terpampang di muka belakang
akhbar Malaysia Harian dengan tajuk besar.’
“Tok Gajah ketepikan merah kuning.” Wah! Hebat sungguh tajuk
belum masuk lagi isi ceritanya… Dia berangan-angan.
Subscribe to:
Posts (Atom)